status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Thursday, January 26, 2017

Perancangan masa depan

Tajuk sudah gempak.
aisehh, afiqah. 
Bismillah,
Assalamualaikum w.b.t.
sudah lama aku tidak menaip serancak dulu, hampir nak masuk tujuh tahun. insyaAllah kembali rancak menaip, memandangkan Allah bagi rezeki begini. Alhamdulillah. 
Kita sebagai hamba kena selalu bersangka baik dengan Allah kan? 
Jika tidak kita, siapa lagi?
Moga Allah mudahkan perancangan masa depan ini.
Sudah bersediakah afiqah untuk masuk alam kerja?
Cari duit untuk mudah gerak kerja islam. Bantu keluarga. Tak banyak, sikit pun cukup dan kalau cukup maknanya insyaAllah akan ada keberkatan. aamin.

Setelah aku berkira-kira, aku rasa sekarang fokus lesen, muet, cari kerja sementara. sambung belajar? tunggu dulu. Sebab kalau kewangan dari kerja sementara ni akan memberi kepada kerja tetap, maka aku teruskan kerja tetap.Sebab aku ada terfikir, kerja sambil belajar, tak salahkan?  huhu
Cuma fokus aku sekarang, kerja sementara mesti dirumah sendiri atau sekitar rumah aku sebab kekangan dengan Ujian MUET Feb-Mac ini, dan juga selesaikan lesen kereta sehabis baik mungkin.   
Tapi aku merancang dan Allah juga merancang lagi indah.
Dalam masa sama, aku terus berdoa supaya Allah bagi aku kemudahan, petunjuk dan kemampuan.

Moga sukses afiqah.
ohya! aku dapat anak manakan baru, anak sepupu sebelah ibu, dan dia adalah puteri mujahidah. status aunty afiqah umairah. haha..
moga solehah anakanda saudaraku. 
Aku doakan kamu bakal menjadi pejuang agama Allah. 

sekian.

ty-mairah



Tuesday, January 24, 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...