status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Friday, December 12, 2014

hanya yang merasai dapat merasai apa yang dirasa

jarang untuk bercerita pasal diri sendiri,
tapi moga-moga ada la manfaat walau sedikit,
dulu,
tak kenal. 
langsung tak attract nak tegur,
tapi kini,
dia dah balik ke negeri asal,
aku rasa,
rasa rindu.
walau sekejap cuma,
 insyaAllah ade berkat :)
dia tu special 
dia, kak naqibahku.
- hanya yang merasai dapat merasai apa yang dirasa

Tuesday, November 18, 2014

hujan tetap di Melaka, kerna...

Hai !
ehh, Assalamualaikum,
fuhh lamanya tak update, last sekali pon dulu.. yang awal muharram.(27/10/2014)

kemain lama menyepi mairah... well i am engineer to be.. ecehh.. ye ke ?
kemana masamu dihabiskan ? sia-sia atau manfaat?

moga amalanku diterima, berharap ~

hurm.. nak cerita ni,

rabu yang lalu, ada talk daripada mualaf iaitu Bro Lim, and he told us that he don't want to change his name as he want the others non-muslim knows that ISLAM is not religion that push to change real name after inverse to ISLAM. i am soo impress... said SubhanaAllah...

betullah mualaf lebih memahami.. jatuh air mata.. Bro Lim knows more than i, Allahu.. hari tu dan malam tu, aku bungkam dan mengalir air mata... as i know i more touched when talked about islam. urghh.. again i am cried. so how about you? my dear friends? do you felt like me ? if yes, Alhamdulillah, masih punya iman untuk menyesal....


next story,

Bismillahirahmanirrahim
tahniah dan takziah mairah, diberi takhlifan, maka di akhirat kelak bakal ditanya, apa yang kamu lakukan dengan kuasa yang ada ? yess.. we must think more to futher or our hereafter soon. moga husnulkhotimah.

next stories,
Last friday, i had organized LADIES NIGHT UNIKL MICET with my team members of ISLAMIC CIVILIZATION CLUB or as known as ICC :)  this event also collaborated with other active clubs such as KLKM, GPMS, QASIDAH, WATANIAH and UPMC. fuhh what i can said, i had learned more almost 3 months. what i can told here, as muslim, we must more patient with people that we cooperated. Alhamdulillah my event going well with our panel, DAI NOR ADIBAH ROZAIN. She did well that night ! I think my objective goal that night although there have some problems while handling that event. 

Now, after 4 days, i can said HAZA MIN FADHLI RABBI.


my note for you  :
 if you want to know how i got sponsored and how i cooperated with kak adibah, you may send email to me, umairafiqah@gmail.com. with Allah permission, i will help as i can. :) if you want to know how i deal with yatt hamzah, diana amir and ustazah fatimah syarha. you may ask me. insyaAllah i will reply as i can. don't worry, i am happy to help those are needed.


next storiess,

summa Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk berceloteh dari bumi melaka, dah ada sahabat yang rindu maka aku penuhi hajatnya, aku pernah mendengar, jika kita penuhi hajat sahabat kita... *opss.. aku lupa apa sambungannya, jika sahabat al; faqir lillah tahu, maka aku mohon sambungkan ayat itu di ruangan komen nanti ye ! berharap**


so, hikmah tu rahsia Allah kan?
suka aku nak berkongsi dengan sahabat semua,
malam ladies night aku jemput Dai Adibah untuk sesi majlis ilmu. Tajuk malam tu adalah kesopanan. Aku sengaja bertanya, bagaimana cara jika kita terdetik nak terap sopan dalam diri ?

ustazah jawab macam ni,

- "first, kita kena berdoa, doa itu yang menguatkan kita untuk berubah

maka tetiba aku terfikir, hebatnya doa ! MasyaAllah !

lalu, ustazah bagitahu

" orang sekeliling kita memainkan peranan, iaitu hak hablum minannas, kita kena fokus juga kepada hak orang lain, contohnya parking kereta, kita start parking senget atau erti kata lain kita parking ikut suka hati, and yes ! kita selesa sebab ada kereta kita dah parking, tapi orang lain ? how? kita penuhkan hak kita tapi dalam masa sama, kita tak bertanggungjawab untuk penuhkan hak orang lain, maka dimana nilai kesopanan dalam situasi ini ? "


panas hati... tiba-tiba senyap seisi dewan... fuhh..

ustazah adibah pesan lagi,

" wanita ni punya daya tarikan yang sangat kuat dalam kaum lelaki, sebab tu kita kena terap sopan dalam diri, caranya jika situasi kita kena pakai pakaian yang menyakinkan untuk present sebab ada markah untuk carry mark, kan kita student kan...kak adibah pesan, berdoalah kepada Allah untuk elokkan pakaian kita "

 yakinlah Allah akan mudahkan urusan kita, sebab Allah yang pegang hati manusia hatta hati pensyarah kita yang suka berhias sekalipun. hebat kan Allah ? do you agree with kak adibah advised ? i am !

cara pakaian kita,

"-kita nih dah menarik dan tertarik jadi kurangkan pakai pakaian yang mengancam, yang mengguris nafsu lelaki, dan sebagai wanita banyak benda kita kena menjaga, maka berbahagialah"

dupp ! mengguris nafsu tu bahaya rupanya.. Allah.. lepas ni kita perlahan-lahan memakai yang menjaga hati lelaki. kita kan nak yang terbaik, maka kita kena berusaha menjadi terbaik. dengan izin Allah.

lagi ayat ustazah adibah
"taqwa ni umpama berjalan di jalan yang ada duri, sentiasa ehh,, ehh,, *berhati-hati maksudnya. hebatkan metafora syair dulu..."
wallahualam.. 

"semua ayat ini adalah olahan saya tapi apa yang disampaikan oleh kak adibah ada dalam ayat di atas.. jujurnya saya rakam slot malam tu dengan rakaman simpanan suara telefon saya.. serius best Dai Adibah menyampaikan sesuatu. senyum."



akhir kalam,

hujan tetap di melaka kerna kita dibawah langit yang sama dan menghirup udara yang dibekalkan oleh Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah. masa aku menaip ini, Melaka mendung dan sejuk. senyum. salam kasih jiwa hijau semangat merah.

[credit : hamba allah]









Monday, October 27, 2014

muharram 1436H

andai ini permulaannya, 
maka kuatkan aku.

andai demam kifarah dosa untuk permulaan ini,
maka jadikanlah aku hamba yang bersyukur.

beruntunglah kamu mairah, 
baru permulaan dah nak selsema, batuk, dan akhir akhir ni panas kat dahi..

ampunilah ku Allah,

moga ruhul jadidah . senyum.


[credit : hamba Allah
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
duhai sahabat, isbir , aku tahu kamu kuat ! 
menangis kan memberi kita kekuatan. senyum.
[credit : baik hati]

Thursday, October 23, 2014

cukup dia yang satu,


kerna kamu memang kena sangkar , 
maka bersabarlah, moga Allah bantu kita kuatkan hati untuk menyangkar :)

[credit : insan baik ]

Bismillah.

uhuk-uhuk...
batuk eden dengan laman blog nih, ohh lamanyaaa tak di-update !

Alhamdulillah, masih sihat walau batuk sikit dan selsema.
i am happy at micet. that's it !
dan jujur la, merasa kesedihan menghadapi sem nih tanpa sahabiah satu batch agak terasa,
cukup lah minggu pertama aku menangis, yes i am. i am human, natural human.
kadang bila sedih je terus nangis.
tak de nya nak sorok tapi kali ni agak  kena berusaha kuat nak hadapi,
memacam berlaku.. perlu ke cerita disini?
 tak pe laa simpan dan lepaskan pergi .
 Allah kan ada.
akan ku simpan kenangan itu dalam jagaan Allah. 

rasa nak kongsi satu benda la pulak,
camni, nak bagitahu kat sini,
tegas dan garang ada beza tau,
tegas dalam diri perempuan adalah senjata dia,
tegas tak bermaksud perempuan tu tak peramah,

come on lahh... u can judge me, but please " taaruf " lebih sikit :)

sampai sekarang..
i still remembered what you said towards me in library !


huh sentap kejap  when si fulan tu bagitau aku ni garang, bekeng ~
wahai fulan, garang aku pun, aku buat kerja.
amanah itu aku galas selagi aku waras.
senyum :)

kadang ada hikmah tegas ini.
terima kasih si fulan kerna ingatkan aku untuk terus ber-muka garang.
at least kamu si fulan tak naik kepala, right ?

credit : [ insan baik
before that, did you know that a girl must protect herself like a rose ? ahah ! 

sejak tu, i noticed something, that what si fulan said is true.
moga Allah jaga aku walau aku banyak dosa.
harapan itu aku harap menggunung.
yes.. mati dalam husnul khotimah.
tiada yang lain.
nak kubur wangi.

cukup dia yang satu, Allah 


salam sayang,
jiwa hijau semangat merah 

Tuesday, September 2, 2014

UNIKL MICET GEMPAK 001

Bismillah.


Alhamdulillah. dah sehari berada kat micet nih, hurm.. everything going well as Allah planned it for me.
there's no word i can describe. just Alhamdulillah. sujud syukur atas segala limpah permudah Allah ini.
kadang tanpa sedar, Allah sayang setiap detik langkah kita. cuma.. yess manusia... okay bertenang..

Alhamdulillah, semua benda baru.. baik dari bilik, katil, almari, dan meja.. err.. benda lain?
yes, blok asrama lain dah sekarang... soo, mairah please be more matured to handle your life,
be carefull please dear. sabar, slow but smooth ~ ohhhyeeahh..


malam nih, malam perkenal fasi untuk MSR SEPTEMBER 2014,
terasa macam as student baru... sebab lama dah tinggal micet, mcm nak dekat setahun.. kihkih..
but boleh la... dalam 7 bulan camtu kat umah... yess.. aku manusia, aku memang excited dengan benda yang memberi semangat ! such as lagu. yess.. lagu unikl kali ni dah improve ! makin rancak ! dan aku tetiba terasa macam.. mairah behave ! and yes love micet sooo much. 


pesan abah : hormat lecture, ikut cara dia mengajar sebab kita nak ilmu. ilmu tu nak berkat.
 

abah,walau abah garang, tapi jauh sudut hati, kakyang sayang abah. setiap kali teringat setiap malam ada picit kaki abah. setiap kali tu kakyang doa.. moga Allah beri kesihatan yang baik pada abah. moga Allah berkahi abah. itu lah doaku setiap kali picit tapak kaki. haishh... empangan mata berendam la pulak.. dah stop ! 





welcome back mairah !
let's start new life mairah ! 


love, mairah

Tuesday, August 26, 2014

kadang...

kali ni sahaja,
menangis,
come on mairah ! 
ini baru permulaan, janganlah...
banyaknya benda nak selesai,
kadang sampai satu saat,
pipi panas,
air mata keluar.
fullstop.
JAM 2335
260814

qowiy mairah ! ! ! 

Sunday, August 24, 2014

listed 24082014

Assalamualaikum !
hai ! semoga semua sihat dan yakin Allah sayang kalian :) 
rindu sahabat semua ! ehh... awak semua pernah rasakan ??  eheh ~
sebelum tuh, ambik semangat sikit ! nah gambar !


yes.post ni kena ringaks dan padat, Allah.. masa makin mampir untuk pulang ke micet. bukan tak suka cuma ... ahhhhh... tak suka perasaan ini. iaitu sedih. sedih nak tinggalkan rumah. pastu dengan perasaan bertarung nak masuk belajar balik. iye saya tahu kita nak pergi buat benda baik. kenapa nak takut... fuhh peluh dahi* 
tapi aku manusia biasa, kadang teguh, kadang lembik semacam... *emo ke mairah ? ehh takk ! jujur jauh dari sudut hati 360 darjah aku eager be at micet ! tapii... ada juga tapi nih... mairah ! please, masalah kamu jika besar sekalipun tapi kamu punya Allah yang Maha Besar kan ? lupakah ? 
- sedih T_T * terharuuuu...
dah dah, list dulu apa yang nak buat tuh, banyak cakap nih ! ...
  1. kemaskini modul strawberry gundah ceria *penting tau !
  2. update email with those... 
  3. urusan mara tu semua, 
  4. kemaskini barang keperluan bukan kehendak *harapnya tak banyak !
  5. sediakan mental dan fizikal... ohh dan rohani mairah ! lagi penting !
  6. astaghfirullah... kerja tu tak siap lagi... dah baca cuma soalan tak jawab. sila jawab mairah !
  7. banyakkan berdoa supaya Allah permudah urusanmu, hadapi dengan tabah, senyum :)
  8. target habiskan sebelum 18 pergi. yes, i almost 19 soon. makin dekat dengan mati.
  9. ...................cukup lah..
okay, arasso ! till we meet again, insyaAllah, ada post untuk terakhir kali sebelum pulang ke micet ! doakan kami, kami minta maaf sepanjang kenal. dan kami mohon halal semua neh. kami maafkan semua yang kenal mahupun tak kenal. dan kami halal semua.


 jiwa yang memberi lebih tenang, jadi memberilah ! - by ruhul_jadidah


ingat tu ! kami manusia biasa tau  



ilal liqa'
loves, afiqah umairah.
24/08/2014
JAM 1633 

Monday, August 18, 2014

throwback part two :)




Assalamualaikum !
Alhamdulillah, kita bertemu lagi :)
kali ni tetap untuk lontar balik, ini dikira yang ke dua la pulakss.
ohye, sahabat semua, pernah ta picit kaki ayah awak semua ?
hari tu, adalah ayah penaip minta tolong,
tiba tiba, penaip pipi panas bila melihat kaki ayah,
mana taknya, kaki inilah yang mencari mencukupkan keperluan dan kehendak keluarga,
ya, ayahku dah berusia 50 an dah meningkat ke arah kurang sihat,
tak gagah dah, nak agnkat benda berat dah tak lalu,
ohh, panasnya pipi !
moga kita dapat berbakti dan selalu doakan ibu dan ayah kita. itu sahaja kali ini .
till meet again.
arasso !

lupa, kami nak kirim gambar raya  1435 Hijrah


ni ayah dengan anak lelaki, masa ni kamera shot banyak kali dan abang sulong tu pose kemain ~
ni lah puan zalikha dan encik miohamed :)
abah jarang nak senyum :) part ni memamg kena rakam.. abaikan gambar yang berayuh tuh, ohh iye, itu tuan punya blog.. rare ~
sekian.


Thursday, August 14, 2014

throwback part one :)

Assalamualaikum !
hai bloggers *lambai tangan sikit..
apa khabar semua ?

even blog ini agak senyap, pastu tetiba meriah, dan senyap balik, tapi nevermind, penulis tegar blog tidak kisah, if ada yang benefit, maka ambillah, maka copy and paste ! ehh, bolehkah ? ini semua milik Allah, tapi if penulis ada buat gambar yang kawai dan doodles superb tuh, credit lah sikit, niat credit itu untuk mudah tersebar, biar lagi ramai yang guna dan manfaat tu tersebar... hatta sampai brunei, finland dan juga cordoba ! ewaahh...
actually, tak tahu la nak lontar balik apa ?
sebenarnya 8 bulan kat rumah itu sekejap,
nikmat sakit 4 bulan itu sekejap.
nikmat sihat banyak tahun itu sekejap.
namun jangan disia-siakan hatta jika sakit.
jika tangguh semester belajar pun , jangan sedih umpama air mata darah. tak boleh.. tak boleh..
kena bangkit balik. kena yakin balik, Allah yang atur hidup ini. sejak dari azali lagi. Allah dah susun. 

bawak bersabar. ewahh.. sabar susah laa broo ! 
ada broo bilang sabar itu senang ?
-tersedak ! @#$%^& 
sabar je kunci nak berjaya. eeceewahh... 
tak percaya ? cubalah sabar. tak menjadi cuba lagi dan lagiiii !
insyaAllah Allah tolong. tapi, sabar sabar pon, bawak bersolat. bawak semayang orang kata.
atau bahasa best, bawak bersujud. sujudlah kepada Allah.
menangislah dalam sujud, seusai kamu bangkit dari sujud dengan kehangatan dari air mata. kamu akan rasa semangat baru... percayaalahhh...
tetiba penaip merindui saat kaki disimen, nak tahu cerita tu, klik tab memories sebelah kiri blog, bawah tab gegula hangat :) masih ada masa jika ingin nak tahu. yang bulan mac punya post ! okeh. malas cakap banyak, tahu.. dah bosan baca.eheh..

p/s : doakan kami tau, kami nak masuk belajar dah. kami tahu kami kuat sebab tu kami diuji oleh Allah tapi kami ini manusia yang punya hati yang punya sudut 360 tepat, kami punya perasaan risau. kami tahu kami lemah tapi kami akan berusaha kuat lillahitaala :)


senja di unikl micet


wallahualam

tulus kasih,
kami sudut 360 tepat !

Wednesday, July 23, 2014

rise up !

Bismillah.
Salam'alaik,
apa khabar semuanya, ya Allah. lamanya tak post sesuatu, post yang terakhir mengenai kematian kan ? benar, sejak post yang terakhir diri ini macam kurang semangat nak buka blog dan log-in serta menembak sakan, idea ada, cuma bila nak coret tu masalah, tidak tahu mana nak mula, nak berkisar tentang apa, haishh... tarik nafas sekejap... alhamdulillah. adakah post kali ni masih sama ? harapnya tidak !
masih berbaki dalam 4 hari lagi bulan puasa, moga dapatku langsai apa yang tertangguh.

 

[ credit : hamba Allah ]

will be continued next post ! biiznillah

Thursday, June 26, 2014

kerna kamu yang paling wangi

[credit : hamba Allah ]
Bismillah 
Salam'alaik.
Allahu Allah...
nampaknya mahu sahaja aku nukilkan apa yang terlintas dalam kepala ini,
kenapa kamu berani bertinta dari meluahkan dengan suara ?
Aku pun kadang takut, jika apa yang di-tinta ini aku tak lakukan,
astaghfirullah... aku takut sekali !
jadi aku kongsikan apa yang aku rasa, apa yang aku lalui,
kerna aku akan paksa diri aku untuk tidak mengulanginya lagi.
moga kuat ohh maiii rahhh !
Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah,
aku tak sempurna tapi Allah senantiasa beri peluang, baik kan Allah ?


hurmm,
aku memang akan baca blog sahabatku yang update mahupun tidak, jadi buat sahabat blogger, mohon letak widget history post anda yeh ! kerna aku akan baca , iye la tak banyak tapi sikit terkesan kan dah dapat pahala , right ?

tadi, bacalah blog sahabat yang aku sayang, nama sahabat, maka aku sayang..

yang dialog ayah dan anak pasal kematian,

sejujurnya, ayat itu aku ingat sebab aku pun tak terlintas idea oleh si ayah, wallahualam jika wujud benar dialog itu atau rekaan untuk post kesedaran bersama. tapi aku suka dan aku ingat ayat itu. ayatnya tak banyak, tak panjang, sikit jah...

"kerna yang paling wangi adalah kamu ! kerna itu Allah pilih kamu dulu pergi."

Allahuuu, ayat atas itu olahan aku sendiri tapi itulah benarnya, kerna kamu yang paling wangi, maka Allah jemput kamu dahulu... maka aku belum masih cukup wangi, masih gersang, Allahuu...

terimbau memori dulu pada tanggal 16 MEI 2014, 
aku, dilah dan saniah serta batch 0812 SMKAKA dapat berita sahabatku muslimin,
arwah Syed Ahmad Shakir Bin Syakri bersama ayahandanya pergi dulu.
maka hari itu mendung kami disana, kebetulan aku ke micet untuk menguruskan hal aku,
kami bertiga bergenang air mata, terkedu, kelu...

berita ini betulkah ? kami senyap, Allah... kami menangis bertiga , dan antara kami bertiga, aku yang paling mudah sangat air mata nak keluar,
Dilah peluk aku, aku peluk saniah, last sekali kami saling berpeluk....
tak tahu kenapa tapi aku rasa sebab arwah ada menolong kami masa form4 dan form5, memandangkan arwah murid lukisan kejuteraan , walau apa pun, terasa kehilangan itu. mungkin inilah ikatan sesama muslim,
perginya terasa... Allah...

moga kamu tenang disana.
kami tembak doa. 
arwah semasa peperiksaan LK 2012 SPM
 ada terselit satu gambar arwah.

menahan, panas pipi aku tatkala menaip post kali ini,

maafkan aku andai kalian yang membaca tak semena-mena mengalir air mata. ayuh sedekahkan al fatihah buat sahabatku ini serta pejuang islam dan muslimin muslimat yang pergi dulu..

[ credit : hamba Allah ]

kerna kamu yang paling wangi.
wallahualam.

Thursday, June 19, 2014

masih berbaki (^__^)

 2252190614
Sya'aban 21,1435H

Salam'alaik,
lama tak berceloteh di laman sendiri, tadi tonton la sekejap television bersama ibunda. tajuknya 'scandal' berkaitan dengan keluarga diraja elizabeth... berkait juga dengan puteri diana. well take as this is news, okay ?

seorang pengulas bagitahu diana mati bahana paparazzi !
dahsyat sungguh sampai begitu sekali, dalam kepala hotak duk pikiaq, how could they do ?

kesimpulan dari apa yang diri ini dapat adalah jangan kita mencari keaib-ban orang meskipun hasilnya duit yang melimpah. Mungkin berbaloi kat dunia tapi kat akhirat ? oh ye ! jika tahu keaib-ban seseorang, hendaklah kamu rahsiakan . jaga aib dia. bukan menjaja dengan kepoh sekali. take note mairah! take note mairah !


NEXT
pastu seterusnya, diri ini tak pasti apa ke nama proses yang berlaku.. hurmm.. korang pernah ke idak, duk baring baring sekejap pastu perut korang bunyi dan macam ade benda golek golek.. eheh. ni kejadian jika anda puasa tau ! yang pasti ada bunyi macam something pecah.. hurmm. tak reti nak jelaskan.. something like that. omputeh dahhh.... ohh maiii rahhhh ! yang pasti selepas je proses tu, tetiba perut rasa tenang tapi ada rasa tegang macam ditarik je perut tu, ohh.. mungkin angin.. mungkin. kebarangkalian itu ada. eeeceewahhh macam doktor pulakss..

banyak hikmah yang Allah beri bila puasa ni.
salah satu untuk mengekangkan nafsu kita, bila sebut nafsu, maka semua berkait rapat samaada nafsu baik mahupun buruk.. moga tabah semua, moga semua kuat ber-warming up untuk masuk ramadhan...  termasuk kamu ohhh maiii rahhh !


tapi kan serius aku tabik siapa ambil ilmu keDOKTORAN ni.. diorang boleh kaji pasal badan.. hebat kan.. hehehe... well, aku ni bab bukak tutup oven tu pandai laa..eheh. yang pasti dan mesti if nak makan ubat tu pastikan air masak tau, bukan air masak yang sejuk dalam peti.. air masak suhu bilik, gituhh ~ sebab itu lebih baik. if air zamzam lagi baik ! 

beside
aku punya impian, mahu ke tanah suci sana
tapi, selalu bermain di pikiran ini,
adakah diri ini suci dari dosa ? Allah T_T
jomm ! sama sama mensucikan diri.
walau tak tahu bila, niat ada, insyaAllah akan sampai seru mu wahai mairah

wallahualam,
tulus kasih :
ruhul jadid
 
 


 

Saturday, June 14, 2014

beruntunglah kamu





[credit : hamba Allah ]




JAM 0053
16 Syaaban 1435H
140614

beruntunglah kamu,
andai menangis ingat Allah,
jangan kamu salahkan apa yang berlaku,

jika merasa menyesal,
berbaliklah kepada Allah,

jangan nafikan yang kamu lemah,
sungguh penguat kamu adalah Allah,

justeru, aku kadang kadang turut merasa,
merasa nanges itu perlu,
kerna diri ini terumbang ambing,
kemanakah hala tuju akhiratku kelak ?

moga dapat berkumpul dengan semua ahli keluargaku di sorga,
bahkan dengan sahabat yang banyak mengingatkan aku kepada Tuhan,

maka ,
kuatlah wahai batin, wahai jiwa, wahai roh,
kuatkan aku demi Allah,

aku mahu kembali dalam wajah yang bersih,
wajah bersinar,
dalam kubur yang lapang, yang bercahaya, yang wangi..
Allahuu... ampunilah aku.


merasa mati itu dekat, sangat buat aku menghargai setiap detik.


[ credit : hamba Allah ]

Wednesday, June 4, 2014

untuk aku chenta ! kamu harus baca



kerna kamu seorang yang kuat,
maka kuatlah,
aku hanya perantaraan,
selagi mampu aku usaha,
selagi boleh, aku usaha
bukan apa,
kadang aku terfikir,
memang Allah jadikan hati aku rapuh
rapuh untuk bermurah hati untuk mengasihi.
namun serapuh rapuh hatiku,
demi Allah, aku kena kuat.
begitu juga kamu yang aku sayang.
terima kasih hadir,
meski kita baru bertatih dulu,
namun aku bersyukur mengenal apa itu sayangkan sahabat.
mata aku masih jelas, telinga aku masih bisa mendengar.
duhai sahabat,
aku chenta kamu.
mahu aku umpama chenta itu,
aku tak mampu
tapi aku yakin Allah jaga kamu.
tulus ikhlas kasih,
: jiwahijausemangatmerah.


credit : [inche gabbana]

Tuesday, May 27, 2014

ini parah...



Salam'alaik buat semua..


Sudah lama aku menyepi,

Apakah petanda hati sakit?

ini parah !

Moga sirnakan hatimu dengan mahmudah.

wallahualam.


imtihan.

tulus ikhlas kasih,

: jiwahijausemangatmerah

 

Friday, April 25, 2014

lejen ustazah gengster part 1

Bismillah.

aku rindu..

aku rindu 
-masa hari pertama mendaftar diri, tiba tiba air mineral aku beli tumpah. ta sempat minum semua tumpah.. kaget dan senyap. hari pertama. masa tingkatan satu. 1MB4. masa ni belum sesuaikan diri tapi masa ni lah kenal uzma, she is nice. i love her. she always beside me although kami macam entah pape. rinduuuu... that we call friend right ? masa ni la pilihanraya sekolah MPP. pertama kali merasa kempen untuk proote manifesto masing masing. Allah.. cepat masa berlalu. dan yang pasti dan mesti. aku takkan lupa minggu usrah.. Allah....the best laaa.....yang lawaknyaa aku jadi watak pengetua, my name on drama is PUAN MONA. Allah.. i really miss that moments. naqib dan naqibah semua hebat ! tabik laaa.. rindu sir YAZID yang sangat garang... tak siap kerja sains kena rotan. rotan kat kaki. haa sakit tau.. pastu kena lari pusing padang bola sepak.. Allah.. sebanyak 3 round. letih tau sebab masa tu tak siap lukis cell plant and animal. yang lawaknya lari pakai kain sekolah.. ish agak tak senonoh but itulah menguatkan saya sampai sekarang.

aku rindu 
-saat aku tertidur masa guru mengajar tetiba ada satu benda yang terbang tepat kena bahu kanan. aduhh sakit.. sentap dan automatik cikgu sejarah, namanya cikgu nafisah suruh bangun dan berlari dekat court bola takraw, sekarang ! haa ambik kau masa tu matahari tegak atas kepala, around pukul 12 tengah hari lebih camtu... masa ni kelas 2MB3.. aku ingat lagi sejak peristiwa tu setiap kali sejarah aku tak tidur.. hehe.. kan lejen.. semua benda aku rasa terutama tidur dalam kelas. Allah.. itu dulu.. sekarang ? macam tak ada beza jugak.. okay... teruskan lagi.. masa form 2 kelas yang agak happy ! 10 laki 11 perempuan. haa.. balance.. rasa masa ni sangat rapat dengan kawan kawan antara laki dan perempuan bukan rapat macam pegang pegang tuu.. nauzubillahiminzalik ! macam family. masa ni la aku sedar yang kami saling memerlukan. yang kerja laki laki biar mereka buat jangan nak tunjuk hebat, kan sakit badan... haa.. panjang cerita bab 2MB3 nih... rindu... masa ni kenal tirah leoo.. iaitu fatin nurathirah binti roslan. she also nice. love her too !

aku rindu
-saat sir yazid ajar math. Allah..... kami sekelas selalu kamu balik lewat untuk waktu pukul 1 lebih tu.. Allah.. sebab form 3 kan. paham paham je laa.. PMR... korban masa tu perkara biasa.. sir YAZID pernah ketuk kepala aku masa dia masuk ikut pintu belakang. masa tu aku tengah makan.. ke minum air.. atau tengah siapkan kerja math.. lupaaa.. yang pasti tak sakit pon sebab  aku sayang sir YAZID sebab dia best sangat ajar.. hehehe.. dan satu lagi. aku selalu dalam kelas dari form1 sampai form5 mesti port meja adalah di belakang.. hujung kiri atau kanan atau barisan tengah .. pastu sir selalu sempoi masuk kelas.. kami yang perempuan ni tanya sir kenapa ta pakai tali leher, sir kata panas.. see it.. hehe.. santai ~ itulah part paling ingat. apa lagi yang lejen.. ohye lupaa sekali lagi saya bersama tirah leoo atau namanya fatin nurathirah binti roslan... kami berdua selalu je ngantuk time geografi ya Allah.. sumpah ngantuk. tapi kami suka subjek geografi part bila dapat soalan, kami tak ngantuk.. hehehe.. terima kasih cikgu fatimah.. tapi yang pelik. aku yang tersengguk tapi tirah yang selalu kena panggil.. hehehe.. ampun maaf ye. kejadian ini juga berlaku masa geografi form 2. same situation. hurmm.... itulah bila kenang balik.. rinduuu....


setakat ini sahaja... 

andai diberi peluang lagi, aku akan menaip untuk form 4 dan form 5 ! 

post ini terjadi kerana aku terbaca post lama dulu.. sini


Allah.. aku rinduu...
Permudahkanlah urusan semua sahabat yang engkau hadirkan mereka dalam hidupku dari tadika sampailah sekarang, iaitu unikl micet. 

till we meet again.

love,
jiwahijausemangatmerah.


islamic-quotes:

Near

close with us :)

creditan : ihsan


Monday, April 14, 2014

GIVEAWAY SIMPLE-SIMPLE BY SHAD

Greetings and Assalamualaikum to all.
Jemput Join ya.


Klik Banner untuk Join

Senarai Hadiah

R Series Luxury Set from Cosway x2
Novel Pilihan Sendiri x5
R Series Hand & Body Lotion x3
Bawal Plain + Cute Brooch x3
Top-up RM5 x5

Due Date : 21 April 2014
Klik untuk lihat Senarai Hadiah




ni screenshot :




done !






muhasabah.

140414
ISNIN.

mungkin,

pernahkah merasa begini ?

sampai hati dia tak bagitahu kita apa apa pasal program community service tu, kita kan satu kumpulan....at least, mesej la tanya pendapat setuju atau tidak, bla bla bla blaaa... nangisss T__T

pastu..

kita berteleku sampai mengenang balik, kenapa sampai jadi macam ini ?
saat ini, pipi dah panas semacam..
kenapa perlu terasa hati?
nampak masalah terasa hati itu kecil sahaja..

mungkin sebelum ini ada dosa yang sama macam situasi diatas cuma lain rentaknya,
dosa yang lebih besar.

mungkin.

ingat balik...

beginilah rasanya bila kita berada dalam situasi ini.
mohon fahamkan situasi dibawah.

kemana hambaku? kenapa hambaku tidak bangkit bertemu denganku, ohh.. aku mahu mendengar rintihmu wahai hambaku yang dikasihi. haiyya ala sollah.. haiyya ala fallah.... aku rindu wahai hambaku yang beriman. 

Allah...
patut pun, Allah murka,

Ini lagi parah daripada masalah di atas,

sakit. lebih sakit daripada masalah member tak bagitau kita pasal kerja kumpulan .
mungkin kerana itu kamu diuji untuk beristighfar balik, apa dosa kamu.

 terbaca di tv Alhijrah.

sumber: hadis.

ini yang difahami daripada hadis tersebut,

" antara golongan fasik atau munafik adalah siapa yang tinggal waktu solat "

Ayuh !
sebelum matahari terbit sebelah barat, pintu taubat masih terbuka !
Allah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang


astaghfirullah hal azim.

jom tahajjud. itu sumber kekuatan kamu maira !

wallahualam.



Wednesday, March 26, 2014

saya yakin ini rezeki sebab jujur (^___^)V

0156
260314
new post


salam'alaik, ikhwan yang hensem dan bergaya serta akhowat yang berduri lagi comel :)
diri ini tidak akan berpatah balik dengan apa yang dipilih,
kerna aku yakin,
redha ibu dan abah memudahkan aku belajar
mereka tahu aku boleh,
so,
why not,
i trust myself right ?

throwback last two years :)

memories bygone let bygone right ? 

ibrah tu kita ambil. 

alhamdulillah, as i know my spm result just 2A, wehh, i bangga tau, i tak tiru , i jujur ! dan usaha tau,you know what , i yakin yang ini berkat tak meniru time exam, buktinya, Allah permudah segala urusan i nak gembirakan hati my parents.  i dapat semua tawaran UPU, Matrikulasi, GMI , KPTM and UniKL offer yOu ! that's all, and i yakin ini adalah rezeki solat Dhuha, yess solat dhuha :)

one more thing, 
i must spread it as my semangat dan untuk adik adik i yang bakal masuk alam uni kampus.  

for my 1st exam , i got 3.0 above
for my 2nd exam, i also got 3.0 above
for my 3rd exam, i want dean list ! doakan saya sembuh dan sambung belajar :) 
sooo, my dear, why give up ? , if ipta not accept you, so, i suggest apply mara universiti or collage as i know mara student will rich and your parents not need give money every months. maafkan masalah bahasa yang sangat kritikal tapi ini realiti, dan diri ini merasai :) so, wake up dear !

if your result not good in spm, so , u must make it better in future life ! goooo ! i support you ! 

hope this link will help you about my journey :)
AMARAN !
semua yang ana kongsi adalah sedikit, jika tak cukup,
mohon ! mohon sangat rajinkan diri untuk guna Mr, google itu. usaha sikit jahh

  • akhirnya mr google jumpakan saya kos yang saya minat >tekan saya<
  • setelah sumpah janji majukan diri di melaka >tekan saya<
  • keserabutan tahap tak tahu nak pilih unibessiti atau matrik atau diploma >tekan saya<
  • cara Mara handle student supaya bersungguh belajar, bahagian bawah post >tekan saya<
  • dapat tawaran unikl >tekan saya<
  • nak tumpu belajar betul betul, revenge untuk spm >tekan saya<
  • cara isi pendahuluan mara >tekan saya<
  • last, penutup haru biru memilih unibessiti  >tekan saya<

p/s : jika nak best lagik, alkisah la.. jika nak sangat masuk arkitek, tak tahu flow camna, try add akak akak atau abang abang yang kerja as arkitek, ohye , dulu ana pon bercita-cita nak jadi arkitek sampai sanggup add fb  2 orang akak yang ambil bidang arkitek tau. seorang akak tu baru 2 or 3 years bekerja dan dah berkeluarga. berjaya dan bergaya you. arkitek untuk design rumah. seorang lagi still belajar sekarang dekat aussie or australia ambil master in arkitek. tajaan mara dan dia lepasan uitm tau. usaha gigih, pointer tinggi senang nak dapat tajaan you :)

" kerna aku yakin Allah pemberi rezeki. bukan manusia. manusia hanya perantaraan."

 
[credit : osem]




 
 
 





Thursday, March 20, 2014

karya 001

200314
0053
salam'alaik ya sohabah

air mata
 berguling guling laju
kemana air mata ini meluncur?
sudah semestinya membasahi lembah pipi

Allah,
manusia bersifat fitrah
bila sedih
 terus meluru dosa yang lalu datang menerjah

Mungkin
ada yang sedih ingat pahala,
sebaliknya
 bila sedih ingat dosa

namun
aku dan kau sangat berbeza
sebab Allah cipta kelebihan dan kelemahan masing masing
tapi aku dan kau ada satu persamaan

apakah ?
sahabat
kita pejuang islam
sama sama kerah tenaga, hatta masa, duit, air mata
kita sama
aku dan kau saling sayang menyayangi.
aku sayang kau
kau sayang aku
semestinya
aku mahu bergelak sakan
di bawah pohon rendang
di sorga
aku mahu berkompol dengan ahli keluargaku
serta
bersamamu
bersama semua sahabat
 yang hadir dalam hidup aku
maka
 aku punya banyak matlamat
tapi matlamat ini yang aku sangat idamkan
matlamatku
kubur yang bercahaya
kubur yang wangi 
sekian,
nukilan kaki biru jiwa hijau


[credit : hamba]


Wahai orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.                    Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.                                                                                                 (Al-Baqarah (2) : 153) 

Sunday, March 16, 2014

upgrade. err. sementara

salam'alaik.
upgrade :)
sementara sebab macam tak kena susunan macam ini. apa pun. fresh. new look. mungkin akan datang, banyak  'gadget' akan di buang untuk menyenangkan mata. atau mungkin blog dihapuskan? ohh.. aku sayang blog ini. sayang sangat. lama juga bertahan 2008- until now, 2014, yang pasti. upgrade sikit demi sedikit. dan mungkin ini akan jadi kerja part time aku sebagai rehat sementara daripada dunia belajar. ohh. aku rindu. rindu micet. bau micet mungkin. tetttt.. eheh.


banyak berjasa   :)  

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
changed




fresh. new look.

bismillah



end

p/s : if  that photo not suitable,, do private message to me. okay :) i will change it. 
p/ss : that header for few weeks.

 
 
 

Thursday, March 6, 2014

spin and all out 003

[credit : here]
note : 
continued ,
press there ; 001002 

0125
060313
alhamdulillah...
selesai laksanakan.
saya tak nak gugurkan satu undi yang sia sia. 
ohh aku teringat zaman dulu kala, zaman sekolah menengah, zaman mengundi MPP sekolah, masa tu form 1, kami undi macam SPR malaysia masa tu, macam la kann... beratur panjang.. ikut turn, setiap turn seramai lapan atau dua belas orang sahaja yang dibenarkan masuk bilik yang ada kertas dan pen untuk memangkah, well as u know , i am form 1, so memang tak kenal sesiapa senior yang masuk bertanding, kami just pangkah senior yang naqib dan naqibah kami serta yang ada rupaa.. hahaha, sumpah jahat kan. tapi yang ada rupa tu la naqib dan naqibah kami.. wink wink.. lepas siap pangkah.. slow slow masukkan ke dalam kotak yang disediakan dekat meja urusetia kat depan sekali... fuhh... masa tu kempen agak gempak ! tampal gambar sana sini, pastu ada sepanduk, selama seminggu kempen. jika saya tak salah. lupa dah.. lama dah berlalu..... err.. masa tu la kenal calon calon. Alhamdulillah yang menang kebanyakkan kerusi adalah naqib dan naqibah kami....hebat ! ohh masa dah berlalu. sekarang.......


0052
060313
just now.

Alhamdulillah dah selesai tanggungjawab saya sebagai mahasiswa yang cakna akan perihal universiti , selamat submit semua undian saya.Nak jadi cerita, serius .. tak tipu, sangat excited undi sebab boleh buat undi atas talian. canggih kan sekarang. hebat ! lebih lebih yang tak berada di micet, macam saya >_< " heee pastu punya la excited, sampai tak baca arahan nak e-voting... masa tu dah berapa minit berlalu dan lupa. tettt.... tetiba blur camna nak submit, pergi buka new tab dan try again login dan baca rule e-voting... serakahnya afiqah umairah, tak baca arahan dan terus melulu, okay itu memang tabiat buruk saya bila excited tahap lompat bintang ! alhamdulillah tak sampai tahap guling guling tenggiling lagik, kedebuk ! jatuh.. errrr,. lejen. sangat lejen. okay kembali kepada alkisah hidup afiqah umairah. dan ayat arahan bawah sekali bagitau just vote for seven person only...  baca banyak kali arahan ituu... melampau afiqah umairah. hehehe.. ketawa sendirian di dalam suasana gelap di hadapan modem wifi rumah... serammm... hehehe..

takpe Allah kan ada. bertenang. ohh i see.. said me alone in front of my laptop. setelah itu pergi check balik siapa yang kena ditarik undi yang maira dah terlanjur tick for 9 person yOu ! gulppp.. tersedak ? minum air maira -,-" haishh... masa ni tetiba dah tak tahu nak buang siapa... sebab kena 7 person only... tanya dilah. dilah marah sebab katanya undi adalah rahsia... kan kena sebijik... errr.... setelah diselami, baca bismillah. dan saya buang tick yang telah kena tick... dan saya terus check betul ke tidak yang saya pilih. saya yakin dan alhamdulillah 7 person that i voted just now, i know their attitude for almost 21 months be at unikl micet . then i felt confident, after that press submit :) that all, excited about e-voting.. excited because i don't need queue up :)
" Allah pilih melalui pemilihan manusia "

okay semua relax dan bertenang, di atas hanyalah sejarah cik afiqah umairah yang dah lama serta baru beberapa minit saat yang lalu. ayuhh... tarik nafas dan baca ini pula :) habiskan baca ye !
mari kita ingat balik, setiap diri kamu adalah tanggungjawab masing masing, kamu adalah pemimpin bagi hati, akal, jiwa, roh kamu untuk pimpin ke jalan yang Allah suka, jalan yang mahmudah dan jalan yang semesti dan pasti barakah. aku , kamu, awak, semua, kita, kami adalah pemimpin cuma ditakrif dan tidak sahaja. tapi lupakah kita Allah dah takrif kita siap siap dalam maksud mafhumnya ; surah Az-Dzariyat ayat 56
 " tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan beribadah kepadaku "

maka terbuktilah kita pemimpin untuk diri sendiri dengan menyahut seruan Allah di atas, beribadah kepada Allah yang rabbul izzati, rahman wa rahim :) maka nikmat mana yang kamu dustakan? Allah sangat penyayang lagi maha pemurah lagi maha penerima taubat. 

cukuplah penaip malam ini konklusi apa yang kena konklusi, ini adalah wadah saya, wadah aku untuk melepaskan sesuatu dan menyampaikan sesuatu, aku bakal jenazah, aku tidak mahu amalan aku berterbangan sia sia seperti debu, mohon sahabat sekalian, ingatkan aku, tegur aku. aku mahu turut serta ke sorga Allah dengan kalian :) wallahu'alam. fii hifzillah. Allah yubarik !

[credit : here

p/s :

fii hifzillah maksudnya semoga dalam jagaan Allah
allah yubarik maksudnya semoga Allah berkahi awak :)


Wednesday, March 5, 2014

spin and all out ! 002

sambung.
050313
jam 0053.
tettt..tettt...
waahhh... sambung balik titipan yang tertunggak, nak cerita dari mana ya. okay malam ni entah kenapa aku rasa dekat sangat dengan ibu, yess dulu tak rasa macam ni, macam mana nak luahkan perasaan itu ye? bukan ibuku tak baik, mana ada ibu jahat ? jika ada moga ibu tersebut dibukakan pintu hati. aamin.  serius ibu dulu sibuk, bukan sibuk dengan kerjaya tapi dengan adik adik bawah aku , masa tu jelessss sangat..... biar aku gembira ada adik kecil tapi... abaikan.... errr -,-"

adik-adik masa tu kecil jadi, banyak masa ibu banyak dengan adik-adik, yess aku akui masa aku kurang dengan ibu, masa aku banyak di asrama .. errr dalam 5 tahun berada kat asrama, jadi masa dengan family sangat sangat terhad. seriuss... tapi aku tak menyesal tapi ada la jugak penyesalan itu, *apala cakap tunggang terbalik... mohon baca banyak kali. hurmm... antara positif, memang berdikari, sangat berdikari, semua atas bahu sendiri, basuh baju, gosok baju dan semua la pasal pengurusan diri la kann... okay yang negatif , mesti dan pasti isu semasa pasal family lambat sampai dan kadang tu tak sempat nak tahu,, errr pastu mula la tak tahu apa yang sudah atau sedang berlaku.

so. masa selepas habis exam , aku buat kertas kerja ... err... bukan ertas kerja, tapi perancangan hidup. cewahh.. dah pandai aku menyusun untuk dapat balik 5 tahun yang dulu aku berada di asrama, alkisah nak tebus balik la kire kenss... aku susun, selepas ni nak belajar dekat dengan umah, at least setiap minggu balik , dulu duduk asrama sekali sebulan jeh.. err... gagah tak? kuat kan.. err.. tipuuuu... okay, lepas tu susun lagi, target masuk unisza, haaa... entah kenapa masa tu dalam kepala nak masuk unisza sebab, 15 min dari rumah.. hehehe.. tak unisza, umt. ahah ! jauh sikit, tapi tak lebih dari 30 min. err lepuk gak kenss... dan berlalu laa... tapi aku tak minta maktab sebab, ada sebab dia, biar rahsia. stop ! dan terus berlalu.... 

akhirnya, semua perancangan aku, tak kena pada aku rancang tapi anugerah daripada Allah rancang yang aku dapat, i called it miracle from Allah...sumpah Allah sangat sayang pada hambaNYA :) aku dapat belajar di melaka... bapakk laaa jauh... terengganu-melaka. ambik kau.... nak sangat dekat, boleh balik umah at least hujung minggu balik, ambik kau balik umah 14 minggu sekali, err.... berbaloi tu.. heee...itula alkisah hikayat afiqah umairah :) sampai situ sahaja la ye cite pasal alkisah yang tak la tragis sangat. :P hehehe..
here , i wanna to tell you olls , i called it miracle what i got from Allah, seriously it so miracle. after almost 2 weeks i be at home, many things i got, yes, i got what i want from 5 years ago.. i felt close with my mum. ibuu.. thanks. i really love u. i share everything. about micet, as now is " pilihanraya kampus JPM and JPK " and about friends, my close friends at micet and i also share about my kids memories, yeahh ! u know what , felt like a patient got antibiotic for recovery her sickness. err... the power of mum. i don't know why but i will miss this moment soon. mum. love you. ibu.... kakyang nak berusaha jadi anak yang baik, anak yang solehah dan berusaha untuk bawak semua family berkumpul di sorga Allah. my hope, my last hope. nothing more than your bless, when your bless, everything will go smooth and well. that about miracle for almost 2 weeks home.  that all.

7/3 simen bakal dibuka, harapnya, smooth recovery. insyaAllah.tiada yang mampu aku ungkap melainkan Allah atur yang terbaik dan merungkai resah aku sekarang. Allahu.
err... bakal ada sambungan pula... tettt.... insyaAllah :) 

ibuu... love u more. moga Allah rahmati ibu selalu. ohh my tears drop... :'(

spin and all out !

semestar 2 sedang berjalan dengan lancar dan aku...
aku sihat, ni boleh menaip ni, mohon tayang gigi... :)

Salam'alaik.
mari kita sama sama bersyukur mensyukuri nikmat Allah,
aku belajar sesuatu sepanjang 7 hari berada di rumah, aku memang keseorangan sebab ahad sampai khamis adik adik bersekolah, while me? alone, ooyeeeahhh... dan dan saya patut dan mesti sematkan yang Allah ada dengan kamu wahai afiqah (^___^) mana nak start nih, tajuk post kali ni spin dan all out, pernah tengok cerita kartun versi english yang ada magic tu, yess magic tak wujud tapi ada movie tu, yang spin semua benda dan keluar ! grr, gimik habis fasal spin and all out.
mungkin bakal menyimpang point kali ni, ohh tidak ! no way ! kita kena ada matlamat ! gituh. okay, aku terbaca di wall facebook dan blogger yang lain , well sekarang kan tak memerlukan surat khabar untuk mengetahui isu semasa tapi ingat ! " al quran tu memang dari asli dari Allah dan berita dalam al quran memang  benar ! " ada sebahagian la, menaipkan okay, bukan semua ye, menaipkan kita bila berblog kena jadi diri sendiri, kita memang jadi diri sendiri, dan semua yang aku cerita semua yang berlaku dalam hidup tapi berkias la ,

takkan nak buka pekung di dada, Allah jaga aib kita takkan kita nak buka pula, see ! Allah jaga aib kita, jadi kita tutup lah aib kita tapi jika kita nak berkongsi pengalaman, tak apa bagi aku sendiri, tapi memandai kita berkias dan ada benda kita kena 'all out' dan ada benda kita kena simpan. sebab apa , sebab kita ada Allah yang Maha Mengetahui . Allahurobbi. kita santai je penulisan ni, tak nak la serius tapi santai santai biar ada benda nak share, kata seorang ustaz yang datang ke micet bagi tazkhirah.

memandangkan diri ini hanya update sebulan sekali, Allah.. bukan malas kadang kita aula apa yang perlu aula. fiqh aulawiyat :) banyak sangat nak kongsi jadi kita buat sistematik, kita list, yess, buat program pun ada list supaya sistematik dan ada 'back up plan' lagi. ewaah.
list

  •  program chocolate talk
    -Forum, jemputan khas, PU Rahmat dan PU Fakhrul :) sebahagian sahabat yang pergi mendengar bagitahu best dan feedback diluar jangkaan. Alhamdulillah, selesai . 
  • pembukaan majlis agm terbaru, dan menggalas amanah. moga amanah ini aku dukung dengan mahmudah. amin ya rabb !
  • saya ada big family at micet, my lovely friends, my caring senior sistersss... yeaah i love them much. 
  • after that, my ankle broken. err.. sound like ouuch ! sakitnyaa ! sejujurnya, aku sakit bukan sebab ankle broken tapi sebab dapat dengar dari mulut doktor, awak kena simen, that time i felt lost. and my tearss dropppp soo fastt... tettttt..... malu ! errrhh.. abaikan memories.
  • now. 3 weeks at home. hope smooth and speed recovery . amiin ya rabb! 
  • now.. miss so so much all about micet ! seriously wanna back . 
  • now... i felt 'dilemma' wanna continues study or defer. hope can be at micet before mid sem break and settle all. amiin. hope smooth plan. but i know Allah give what i need ! got it !
  • ada sambungan..... till we meet again. insyaAllah . soon <3 li="">


[credit : here]



Friday, January 31, 2014

31/01/2014-summarize




salam'alaik.


muslimin dan muslimat. lama dah tak post sesuatu. oh aku bukan sibuk atau menyibukkan tapi mungkin perlu memberi hak yang perlu dahulu baru disusuli kamu wahai blog ! ooyeeahh...

sekarang akhir januari dan sekarang juga bakal berakhirnya cuti sem selama 3 minggu. yes! selamat afiqah umairah ! selamat menempuh semester baru. mulakan dengan niat yang baik. yang lepas abaikan dan lepaskanlah sebab kan dah lepas. eheh -,-" *berputar ayat*

let's give chance to improve your skill maira, give chance ! beat the best ! u can do it,  ohh yess although there has no one support u, but remember, " kamu berjihad menuntut ilmu, ikan dalam laut doakan kamu, tumbuhan yang hidup doakan kamu, please maira.. trust yourself. about your result, it awesome because you can beat 18 credit with that flying colours :) pround yourself ! there have person who can't beat as you ! okay summa alhamdulillah with that result. stop ! 

what happened on your holiday ? 
i think this short holiday is more precious . yes more precious and more sweet than last sem-short holiday. eheh. wanna story here but let's keep as secret. but i can point what i have done :

  1. leadership as exco, it's also meaning for me and awesome. oooyeeeahhah !
  2. hangout with love and girlfriend, najwani for 1 night and half :), thanks dear
  3. enjoy with siblings :) ofcoz
  4. enjoy with lovely parents. love :)
  5. and last , my leadership camp or as known as GEL :) it's also awesome ! i think GEL have took my name as afiqah, yes as usually my nickname by myself but GEL choose it for me as 'afiqah' "terasa janggal when friends and fasi called that name " because only my family and sepupu atau cucu opah di perak called me, afiqah :) but nevermind afiqah also my name. i will miss that moments. thanks all. 
  6. i think this holiday, i far from kitchen. ahhh pastry..my passion . sorry, quiet busy -,-"
  7. last but no least, gathering with le siblings and my parents. :) 

that's all, that can summarizee....

love regard,afiqah umairah :)


p/s : maybe can also call me afiqah :) i felt excited :) thanks.
p/ss : welcome new semester.
p/sss : when i meet new person, that means that Allah wanna me spread the beautiful of islam. just spread !




thanks for last semester, with my akak roomates :)



thanks make this for me :) the journey :) unexpected 




wallahu'alam.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...