status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Tuesday, April 30, 2013

Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic

Bismillahirahmanirahim.... jejak-kan dalam segmen ke-dua ?
kemaiin.. join... meriahkan rakan blogger... eratkan ukhwah, boleh kan..
lagipun wasilah kan luas , kita pergi la lawat-lawat... kenal-kenal....
yang penting kembangkan sayap, moga manfaat, yang baik kita ambil yang negatif tok sah ambil pulak tau !


Assalamualaikum w.b.t

Segmen ini akan berlangsung selama 24 jam sahaja mulai pada jam ini.
So besok pada pukul 12 Tengahari bertarikh 1 Mei 2013 akan TAMAT.
Segmen ini ditaja oleh Fizgraphic, EmasPutih, CikLyeen, Hakimie, Cimie, Alia dan Amirul.

Syarat-syaratnya :

Buat entry bertajuk :
Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic


Follow blog tersebut :

Like Fan Page

Follow Google +


Follow Twitter




WAJIB Copy paste coding entry yang diberikan dibawah ini dan paste kan ke ruanganhtml post. *kalau x faham sila ikut step dibawah*




SIAP? Tinggalkan link entry di ruangan komen di bawah.

HADIAH :
Top Referal
RM10 x 4

Random
RM5 x 8

SELAMAT MENJOINKAN DIRI!

p/s : done for rules ^_^

" GEMPAK GIVEAWAY BY AFIE "

Alhamdulillah, Bismillahirahnirahim.... Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel !
tuan blog meraikan sahabat blogger yang menjemput untuk menyertai segmen gempak ni..  setelah mempunyai masa yang seciput ini, gagahkan juga nak klik-klik apa yang patut,,, wahai saudara solehah yang comel yang menjemput ana join nih, now.... ana join !


Hadiah-hadiah untuk peserta
Buttong Badge x5 | Felt hp case x2 | Keychain Felt Craft x7 | Bookmark x1 (mungkin akan ditambah kak shida) | Soft Toy x1 | Pakaian wanita x1 | Tony Moly x1 | J&J Losyen x1 | Elianto BB Cream x1 | Brooch Ribbon x5 | Dress x2 | Inner Neck x2 | Keronsang x2 | Blouse x1 | Blouse peplum tribal x1 | Topup rm10 x2 | Topup rm5 x12 | Miniture Pesawat x2 | Gelang x2

Due Date bakal ditentukan nanti *mengikut naluri Afie.. Kih3..

Pemenang dipilih dari :
1. Top referrel dapat 2 hadiah
2. Cabutan Tangan

p/s : Alhamdulillah ! done for rules ^_^
oh ye ! link fb :  umair

skop meluas ^______________^



Alhamdulillah dapat lagi nak menge-post ! hurmm.. melirik dan memandang dengan pandangan mata yang Allah kurniakan untuk terus digunakan untuk kebaikan... dalam ana menyoroti kisah-kisah liku-liku sahabat-sahabat di alama maya mahupun muka buka yang tengah hot sekarang ni, mahupun blogspot, semestinya itu dan juga laman ber-kicau tuu.. aduhhhh harap laman tumblr nak panggil apa ye ? laman tumblr mungkin major yang menggunakannya insan-insan yang profesional, dushhh ! maksudnya golongan yang hebat-hebat dan senior la ana kata kan.. ok. stop jangan lari dari skop kita . skop ? tapi tajuk kat atas tu " untitled " camne ye ? jom terjah dan tibai apa yang perlu..  

memang kalau kita fikir luar kotak sekejap , kenapa kita camtu, kenapa kita camni, owoohhh payah la kalau tak macam ni, haishhhhh..... sampai bila nak ber-dialog camtu?

jika baca elok-elok mesti kita jangka ayat tu macam salahkan diri sendiri.. ehhhh? anda perasan ? ana memang perasan sebab apa yang ana kait ini dari pengalaman ana juga cuma taklah jujur lagi bersuluh , ada la berlapik sikit-sikit, iye la kita tak perlu nak luah masalah kita kat laman blog dengan melampau* , luah dekat yang Maha Mendengar dulu tau !

*p/s : ehhh, maafkan ana, maksud melampau tu macam jampi serapah apa semua tu, maksudnya yang negatif la sampai ber-terabur ayat-ayat tu keluar dari kemahiran kita menaip, aduhh, kan kita menaip maksudnya apa yang ter-lintas dalam hati kita, ke tak camtu? ana cenggitu... maafkan ana jika meng-usik kalbu dan men-calar hati ikhwan yang hensem mahupun akhowat yang comel .

berbisiklah padanya, sebab kita lahir kat dunia ini pun Allah tak minta izin dengan mak ayah kita sekarang , Allah tiupkan roh kita masa dalam kandungan mak kita pun dengan sifat "kun fa yakun Allah ! " nah ! nampak siapa lagi berkuasa di situ... huh ! ambil lampu suluh.... suluhkan yang lolos dan fokuskan pada yang samar-samar... hehehe...

mana skopnya ? maafkan ana, pardon me... ana sejujurnya tak tahu nak menaip ikut skop mana sebab segala apa yang ditaip ini adalah apa yang ter-lintas... mana mungkin kita menaip jika tak ada skop iaitu tak ada tujuan kan ? hurmmm.... kalau skop post ini dalam erti maksudnya lain " skop meluas "  boleh ? moga manfaat dengan bahan yang seciput ini .

hakikatnya, semua yang berlaku, salah kita !  air mata jatuh... biarkan ia mengalir.. entry ini merungkai salah kita  - - > tekan ini

wallahu'alam. pen off

Monday, April 29, 2013

khazanah yang ada (-______-)"... need help

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/p480x480/532732_364877163613266_1102665957_n.png




Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah, Assalamualaikum ikhwan yang hensem wa akhowat yang comel.... walawehhh... tajuk post macam penting je ... memang penting... ok, kalian yang pernah bergelar murid lepasan SPM ? special juga buat, SPM 2012... mabruk ! tahniah semuaaa....  ok, sekarang penulis dah mula keliru, Allah, hati ini Allah jaga, moga tetapkan pada keputusan yang dipilih, hurmm... 

Allah, berbalik kepada tajuk, sejujurnya khazanah yang ada tu maksudnya, harta SPM yang masih elok ana simpan.... yang masih disimpan semua bahan :
  • semua hasil kerja lukisan kejuteraan
  • semua hasil dan bahan bahasa arab
  • semua hasil dan bahan subjek kimia 
  • others ? ?  ade tapi yang ni memang mendalam.. especially, kimia tapi result baru ni kimia C+, lukisan kejuteraan B+ , ok nampak kan ? bahasa arab pula B saja.. Alhamdulillah !


    sekian. hurmm... pabila bercelaru. kembalilah kepada Allah.

    Allah, ayah suruh masuk unikl sebab under mara, tapi takut tak dapat pinjaman mara, ke camne? bloggers any ideas or any word to say ? comments please ....
    tembakan doa kalian Allah yang tahu ... Allah yubarik ! Fii Aman Allah ! !

pen off. wallahu'alam.


p/s : bahaya tak, diri ini tak belajar biology pastu belajar dip chemical engineering in food..?  dalam kos ni ade belajar bio la juga macam bakteria, ubat-ubat...minta kos ni sebab cam menarik ! lepas tu bukan sebab ingat ini kos memasak tau, tapi minat duduk dalam lab pakai kot putih pastu kaji , ala macam kita amali kimia tuuu.... hurmmm... terfikir... moga Allah permudah... ada maklumat nak kongsi . comments please :)

Sunday, April 28, 2013

terasa jauh



Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillah ! Assalamualaikum buat ikhwan wa akhowat ! ohh maksud ikhwan tu saudara lelaki dan akhowat saudara perempuan terasa mesra jika disapa begitu, takpe kan? nampak hensem dan manis ! hehe...

sebenarnya, fikiran, mata, hati kata jauh dan terasa jauh... hurm sejujurnya Allah sangat dekat denganmu wahai umair ! seperti termaktub dalam kalam Allah : 


“Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”(Qaf : 16)

Allah itu dekat ! biasalah, bila diri ter-umbang ambing, jika sahabat tiada, itu tak apa-apa sebenarnya sebab Allah memang dekat dengan kita, kita yang merancang , tak berlaku apa yang dirancang tapi Allah yang merancang seperti itu, ada hikmah.. susah nak terima tapi itu hakikat !
terasa.
ingin penjelasan ayat 16 surah qaf , tekan link  ini .
wallahu'alam. pen off. 

Friday, April 26, 2013

let's photos ....... have nice day ! ALLAH

Alhamdulillah, Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum..




sumber tumblr


sumber tumblr



sumber tumblr




wallahu'alam ...

pray for islam ! islam will win ! ! 





"Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

 Alhamdulillah ! assalamualaikum  ikhwan wa akhowat ! ! !

lebarkan wasilah !  ayuh !

segmen bloglist

 tekan banner ! meriahkan !

tamat : jam 12:00 tengah hari 30 April 2013.
sedikit pengumuman :

Kenapa korang mesti ada dalam bloglist fuh.my?
  • Purata Page View harian 50,000 SEHARI (so, komfem korang dapat tempias dari trafik fuh.my sekiranya korang berada dalam bloglist fuh.my)
  • Google Page Rank 3
  • Backlink berkualiti dari fuh.my
  • Dapat memperkenalkan blog korang kepada blogger-blogger lain
  • Top referrer akan mendapat Cash/Topup RM30 (mesti lebih 50 referrer)
Selain daripada tu, Dr Fuh akan senaraikan nama peserta dalam 1 entri dan bolehlah semua peserta blogwalking tambah kenalan :)

Selamat bersegmen!!!jangan lupa ajak kawan-kawan yang lain!!

# done for rules @_@ 

Thursday, April 25, 2013

hidup menulis . senyap meneroka !



improve our iman !
sumber : tumblr

Assalamualaikum ! Alhamdulillah ! apa kabar pembaca blog umair ? moga sihat-sihat... best kan jika kita dapat ber-guling , ber-golek , ber- gaduh..? ehhhh gurau-gurau mesra dengan sahabat-sahabat kita yang dolu-dolu, aduhh ayat macam dah lama berpisah, ehhh lama la jugak sebab penaip duduk jauh dari sekolah ke rumah jadi agak ter-rasa . hehe udah udah jom masuk tajuk, duk mukadimah ber-jela aje pardon me !  

*pengumuman : apa yang di-link-kan oleh tuan blog bukan iklan atau apa-apa yang negatif, it's about a story, once upon a time.....

Tadi dah post sal ujian kan? sekarang kita fikir balik, siapa kita sebagai kaki blogger ? aduhh mestilah penaip dan kerjanya menaip jika kelapangan kan ?  ? kita ni makhluk Allah, jadi apa-apa yang kita buat mesti kebaikan , don't you ever salahkan takdir tau ! sabar ! sebab... baca kat sini : aduhhh sakit ! 



lihatlah ciptaan Allah ! kamu akan berasa kerdil dan lemah dan bersyukur 

sumber : tumblr

rajin membaca ? yeahhh itu salah satu sikap blogger yang bagus, kita baca dan kutip nape yang elok, yang tak elok jadikan sempadan !kita mesti dan wajib: ingat Allah !
diri ini bukan doktor cinta, diri ini bukan ahli kaji atau mengkaji tapi diri ini berusaha memberi apa yang ter-mampu untuk dijadikan .....  semangat !
biar berulang kali dibaca kerana ianya benar dan untuk kebaikan bersama.

wallahu'alam 

 hidup menulis . senyap meneroka !

segmen simple-simple by mohd zuhri

Alhamdulillah ! Assalamualaikum ya ikhwan wa akhowat !


tekan banner ! meriahkan !
TAMAT ?? 4/5/2013
sedikit taklimat ringkas dari penganjur :

pemenang dipilih berdasarkan random dan top refferal 

Hadiahnya ?? novelx2 (tajuk suami aku ustaz dan sebenarnya saya isteri dia)
(novel x2 lagi boleh pilih  sendiri ) , (topup rm 5x25) , (selendang x2) , (bantal  boleh tulis nama sendiri x2 )

wallahu'alam !

cintakan agama Allah memang penuh mehnah, sabarlah ~




sumber tumblr

Alhamdulillah, ana nak kongsi satu benda untuk semua, kemaaiin penaip , ingat ada yang baca ke? hurmm... bukan nak angkuh, tapi follower ana 224, memang semua 224 tak baca tapi ana yakin dalam 224 akan ada seorang hamba Allah yang akan dan sudi baca .. Allah.. ana juga hamba lemah, lagi hina, menyampaikan sekadar termampu..... 
mungkin bukan sekarang ana untuk bergiat kesana kesini dengan konferens riang, mungkin akan datang, aturan Allah terbaik, ana berkecamuk nak ikut serta ! !  ana nak jaga hati ibu dan abah, ana nak terus berada dalam sehati sejiwa " zuhrah " , ana turut apa yang baik, ana tahu semua tu ujian orang yang berjuang , ana tak nafikan, ayat itu sering mengingatkan ana, kita kan berjuang sama - sama , jadi bila lemah ada yang mengingatkan dengan janji-janji Allah , tapi dalam masa sama ana berbelah bahagi, setiap kali mengutarakan kehendak.. ehhh bukan kehendak tapi keperluan......

keperluan ana nak konferens, pasti situasi yang lembut umpama disapa angin bayu, aduhh.. akan bertukar hangat dan tegang, bukan tak usaha, tapi ana berfikir daripada tegang baik ana turut kata ibu dan abah, wahai sahabat ampunkan khilafku. bukan sekarang masanya, andai maut yang menjemput, doakan ana tenang ... ana usaha tapi mungkin ada silap, ana... hati ana berbisik :

" wahai insan yang bertuah dan senang untuk membolosi dengan penuh riang dan tawa dan sakan ke sana ke sini, bersyukurlah kalian, kerana ada peluang, jangan disia-siakan, ingatlah kita menuju matlamat yang satu tapi setiap seorang ujian lain-lain, maafkan ana. ana hargai semua yang prihatin dan bersyukur Allah pertemukan kita di taman tarbiah selama 5 tahun, "

in shaa Allah, ana dah mengikat janji, iaitu janji ana akan berjuang ! macam mana ana mengikat janji ? ? ? kalian yang membaca pasti tertanya.... bukan ke Allah berfirman yang kita umat nabi Muhammad umat yang terbaik, kenapa macam tu ? ?  sebab Al-quran dan ayat ayat suci al-quran diturunkan pada zaman nabi Muhammad iaitu nabi yang terakhir , nabi yang sangat sayangkan umatnya, siapa kita nak menafikan, aduhhhh... mutiara jernih menurut laju menurun di curam pipi ..... Allah ! ! ! sollu'ala nabi ! !
Menurut firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 110:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Siapakah umat terbaik?
Mereka yang bertakwa dan beriman kepada Allah; yang lebih baik adalah Ahli Kitab yang beriman (mereka yang memahami Al-Quran dan mengamalkannya).

Kenapa begitu ya?!!
- Kerana dengan memahami Al-Quran, barulah merasai apakah iman itu. ayuhlah kita memahami ayat al-quran, daripada kita berkobar-kobar nak kejar khatamkan al-quran dengan cepat tanpa tadabbur, kan lebih elok kita tadabbur satu ayat suci Allah dengan terperinci. bila kita tadabbur satu-persatu ayat tu dan faham, mungkin mendekatkan kita kepada Allah. # tadi ada kuliah solat masa asar dekat tv al-hijrah. ringankan diri mendengar tau ! ana petik daripada rancangan tersebut !





 sumber tumblr 

 Wahai pembaca nukilan ana yang seciput ini, bukan ke termaktub dalam Al-Quran yang kita merupakan umat terbaik dan sebahagian menjalan amar ma'ruf nahi mungkar ... ana tetap akan perjuangkan amar ma'ruf nahi mungkar ! in shaa Allah !dan amatlah beruntung jika Allah membeli kita untuk berjuang atas jalan yang benar ! jalan yang memang penuh mehnah,, arghhhhhh ! ana meronta nak pergi ....................................

sesungguhnya cintakan agama Allah memang penuh mehnah, sabarlah ~
p/s : hidup ini tanpa ujian ibarat tak ada ummphhhhh ~ tak asyik kata orang !
p/ss : sapa paham kenapa tajuk camtu ? hurmmm.... tembakan doa kalian Allah yang dengar !
 Allah yubarikkum ! ! !



Tuesday, April 23, 2013

old become new.. am i right ? just wanna be different !

Banner blog yang banyak memberi impak ! ... ohh banner ni daripada junior ana , masyitah helmi, 
now she is studying  at Institut Quran Terengganu or as known as IQT 


Assalamualaikum...Alhamdulillah ! Bismillahirahmanirahim... akhirnya ! kadang-kadang kita kena berubah dari buruk ke baik, dari baik ke lebih-lebih baik , ohh bukan kadang-kadang tapi memang kena berubah... dushhhh ! ! !  syuhh... pergi jauh anasir-anasir jahat ! ! ! hurmm something new here ? maybe ! i gueess... hope this also new umair ! Allahurobbi ! ohhh i do not means new that new everything, i just wanted to improve myself !... gulppp? improve? hehe... baiki diri dan berusaha ! ! !

HERE ! new ! 




ohhhhh.... this banner was made by myself !

moga blog ini menjadi bidang yang tertera dalam kotak biru itu  ! 

p/s : cara nak buat doodle yg muslimah tu ana belajar dekat blog osem ni : tekan


akhir kalam, Ahlan wasahlan ! welcomed here !

Monday, April 22, 2013

Pencerahan Diploma Chemical Engineering technology in Food

 



p/s : oh kali ini pesanan penaip letak kat atas sekali :
sesiapa yang tak pernah ambil biologi dan ambil bidang ini ? atau sedikit kata-kata semangat... ohh berdebar hanya Allah yang tahu, mana taknya, dulu form 4 dan spm, ambil Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuteraan ... Allah ! tak ada biologi..... gulppp.... @_@
Alhamdulillah, sedikit pengisian tentang diploma kejuteraan kimia teknologi dalam makanan . sesudah meneroka alam maya yang sikit ini.. ohh ilmu Allah lagi luas tau ! inilah hasilnya :

sumber pertama :  sini

Apakah itu Teknologi Kejuruteraan Kimia Makanan?


Pelajar akan mempelajari tentang pemprosesan makanan, iaitu bagaimana suatu produk makanan dihasilkan dengan bermula dari bahan mentah yang diproses kepada satu produk makanan yang lengkap dan boleh dipasarkan kepada pengguna & orang ramai.

Disamping itu, pelajar juga akan mempelajari aspek-aspek penting lain seperti mikro biologi makanan, biokimia makanan, sifat-sifat kimiawi, makanan analis, pemilaina deria makanan, akta & perundangan makanan termasuklah haram & halal.

Pelajar akan berpeluang mendapat pekerjaan dalam bidang yang berkaitan dengan makanan samada di sektor kerajaan atau swasta. Diantaranya adalah seperti kementerian Kesihatan, MARDI, SIRIM, MPOB, KFC, kilang penghasilan makanan seperti coklat, susu dan sebagainya yang berkaitan dengan Teknologi Makanan.

Syarat-syarat kemasukan bidang ini :

Program Diploma

Lulus SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya lima (5)
Kepujian dalam subjek berikut:
Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan
2 subjek lain SERTA sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris
*Kepujian dalam subjek Kimia adalah diharuskan bagi UniKL MICET

(Bagi Kursus Bioproses atau Teknologi Makanan, sekurang-kurangnya kepujian dalam Biologi dan lulus subjek Kimia)





suatu hari nanti, Allahumma yassir wala tu'assir !



hidup singkat tapi berbaloikah?




BERUSAHALAH !

Alhamdulillah, Bismillahirahmanirahim.... masa berlalu pantas.. mandi, subuh, zohor, makan,asar, maghrib,isyak... terus menerus pantas dan pergi tanpa sedar... Allah ! seperti debu yang ditiup sekali hembusan dari nafas kita dan debu tu terbang entah ke mana...

ohh tapi kita , manusia, hamba kepada MAHA PENCIPTA, terbang juga tapi ada matlamat, ada hala tuju, memang manusia akan terbang kemana-mana saja tapi mesti terbang dengan matlamat dan misi yang mantap ! addoooooo.... habis puitis ayat ana.. arggghhhhhhh... hidup kita singkat tapi berbaloikah ? tudiaaaaaaaaaaaaa..... tajuk post hari ini... moga sabar dalam membaca (-__-")

hidup ni memang cepat berlalu, dan kalau kita tak sedar, amatlah rugi... eheh ! tersedak? Alhamdulillah ucapnya :) hehehe..... tapi jika kita sedar dan manfaat sebaiknya, biiznillah , kita akan berasa tenang dan damai dalam setiap perkara yang kita buat...

ohhh yeee...tentang tenang dan damai ni, teringat slot kuliah solat di tv Al-Hijrah semalam, kan biasa slot kuliah tu dalam bahasa arab # ada terjemahan ayat tu, don't worry woo !   dan pak arab la kan.... ohhhh... banyak manfaat jika kita tengok dan hayati serta dengar dengan mata hati buat beberapa minit, atau dalam erti lain tak rugi tauuu ! ! ada satu ayat tu buat ana rasa ohh, memang betul apa yang ustaz ni bagitahu ... apa yang diri ini faham dari ayat tu... : " Kamu akan berasa tenang jika dunia dikeluarkan dari hati kamu  " wallahu'alam. tak ingat riwayat siapa, ana akan usaha cari, in shaa Allah...

memang amal kita tidak menentukan kita ke sorga Allah tapi kita masuk sorga Allah kerana rahmat Allah.... tapi jika kita banyak-banyakkan beramal\dan buat kebaikan automatik bila beramal mesti kita dekat dengan Allah kan kan kan ?  ?  ? wallahu'alam..
hidup singkat tapi berbaloikah ? gulppp ... tersedak ! ! uhuk uhuk ... 

sampaikan walau satu ayat =)
adakah agama semakin berkurang sedangkan aku masih hidup???
kata-kata saidina abu bakar as-siddiq


 wallahu'alam. pen off


 

Sunday, April 21, 2013

kenapa nama pro pic blog UMAIR ?


 

Alhamdulillah, bersyukurlah kita atas nikmat yang ALLAH beri, jangan kufur nikmat pula, nauzubillah.. bersyukurlah, nak bersyukur kita tengok orang yang bawah kita dan nak tingkatkan amal tengok orang atas kita ... wallahu'alam... sekarang isu hangat , semuanya hangat sehingga pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di luar negara, maksudnya, luar negara malaysia iaitu senior-senior ana pun mengikut perkembangan tanah air tercinta.... SubhanALLAH.... mereka  pun sokong dan memberi ke-hangatan tersebut. Alhamdulillah, moga ISLAM tertegak...


Entah kenapa diri ini berasa bergetar bila melihat gambar-gambar kebangkitan ISLAM tersebut iaitu hari ini, ALLAH, diri ini masih bawah umur untuk mengundi tapi itu tidak menghalang untuk diri ini menilai yang mana buruk yang mana baik, jadi warga yang di-LULUS-kan mengundi, mengundilah dengan berharap undian kita itu ibadah , undi kita untuk ISLAM. moga Allah redha ... aamiin ya rabbal'alamin... # ini mukadimah je baru, apa yang nak dikupas dengan tajuk post tak masuk lagi, maafkan ana , pardon me @_@
kenapa ? ohhh setakat ni tak ada yang bertanya tapi post ini anggaplah kita nak mengenal nama disebalik nama itu " UMAIR " Alhamdulillah, nama ana memang ada nama tu, jujur nama ana UMAIRah... hehe... tapi ana nak bagitahu kat wall post ini, ana sangat mengkagumi kisah disebalik sahabat nabi MUHAMMAD SOLLALLAHU'ALAIHIWASSALAM, iaitu : MUS'AB BIN UMAIR :) 

ana mula-mula ingat pasal kisah sahabat baginda ini dengan kisah seorang sahabat yang ditugaskan untuk memegang panji ISLAM  ! ! kerana panji ISLAM ini melambangkan darjat, kemuliaan agama ALLAH ini...


" Sebelah tangan memegang bendera, sementara sebelah lagi menghunuskan pedang menangkis serangan musuh, sambil melaungkan: "Muhammad itu adalah Rasul, dan sebelumnya telah diutuskan rasul-rasul lain"
Menyedari kehadiran Mus'ab, sebahagian tentera-tentera musyrikin yang asalnya menghala serangan ke arah Rasulullah beralih arah dengan meluru ke arahnya. Antaranya, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah yang menyerbu ke arah Mus'ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam.
Mus'ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus'ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan lehernya dan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. 

Maka gugurlah Mus'ab sebagai syuhada' Uhud. "

nak tahu maklumat lebih mendalam banyak link tentang mus'ab bin umair ni antaranya :             laman ini  bacalah, berbaloi jika kita tahu tentang kisah para sahabat ini, membakar semangat kita untuk berjuang menegakkan agama Allah dari setiap penjuru.


Allah ! betapa hebatnya penangan sahabat-sahabat baginda zaman dulu, jika nak ambil iktibar dari kisah ini, berjuanglah habis-habisan demi agama ISLAM, kamu akan berasa kuat jika kamu sangat-sangat cintakan agama Allah ini, dan bila kita yakin Allah ada dan bersama kita, maka kita akan berasa satu kuasa yang luar biasa yang Allah anugerah kepada kita untuk berjuang ! ! ! ALLAHUAKHBAR ! !

sesungguhnya, perjuangan ini belum selesai ...

wallahu'alam .. pen off








Segmen template paling cantik , kemas dan ringan 2013

 jomm..... selawat dulu.... allahumma solli'ala muhammad !



tekan banner ni dan baca syarat-syarat

done !
jom meriahkan :) ada rezeki Alhamdulillah !

Saturday, April 20, 2013

Mini GA 2




tekan banner ni dan baca syarat-syarat :)

#meriahkan, lebarkan sayap ber-blogging.. #

hidup tak selalu senang ~



ciptaan Allah tiada tandingan, walau kita yang baja tanaman bunga tersebut namun Allah yang tetap meng-indahkannya ... SubhanAllah ! ! ! ... pink ~ flower ~

Assalamualaikum... Alhamdulillah , bersyukur nikmat yang ada, yang sakit makan ubat , nak cegah tapi kalau dah sakit ambil ubat la untuk sihat kembali ! ! Allah, cepat masa berlalu dulu PMR, lepas itu SPM dan seterusnya kehidupan selepas SPM dan sekarang zaman masuk ke alam universiti , pergghhhh... mukadimah pun cam apa aje kan ? sekejap je masa berlalu. dunia akhir zaman... Allah, bersediakah aku? cukup ke amal bekalsn amalan ni? terpesong , terkoyak tertampal. dan semua terrr...... T_T..... Allah ! ! ! 

 


sijil SPM atau keputusannya tak layak dinilai untuk merentas titian sirat nanti ! Allah !

ISU SEMASA : sekarang hangat dan terus bikin kerusi pun hangat ! apa tu... debaran makin terasa. mungkin . PRU 13 # INIKALILAH ~
 
 bukan nak promote ke apa, diri memang tak capai umur nak mengundi tapi, diri ini tetap ada hak untuk memilih apa yang sedia ada, tak kisah la apa-apa persatuan atau parti janji, diri ini sokong yang bawa ISLAM tinggi ! hah ! dah dapat apa yang ana sokong ? kalau dah dapat catch up tu ... mantoopplah ! stopppp.. isu semasa :) moga islam naik ! ayuhlah kita umat islam berdoa untuk yang terbaik ! aamiin ya rabb !


mana isu yang berkait dengan tajuk di atas ? gulllpppp... #tak masuk lagi ke ? hehe, pardon me! maaf , isu hangat sekarang jadi semua benda hangat ... nasi yang dimasak pun konfirm hangat juga ! >_< jom masuk !

hidup ini tak selalu senang, iye la kan, nak duduk, kena bersih tempat nak duduk tu kan , nak belajar kena pastikan tempat belajar selamat  hatta nak tidur pun kena pastikan selamat, ini kan semua hal yang berkait dengan kita, dalam erti kata lain 24 jam kita, opssss... nak solat kena pastikan bersih dari hadas kecil dan hadas besar... nak jumpa pencipta kita , ALLAH :) jadi hidup kita tak selalu senang tapi kita jangan susahkan , semua hidup kita jika ikut panduan dan garisan Al-Quran dan As-Sunnah, in shaa Allah ! selamat ! biasalah ujian akan datang. sentiasa. 


 wallahu'alam.

 

 





 


Thursday, April 18, 2013

Alhamdulillah ! ! ! after this... peace =)

 

sumber tumblr



sumber tumblr

wallahu'alam.
p/s : Allah will show us... put your trust to Allah ... in shaa Allah ! ! !

Saturday, April 13, 2013

Alhamdulillah ! dapat tawaran ! tapi...

 

* sumber sini *



Bismillahirahmanirahim... sepatutnya laman blog jadi tempat kita sebar ilmu dan apa-apa yang manfaat, sini penaip nak kongsi satu perkara, ok.. be cool.. jangan pengsan tau... baca molek-molek, kalau yang baca la, tak nak baca tak apa, mungkin masa mencemburui yang tak nak baca tu, fuhhh.. husnuszon tu penting ! eratkan ukhwah :) haishhh.. tak masuk cerita ikut tajuk lagi ni, baru mukadimah , maaf.



*sumber tumblr *

Rupa-rupanya, ada rezeki dapat " offer letter ", terkejut jugak sebab pagi tadi buka, tapi " in progress " aduhh.... takpe sabar, lambat lagi la, selepas isyak, siap solat apa semua tu, dengan lafaz bismillahirahmanirahim.. taip no ic dan..... tahniah ! anda berjaya ! ! ! shocked dan terharu dannnnnn..... saya sujud syukur, ada juga perkara yang menggembirakan ibu dan abah saya...

Alhamdulillah ! bersyukur sebab ada juga universiti menerima penaip.... Allah, ku tenung surat tawaran tersebut, ohhhh setelah tahu dapat, ibu suruh print sebab tak nampak tulisan dalam laptop ni.. apa lagi, terus pergi mengerjakan surat tu dan print....taaaddddaaaaaa.....

Alhamdulillah ! syukur, moga berita ini dapat menyejukkan hati ibu yang risaukan anak dia ini,risau takut tak dapat sambung belajar :)  hurmm... tapi..... * kenapa mesti ada tapi ? why my heart ? why ? sungguh ini ujian dari Allah * diri ini berasa tak tenang dengan offer ini, kenapa? jujur masih mengharap keputusan KPM iaitu yang semua lepasan SPM 201 isi tu... borang UPU :) bukan tak bersyukur tapi ada suatu benda yang buat debar dan resah, sedangkan ini berita gembira, adakah petanda  ? ? ? ? pembaca yang membaca post  ini, mohon, doakan nur afiqah umairah  iaitu pemilik blog ini di-campakkan ke universiti yang menenangkan hati dan di-tendang *hiperbola la pula* ke tempat itu dengan rahmat Allah... aamiin ya rabbal'alamin.



* sumber tumblr *

pesan ibu kepada diri ini, *tak masuk lagi uni, tak daftar lagi, sayangnya ibu kita kepada kita :)*

" Kat sana tu, jaga diri la, kita dulu sekolah agama , sana bukan macam sekolah dulu, pergaulan mungkin bebas, tak macam sekolah agama . "


*Dalam hati je (-_-")*


Allah ! tunjuk aku jalan yang benar, tiba-tiba resah. memikirkan diri ini mungkin terkejut nanti, atau macam mana ? ? ? Allah, tenangkan hati ini.

pesanan dari senior-senior usrah :


" dimana pun kita dicampak , kebergantungan kepada Allah tu kena tinggi, jangan suasana yang ubah kita biar kita ubah suasana "
aduhh ! ! biar kita ubah suasana? mendalam ayat ini. Allah ! Allah !
sebenarnya, tertanya, boleh ke diri ini kuat tanpa usrah.. diberi tarbiyah, usrah ini umpama sumber kekuatan antara kita dengan manusia sekeliling, bersahabat kerana Allah, berdiskusi berkaitan islam, bercanda kerana Allah, sayang kerana Allah, tengok muka sahabat yang  seusrah umpama memberi aura ! ! ! tapi hakikat, boleh ke tanpa usrah ? ? ? ada tak usrah kat unikl ? Allahurobbi, engkau lebih tahu , hamba yakin engkau tetapkan yang terbaik ! !

pen off. wallahu'alam.

p/s : sesiapa dapat tawaran temuduga mara, boleh la blog ini membantu > tekan <
p/ss : doa kalian merupakan tembakan yang hanya Allah tahu  :) terima kasih, aligator, syukran lillahita'ala !

Segmen Blogwalking 24 Jam by Emas Putih

  
 
* tekan banner terus ke blog emas putih :) *

meriahkan

resepi : baked sandwich



Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillah, dapat juga nak post pasal resepi yang terpampang di atas :) . harap maklum. jadi, jumpa resepi ini, tengok gambar senang je, ade semua bahan-bahan dan apa lagi, baca molek-molek bahan-bahan, cara-cara dan angkat kaki pergi dapur cari bahan :) fuhhhhh..... bersilat dan macam-macam nak ke jadi sebab first time cuba , apa lagi, malas nak taip yang bukan-bukan jom baca hikayat resepi ini dari A sampai Z ye ! ! ! 

seperti sedia maklum , ana ada post pasal "review blog masakan" jadi boleh la nak tahu, tekan >sini< Alhamdulillah ! resepi memang mudah dan sedap .


Sumber Resepi oleh laman Naz
Dibuat oleh : umair
*cara-cara dan bahan-bahan copy dari blog kak Naz*
BAHAN KULIT/ CASING :
  • Roti gardenia secukupnya

BAHAN-BAHAN INTI :
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1/2 camca serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram (yang ni skip sebab bahan tak ada, cuma guna sos cili saja :) )
  • 1 sudu besar sos tomato (umair x  tambah sos ni sebab tak ada)
  • 200 gm - 300 gm isi ayam - dipotong halus (umair guna 3 batang sosej yang dihiris-hiris)
  • 5 biji cendawan butang dlm tin - dipotong halus (yang ini tak letak sebab tak ada bahan ini)
  • 1 biji telur (yang ni pon umair skip, hehe sebab terlupa)
  • Garam secukup rasa
  • Keju secukupnya - boleh guna keju parut atau slice cheese
Kaedah penyediaan inti :
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan lada hitam.
  2. Masukkan ayam dan cendawan. Tumis hingga masak. Sekiranya perlu, masukkan sedikit air supaya ayam betul-betul masak.
  3. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kering.

    tambahan : umair gune suhu 170 dalam masa 10 min untuk baked roti .

antara gambar yang sempat di-snap-kan oleh hasil kerja umair  :)




roti kena lenyek dengan penggolek tu , kalau tak ada penggolek tu, guna botol pun boleh !yang pasti permukaan licin la, baru lancar ~



setelah dilenyek , umai potong bentuk empat segi, maksudnya, sekeping roti tu potong kepada separuh dan dari separuh potong lagi, agak-agak sama saiz sebab acuan tu kecil macam gambar kat atas ni :) # sekeping roti potong 4 bahagian :) # bersedia untuk dimasukkan ke dalam oven , bagi kulit roti tu keras sikit :)
gune suhu 170 dalam masa 10 minit.
 
 
setelah roti tu garing, kita masukkan pula bahan-bahan yang ditumis tadi ^_~ camni la rupanya,macam bunga mekar je...

 Alhamdulillah ! ini hasilnya :)

selepas siap baked dalam oven, baunya sama macam bau pizza, adik panggil roti pizza mini !  mungkin sebab tabur cheese atau memang bau sosej tu camtu, hehe... yang pasti sedap dan mudah ! terima kasih kepada kak Naz yg sebarkan idea yang mudah ini . guna roti, dan jadi ! ! !
p/s : tunggu apa lagi, yang singgah baca boleh cuba ! ! senang ! 


Friday, April 12, 2013

review blog masakan :).. mantop ! two thumbsup ! ! !




Bismillahirahmanirahim.... wahhh... jommm.. jemput singgah ! memang menarik... uhhh... sekarang ana nak review blog masakan.. aduhhh.. sedap ke? mesti la sedap jika kita buat ikut resepi mereka kan kan kan... masakan di-review, resepi senang saje, alhamdulillah, hari ini ana buat makanan tu dan jadi wooo.... adooiiii benda ada kat rumah jadi senang la nak buat kalau tak ada agak susah la kan ? ?
ok.. sekarang kite terjah blog rajin ini ye ! ! ! jommm... dijemput singgah :)

oh ye ! rasa-rasanya blog Naz ini memang hot ! sentiasa diterjah gitu.... manfaatkan dunia blog, ini pun dikira ilmu juga kan ^_^ ilmu masakan :)

* terjah ? tekan gambar. terus ke blog tuan yang rajin masak ini :) *


* terjah ? tekan gambar. terus ke blog ibu yang rajin ini :) *


ok. itu saja tentang review blog masakan nantikan post resepi yang dicuba hari ini, ana jamin, kalian yang lama tak masak akan rasa nak buat sebab, senang sangat-sangat.


wallahu'alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...