status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Friday, August 12, 2011

bisKUT raya.....

  
Salam 'alaik... hurm.. kali ni post pasal
 resepi biskut raya....
cayalah..... JOM baca... senang je sebab cara sukatan pun senang...=]

Biskut Cornflakes Cococrunch
Bahan-bahan:
2 cwn tepung jagung
2 cwn planta/mentega
2 cwn gula
4 cwn tepung gandum di goreng dahulu & diayak
1 kotak kecil cornflakes/cococrunch (250/275 g)
2 biji telur – kuning saja
1 sudu teh baking powder
sedikit esen vanila
Cara :
pukul mentega dan gula sehingga kembang masukkan tepung, telur, tepung
jagung, baking powder, essen vanila – uli hingga sebati akhir sekali
masukkan cornflakes/cococrunch yg telah dihancurkan.
Bentukkan mengikut
kesukaan dan bakar sehingga masak.
*Boleh dihias dengan ceri atau manik mutiara.
*Untuk biskut cococrunch boleh dihias dengan cococrunch yg tidak
dihancurkan

*p/s : resepi ni saya copy dari blog akak yg rajin ni : kak intan

BISKUT SEMPERIT (60-70 biji)


Bahan-bahan :

1 cawan mentega
¾ cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh vanila
1½ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung jagung
¾ cawan tepung kastad
1 camca teh baking powder
½ camca teh garam
Ceri untuk hiasan<



Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula hingga rata.
  2. Masukkan telur dan vanila. Kacau lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung-tepung dan garam yang disatukan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega. Gaul hingga habis.
  4. Terap dengan acuan dan hias dengan hirisan ceri. Susun di loyang yang dilengserkan dengan mentega. Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 150C.


2 comments:

Syarafi[skyforce331] said...

pergh!!!...bestnyaa...lapar pulak rase..hehehe

afiqah umairah said...

insyaallah.... akan dibuat... =]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...