status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Sunday, July 29, 2018

wordless July

Bismillah..
Assalamualaikum gaiss!
i hope not too soo late saying salam aidul fitri. 
ampun maaf dipinta. mairah minta maaf. 
this year, 2018
i wanna just share, i felt like, jiwa bercelaru bila dah nak hampir dua tahun grad!
bukan tanam anggur.. heee.. alhamdulillah segala nikmat kerja yang aku galas sekarang.  
cuma kadang aku terfikir sampai bila nak jadi cikgu tadika, i wanna have my own car, my own asset.
 i want my dream comes true. i wanna having family while at the same time having my free time with bussiness. i wanna my brownies terbang tinggi.
my Brownies where food technology applied.  is that awesome right? 
Ya Allah,
jiwa aku celaru, nak masuk balik dunia food techno? terikat masa dengan industri dimana tiada life. nak nangis fikirkan benda ni.. orang yang tak masuk industri, tak paham. yeahh bukan tak bersyukur dengan ruang dan peluang yang ada, tapi i know my weakness, my limit takat mana.

kalau fikir gaji, yess kerja food technology 2 kali ganda dengan gaji sekarang, tapi maybe sebab duduk rumah parents, komitmen gaji tidak seperti yang duduk umah sewa, but then sampai bile? sampai bile nak duduk dengan parents dan berasa comfort zone?  sedih sungguh kalau fikir bab ni, lari mood nak audit 6/8 ni dari HQ Little Caliphs.
moga perform audit nanti mairah kerana Allah. 

Berbalik kepada hal serabut ni, kadang sampai satu tahap fikir dan rasa takde yang nak kawen dengan aku ke ? uwwarghhhh ! kenapa kawen penyelesaian hal ni? aku pon tak paham. kenapa dan bagaimana .. hahahahahaha... LOL 
 
hahaha.. ni satu hal, part kawen, kawen bukan indah semua. semua ada tanggungjawab.  kalau ada yang tanya bab kawen, sejujurnya aku tak ready nak pikul amanah besar sebagai isteri, sebagai ibu, tapi tapi aku sekarang cuba kumpul ilmu parenting, bisnes sebab nak jadi domestic engineer yang berjaya suatu hari nanti.

Tujuan aku jadi cikgu tadika sebab nak buka satu tadika, dan dalam masa nak ajar anak-anakku dengan izin Allah, guna kaedah zaman alpha sekarang ni. tu memang niat aku sampai aku boleh bertahan di tadika. Hanya yang takde matlamat akan resign. Siapa tahan kerja tadika? Cuba cakap sini.. cakap ! 

aku ade impian nak jadi surirumah yang profesional yang ada income, sebab aku nak anak-anak aku rasa kasih sayang seorang ibu yang surirumah. i felt like anak akan lebih rapat dengan ibu dia. Sebab aku dibesar dalam suasana parents bekerjaya, i felt yang ada kualiti masa hilamg ditelan zaman, aku pulak seorang kakak sulong, lagi la kan ?


kalau ingat kisah zaman kecil aku, sampai sekarang aku ingat, sampai sekarang aku terasa, tapi sebab kita kakak sulong, kita buang jauh jauh perasaan tak baik itu. sebab kasih ibu takde belah bahagi ( dah nape sambil taip ni, mata aku berkaca ? ) Dulu aku nak masuk asrama selepas darjah 6 sebab aku taknak nangis hari hari sebab kena marah dengan ibu, kadang aku memberontak sebab sejak dapat adik berderet tiga orang, aku kurang perhatian ibu, abah yang selalu pujuk kalau aku nangis tepi almari putih bilik aku. almari tu dah takde dah selamat dah anai-anai makan. hee 

sampai satu tahap, masa kat asrama, pape aku tepon abah, aku tak tepon ibu sebab ibu selalu marah marah kalau aku nak apa apa minta hantar atau tertinggal barang, jauh kut asrama aku, ade lah dua jam pergi, dua jam balik.. dalam 4 jam atas jalan raya. sebab tu aku kena marah. sapa suh tinggal barang. adoi !

entahlah hubungan aku dengan ibu jarang nak gelak macam ibu dengan adik perempuanku, mungkin sebab faktor masa adik perempuan lebih berkualiti dari aku zaman kecil. uwarghhh aku tak suka ingat benda macam ni, buat aku nak nangis... tapi kisah macam ni la buat aku tekad nak jadi surirumah berkerjaya yang berjaya. sebab tu aku run bisnes Brownies, sebab pape kalau aku kawen, aku ada bisnes, anak depan mata dan anak aku tak rasa macam aku rasa. 

well lain orang, lain big why dia, tapi inilah aku.  sedih la pulak post kali ni, mianne.. 

jadi, konklusi, kalau aku kerja industri, target aku nak kerja 10 tahun sahaja dan after that nak bukak bisnes. lepastu industri yang aku nak adalah, yang handle pastry/cookies/cake, as aku nak guna experience tu untuk buka kedai bakery ku sendiri dengann nama: Bakery Ibu Mairah. 
Dan kedua, aku kerja tadika almost dua tahun ni sebab ada experience selok belok ujian bina tadika dan satu tu nak uji sabar aku untuk ada anak nanti, (macam klise je kan tapi ini memang niat aku sebelum setahun grad) susah woih nak didik anak jadi pandai, hanya teacher yang selalu minda positif akan buat anak kita cerdik dan pandai. huahua.. nak angkat bakul ke tu mairahh wehh.. heee dan nak ada tadika satu, yang nama dia; Tadika Islam Mawaddah. 
insyaAllah, Allah kan ada :)


mirza anak bijak pandai, nak ada anak macam mirza sorang. heee




amsyar pon sama, bijak english. i wanna my kids like u too !





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...