status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Friday, January 2, 2015

UPDATE 2014

Hai !
Assalamualaikum.. haii awak semua.. *acah-acah ramai yang baca.. takpe la sebab aku tahu ada yang stalker aku dalam diam-diam.. haha.. kamu la yang baca sekarang.. opsss... kantoi eh? takpe antara kamu dan Allah sahaja, Harapnya banyak manfaat yang dapat. okay okay.. our main point today is about update. eheh.. speaking bhai.. *pengsan...

maka aku lipat dan gulung dan kumpul semua memori 2014.
sebab tarikh post ni dah tahun 2015.
semalam nak update tapi ambe ade kijo sikit.
kijonya.. satgi ambe update neh.. sila rujuk nombor update kat bawah..
dah macam kerja apa jeh.. kalian kena tahu dan ambil yang baik sahaja. jomm...


 
  1. JAN 2014, alhamdulillah,  mesti dan pasti semua ada matlamat untuk buat sem seterusnya dengan lebih baik. maka masa ni bermulanya cuti yang sangat panjang.. sangat sangat... tapi masa JAN 2014 ni tengah final exam kalau tak silap. maka tak ingat sangat cite yang tu.. jadi tak ada apa yang perlu diingat mungkin. ewaah. pada FEB 2014, ok masa bulan ni bermula cuti lama iaitu cuti dari belajar hampir 8 bulan jika tak silap. lama kan... cuti rehat bersama keluarga. tenangkan fikiran, hati, jiwa dan semualah... lalalala..... nak cerita kah ? hurm... point dia 17/2/2014 ankle patah. dan kaki simen dan balik terengganu dan berehat sepenuhnya... nak tahu lagi..kaki part yang patah tu, boleh rujuk gambar bawah tau.. haa.. part tu la.. nama dia lateral malleolus. mungkin perlu sertakan link post yang lepas.. jimat sikit masa...heee *jimat masa untuk diri ini menaip. gituh. maka terus masuk september punya cerita laa.. advance sikit. eceh.
                  post pasal bulan JAN kat sini

SEPT 2014

Maka selepas berehat yang agak lama, maka umairah diberi kekuatan untuk sambung belajar semula. dan masa awal sem september, dia sangat fobia dengan tangga, fobia sangat sampaikan dia akan naik dan turun dengan langkah yang sangat perlahan, maksudnya jika sebelum ni dia punya kaki melangkah dalam kuasa voltan sepuluh, maka kali ini voltan dia tiga atau lima. gituhh... nampak tak tahap fobia.

pastu dia mula la drama tak yakin sem ni boleh bawak ke tidak sebabnya semua rakan satu batch dah takde dah, tinggal dia dan lagi dua orang yang sama rezeki dengan umairah juga. iaitu cuti sakit yang lama. nama kawan yang lagi dua tu, nik siti hajar nabihah binti zainuddin dan muhammad farid fitri binti kamaronzaman. nampak tak kami rapat? sebab kami bertiga je sama subjek untuk semua sem. insyaAllah. panjang umur, sampai grad kat PICC nanti. amin.


  • pastu, umairah pun tinggal di hostel dengan adik junior sebab semua rakan rapat dia duduk luar, yang part ni umairah sumpah sedih dalam minggu pertama dan kedua, minggu ketiga dah baik dah, dah sado hati dan jiwanya.. eheh. tak leh blah ayat... ampunkan patik.
  • sem ni diberi amanat yang tinggi sebagai pengerusi HELWA ICC, dan agak berat jawatan ni sebab pertama kali dan serius tiada pengalaman camna nak handle. tapi takpe, umairah ade lagi empat orang kuat ICC iaitu sahabat umairah sendiri yang mengemudi kapal ICC. ayat... mesti nak gambar kan.. kejap lagi umairah sertakan.

  • pastu, banyak sangat belajar bila dah satu sem ni dikatakan seorang diri. okay sangat banyak. Alhamdulillah, umairah kuat dan sekarang dia sedang menghadapi final. doakan dia dilapangkan hati untuk belajar dan peroleh masa yang berkah. sesungguhnya rasa sedih itu ada tapi benda tu kecik dan boleh ditepis letak kat tepi dulu. masa sekarang tumpu untuk buat terbaik. walau ku sendiri, tapi diri ini beruntung dikurniakan keluarga dan adik-beradik dan sahabat yang dekat mahupun yang jauh untuk terus sokong. move on mairah :) maka aku percaya diri ini duji dengan kemampuan. sungguh umairah kena bersyukur, dalam ramai manusia, dia yang terpilih untuk berasa Allah sayang dia. berasa menjadi insan dipilih. sayangkan Allah kepada dia. nanges.. Alhamdulillah.
  • Maka penutup segala kisah tahun 2014, semalam umairah pergi menyambut ambang tahun baru di mahkota parade dan dataran pahlawan. kemain umairah... opsss.. kami pergi bawah GAMIS MELAKA, maka aku beruntung dikurniakan rezeki ini, mana tidaknya, ini program "STREET DAKWAH AMBANG TAHUN BARU". Alhamdulillah, banyak sangat belajar, antaranya,
    - pertama, inilah ummat islam sekarang, sungguh bunyi yang bingit, pasangan yang umairah sendiri tidak tahu tahap husnuzon dia kemana, Allah, sedih. maka aku gigihkan juga dengan sahabat lain mengedar flyers. dan iye, edar risalah sahaja. Umairah berasa sangat berdebar, sejak bermula langkah dia melangkah naik kereta sampai lah ke helaian risalah terakhir.

    - maka helaian terakhir itu dia dapat sesuatu. sungguh umat islam perlukan orang yang diberi rezeki untuk faham islam. umairah bukanlah hebat dalam memahami tapi dia insan yang Allah pilih untuk berada dalam zon memahami. Allah... sedih sungguh bila kita menghulurkan perkara baik tapi ditolak kertas risalah, malah penerima itu tak sambut pun risalah tu dengan jelingan mata tajam. Jauh sudut hati, aku berasa sangat semalam. Berasa sangat yang comfort zone sangat bahaya. Zon yang selesa buat kita tak alert pasal ummah islam sekarang. Allah. sedih aku semalam. meemikirkan apa yang dapat aku sumbang ? ummah islam saudaraku, maka mana usaha aku untuk pulihkan? sedih.. nanges.
    - sila sediakan tisu .. lupa nak pesan awal-awal.eheh..

    - Alhamdulillah, jumpa senior kaka dulu, kak amirah omar. ohh dia ingat namaku. dan abg helmi abdullah. hebat hebat mereka. aku salute ! nak tahu lanjut pasal program ni, maka sila LIKE page FACEBOOK GAMIS MELAKA. maka akan ada barangkali muka umairah. eheh.

    last word,
    Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain.
    ''Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT.
    [al-Baqarah : 45]
    Selamat menghadapi 2015 dengan SABAR, REDHA, SYUKUR, KAYA dan
    BERJAYA .
    Selamat menyambut Maulidul Rasul. Allahumma solli a'la Muhammad.

    credit this post from my akak naqibah :) found it while scroll my timeline.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...