credit : insan tumblr
Bismillahirahmanirahim, dengan namamu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mencoret di laman yang senyap ini, moga manfaat buat penaip dan pembaca , in shaa Allah ! biiznillah !sudah bergolek , meloncat ala ala gaya nak smash bola tangkis gitu.. fuhhh exercise juga badan yang serba naik ini (^____^") adoii ~ tapi hati macam mana ? ada juga exercise-nya.. ting tong, tumpang lalu jap.. layannn.. baca ~ zasssss
suatu hari,posto posto.... Anda diminta bersabar ! tiba - tiba, tanpa diminta, ujian itu tidak datang seperti ketuk pintu rumah iaitu minta izin nak masuk atau minta izin nak mampir di hati manusia, memang betoi , manusia mudah lupa dan manusia juga menzalimi diri sendiri termasuk diri yang sedang syok menaip ini..
edehh.. parah parah parah.. mana mahuku cari ubat ? hati dah bergelumang dengan dosa =,=" hati sibuk mengatakan dah jauh ni, kembalilah kepada Allah, namun gerak tubuh dan badan, < - - - # ehh bukan sama ke maksud tu ? # biorr je, layan dan terus baca ! hati kata dosa tapi badan tak berfungsi. Allah ! macam mana tu ?
ingatlah ! Pesanan Imam al-Ghazali : carilah hatimu di tiga tempat iaitu
- pertama bangun membaca al-quran,jika tak ditemui juga,
- cara kedua ketika mengerjakan solat, jika tidak ditemui jua,
- cara ketiga ketika duduk tafakur mengingati mati .
dan jika tidak engkau temui hati itu maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana pada hakikatnya pada ketika itu engkau tidak mempunyai hati !
ayuh ! hatimu itu lembut, dan mudah dilentur hakikatnya ! berusahalah duhai hati , tadabbur ayat suci Allah, ayuh, cuba anda cari ayat ini, surah Al-An'am ayat 125 :
a'uzubillahi minasyaithonir rajim ..![]()
maksudnya : Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
wallahu'alam.
p/s : yakinlah Allah bersama kita, sangat dekat ! terbukti dalam surah qaf ayat 16
credit : insan tumblr
No comments:
Post a Comment