Al Imam Al Bukhari telah meriwayatkan hadith di dalam Shahihnya (2585), dan hadith ini memiliki hadith-hadith pendukung yang lain.
Dari ‘Aisyah R.Anha , beliau berkata : “Rasulullah SAW menerima hadiah dan membalasnya.”
Dan di dalam Ash Shahihain (Shahih Al Bukhari dan Shahih Muslim) dari hadith Abu Hurairah R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW apabila diberi makanan, beliau bertanya tentang makanan tersebut, “Apakah ini hadiah atau shadaqah?” Apabila dikatakan, “Shadaqah” maka beliau berkata kepada para shahabatnya, “Makanlah!” Sedangkan beliau tidak makan. Dan apabila dikatakan “Hadiah”, beliau mengisyaratkan dengan tangannya (tanda penerimaan baginda). Lalu beliau makan bersama mereka. (HR. Al Bukhari [2576] dan Muslim [1077])
Dan Rasulullah SAW telah bersabda :
“Hendaknya kalian saling memberi hadiah, niscaya kalian akan saling mencintai.” (HR. Al Bukhari dalam Adabul Mufrad, lihat Shahihul Jami’ [3004] dan Al Irwa’ [1601])
Rasulullah SAW juga bersabda,
sama-samalah kita saling menghargai sahabat kita dengan memberi hadiah... walaupun sekadar senyuman manis untuk sahabat kita.... kita bertemu kerana allah dan berpisah kerana allah juga...“Penuhilah undangan, jangan menolak hadiah, dan janganlah menganiaya kaum muslimin.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, Al Bukhari dalam Adabul Mufrad dan Shahihul Jami’ Ash Shaghir [158])
wallahu'alam... sumber dari muslim__24jam *tak rugi singgah disana*
No comments:
Post a Comment