assalamu'alaikum w.b.t.
syukur dpt jugak umai nk tulis pasal ni n
harap2 umai dpt rebut peluang yg ditunggu-tunggu ni...
Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:
- Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala laksana 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.
- Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti member! sekalian umat Islam berbuka puasa.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Qul-huwallah 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50 tahun melakukannya.
- Membaca Qulhuwallah 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
- Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.
- Memakai celak. Allah menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
- Memelihara kehormatan diri. Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Bersedekah. Allah menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahalaseperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
- Menyapu kepala anak yatim. Allah mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.
- Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.
- Menahan marah. Allah memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
- Memuliakan fakir miskin. Allah memuliakan-nya dalam kubur.
- Melapangkan belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
- Membaca surah al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.
Insyallah.. umai akn praktikan n akn rebut ganjaran yg ALLAH
bagi kepada umai n umat islam yg lain....
meh kita IKHLASKAN HATI DAN SELAMAT BERAMAL
No comments:
Post a Comment