status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Wednesday, October 24, 2018

Perginya Teacher Izzati Little Caliphs Gong Badak.

Bismillah,
hari ni, suasana tadika sayu dan suram,  masih berfikir betul ke ni? macam mimpi,
pandang tadika, macam ermm kenapa rasa ade kenduri arwah di tadika?
allahuakhbar! masyaAllah,
Allah yang berhak ke atas hambaNYA !

Bangun pagi nak solat subuh, tengok jam kat fon then macam biasa bukak short note incase ade pape urgent since minggu ni tak tengok fon sebelum tido, lepas solat isyak, terus tido.
tiba-tiba,
daku tertangkap ayat ini:

innalillahi wainna ilaihi rojiun - Mighty Inspired Group Whatapps.

terus aku macam, ehhh apa ni? sapa meninggal ni? terus tekan dan terus baca,
Allahuakhbar, panas pipi aku, rasa macam ehh baru teringat dekat tcer izzati dua tiga hari ni,
rupanya Allah sampaikan instint kepada kami untuk teringat kepada arwah. nanges aku disitu.

lama fikir, kena redha, Allah dah ambik kak zati, nanges lagi..
pergi sekolah awal hari ni, awal dari biasa... rasa suram.. rasa macam kehilangan,

benarlah ini bukan mimpi!

tengah hari aku dan tcer shikin hantar anak-anak ke pagar rasa macam memang ade kematian di tadika, hantar je anak, ada adegan salam kauk,
salam kauk ni maksud orang ganu, salam ade isi di tangan samaada duit atau apa-apa.
rasa macam ehh ramainya salam kauk.. suram lagi...

masa ni rasa dah sebak, begini perasaan bila partner kerja kita meninggal, ini pengalaman pertama aku. arwah kak zati seorang yang sabar mendengar, tak banyak cakap kalau kita berkongsi masalah, selalu pesan kepada ku,
sabar fiqah, sabar fiqah..... ermmm.. suram... nangis

Duhai kak izzati hashim, tenanglah dikau disana bersama orang2 soleh, sungguh selesai sudah tugasmu di dunia, kami ini yang hidup? macam mana? Allahuakhbar!

Arwah sakit hati kronik. Meninggal di Hospital Selayang dan dikebumi di Kedah.
wallahualam. sebarang nak hulurkan sumbangan boleh contact saya di fb :)
terima kasih.


Arwah rumah kuning, empat dari kanan. 


arwah Teacher Izzati- yang tiga dari kanan. ( masa ni sportday tadika April 2018)

Friday, October 12, 2018

Wordless 12102018

Bismillah and hai guys!
did i need say i am back?HAHAHA

actually i am just missing my typing on this blog, sorry for not being a good writer that keep update.
but thanks for the comments and visit me here!
mucho gracias !  

now almost end year as teacher afiqah life.sometimes i be like.. err really ? almost 2 years mairahhhh. 
Alhamdulillah, 
i hope i can share more bahagia with kids and human surrounded me ! aamin !

 

just wanna share, if u want joined little caliphs, make sure prepared mental and spiritual. and if wanna be in industry food. u also need it. sometimes i wanna go food industry and sometimes i wanna stayed here. ermm i don't know the best plan but then, this is life right? 
life is hope.

Sunday, July 29, 2018

wordless July

Bismillah..
Assalamualaikum gaiss!
i hope not too soo late saying salam aidul fitri. 
ampun maaf dipinta. mairah minta maaf. 
this year, 2018
i wanna just share, i felt like, jiwa bercelaru bila dah nak hampir dua tahun grad!
bukan tanam anggur.. heee.. alhamdulillah segala nikmat kerja yang aku galas sekarang.  
cuma kadang aku terfikir sampai bila nak jadi cikgu tadika, i wanna have my own car, my own asset.
 i want my dream comes true. i wanna having family while at the same time having my free time with bussiness. i wanna my brownies terbang tinggi.
my Brownies where food technology applied.  is that awesome right? 
Ya Allah,
jiwa aku celaru, nak masuk balik dunia food techno? terikat masa dengan industri dimana tiada life. nak nangis fikirkan benda ni.. orang yang tak masuk industri, tak paham. yeahh bukan tak bersyukur dengan ruang dan peluang yang ada, tapi i know my weakness, my limit takat mana.

kalau fikir gaji, yess kerja food technology 2 kali ganda dengan gaji sekarang, tapi maybe sebab duduk rumah parents, komitmen gaji tidak seperti yang duduk umah sewa, but then sampai bile? sampai bile nak duduk dengan parents dan berasa comfort zone?  sedih sungguh kalau fikir bab ni, lari mood nak audit 6/8 ni dari HQ Little Caliphs.
moga perform audit nanti mairah kerana Allah. 

Berbalik kepada hal serabut ni, kadang sampai satu tahap fikir dan rasa takde yang nak kawen dengan aku ke ? uwwarghhhh ! kenapa kawen penyelesaian hal ni? aku pon tak paham. kenapa dan bagaimana .. hahahahahaha... LOL 
 
hahaha.. ni satu hal, part kawen, kawen bukan indah semua. semua ada tanggungjawab.  kalau ada yang tanya bab kawen, sejujurnya aku tak ready nak pikul amanah besar sebagai isteri, sebagai ibu, tapi tapi aku sekarang cuba kumpul ilmu parenting, bisnes sebab nak jadi domestic engineer yang berjaya suatu hari nanti.

Tujuan aku jadi cikgu tadika sebab nak buka satu tadika, dan dalam masa nak ajar anak-anakku dengan izin Allah, guna kaedah zaman alpha sekarang ni. tu memang niat aku sampai aku boleh bertahan di tadika. Hanya yang takde matlamat akan resign. Siapa tahan kerja tadika? Cuba cakap sini.. cakap ! 

aku ade impian nak jadi surirumah yang profesional yang ada income, sebab aku nak anak-anak aku rasa kasih sayang seorang ibu yang surirumah. i felt like anak akan lebih rapat dengan ibu dia. Sebab aku dibesar dalam suasana parents bekerjaya, i felt yang ada kualiti masa hilamg ditelan zaman, aku pulak seorang kakak sulong, lagi la kan ?


kalau ingat kisah zaman kecil aku, sampai sekarang aku ingat, sampai sekarang aku terasa, tapi sebab kita kakak sulong, kita buang jauh jauh perasaan tak baik itu. sebab kasih ibu takde belah bahagi ( dah nape sambil taip ni, mata aku berkaca ? ) Dulu aku nak masuk asrama selepas darjah 6 sebab aku taknak nangis hari hari sebab kena marah dengan ibu, kadang aku memberontak sebab sejak dapat adik berderet tiga orang, aku kurang perhatian ibu, abah yang selalu pujuk kalau aku nangis tepi almari putih bilik aku. almari tu dah takde dah selamat dah anai-anai makan. hee 

sampai satu tahap, masa kat asrama, pape aku tepon abah, aku tak tepon ibu sebab ibu selalu marah marah kalau aku nak apa apa minta hantar atau tertinggal barang, jauh kut asrama aku, ade lah dua jam pergi, dua jam balik.. dalam 4 jam atas jalan raya. sebab tu aku kena marah. sapa suh tinggal barang. adoi !

entahlah hubungan aku dengan ibu jarang nak gelak macam ibu dengan adik perempuanku, mungkin sebab faktor masa adik perempuan lebih berkualiti dari aku zaman kecil. uwarghhh aku tak suka ingat benda macam ni, buat aku nak nangis... tapi kisah macam ni la buat aku tekad nak jadi surirumah berkerjaya yang berjaya. sebab tu aku run bisnes Brownies, sebab pape kalau aku kawen, aku ada bisnes, anak depan mata dan anak aku tak rasa macam aku rasa. 

well lain orang, lain big why dia, tapi inilah aku.  sedih la pulak post kali ni, mianne.. 

jadi, konklusi, kalau aku kerja industri, target aku nak kerja 10 tahun sahaja dan after that nak bukak bisnes. lepastu industri yang aku nak adalah, yang handle pastry/cookies/cake, as aku nak guna experience tu untuk buka kedai bakery ku sendiri dengann nama: Bakery Ibu Mairah. 
Dan kedua, aku kerja tadika almost dua tahun ni sebab ada experience selok belok ujian bina tadika dan satu tu nak uji sabar aku untuk ada anak nanti, (macam klise je kan tapi ini memang niat aku sebelum setahun grad) susah woih nak didik anak jadi pandai, hanya teacher yang selalu minda positif akan buat anak kita cerdik dan pandai. huahua.. nak angkat bakul ke tu mairahh wehh.. heee dan nak ada tadika satu, yang nama dia; Tadika Islam Mawaddah. 
insyaAllah, Allah kan ada :)


mirza anak bijak pandai, nak ada anak macam mirza sorang. heee




amsyar pon sama, bijak english. i wanna my kids like u too !





Tuesday, May 1, 2018

PRU 2018, NAK PILIH APA ?

Bismillah,
Assalamualaikum gaisss !
saya ada satu jawapan,

" Undilah yang bagi banyak MANFAAT UNTUK seluruh alam Malaysia, 
dan undilah yang kurang MUDARAT. "

" serta undi yang bakal pemimpin kita tiada RASUAH supaya rahmat Allah bersama dengan pemerintahan MALAYSIA " 

Saturday, March 31, 2018

Summary Jan till March 1.0

Hai !
i proceed untuk short and simple post since i dapat comment suruh buat posting.
hahahahaha....

i thought berkubur blog ni but then, i rasa tak boleh sebab ni macam diary jugak maybe. hahaha 
kisah crush ke, kisah kehidupan ke, kisah pape je, mesti terselit dan kadang iolss tak ingat but then kalau godek-godek mesti jumpa!. huhu
itu kisah lama dan jadi sebagai kenangan sahaja. tapi kalau sambung semula dengan crush, maka jodoh la tuh ! aamin !

soo, proceed kepada tajuk kita, heee


JAN 2018: fikir punya fikir, nak sambung belajar semula, dan dah siap isi online PJJ taw kat shah alam. laju berdesup i kalau bab ni. isi without parents tahu. isi ja kan? dapat alhamdulillah ! tak dapat, cuba lagi. gitu ja konsep seketul mairah ! huhuhu... then, nak berhenti kerja since kerja cikgu tadika untuk tampung belajar agak sesak. well otak masa tu fikir jika sambung kerja bidang belajar diploma dulu, mungkin lebih gagah nak berdiri atas kaki sendiri untuk tampung belajar, as nampak gaya nak sambung belajar kena tanggung sendiri dah sekarang.

lepas tu, konflik jugak nak berhenti tu, as pasang niat nak duduk dekat dengan family since 8 tahun jauh dengan family, boarding school, belajar kat melaka dan yada yada yada intern melaka. maka mairah baliklah ke ganggang. pening jugak memikirkan hal berhenti sebab aku ni ada satu penyakit, nak buat apa apa fikirkan orang sekeliling dulu. baru fikirkan diri sendiri, nahhh! sekali aku yang sakit. ermmmmm...

then.. off

tecer dah terbiasa terhalang macam ni. hahahha

tudung tak jadi pon takpa, dah biasa... hahaha

first post on 2018


Hai ! Assalamualaikum !
lamanya tak menaip. lama sangat !  
banyak benda terjadi. nak muntahkan atas blog tapi masa menyesakkan sangat tahun ni !
ermm.. dan sekarang masih cikgu tadika. advance sikit, cikgu pra-tahfiz. 
but then i ols bukan seorang hafizah... menangis bila dapat jawatan tu. macam mana nak adapt? macam mana nak jadi cikgu hafizah since iolss bukanlah hafizah.. Allahuakhbar !
till then...
next post maybe ! peps! huhu

ohya ! Alhamdulillah. saya dah boleh drive ! one of my dream for 2018. hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...