status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Sunday, March 10, 2013

perjalanan ini ibarat naik bas? why? baca !

 
Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah.. bersyukur masih diberi peluang untuk menyampaikan walau satu ayat, Allahumma yassir wala tu 'assir... maksudnya = ya Allah permudahkan dan jangan susahkan.
apa yang penaip nak bagitahu ni? tak faham ? sabar ! isbir ! bertenang, pejam mata dan buka mata perlahan =) jom baca kisah ini,






kenapa dengan bas? suatu hari si gadis berbaju purple mahu sangat naik bas tapi ditegah oleh ibubapa yang sangat menyayanginya... ingat tu ! sangat sayang ... suatu hari si gadis nak balik rumah, lalu dia menghantar mesej kepada ayahnya,dalam hati si gadis mahu sangat belajar naik bas dan berharap ayahnya izinkan.. tiba-tiba, mesej daripada ayahnya : 'naik bas, ayah tunggu kat stesen bas '









si gadis yang baca terkejut dan berasa berdebar pula, mana taknya, dulu minta izin tak bagi tapi sekarang boleh ?  si gadis resah dan berharap semoga perjalanan dia Allah permudah ! ya ! Allah maha mendengar hanbanya, usai solat asar si gadis terus terusan berdoa agar Allah permudah urusannya, jujur si gadis sangat takut sebab pertama kali dan bersendirian. tapi si gadis tetap ingat , perjuangan bukan mudah jadi kena hadapi dengan sabar dan yakin diri kita boleh ! ! ! lalu berangkatlah si gadis tersebut dengan macam-macam berkemungkinan, lalu dalam bas untuk menenangkan hati si gadis tersebut baca al-mathurat yang dirakamnya sendiri melalui alat selularnya iaitu 'handphone', oh ye ! sekarang teknologi sangat canggih jadi kalau tak bawa buku al-mathurat, boleh dengar rakaman suara kita.
 

“Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. (Surah Al-Ra’d 13:28)
 nah ! terbukti dengan firman Allah ini, memang si gadis merasai ketenangan dan rasa debaran naik bas bersendirian terbang berlalu,terasa seakan-akan ada yang melindungi ! ! jujur ini yang dirasai.alhamdulillah ! Allah makhbul dengan memberi ketenangan.Lalu si gadis terfikir hidup ini macam naik bas.




konklusinya,
Hidup kita ada matlamat, macam cerita si gadis ni, matlamat dia nak pulang ke rumah. jadi dia akan berusaha untuk naik bas walaupun dia tak tahu apa kan berlaku, samada dia naik bas atau terlepas bas, jom kita kaitkan dengan hidup kita, ye ! hidup sebagai seorang muslim, hidup kita ni satu perjuangan, jadi natijahnya kita tak tahu tapi kita boleh berusaha untuk mendapat natijah yang baik,iaitu redha daripada Allah.




wallahu'alam

p/s : ana merindui 4 hari 3 malam yang lalu.. kita semua bercinta kerana Allah, uhibbukifillah ! !

2 comments:

SemuanyaOK ^^ said...

siapa gadis tu?

berusahaa berdoa bertawakkal :)
Semoga Allah memepermudahkan liku-liku perjuangan kita =)

spontaneous_gurlz said...

Dan meletakkan sepenuh kebergantungan hanya padaNYA :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...