Assalamualaikum ! ! !
Maksud firman Allah :
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal
sambungan ayat :
Maksud firman Allah :
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Bismillahirahmanirrahim... Alhamdulillah ! ! bersyukur kita ada akal tapi....
Dalam kalam Allah ini termaktub maksud "orang yang berakal" iaitu :
- orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk
- dan semasa mereka berbaring
Allah ! Allah ! ini maksud orang yang berakal ! sejujurnya kita memang Hamba yang lemah lagi Hina tapi itu bukan penghalang kepada diri kita dan ana sendiri untuk berusaha melakukan kebaikan dan beramal secara beransur-ansur atau erti kata lain, paksa diri buat sesuatu kebaikan atau amalan, dengan izin Allah kita akan berterusan melakukannya, yakin ! ! ! Allah akan tolong kita ! ! ! dengan itu kita akan dapat merealisasikan maksud orang yang berakal dalam kalamullah ini ,dan allah tidak akan sia-sia usaha kita, hambanya ^_^
# sabar ! baca ayat al-quran ini, jangan mengeluh lagi =) #
maksud firman Allah surah Ali Imran ayat 195 :
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan
firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang
yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, -
(kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain,
maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan
yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti
(dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang
berperang (untuk mempertahankan (Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid
dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan
kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke
dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala
dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya
(bagi mereka yang beramal salih".
Kesimpulan :
Bersyukurlah kita dengan nikmat ini ! nikmat yang Allah makhtubkan dalam Al-quran yang Allah tak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal ! ! ! maka bersyukurlah kita dengan nikmat ini !
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
firman Allah : ayat 13 surah Ar-Rahman
wallahu'alam
p/s : sekadar post apa yang ditaddabur dengan kefahaman ana sendiri, dari tafsir al-quran
p/ss : moga manfaat untuk mengisi hati-hati kita yang dahagakan tazkiyyah ^_^
p/sss : jika salah, mohon perbetul ! sesungguhnya penaip juga seorang HAMBA ! !

1 comment:
sangat memberi peringatan dan manfaat
terima kasih sahabatku.
Post a Comment