status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Tuesday, April 25, 2017

Dunia baru sebagai seorang teacher.


Bismillah,

Hai !

hari ni aku cuma nak berkongsi apa cabaran pertama aku bulan pertama sebagai seorang teacher.

Dugaan pertama, 
masuk alam kerja yang jauh jauh jauh beza bidang belajar, kau ghase? 

aku pengsan. 
migrain tiga hari berturut-turut sebab environment kerja yang stress mungkin.
masuk air drip dua botol.
demam.
muntah.
takde selera makan.

sungguh masa ni ingat. nak berenti. nak berenti. nak berenti.

jika kesihatanku terganggu kerna stress dengan anak-anak, 
aku rasa kurang tepat sebab daku ajar anak-anak empat tahun.

tabahkan aku ? hahahhaahahaha * gelak besar*

anak anak empat tahun tahu apa?


tahu main,
tahu makan,
tahu minum,
dan nak tahu semua benda. hehehe.. 
nak tahu kenapa guna gunting? gunting tu apa? kenapa guna glue? glue tu apa?

kau ghase? perlukah stress untuk anak-anak kecil ini? 

tidak bukan?





dan sungguh nak masuk tiga bulan jadi teacher afiqah,
buat aku berasa sayang nak berenti separuh jalan dan tinggalkan anak-anak.


dan seorang afiqah bukan jenis cepat mengalah dan cepat putus asa.


u can do it ! gooo teacher !


dan satu lagi, nama afiqah jarang guna dan bila anak-anak panggil nama tu ;

:teacher afiqah... teacher afiqah, teacher nak pergi mana?
:teacher afiqah... teacher afiqah, teacher sayang amin tak ?
:teacher afiqah... teacher afiqah, teacher apa tu? nak main ke ? nak buat kerja ke?


ayat-ayat ni buat aku cair dan terus berusaha untuk bagi terbaik untuk anak-anak ini.

andai Allah kata rezekiku sampai takat tu, maka takat itulah.

biar Allah tentukan segalaNYA.


teacher Afiqah sayang anak-anak empat Al-Zahrawi.

sangat.


p/s: sabtu minggu ni sportday anak-anak. ready untuk muka burn, dan suara yang kuat. 


nite.

pen off.

Monday, April 24, 2017

Tertewas sebelum perang.

Bismillah.

Malam ni, 
Aku berfikir dalam-dalam, 

adakah aku insan tertapis keluar?

ohh menangis aku bila berfikir begitu,

kenapa susah aku nak attach?

kenapa melaka mudah dan smooth?

kadang aku rasa jiwa muslimat lebih mudah bekerja di negeri orang lain .

Jauh dari tanah tumpah darah sendiri.

Boleh berkhidmat di tanah tumpah darah tapi mungkin 10 tahun selepas itu.

Ujian sangat luar batasku.

Dulu dengan sahabat, sekarang aku banyak monolog dalaman,

Ya Allah kuatkanku hadapi segala ujian.

segala ujian tapisan aku sebagai penyampai.

aamin.


Ya Allah, izinkan aku berperang sama dan syahid...
Jauhkan aku dari tertewas sebelum perang.

Saturday, April 22, 2017

Bernikah sudah dua sahabatku

Hai ! 
lamanya tak post yang baru,
bukan menyepi cuma perlu cari ruang untuk ku menaip,
jika aku penaip tegar, mesti tiap hari aku taip apa yang berlaku sekeliling aku. 
Duhai sahabat,
jodohmu dah sampai dulu.
untuk farihah, aku sempat pergi.
tapi untuk murni, aku tidak dapat hadir atas kekangan yang ada.
sedih tetap ade. mana tidaknya,
murni antara insan yang aku kagum sepanjang aku kenal,
tak kedekut berkongsi pengalaman dia, family dia dan adik beradiknya.
insan yang baik, memang akan disenangi.
Moga aku juga jadi begitu.


Ku doakan dirimu berdua dalam rahmat Allah selalu,
bermulalah fasa baru menuju mengumpul saham sebagai seorang isteri.
Moga dirimu setabah ibu-ibu kalian berdua.
Teguh dalam bahtera perkahwinan sampai usia 22 tahun kita.

Alhamdulillah nak masuk dua bulan dah jadi teacher,
how mairah?
entahlah, selagi anak anak ini tak naik pentas graduasi tadika,
sukar untuk aku bagitahu, ewahhh... hahaha

doakan aku.
mairah yang setia menanti.

throwback 6 years a go. She's married . 

Monday, March 13, 2017

Blog tercatat dalam posting BEN ASHAARI FAMOUS !

Bismillah,
Assalamalaikum ! hai !
pertamanya, terima kasih Blogger BenAshaari sudi listkan link blog aku yang serba lama menyepi,

serius tak jangka dan berasa nak lompat bintang ! 
siapa blogger dia tahu macam mana perasaan tuh. kan kan? 
jom taaruf ! namaku afiqah umairah. senyum.
selamat datang ke blog aku yang baru nak hidupkan balik, lama sangat menyepi sejak masuk belajar tiga tahun yang lalu. 
nanti sudi sudi jenguk lagi dan komen supaya mairah boleh terjah anda !
yes ! anda blogger yang membaca posting saya ! 
okay bai ! esok kerja ! tolong doakan saya jadi teacher yang kurang bekeng keh !

jadi teacher apa ? alaa tu nanti aku post, sebab dunia baru sangat-sangat dari bidang belajar dulu, hahaha dan dia kena lama sikit baru aku boleh berkongsi apa perasaaan aku sendiri !

nantikan post aku sebagai 'teacher', cheewah !
woihhh, terharunya En Ben ! lama dah tak rasa macam nih.. terima kasih sangat-sangat !

Wednesday, March 8, 2017

Random wordless

Assalam and hai,
bonjour! 
Random wordless in the morning here. 
i am just a little bit shocked, haha 
wehh ! is that u my friend? 
visitor from France?
my stats on blog stated that there are have an audience or someone from France, and usually that traffic source cannot mistake. I soo touched if u still read my post here. as this blog not really fresh as before, for now traffic post here not really keep constant new. haha..

i am just clueless, speechless if that person is you?. 

hope u will be fine there.
Finish your studies and come back Malaysia safely. 
if there is you, may Allah bless us.
sincerely for u.

Friday, March 3, 2017

Kenapa aku pilih TYZARA ???

Aku cuba google produk TYZARA nih, testimoni dia wow wow. Alhamdulillah feedback positif !
aku pertama kali dengar nama produk nih, serius jadi aku kira ni langkah terbaik untuk luaskan nama TYZARA. bagi member-member mairah kenal banyak pasal produk nih. 
Kenapa aku pilih Tyzara?
- sejujurnya mairah baru pertama kali dengar, dan alangkah untung jika mairah dapat hadiah berupa produk Tyzara supaya boleh jadi testimoni. sebab sekarang pun kulit kepala ada masalah seperti alahan dengan makanan, mana tahu jika guna Tyzara Shampoo, makin baik? Kita usaha dan Allah yang sembuhkan. InsyaAllah.

Tapi, mari kita kenal apa itu Tyzara Shampoo. Jom!
  • Tyzara Shampoo adalah satu bahan cucian rambut yang kelebihannya adalah merawat rambut rambut gugur pastu dapat merawat rambut gugur lepas bersalin pastu juga dapat merawat rambut rosak/bercabang pastu gatal kulit kepala dan kelemumur. Shampoo ini dikenali sebagai syampoo soya. wow kan? sangat wow. soya pon boleh rawat rambut. Kena cuba nih... 
Info penting yg lain boleh di dapati di sini:-
Hotline : 019-5767697

p/s : Jom bloggers kita bersaing sihat dalam contest ini, JOM ! mana tahu rezeki, dapat hadiah. dan kita sama-sama sebarkan berita shampoo yang dapat merawat rambut ini.
hai, nama saya afiqah umairah. 
[image%255B6%255D.png]

tekan gambar untuk ke blog famous amos kita En Ben Ashaari . JOM!

Wednesday, March 1, 2017

rezeki ku dalam rahsia Allah

Bismillah,

Sungguh macam-macam aku rancang untuk dapatkan duit poket.
Yerlahh kan, takkan nak tanam anggur saja. hehe

Tapi kadang apa aku nak mungkin tak boleh buat masa sekarang sebab Allah tahu aku tak sedia.

sungguh rezeki ku dalam rahsia Allah.

sumber gambar : google

Thursday, February 23, 2017

Jangan membenci.

Bismillah,
Allahu..
Sudah lama aku tidak marah semarah ini.
Memang tak boleh lupa apa diorang buat tapi entahla,
Aku geram bila diorang tak matang dan tak serius.
Akhirnya, walau macam-mana,
aku kena maafkan diorang,
sebab itu lebih menenangkan hati ini, 
dan memudahkan aku untuk fokus benda lagi penting.  
Mungkin diluar sedar mereka.
Ampunilah kami ya Allah.



ahlan adik-adikku, jamilah :)

Thursday, February 9, 2017

Baitul Muslim ? Bagaimanakah ?


Image result for rahmati kami
credit : google


Assalamualaikum,

tajuk sangat panas, kalau dikalangan sahabat-sahabat, dapat soalan pandangan baitul muslim, mesti main pass kepada sahabat lain.Sebab tak bersedia nak bagi jawapan. huhu
Bagaimana mairah? pandangan mairah? 
sekadar pandangan aku yang dhoif tapi nak kongsi juga sebab mana tahu jumpa sesuatu, kalau jumpa Alhamdulillah. 
Pertama, apa-apa yang kita nak buat, niat kita sebenarnya, apakah yang kita niatkan? fahamkah kita dengan tangga maratib amal? kalau faham, kita tidak akan main-main dengan isu baitul muslim ini. Sebab apa? sebab kita paham dan kita nak menjadi sebahagian penyambung untuk merealisasikan daulah islamiyah. 
Dan kalau faham, kita akan menuju ke arah golongan yang faham. Aduh penaip, taip macam dah faham. ehem. Aku sekarang dalam fasa berusaha faham sebab bukan perkara mudah baitul muslim ini. Okay seterusnya, point kedua kita.

Kedua, ilmu. Benar, apa-apa kita nak, kena ada ilmu. Bagaimana ilmu kita untuk menjadikan apa yang kita faham itu tercapai? Aiseh penaip, 'nervous' kita yang baca. Kalau 'nervous' baguslah sebab anda masih punya jiwa. eheh ~ rasa degupan jantung, ucap Alhamdulillah ~
Dulu Ustazah Asma ada bagitahu ilmu ni penting sebab dengan ilmu kita akan tahu mana yang batil dan mana yang hak ! fuhh aku semangat betul nih. Sungguh aura Ustazah Asma aku rindu ~ Moga Allah merahmati Ustazah sekeluarga dalam memberi ilmu islam untuk ummah islam.

Berbalik kepada point kedua, ilmu baitul muslim ini kita kena faham sebelum, semasa, selepas iaitu tak lain tak bukan, alam kubur sana dan juga akhirat sana. Alam baitul muslim bukan semudah makan pizza domino begitu sahaja. Tapi susah. Aduh, penaip, macam pernah rasa. sungguh aku belum merasai cuma aku risau kes cerai banyak sekarang hatta Ustazah Asma sendiri pernah beritahu bahawa banyak pasangan kahwin yang jumpa ustazah minta pandangan kerana sudah tidak sefahaman sedangkan baru lagi usia kahwin tersebut. Nah, tidakkah kita sama-sama risau ? Dimana silapnya? Jika salah satunya kurang ilmu? Moga Allah rahmati kita semua..

Ketiga, setelah niat, dan juga ilmu. ada lagi bagi aku benda ni mesti buat.. apakah?...
kita sambung part kedua pula ya..  insyaAllah  
 


Thursday, January 26, 2017

Perancangan masa depan

Tajuk sudah gempak.
aisehh, afiqah. 
Bismillah,
Assalamualaikum w.b.t.
sudah lama aku tidak menaip serancak dulu, hampir nak masuk tujuh tahun. insyaAllah kembali rancak menaip, memandangkan Allah bagi rezeki begini. Alhamdulillah. 
Kita sebagai hamba kena selalu bersangka baik dengan Allah kan? 
Jika tidak kita, siapa lagi?
Moga Allah mudahkan perancangan masa depan ini.
Sudah bersediakah afiqah untuk masuk alam kerja?
Cari duit untuk mudah gerak kerja islam. Bantu keluarga. Tak banyak, sikit pun cukup dan kalau cukup maknanya insyaAllah akan ada keberkatan. aamin.

Setelah aku berkira-kira, aku rasa sekarang fokus lesen, muet, cari kerja sementara. sambung belajar? tunggu dulu. Sebab kalau kewangan dari kerja sementara ni akan memberi kepada kerja tetap, maka aku teruskan kerja tetap.Sebab aku ada terfikir, kerja sambil belajar, tak salahkan?  huhu
Cuma fokus aku sekarang, kerja sementara mesti dirumah sendiri atau sekitar rumah aku sebab kekangan dengan Ujian MUET Feb-Mac ini, dan juga selesaikan lesen kereta sehabis baik mungkin.   
Tapi aku merancang dan Allah juga merancang lagi indah.
Dalam masa sama, aku terus berdoa supaya Allah bagi aku kemudahan, petunjuk dan kemampuan.

Moga sukses afiqah.
ohya! aku dapat anak manakan baru, anak sepupu sebelah ibu, dan dia adalah puteri mujahidah. status aunty afiqah umairah. haha..
moga solehah anakanda saudaraku. 
Aku doakan kamu bakal menjadi pejuang agama Allah. 

sekian.

ty-mairah



Tuesday, January 24, 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...