status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Saturday, July 21, 2012

amalan muslimah yang allah beri "cuti"



assalamualaikum.... salam senyum... semoga allah berkahi kalian semua..

Ummulmukminin Aisyah radiallahu anhu didatangi haid ketika haji. Beliau menceritakan;
"Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya: 'Kenapa denganmu? Adakah kamu sedang 'uzur'?' 'Ya.'. Lalu baginda memujuk: "Inilah hakikat yang Allah telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." [HR al-Bukhari]
yup.. semalam kita terawih.. malam ni terawih lagi..... seronok la pulak bila terawih dekat masjid ni.. macam-macam ragam ada... terutama adik-adik kecil ni.... hurmmm.... yang paling seronok bila sudah saja terawih badan rasa segar... subhanallah..... hikmah solat terawih...




alhamdulillah juga bagi sesiapa yang allah aturkan yang akhowat itu "cuti"... hurmmm...
banyak hikmah allah bagi kaum hawa cuti... antaranya.... kita dapat berehat dan membersih badan kita dari toksik-toksik yang bahaya.... malah jangan kita sedih jika tak boleh puasa kerana masih ada jalan  untuk kita mendapat barakah bulan ramdhan ini... jangan sedih-sedih tau....

jom terjah amalan tersebut :

*berkongsi ilmu dari laman ini :syauqah wardah*

Wanita Haid Pun Dapat Pahala Puasa Penuh.

Ummulmukminin Aisyah radiallahu anhu didatangi haid ketika haji. Beliau menceritakan;
"Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya: 'Kenapa denganmu? Adakah kamu sedang 'uzur'?' 'Ya.'. Lalu baginda memujuk: "Inilah hakikat yang Allah telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." [HR al-Bukhari]

Dalam hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir, Allah tulis siap-siap pahala amalannya seperti mana yang dia lakukan ketika sihat & bermukim." [HR al-Bukhari]
Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita daripada melakukan ibadah rutinnya termasuklah berpuasa di bulan Ramadan. Sekiranya beliau sememangnya komited dengan ibadah ketika sihat (suci), pahala amalannya tetap berterusan walaupun ketika dia sedang 'uzur'.

----------------------------------------------------
TIPS Ibadah Wanita 'Uzur' Di Bulan Ramadan.

1) Menjawab azan bagi setiap solat & berdoa selepas azan.

2) Banyakkan berdoa & memohon keampunan (selepas membaca doa selepas azan) di antara waktu selepas azan & iqomah kerana waktu tersebut adalah waktu mustajab untuk berdoa, insyaAllah.
Disebutkan di dalam hadis;

"Doa di antara azan & iqomah tidak ditolak." [HR at-Tirmidzi]


3) Membantu, menggalakkan & mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal ibadah di bulan Ramadan. Antaranya;

i) Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau bersolat subuh berjemaah.
ii) Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.
iii) Mempersiapkan pakaian solat mereka.
iv) Nasihati mereka supaya giatkan amalan.


Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." [HR Muslim]


4) Berzikir & berselawat dari semasa ke semasa. Membaca al-matsurat pagi & petang.

5) Berdoa & beristighfar.

6) Mendengar bacaan al-Quran (di radio, mp3, bacaan live ahli keluarga dan sebagainya.)

7) Menuntut ilmu samada dengan mendengar di televisyen, radio atau menelaah dari pembacaan buku ilmiah.

8) Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas & gembira.
Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa..." [HR at-Tirmidzi]

9) Jaga hati, iman, akhlak, tutur kata & aurat.


nah.... banyakkan caranya kita nak kutip pahala....

jom kita rebut peluang ini...
ramdhan hanya sekali setahun....
jadi buat sesiapa yang bertuah tu.... jom kita praktikkan amalan diatas...

allah maha pengasih lagi maha penyayang...

p/s :


marilah sama-sama kita semua berdoa agar amalan yang kita lakukan berkekalan hinggalah penghujung bulan ramadhan ini dan meneruskannya hingga penghujung nyawa kita... insyaallah..

marilah kita muhasabah diri sepanjang ramadhan ini... yang masih tinggal solat walaupun umur dah mencecah 15 tahun keatas mahupun 17 tahun sekalipun... bertaubatlah...

sesungguhnya allah maha pengampun... allah menunggu kita untuk berdoa dan berusaha mencapai redhanya... yakinlah dengan janji allah....


"allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri"


HAIYYA JIHAD FI RAMADHAN ILAL JANNAH ! ! !




 

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...