status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Thursday, June 26, 2014

kerna kamu yang paling wangi

[credit : hamba Allah ]
Bismillah 
Salam'alaik.
Allahu Allah...
nampaknya mahu sahaja aku nukilkan apa yang terlintas dalam kepala ini,
kenapa kamu berani bertinta dari meluahkan dengan suara ?
Aku pun kadang takut, jika apa yang di-tinta ini aku tak lakukan,
astaghfirullah... aku takut sekali !
jadi aku kongsikan apa yang aku rasa, apa yang aku lalui,
kerna aku akan paksa diri aku untuk tidak mengulanginya lagi.
moga kuat ohh maiii rahhh !
Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah,
aku tak sempurna tapi Allah senantiasa beri peluang, baik kan Allah ?


hurmm,
aku memang akan baca blog sahabatku yang update mahupun tidak, jadi buat sahabat blogger, mohon letak widget history post anda yeh ! kerna aku akan baca , iye la tak banyak tapi sikit terkesan kan dah dapat pahala , right ?

tadi, bacalah blog sahabat yang aku sayang, nama sahabat, maka aku sayang..

yang dialog ayah dan anak pasal kematian,

sejujurnya, ayat itu aku ingat sebab aku pun tak terlintas idea oleh si ayah, wallahualam jika wujud benar dialog itu atau rekaan untuk post kesedaran bersama. tapi aku suka dan aku ingat ayat itu. ayatnya tak banyak, tak panjang, sikit jah...

"kerna yang paling wangi adalah kamu ! kerna itu Allah pilih kamu dulu pergi."

Allahuuu, ayat atas itu olahan aku sendiri tapi itulah benarnya, kerna kamu yang paling wangi, maka Allah jemput kamu dahulu... maka aku belum masih cukup wangi, masih gersang, Allahuu...

terimbau memori dulu pada tanggal 16 MEI 2014, 
aku, dilah dan saniah serta batch 0812 SMKAKA dapat berita sahabatku muslimin,
arwah Syed Ahmad Shakir Bin Syakri bersama ayahandanya pergi dulu.
maka hari itu mendung kami disana, kebetulan aku ke micet untuk menguruskan hal aku,
kami bertiga bergenang air mata, terkedu, kelu...

berita ini betulkah ? kami senyap, Allah... kami menangis bertiga , dan antara kami bertiga, aku yang paling mudah sangat air mata nak keluar,
Dilah peluk aku, aku peluk saniah, last sekali kami saling berpeluk....
tak tahu kenapa tapi aku rasa sebab arwah ada menolong kami masa form4 dan form5, memandangkan arwah murid lukisan kejuteraan , walau apa pun, terasa kehilangan itu. mungkin inilah ikatan sesama muslim,
perginya terasa... Allah...

moga kamu tenang disana.
kami tembak doa. 
arwah semasa peperiksaan LK 2012 SPM
 ada terselit satu gambar arwah.

menahan, panas pipi aku tatkala menaip post kali ini,

maafkan aku andai kalian yang membaca tak semena-mena mengalir air mata. ayuh sedekahkan al fatihah buat sahabatku ini serta pejuang islam dan muslimin muslimat yang pergi dulu..

[ credit : hamba Allah ]

kerna kamu yang paling wangi.
wallahualam.

4 comments:

Nao Mei said...

Tiada wangian dunia menandingi wangian milik Allah..

Singgah blog adik

najiah shaharain said...

sedih.teringat kisah sahabat baik sy..yg mne sy tak dpt menghadri di mjlis pengebumian arwah.sedey...

Zuhaira Nasrin said...

mati itu pasti.cukuplah mati sebagai peringatan..

Yun Sing said...

Owh.. :/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...