status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Monday, March 18, 2013

CerPen : lega ~ enti dan ana

 
 
assalamualaikum !
  

Alhamdulillah ! Lega ! !  aik? result tak keluar dah lega ?  ? mana ada ! ! ni tak ada kaitan dengan keputusan SPM =)  jom baca kisah enti dan ana ! ! moga cerita ini memberi manfaat bersama ! !

suatu petang yang damai, enti bertemu dengan ana, lama merancang.. lama ber'chatting' di laman terkemuka itu,Facebook... akhirnya Allah aturkan kami berjumpa ! dia lain, lain sangat-sangat ! ! ! mungkin lama tak berjumpa jadi lain dari biasa yang dulu 5 tahun bersama.... dirinya tegas tapi lembut... mula-mula kenal macam, haish ! bekengnya, garangnya tapi itu mula-mula sekarang, lama-lama =) oh ye ! suatu hari....





 Part 1 # enti dan ana #

Masa itu dalam lebih kurang sebelum zohor,nampak enti dalam kelam kabut, macam ada nak selesaikan sesuatu, ana terus menggerakkan kaki, kepingin nak tahu, enti tu macam memerlukan seseorang tapi mungkin enti malu nak meminta, jadi ana menawarkan diri dengan bertanya :
"enti ! kenapa ni ? nak ke mana ? ana boleh aje nak ikut =) dalam hati memang nak ikut sebab mana tahu selepas ni dah tak ada ruang untuk ana mengenali dia ^_^" 

dia sebenarnya nak ke pejabat untuk menguruskan sesuatu urusan tapi segan sebab dia seorang je muslimah, dekat pejabat tu suasananya muslimin kebanyakkan, tanpa dia sempat bertanya, ana pun terus berkata :
nak ikut enti ! nak teman, jom minta izin dengan amirah kita !
oh ye ! sebagai adab, kita sebagai pekerja yang mempunyai ketua, jadi kena minta izinlah ! baru erat hubungan antara pekerja dan ketua ! ! #sedikit petua untuk mendapat keberkatan melakukan kerja ^_^ #

akhirnya, ketua ana memahami dan mengizinkan enti dan ana pergi ! Alhamdulillah ! dapat lampu hijau ! apa lagi terus laju je kaki-kaki kami memakai capal masing-masing,bukan gaduh nak sampai kat pejabat tu tapi kami ada destinasi dan kerja yang belum beres sebenarnya jadi sedaya upaya kami hayunkan kaki ke sana !

bersyukur ! di bawah cahaya mentari yang terik ! kami sampai, tak lama, sekejap je sebab jarak pejabat dengan tempat kami tadi tak jauh, berlalulah kami dengan sabar ke pejabat tersebut, alhamdulillah, Allah permudah urusan enti tadi, sampai je, terus puan yang bertugas tu panggil enti dan masuklah dia ke dalam pejabatnya ! agak selesa di dalam pejabat tu, aircond, sejuk, semua baru.. dulu tak macam ini =)
semakin maju tempat ini ! tahun depan macam mana pula ? ?  dalam hati ana sementara menunggu enti berurusan di dalam bilik puan tersebut, ohhh.. ana tunggu di luar bilik sebab tak ada kerusi nak duduk lagipun enti tengah menyelesaikan masalahnya jadi baik ana tunggu diluar . dialog hati ana :
" wahhh ! besar juga pejabat ini, dulu tak ada semua ni, sekarang dah maju, siap ade bilik rehat, set meja dan kerusi lagi ^_^ memang maju, rezeki Allah bagi ! ! "
 tiba-tiba, tuan HEM menyapa ana yang sedang berdialog sendiri , :
"ada apa-apa yang nak tambah ? semua ok ? kalau ada baik bagitahu sekarang ! aduhh ! tuan, ana ni mana tahu bab-bab tambah-menambah, tu la tak ambil tahu sangat, kang tak tahu nak jawab apa... diam... lama tu dapat satu idea, enti ! nak tambah apa-apa tak? tuan tanya ni.. #dalam hati, ya Allah, permudahlah kami ! # "
satu kesalahan ana : tak ambil tahu semua perkara yang dirancang ! iktibar, selepas ini ke tahu semua atau erti kata lain kena tahu dari A sampai Z !


part 2 # enti dan ana #

alhamdulillah ! enti pandai menambah dan akhirnya keluarlah cerita pasal air mineral =)
akhirnya dapatlah rezeki ! sekotak air mineral, mabruk enti ! usai enti siap dengan jayanya ! kami pun bergerak hendak meninggalkan pejabat ! tapi dalam hati ana, aduhh... kena angkat sekotak air mineral ? ?
ana minta cadangan dari enti : "enti ! nak minta tolong muslimin angkat ? panas ni. berat pula tu.."
tiba-tiba, enti jawab tak apa, kita boleh ! ! ! Allah ! sahabat ana memang yakin! lalu ana angkat keluar dari pejabat dengan kudrat yang ada sebagai muslimah ^_~.... sambil berjalan tu, ana bertanya pada enti, macam mana urusan tadi ? ok? beres ? Alhamdulillah, enti jawab, beres !


Berlalulah enti dan ana ke destionasi kami yang tergendala sebentar tadi , kami menuju secepat mungkin untuk bekerja, almaklumlah kami bekerja ada ketua ! jadi kena cepat-cepat sampai ke sana, tiba-tiba dalam perjalanan tu, enti pun bersuara, meh ana bawa kotak ni ! haishh, takpe lah ana bawa ! nak sampai dah ni..enti tetap berkeras nak bawa ! ini dialog kami :

meh ah, kekgi enti sakit kang, enti kang lelah ! ! !
adoiii ! ! angkat kotak mana ada dapat lelah tu semua.. 
mari la ana bawa, meh la ! #berharap muka enti merayu !#
enti
ana 

jadi, ana pun bagilah kotak tu dan enti yang bawa ! ana tetiba terfikir dalam hati , ya Allah ! baiknya sahabat ana, caring ! sayang ! ye ! sayang sahabat lagi sweet dari "couple" jujur, ana tak pernah merasai alam "couple" dan seangkatan dengannya dan mohon Allah jaga diri ana dan kaum hawa yang lain ! dan akhirnya ana merasai nikmat kasih sayang sahabat ! lillahita'ala ! biiznillah ! uhibbukifillah ! ana memang memaksudkannya *mendalam !*


Alhamdulillah ! kami sampai dan berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sedang bekerja dengan senyuman mekar, mungkin kerana urusan kami selesai dan dapat menolong sahabat-sahabat kami dan mungkin juga sebab dapat air mineral sekotak ! ! seronok ! terasa saat tu taknak berpisah ! mahu masa berhenti dan sentiasa bersama, aduhh ! ! jauh dah ana tersasar ! kerja, kerja .. kerja...jadikanlah kerja kamu ini ibadah ! in shaa Allah, ganjaran yang tak disangka-sangka akan datang dari Allah iaitu Maha Pemberi Rezeki !

Konklusi :

 
seiring sehaluan !

inilah saat indah enti dan ana ! moga kita dapat bekerja lagi untuk agama ! moga Allah redha kaki-kaki kita melangkah dalam menjadi rantai perjuangan kekasih Allah, sollu'ala nabi ! ! !


lega~ enti dan ana

 hak cipta ingatan umair !
moga dapat pengajaran dari cerita ini,
"lega ~ enti dan ana"
 









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...