status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Thursday, February 9, 2017

Baitul Muslim ? Bagaimanakah ?


Image result for rahmati kami
credit : google


Assalamualaikum,

tajuk sangat panas, kalau dikalangan sahabat-sahabat, dapat soalan pandangan baitul muslim, mesti main pass kepada sahabat lain.Sebab tak bersedia nak bagi jawapan. huhu
Bagaimana mairah? pandangan mairah? 
sekadar pandangan aku yang dhoif tapi nak kongsi juga sebab mana tahu jumpa sesuatu, kalau jumpa Alhamdulillah. 
Pertama, apa-apa yang kita nak buat, niat kita sebenarnya, apakah yang kita niatkan? fahamkah kita dengan tangga maratib amal? kalau faham, kita tidak akan main-main dengan isu baitul muslim ini. Sebab apa? sebab kita paham dan kita nak menjadi sebahagian penyambung untuk merealisasikan daulah islamiyah. 
Dan kalau faham, kita akan menuju ke arah golongan yang faham. Aduh penaip, taip macam dah faham. ehem. Aku sekarang dalam fasa berusaha faham sebab bukan perkara mudah baitul muslim ini. Okay seterusnya, point kedua kita.

Kedua, ilmu. Benar, apa-apa kita nak, kena ada ilmu. Bagaimana ilmu kita untuk menjadikan apa yang kita faham itu tercapai? Aiseh penaip, 'nervous' kita yang baca. Kalau 'nervous' baguslah sebab anda masih punya jiwa. eheh ~ rasa degupan jantung, ucap Alhamdulillah ~
Dulu Ustazah Asma ada bagitahu ilmu ni penting sebab dengan ilmu kita akan tahu mana yang batil dan mana yang hak ! fuhh aku semangat betul nih. Sungguh aura Ustazah Asma aku rindu ~ Moga Allah merahmati Ustazah sekeluarga dalam memberi ilmu islam untuk ummah islam.

Berbalik kepada point kedua, ilmu baitul muslim ini kita kena faham sebelum, semasa, selepas iaitu tak lain tak bukan, alam kubur sana dan juga akhirat sana. Alam baitul muslim bukan semudah makan pizza domino begitu sahaja. Tapi susah. Aduh, penaip, macam pernah rasa. sungguh aku belum merasai cuma aku risau kes cerai banyak sekarang hatta Ustazah Asma sendiri pernah beritahu bahawa banyak pasangan kahwin yang jumpa ustazah minta pandangan kerana sudah tidak sefahaman sedangkan baru lagi usia kahwin tersebut. Nah, tidakkah kita sama-sama risau ? Dimana silapnya? Jika salah satunya kurang ilmu? Moga Allah rahmati kita semua..

Ketiga, setelah niat, dan juga ilmu. ada lagi bagi aku benda ni mesti buat.. apakah?...
kita sambung part kedua pula ya..  insyaAllah  
 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...