status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Thursday, June 26, 2014

kerna kamu yang paling wangi

[credit : hamba Allah ]
Bismillah 
Salam'alaik.
Allahu Allah...
nampaknya mahu sahaja aku nukilkan apa yang terlintas dalam kepala ini,
kenapa kamu berani bertinta dari meluahkan dengan suara ?
Aku pun kadang takut, jika apa yang di-tinta ini aku tak lakukan,
astaghfirullah... aku takut sekali !
jadi aku kongsikan apa yang aku rasa, apa yang aku lalui,
kerna aku akan paksa diri aku untuk tidak mengulanginya lagi.
moga kuat ohh maiii rahhh !
Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah,
aku tak sempurna tapi Allah senantiasa beri peluang, baik kan Allah ?


hurmm,
aku memang akan baca blog sahabatku yang update mahupun tidak, jadi buat sahabat blogger, mohon letak widget history post anda yeh ! kerna aku akan baca , iye la tak banyak tapi sikit terkesan kan dah dapat pahala , right ?

tadi, bacalah blog sahabat yang aku sayang, nama sahabat, maka aku sayang..

yang dialog ayah dan anak pasal kematian,

sejujurnya, ayat itu aku ingat sebab aku pun tak terlintas idea oleh si ayah, wallahualam jika wujud benar dialog itu atau rekaan untuk post kesedaran bersama. tapi aku suka dan aku ingat ayat itu. ayatnya tak banyak, tak panjang, sikit jah...

"kerna yang paling wangi adalah kamu ! kerna itu Allah pilih kamu dulu pergi."

Allahuuu, ayat atas itu olahan aku sendiri tapi itulah benarnya, kerna kamu yang paling wangi, maka Allah jemput kamu dahulu... maka aku belum masih cukup wangi, masih gersang, Allahuu...

terimbau memori dulu pada tanggal 16 MEI 2014, 
aku, dilah dan saniah serta batch 0812 SMKAKA dapat berita sahabatku muslimin,
arwah Syed Ahmad Shakir Bin Syakri bersama ayahandanya pergi dulu.
maka hari itu mendung kami disana, kebetulan aku ke micet untuk menguruskan hal aku,
kami bertiga bergenang air mata, terkedu, kelu...

berita ini betulkah ? kami senyap, Allah... kami menangis bertiga , dan antara kami bertiga, aku yang paling mudah sangat air mata nak keluar,
Dilah peluk aku, aku peluk saniah, last sekali kami saling berpeluk....
tak tahu kenapa tapi aku rasa sebab arwah ada menolong kami masa form4 dan form5, memandangkan arwah murid lukisan kejuteraan , walau apa pun, terasa kehilangan itu. mungkin inilah ikatan sesama muslim,
perginya terasa... Allah...

moga kamu tenang disana.
kami tembak doa. 
arwah semasa peperiksaan LK 2012 SPM
 ada terselit satu gambar arwah.

menahan, panas pipi aku tatkala menaip post kali ini,

maafkan aku andai kalian yang membaca tak semena-mena mengalir air mata. ayuh sedekahkan al fatihah buat sahabatku ini serta pejuang islam dan muslimin muslimat yang pergi dulu..

[ credit : hamba Allah ]

kerna kamu yang paling wangi.
wallahualam.

Thursday, June 19, 2014

masih berbaki (^__^)

 2252190614
Sya'aban 21,1435H

Salam'alaik,
lama tak berceloteh di laman sendiri, tadi tonton la sekejap television bersama ibunda. tajuknya 'scandal' berkaitan dengan keluarga diraja elizabeth... berkait juga dengan puteri diana. well take as this is news, okay ?

seorang pengulas bagitahu diana mati bahana paparazzi !
dahsyat sungguh sampai begitu sekali, dalam kepala hotak duk pikiaq, how could they do ?

kesimpulan dari apa yang diri ini dapat adalah jangan kita mencari keaib-ban orang meskipun hasilnya duit yang melimpah. Mungkin berbaloi kat dunia tapi kat akhirat ? oh ye ! jika tahu keaib-ban seseorang, hendaklah kamu rahsiakan . jaga aib dia. bukan menjaja dengan kepoh sekali. take note mairah! take note mairah !


NEXT
pastu seterusnya, diri ini tak pasti apa ke nama proses yang berlaku.. hurmm.. korang pernah ke idak, duk baring baring sekejap pastu perut korang bunyi dan macam ade benda golek golek.. eheh. ni kejadian jika anda puasa tau ! yang pasti ada bunyi macam something pecah.. hurmm. tak reti nak jelaskan.. something like that. omputeh dahhh.... ohh maiii rahhhh ! yang pasti selepas je proses tu, tetiba perut rasa tenang tapi ada rasa tegang macam ditarik je perut tu, ohh.. mungkin angin.. mungkin. kebarangkalian itu ada. eeeceewahhh macam doktor pulakss..

banyak hikmah yang Allah beri bila puasa ni.
salah satu untuk mengekangkan nafsu kita, bila sebut nafsu, maka semua berkait rapat samaada nafsu baik mahupun buruk.. moga tabah semua, moga semua kuat ber-warming up untuk masuk ramadhan...  termasuk kamu ohhh maiii rahhh !


tapi kan serius aku tabik siapa ambil ilmu keDOKTORAN ni.. diorang boleh kaji pasal badan.. hebat kan.. hehehe... well, aku ni bab bukak tutup oven tu pandai laa..eheh. yang pasti dan mesti if nak makan ubat tu pastikan air masak tau, bukan air masak yang sejuk dalam peti.. air masak suhu bilik, gituhh ~ sebab itu lebih baik. if air zamzam lagi baik ! 

beside
aku punya impian, mahu ke tanah suci sana
tapi, selalu bermain di pikiran ini,
adakah diri ini suci dari dosa ? Allah T_T
jomm ! sama sama mensucikan diri.
walau tak tahu bila, niat ada, insyaAllah akan sampai seru mu wahai mairah

wallahualam,
tulus kasih :
ruhul jadid
 
 


 

Saturday, June 14, 2014

beruntunglah kamu





[credit : hamba Allah ]




JAM 0053
16 Syaaban 1435H
140614

beruntunglah kamu,
andai menangis ingat Allah,
jangan kamu salahkan apa yang berlaku,

jika merasa menyesal,
berbaliklah kepada Allah,

jangan nafikan yang kamu lemah,
sungguh penguat kamu adalah Allah,

justeru, aku kadang kadang turut merasa,
merasa nanges itu perlu,
kerna diri ini terumbang ambing,
kemanakah hala tuju akhiratku kelak ?

moga dapat berkumpul dengan semua ahli keluargaku di sorga,
bahkan dengan sahabat yang banyak mengingatkan aku kepada Tuhan,

maka ,
kuatlah wahai batin, wahai jiwa, wahai roh,
kuatkan aku demi Allah,

aku mahu kembali dalam wajah yang bersih,
wajah bersinar,
dalam kubur yang lapang, yang bercahaya, yang wangi..
Allahuu... ampunilah aku.


merasa mati itu dekat, sangat buat aku menghargai setiap detik.


[ credit : hamba Allah ]

Wednesday, June 4, 2014

untuk aku chenta ! kamu harus baca



kerna kamu seorang yang kuat,
maka kuatlah,
aku hanya perantaraan,
selagi mampu aku usaha,
selagi boleh, aku usaha
bukan apa,
kadang aku terfikir,
memang Allah jadikan hati aku rapuh
rapuh untuk bermurah hati untuk mengasihi.
namun serapuh rapuh hatiku,
demi Allah, aku kena kuat.
begitu juga kamu yang aku sayang.
terima kasih hadir,
meski kita baru bertatih dulu,
namun aku bersyukur mengenal apa itu sayangkan sahabat.
mata aku masih jelas, telinga aku masih bisa mendengar.
duhai sahabat,
aku chenta kamu.
mahu aku umpama chenta itu,
aku tak mampu
tapi aku yakin Allah jaga kamu.
tulus ikhlas kasih,
: jiwahijausemangatmerah.


credit : [inche gabbana]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...