status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Saturday, July 30, 2011

muslimahKU....hijablah dirimu





Salam'alaik...
kali ni saya nak post something yang open je...
hurm.. memandangkan bulan barakah semakin hampir dengan kita semua...

hurm.. bulan ramadhan adalah bulan yang ditutup pintu neraka dan dibukakan pintu syurga....
bulan dimana syaitan diikat dan hanya atas kita semua dalam bersabar menahan nafsu...

ya allah... semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu..
amin..


jadi jom muslimah sekalian .. ayuh kita bangkit....
jom jaga tingkah laku kita dan aurat kita dalam menghayati bulan barakah nanti..




kiri atau kanan semua pilihan anda....
yang kiri semua terdedah.... yang kanan manis dipandang dan mengelak daripada
MAKSIAT

 sesungguhnya allah maha penyayang lagi maha pengampun...











islam itu indah dan mudah namun
jangan kita permudahkannya....

JAGA

HATI 


IMAN 


AKHLAK


wallahu'alam....

p/s: untuk peringatan si penulis juga... mohon allah tetapkan imanku padaNYA..
      amin

Rahsia Simbol PEACE

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).
          Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)
     
Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi. Penulis akan menghuraikan berkenaan logo dan gerakan NAZI di lain waktu.

Cerpen: AURAT SAYA MARUAH SAYA


Salam'alaik.... post ini dikredit untuk blog ini
ukhti nazihah, cerpen ni hasil kerja kakak nazihah dan dia masuk kempen 
semoga manfaat buat semua...=]

Sulit untuk digorak seanteronya
syaitan itu tetap tidak berdiam
mahu tidak mahu, ia perlu diizharkan.

Akur pada kehendak fitrahnya…..on lagu jika mahu.

Kisah bermula..

Aurat,apa itu aurat!? Sungguh dahulu Fulana(bukan sesiapa), punya dangkal berkenaan aurat. Yang dia tahu, aurat itu adalah sekadar pemakaian tudung menutup kepala. Seperti ghalibnya orang kata “janji, aku pakai tudung, daripada mereka yang tak pakai, bagus lagi aku!”. Mungkin itulah kata yang boleh diimplementasikan sebagai contoh pemikiran Fulana masa itu.

“Aurat perempuan itu adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan”. Itulah aurat seorang wanita yang fulana faham semasa dia disekolah rendah lagi. Hanya perlu tutup itu, oh..senang katanya. Oh ya!, Fulana tidak pernah ke sekolah agama, Pendidikan agama hanya dipelajarinya semasa disekolah kebangsaan sahaja. Tetapi, itu bukan penghalang bagi dia untuk menuntut ilmu agama, setiap malam selepas maghrib Fulana akan pergi mengikuti kelas mengaji Al-Quran. Dia sememangnya sangat rajin sehingga mampu khatam al-Quran pada usia 11 tahun lagi. Lain kesnya daripada adik-beradiknya yang lain.

Fulana juga merupakan seorang yang sangat mudah mendengar nasihat yang baik daripada orang lain. Pendek kata, Fulana mudah untuk dipengaruhi dengan perkara yang baik disekelilingnya. Fulana juga sudah mula bertudung ke sekolah semasa berada dalam tahun 3 lagi dan itu adalah keinginannya sendiri. Mungkin anda rasa perkara ini biasa, tetapi anda perlu tahu mutakhir ini mereka yang tergolong dalam ‘background’ keluarga yang kurang diberi didikan agama, agak payah untuk melakukan perkara itu sebenarnya kerana bukan kebiasaan bagi sistem keluarga itu. Rasanya anda tahu akan itu,tak perlu dijelasakan lagi dengan lebih detail. Hidayah Allah adalah untuk sesiapa sahaja yang DIA kehendaki. Mungkin juga anda selepas ini.

Gadis bernama si Fulana binti si Fulan.

Bila berbicara soal aurat pada gadis bernama Fulana sewaktu darjahnya, dia hanya memakai tudung semasa ke sekolah sahaja, apabila keluar rumah dia langsung tanggalkan. Kerana pada usia itu fulana mungkin masih tidak mengerti sepenuhnya kewajiban menutup aurat yang sebenar. Seperti ‘statement’ yang dinyatakan sebelum ini(rujuk diatas).

Dia sering mengikuti perbarisan rumah sukan setiap tahun dengan memakai skirt pendek dan baju berlengan pendek. Anda pasti dapat bayangkan(jangan bayangkan sangat). Skirt pendek confirmlah tidak memakai tudung. Pada waktu itu Fulana tiada perasaan malu dengan cara pemakaian itu. Mungkin juga kerana faktor usia mudanya dan pemikiran yang kononnya dia masih budak, jadi, tak kisahlah. Orang sekeliling pun tak kata apa kononnya.

Anda tahu tak? Semakin lama, perasaan malu Fulana mula tersemat. Dia malu terhadap orang sekelilingnya melihat dia berpakaian seperti itu. kendatipun, mereka tidak menyatakan hal itu secara terang. lebih-lebih lagi dihadapan mata dua mungkin juga ada yang empat(spek mata) guru-gurunya melihatnya begitu. secara analoginya..pembesaran tubuh badan semakin ketara sedang giat berlaku pada masa itu. Mestilah dia malu. Nah! Barulah masa itu, dia merasakan maruahnya sebagai seorang gadis perlu dijaga. Disebabkan itu, dia ‘resign’ untuk tidak mengikuti perbarisan itu lagi walaupun hatinya masih teringin sebenarnya sebab itu minatnya. Tuntasnya disini, Dia sudah mula bijak untuk berfikir mengenai aurat dan maruahnya yang harus dijaga, lebih-lebih lagi dia semakin meningkat remaja. Enti yaa wanita, bagaimana pula? Ketuk dada Tanya iman.

Fulana dah masuk tingkatan.

Semasa Fulana beranjak ke tingkatan, dia mula biasa untuk bertudung. Keluar juga dia akan mengenakan tudung tetapi, tidak yang sebetulnya. Dia memakai tudung tetapi memakai baju yang berlengan pendek dan tudung yang singkat tetapi cantik pada pandangan individu. Pemikirannya masih serupa.. “yang penting aku pakai tudung!” itulah ungkapan yang lahir dari lubuk hatinya. Tetapi, pada masa yang sama, dia tidak suka malah benci kepada pemakaian yang ketat(baju adik-adik digelar pada ketika itu). Hal ini mungkin kerana pengaruhnya dengan pemakaian baju yang longgar seperti kakaknya yang dahulunya bersekolah agama dan maknya juga tak membenarkan pemakaian anak perempuannya seperti itu. Bagaimana pula dengan enti ya wanita..? enti sukakah pakai ketat-ketat begitu? Dengan siapa enti nak tunjuk sebenarnya,cuba kata pada ana. Ok-ok..Ana bukannya nak busybody, tp ambil berat…kitakan saudara.

Perubahan yang tak dijangka.

Fulana mendapat tawaran masuk ke sekolah berasrama semasa tingkatan 4 dan 5. Semasa berada dua tahun..itulah dia mula berubah dan semakin menitikberatkan soal aurat, solat dan rajin mengaji al-Quran, boleh dikatakan tiap-tiap hari. Keadaan itu berlaku mungkin kerana ustaz dan ustazah disekolah itu amat mementingkan nilai agama islam yang sebenarnya. Masa solat semua penghuni asrama kena solat, pelajar wanita muslim mesti pakai tudung, ikhtilat kena jaga. Pendek kata, peraturannya ketat walaupun itu bukan asrama sekolah agama.

Fulana mula gemar memakai tudung yang besar kepunyaan kakaknya. Dia suka melihat ustazah-ustazah yang bertudung labuh, apatah lagi fulana mula mendapat rakan yang punya ilmu didada mereka dan Berkat ilmu agama yang diperolehi daripada mengikuti usrah dan ceramah agama disana, Fulana mula berubah dan perubahan itu berterusan.

Sehingga keluar rumah juga dia sudah mula bertudung. Tetapi bukan lagi tudung yang singkat tapi besar punya! dan begitu juga baju, besar berlengan panjang. Batas-batas pergaulan antara dia dengan lelaki bukan mahram juga semakin terjaga. Lihat ya enti..bagaimana perubahan Fulana, Enti boleh lakukan? Yes! I know u can! I believe wit u! perubahan itu kita boleh buat, kalau diri sendiri yang lakukan. walaupun enti bukan dalam situasi Fulana itu, but, why not if u try it kn??


Namun manusia itu mudah leka.

Sehinggalah tamatnya SPM dan meninggalkan sekolah itu, Fulana semakin berubah dan malangnya perubahan itu bukan lagi ke arah semakin baik tetapi fulana semakin tidak suka mengenakan tudung besar dan baju yang besar. Itupun hanya kerana kawan-kawan lamanya menegur dia kelihatan gemuk dan tak cantik kononnya bila memakai tudung dan baju besar. Perisitiwa itu telah merubah dirinya, tudungnya semakin pendek dan bajunya semakin mengikut badan. Semakin hari solat juga ditinggalkannya. Fulana semakin lalai dengan duniawi. Ingatlah wahai wanita kesayangan Allah, janganlah fikirkan pandangan manusia tentang kita, tetapi fikirlah pandangan Allah tentang kita selagi bertepatan dengan hukum syarak. Redha siapa yang kamu cari?? Pastinya Redha Allah! ya enti mahbubah.

Hatinya bergetar, jiwa sakit dek panahan itu.

Nirmala itu, fulana diizharkan oleh sebuah rancangan anjakan paradigma buat yang bergelar wanita. Terpaku dia disitu, kakinya tidak ingin berlalu, hatinya mula bergetar, jiwanya mula sakit dek kerana tarbiah itu disampaikan. memikirkan perkara itu dengan melihat sendiri pada dirinya, air matanya jatuh berlinangan pagi bulan ramadhan itu. Dimana sekalipun anda berada pasti hidayah itu ketemu jika itu mahu-Nya.

Malam itu fulana telah berniat untuk bangun bertahajjud dan bertaubat. niat itu tercapai, Bertemankan seperdua malam yang sunyi, bila yang lain masih diulit mimpi sebelum persiapan sahur dimulakan…fulana menunaikan solat sunat taubat dengan linangan air mata yang tidak terhenti memohon ampun kepada Allah.

“ya Allah, aku menzalimi diriku sendiri, aku tidak sedar betapa Engkau cinta kepada ku……..

Tangisan demi tangisan..esakan nafas yang hampir kehabisan…

Pada saat itu Fulana telah melafazkan ikrar janji kepada Allah untuk memperbaiki diri menjadi yang solehah dan berjanji menjadi hamba-Nya yang bertakwa dan beriman kepada-Nya…perubahan Fulana semakin lama semakin penuh iltizam hanya bermula dengan perubahan pakaiannya dia semakin istiqamah dengan ibadah yang lain. Baginya..semua bermula daripada lahiriah seorang wanita..barulah terserlah dalamiahnya…taqwa itukan sebaik-baik pakaian.Dan kini dia bangga untuk mengatakan Aurat saya maruah saya!! Enti ya wanita, bagaimana??.

Tamat.

[Sangat sastera dan indah kisah di atas. Moga ada yang dapat diambil iktibar =]

syukur..=]

Salam'alaik....
hurm... tajuk cam best je....

yess...... alhamdulillah....
semua berjalan lancar dan aq dpt menyelesaikan masalah yang selama ini
aq tangguhkan....

 


thanks to fatma diyana....
because help me..

dapat mintak maaf dengan dia, pun dah rasa lega..
walaupun menggunakan pertolongan  orang lain..

maaf fatma sebab menyusahkan kamu..

YA ALLAH
ENGKAU PELIHARALAH HUBUNGANKU
DENGAN UMMAH YANG LAIN
PERKUKUHLAH UKHWAH ANTARA KAMI

amin..amin.. yarabbal'alamin

wallahu'alam

p/s : 1 : tersangat gembira dan terharu sebab dibalas dengan ayat yang memenangkan
              "erm.. aku da lama lupekan hal tu.."...
           2 : hurm..... esok balik hostel..=]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...