status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Saturday, June 25, 2011

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA




Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan
doa didalamnya.

Sabda Rasulullah SAW
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya
ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa
di dalamnya."

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah saw biasa berbuat begitu sehingga
pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda SAW: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat
sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab:
"Bahkan !" Rasulullah SAW menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu
(kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka
bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’)
putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!"

KEISTIMEWAANNYA:
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan
orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka
dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah
menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

macam mana ni...iman ????




Salam'alaik semua....
*macam ramai je baca kat blog saya ni.... hurm... pape pun  tak kisah la..
buat yang menziarah.. saya ucap terima kasih sesangat sebab sudi ziarah...*

hurm... saya bukanlah orang yang sangat baik...
saya seorang yang banyak kekurangan... saya tahu semua tu...
tapi saya ada usaha nak berubah tapi... tapi... 
kadang-kadang saya terfikir... 

apa yang aq buat ni betul ke ???...
apa yang aq amalkan ini kekal ke ?
kuat ke iman aq ?
ya allah..... 
tu je kalimah yang sering keluar bila mengingati semua ini....
kalimah yang membuatkan aq syahdu....

serius la sangat.... saya nak sangat berubah tetapi 
iman dihati masih goyah, lemah..
dan semua yang berkait dengannya yang pasti tak kukuh...

macam mana ni ?????
setiap kali saya fikirkan semua ni... rasa nak nangis senangisnya..
tapi menangis tanpa usaha untuk memperbaikinya...
tak guna jugak kan...??????

tapi macam mana...???
hari tu... ada tazhkirah oleh senior ikhwan di sekolah saya....
dia ada bagitau camni...

"kalau si fulan itu mengerjakan solat sunat tetapi 
solat fardu tidak penuh atau maksudnya masih buat cincai 
atau masih meninggalkannya tanpa keuzuran 
solat sunat tu tak diterima allah"
jadi maknanya sia-sia la apa yang kita buat...
kalau solat fardu masih tak penuh.....




ya allah...... masa dengar je camni
aq terus sedih.... nangis dalam hati...
sayu campur takut.... macam mana dengan amalan aq..???

tipu la kalau aq bagitau  tak pernah melakukan dosa...
tapi aq masih ingat apa yang telah aq lakukan...
kadang-kadang aq terfikir.... adakah aq boleh buat solat sunat taubat kalau
diri ini sentiasa melakukan dosa tanpa sedar maupun sedar......
macam mana ni umairah ..??????


Jauh dari sudut hati aq, aq nak sangat berubah 
tapi iman dihati sentiasa goyah....
macam mana aq nak mantapkan iman yang lemah ini supaya kuat dan teguh ????


 wallahu'alam..

*p/s : sesiapa yang nak bagi cara nak mengatasi masalah ini... saya alu-alukan...
bantulah saya yang lemah ini...=[



Friday, June 24, 2011

"Umar Faruq : Promosi Blog Aku !!"



Salam'alaik....buat semua umat islam..
secara jujur saya tak mahir dalam dunia blog 
tetapi tak salah rasanya   kalau saya nak belajar...
saya join segmen ni sebab nak baiki apa-apa yang patut di blog ini serta ingin berkongsi
ilmu dengan si tinta-tinta yang hebat-hebat seperti umar faruq
jadi... buat semua yang ziarah saya.... saya sangat hargai kerana sudi singgah disini....

*p/s : 
1) selamat buats emua blogger...=]
2) singgah la di blog umar diatas... macam-macam ada...
JOM kongsi ILMU... BECAUSE ILMU ITU MILIK ALLAH =]

ibuku dan abahku



salam'alaik....
minggu ini umai balik rumah lagi...
suka-suka... sebab dapat la tengok muka ibu bapa saya....
miss them so much....
sebab.... kalau kita tengok muka kedua ibubapa kita dengan penuh kasih sayang....
KITA DAPAT PAHALA

wooooooooooowwwww........SEE IT !!!!
ALLAH MAHA PEMURAH sebab dengan melihat muka sahaja kita dapat PAHALA
kalau tolong orang tua kita... lagi banyak pahala kan ????

jadi JOM..... jangan derhaka kepada ibubapa kita tau.....
nanti macam-macam berlaku tanpa kita sedar mahupun sebaliknya...
mungkin ada masalah atau musibah yang kita hadapi berpunca daripada 
sikap kurang ajar kita terhadap ibu bapa .....

nauzubillah...... mintak-mintak dijauhkan....
doa-doakan selalu kedua ibubapa kita tau......
masa saya darjah 3.... masa tu pergi kelas KAFA atau kelas agama la...
ustazah saya selalu ajar doa ni...

"YA ALLAH, ENGKAU AMPUNILAH DOSA KEDUA-DUA IBUBAPAKU DAN 
ENGKAU SAYANGILAH KEDUA-DUA IBUBAPAKU SEPERTIMANA MEREKA MENYAYANGIKU SEMASA KECIL"

doa ini amat penting.... saya yakin sekali...
JOM.... semua... kita doakan ibubapa kita.......
ibubapalah insan yang sangat berharga dari segala harta benda 
mahupun barang kemas atau berlian semahal mana pun, tidak ada dapat menandingi 


^
INSAN INI..... 

wallahu'alam...

*p/s : impian saya yang paling tinggi dari kejayaan saya ialah.... 
         saya nak jadi anak yang solehah buat ibu dan abah saya..
         insyaallah..... amin.. amin.. yarobbal'alamin


"Mega Bloglist Umar Faruq"


salam'alaik.......
wah2.... malam ni rasa nak jOIn atas ni....
JOm jOin..... sebab boleh tambah2 kenalan.... best2...
dan kita semua dapat berkongsi ilmu....
ILmu kan milik ALLAH... kita hambaNYA...
wajib menuntut ilmu kerana 
pengetahuan kita sangat terbatas dengan pengetahuan 
ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA
  
sesiapa yang nak join mesti paling lewat 26 JUN.....
nak Join ini.... just tekan pic kat atas ni ye !!!.


JOM sebar-sebarkan...=]

Monday, June 20, 2011

Sebarkan Bahagia BERNIKAH =]


salam'alaik semua....
semoga allah memberkahi semua umat islam didunia ini,......
sebelum saya pulang ke asrama..... saya nak tinggal satu post yang nak dikongsi...
so. credit to this blog....: everjihad....
kalau reader yang singgah sini senang, jom lawat blog dia ni yup !

JOM BACA !!!!!  IKHLASKAN HATI SELAMAT BERAMAL

IKHTILAT 

buat kamu yang masih belum berkenan di hatiku,
mari zero ikhtilat. 
buat kamu yang bakal bernikah nanti, 
berhati-hatilah dalam menjaga ikhtilat

yang kuharap
moga kesucian hati tidak dinodai 
moga sunnah nabi dapat kita contohi
moga cinta suci diperoleh bersama redha Ilahi

dipetik dari, Sebarkan Bahagia: TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH:
"Analogi Harimau dan Nyamuk .. "

Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!! Gigi-giginya  menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus. Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.Nggg!!!Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir.Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor. 

Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.


Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.


Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram.


Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.

Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:

Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Cinta Fitnah

Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).

Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”

Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun.

Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).

Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah. 

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.

Ingat pesan Nabi,


فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
(رواه مسلم والبخارى وأبو داود)

Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.


wallahu'alam...

syukran kepada yang menulis tinta diatas... saya sekadar berkongsi...=]

alhamdulillah =]





salam'alaik semua...
semoga dirahmati selalu...

hurm.. hari ini... just nak bagitau,,,
saya sangat...sangat .... sangat..... syukur.....
alhamdulillah... wasyukurillah......

sebab..... penyakit saya dah OK.....
jadi saya dapatlah melakukan aktiviti seperti biasa...
hari ini la.. baru saya balik asrama....
x leh la cuti lelama sangat sebab saya bukan budak bijak 
yang boleh catch up apa yang cikgu-cikgu saya ajar dengan senang....

wah2.... nanti berhabuk pula la blog ni... xpe2.... sebelum pergi... 
saya akan post satu ilmu yang nak saya kongsi.....

jom baca post saya selepas ni  =]

wallahu'alam...

*p/s: buat sesiapa yang singgah.... tinggal jejak ye ! nanti insyaallah... saya jejak semula...
        pastu komen la dekat shoutmix saya ni........ 
*...... ukhwah fillah abada abadan =]... syukran jazilan

Sunday, June 19, 2011

akal, hati berbicaRA

salam'alaik semua....
semoga allah memberkahi semua umatNYA...
hari ini saya nak kongsi satu cerita dibawah ni..:
syukran ya ukhti yang hebat
nanti jejalanlah kat ukhti ni... best2 post dia dan manfaat =)
JOM BACA !!!!!
Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..


Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam…
Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam…
Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku…
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi… Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi…

Hati : Jadi… Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk…

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala…

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis… Sepi… Kesal…

selamat hari bapa abiku....



inilah seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan anaknya
sentiasa senang..... sayang abah sesangat

selamat hari bapa buat abahku....
di wall blog la dapat kak yang coretkan buat abah...

semoga abah dimurah rezeki dan sentiasa sihat....
abah... terima kasih kerana mendidik kak yang 
dari kecil hingga la sampai sekarang....


* buat sesiapa yang masih mempunyai ayah.... sentiasa la mendengar katanya
jangan kurang ajar dengan dia ye sebab dia la yang mencari rezeki utk menyekolahkan anak2 nya....
tapi buat yang dah tiada... sentiasa la mendoakannya.... kerana doa dari anak
yang soleh dan solehah sangat berguna buat dia yang dah pergi....

wallahu'alam

lasting post



salam'alaik semua
semoga dicucuri rahmat buat umat islam sekalian....
hurm... hari ini aq post untk yang terakhit sebelum pulang ke 
teratak kedua aq ....

pagi yang penuh berkah ku tinta pada coretan yang dah berhabuk ni...
sepanjang 3 hari aq dirumah, macam-macam berlaku seperti :

sampai rumah:
saya terus salam sapa yang ada dlm rumah espeacially my ibu la....
miss her so...so.. much.....
wah2.... pastu saya salam ngan ayahku.....
miss him so.. much... 
dan slps tu adik2 aq la kan...
then borak2 ngan ibu saya kejadian yang berlaku di teratak kaka....
menyedihkan tetapi bnyk yg boleh aq ambik.... seperti dgn ketiadaan air disana slma 2 hari...
* terpaksa la turun sekolah untuk mandi or whatever la*
solat subuh secara berjemaah yg pompuan ramai sesangat....
pastu lelaki pun ramai jugak and then 
pergi sekolah semua awal-awal... 
seriously.... aq suka suka sangat tau....

ku bersyukur disebalik sesuatu kejadian ada hikmahNYA...
cuma kita je yang alpa....

pastu hari jumaat tu pula... :

seperti biasa aq suka duduk rumah sebab x de la belajar dgn konsisten macam
di sekolah kan ??? satu lagi sebab aq suka duduk rumah iaitu :
aq suka memasak apa yang aq rasa senang like nasi goreng ke..
atau pape yang simple la... breakfast la senang sekali nak siapkan... 
tapi yang pasti aq suka tengok pepagi lagi ibu aq memasak untuk family..
*bebolok sekali ayat aq... maaf la ye ~ tulis ikut sedap jew.*
hurm... disebalik kegembiraan pasti ada yang sedih kan...
yang sedih nya... penyakit serang aq lagi...penyakit yang sangat menguji aq iaitu ini 


so, photo diatas dah menceritakan apa yang aq hadapi.... jadi x payah la aq
explain lagi..... buat readers yang membaca post ini...
doakan aq sembuh dari penyakit ini ye !
sejak kebelakangan ni... the disease often attacks me...
and i want tell u all.... it's so very sore and painful.....

walau apa pun setiap kejadian ada hikmah seperti nya...
ibu aq sangat prihatin kpd ku.... 
hurm.... kalau di asrama semua keprihatinan ini  x de..
espeacially from my mum la....

* the disease ni serang aq sampai la pagi sabtu semalam*
lama kan??? dan sepanjang tu la aq dpt keprihatinan dari semua orang...
syukur sesangat..... nanti diasrama kalau kena ... dengan kawan2 la aq mengadu...

semoga allah memberkahi kedua ibu bapaku yang banyak berkorban demi
anaknya yang selalu memberi luka dan suka....
amin..amin.. yarabbal'alamin

syukur alhamdulillah....
dipagi ini aq bangkit dengan awalnya sebab banyak dah tenaga aq rehat semalam kan ???
dan hari ini jugak aq balik ke teratak kedua....
hari ini juga nak packing my beg....
hurm.. harap- harap apa yang boleh di ambil iktibar... teladanilah...
yang negatif.... halangilah dari menjadi aktiviti kita seharian...

salam ukhwah daripada si tinta.. semoga allah memberkahi semua kawan-kawan saya 
dan semua umat islam di dunia ini.......

wallahu'alam



Tuesday, June 14, 2011

fuhh.... up to date

Salam 'alaik...
syukur.... result ada jatuh dan naik...
camna saya nk top????

semua ini kesalahan saya sendiri..
hurm....
tabahkan hatiku ya allah

*berperang dgn orang lelaki yang susah dibawa berbincang.....
hei...... sabar je la.....
tabahkanlah wahai kawanku murni wa farahin

wallahu'alam

Saturday, June 11, 2011

berbisik cinta




credit mr. google

salam'alaik...
semoga allah merahmati semua muslimin dan muslimat sekalian...
malam ini penuh syahdu... ku titipkan satu bingkisan ayat untuk semua yang membaca

selamat menghayati bingkisan dari-ku

ya allah , engkau bukakan lah pintu hatiku...
terangilah hatiku dengan cahaya nurMU yang tiada tandingan NYA.....

ya allah, kuatkanlah aq dalam menghadapi liku-liku hidupku yang penuh suka duka, 
onak duri, dan semua ujian yang telah engkau tetapkan...
sesungguhnya aq yakin engkau memberi ujian kepadaku kerana tahu
aq kuat dalam menghadapi dugaan itu

ya allah, diriku yang kerdil memohon ampun darimu ya allah..
diriku yang penuh dosa besar mahupun kecil
aq bukan manusia yang bebas daripada dosa.... 
aq manusia yang diciptakan oleh MAHA PENCIPTA untuk diUJI kekuatan 
IMAN DI HATI.....

aq memang hambaMU yang tidak pernah kenal erti BERPUTUS ASA dengan 
berbisikkan kalimah cinta seorang hamba kepada sang pencipta
 yang memerintah seluruh alam...

hanya ini kudrat yang aq ada... iaitu sentiasa mengingatimu dan 
terus berbisik kata-kata cinta dengan sayu dan yakin
serta terus bermohon tanpa penat lelah...

kerna aq yakin dengan sifatMU ya allah...
sesungguhnya
engkau MAHA PENGASIH.
engkau MAHA PENYAYANG
engkau MAHA MENDENGAR BISIKAN HATIKU...

aq yakin ya allah... 
engkau akan memakhbulkan doa hambaMU ini...
tetapi bila masanya .... aq tidak tahu....

Ya allah...
engakau makhbulkanlah doa semua umat muslimin dan muslimat 
di dunia ini..... sesungguhnya mereka semua saudara seISLAM ku....

amin ya rabb....


 nota hatiku : 

kerna tanpa aq sedar... engkau telah memakhbulkannya dlm situasi yang berbeza
mungkin apa yang engkau rezekikan kepadaku sekarang amat berguna
mungkin apa yang aq pohon berguna di lain hari pula ...
kerana ilmuku terbatas dengan ilmu ALLAH yang tiada tandingnya...

"Tiada kebetulan dalam dunia melainkan ada sesuatu yang ALLAH nak tunjuk pada kita..."

 *doakan saya menjadi seorang yang cemerlang di dunia wa akhirat
untuk memberi kegembiraan kepada ibubapa saya nanti...

wallahu'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...