status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Saturday, November 7, 2015

semboyan merah mairah

continues...


cukup kisah afiqah..

okay for personal mairah,

last few weeks..

someone ask me, 
-dah berpunya ke?

tersedak sis..

apa ke soalan tu..

sis rasa tak perlu jawab kut,

sebab dah jelas tang tang sis masih berbaki belajar, bukan degree tapi diploma sis..

maka aku biarkan soalan tu berlalu tanpa jawapan,

sampai masa kita jawab.

-sis tunggu sesiapa ke?


entah, sampai masa, sis hebahkan walimah k..



doa doa kan baik...

jujurnya, sis tak puas lagi berkecimpung dengan dunia belajar secara bebas seorang diri.maka izinkan sis merasainya sebelum umur 25 okay? 

diri aku ini milik Allah,
aku kalau boleh nak habiskan infak segala tenaga dan semuanya untuk ISLAM. 

buat masa nih, let's forget,fokus untuk kampus dulu jom! komitmen kampus sis tak habis lagi, sis suka dengan cara begini, sis suka buat kerja kampus, kampus dan lab report best ! berpisah tiada.


baby white, 
rehat lah. dah tiba masa dah, dari akhir form 3 sampai oktober 2015 yang lalu...
baby red coming...
moga lebih gagah nak menaip lepas nih...
ahlan wasahlan baby red ! 
semboyan merah!
nafas baru! 
sekian, 
bebelan mairah.


 
 credit: sumber

 
 

Cara nak membalas cinta.

Bismillah!

alhamdulillah, bernafas lagi afiqah untuk kali ini. 

maka nikmat mana yang afiqah dustakan?

Allah, 

moga sakit ini makin dekat dengan Allah,

sungguh aku takut sakit ini menjauhkan aku dariNYA 

wa nauzubillahi min zalik.


maka apakah celoteh afiqah kali ini?

pejam celik dah minggu 8 berlalu, 

maka masih berbaki  6 minggu nak sem 4 habis,

sem 4 ini bagi afiqah agak hectic, 

afiqah tak tahu hectic atau exhausted dari segi mane tapi afiqah merasainya, 

dan dia perlahan-lahan pujuk hati supaya bersabar dan banyak berdoa dan solat.

apa-apa yang datang semua dari Allah,

sungguh, masa dan tenaga ku milik Allah setelah terpatri ikatan dari sekolah tarbiah kuala abang akhir tahun tingkatan empat mulia bestari tiga.


ingin aku petik kata-kata daripada adikku di unikl micet;

kak maira, azie ingat satu ja yang ayat ni sentuh hati azie selepas dari kejadian di Johor itu;

"setelah kita berikat, maka masa kita bukan milik kita tapi milik Allah"

lalu mengalir airmata afiqah, adik ini lebih hebat dan lebih semangat,
maka atas sebab apa afiqah nak mengalah ?

atas sebab apa afiqah mahu berputus asa.

sungguh afiqah sangat kena bersyukur dikelilingi adik adik yang kuat semangat dalam jiwa mereka ini...


nanges di sudut hati afiqah.....

Allah, aku rindu mereka,

mereka adik jika diukur usia, 

tapi masa aku di semester nih banyak dengan mereka,

aku sudah anggap mereka sahabat.

ehh malu pulak afiqah nak mengaku tapi itu hakikatnya..

masyaAllah ! hebat aturan Allah untuk dia yang bernama Afiqah Umairah ini.


Allah summa Alhamdulillah..

nanges lagi...
Duhai, 
adik-adik, jika suatu hari nanti adik baca picisan ini,

maka berbanggalah kerna berjaya masuk dalam hati afiqah umairah,

dimana afiqah umairah berasa dia sendirian,

tapi Allah hadirkan adik-adik untuk melengkapi afiqah umairah..

wahwah, ayat akak afiqah umairah nih kemain..

maka bakal bermulalah sis afiqah kena siapkan mental dan rohani untuk sem hadapan tanpa sahabat seumur roomate dia yang dia sayang dan sahabat satu batch yang lain..
kuatkan aku ya Allah ~ 
maka ada satu sahaja cara nak membalas cinta mereka ini, 
aku hanya mampu terus-terusan berdoa untuk mereka. 
kan itu lebih dekat dan meresap dalam hati.
dalam rabitah ku menyebut namamu..
nanges. 
 jiwa hijau semangat merah.
ruhul_jadidah 
 
credit : sumber

Monday, September 21, 2015

nafas baru afiqah.

Assalamualaikum and hai !


lama masa berlalu, sekejap je dah masuk minggu ketiga. 

jadi masih berbaki 11 minggu kan?

haha..

dah menghitung hari nampaknya..

semalam terkeluar dari mulut yang akan tamat diploma
dalam masa lebih kurang 6 bulan camtuh.


haih.. 

masa cepat berlalu,

dah nak habis, sikit je lagi, kena kuat mental, fizikal dan rohani.

sem ni dah masuk kos yang dinanti iaitu makanan, mohon ya ni bukan masak masak okay, ni ilmu biology tau sikit sikit... Allah permudahkan aku untuk menuntut ilmu baru ini.. mana nak dapat ilmu lukisan kejuteraan dalam ilmu biology nih.. Allah...


nanti sambung balik.

insyaAllah.


p/s :  saja update sebab tahu ada yang stalker. kehkeh... 

fi amanillah sahabat sana !

Saturday, August 22, 2015

le family MSW

Assalamualaikum, again meet on post.
yeahh currently ,
i am  little bit busy dan membusykan diri tapi takda la sampai takdak masa untuk myselft right?
i am just thinking about titik pertemuan,
this is aisyah rashid told me about 3 month a go... lama kan ?
hehe.. well apa apa yang penting ni sis ingat..

moga kamu membacanya, tak sekarang tapi mungkin suatu hari nanti. right?

kadang aku terfikir, biarlah penat lelah ni Allah kira, kira untuk manfaat mak ayah aku yang hantar aku ke SMKAKA dan UNIKL MICET, moga Allah limpah rahmat dan pahala dengan segala apa kebaikan yang aku lakukan. hanya itu. dah cukup. bahagia.

ok let pic show right?


teha dan adik mira


dari kanan, iqbal, imran, ilmee dan irfan

dari kanan, haihh.. iqbal, abah, cikgu mohamed, afiqah dan fatihah

garang kan abah? tapi baik. serius !

dari kanan, imran dan ibu, cik zalikha

sis letak sebab cun ! hahaha

last one, ilmam.. complete seven siblings.

ada aku kesah... haha.. adik oi, jadi la gambar nih..
ni adik tau tapi macam abang jugak sebab selalu bawak aku ke mana mana, thanks adik !


tamat...

selamat hari lahir abang!

selamat hari lahir abang long !

mesti yang baca blog ni macam, ehh sejak bila main abang-abang nih..

sis ade dua orang abang tau ! pastu ade tiga adik lelaki. 
ramai kan bodyguard ? 

selamat hari lahir abang weh,

dah la tu main main, jaga mayang, solat jaga, nak kerja kan nanti. kan nak kawen dengan anak orang tuhhhh... ingat takkk... haha

kakyang doakan, awak cepat-cepat habis belajar, cepat cepat kerja dan cepat cepat kawen. awak kan 24. 24 katanya muda lagi.. jangan la lambat kan adik langkah bendul kan.. hehe.. takde lah... moga impian mu tercapai, walau apa pun along adalah lelaki yang kakyang percaya dan sayang selepas abah. sayang abang weh. sapa tak sayang abang sendiri oii ! 


yang pelik sikit tu, dia laa abang sulong... hehe.. part of familymsw.

Friday, July 10, 2015

23 Ramadhan 1436H, Jumaat

credit : tumblr

credit : tumblr



"may Allah grant happiness for those who are really seeking forgiveness"
#zineruhuljadidah

 Assalamualaikum and hai !!!

last but no least !

may Allah ease your way sahabat ~


just for information !!

please, i am not asking popularity ok ? 
this is bcoz, i think this is my wall blog as well  . smile.
forgive me.



for now, my smartphone had problems, 

NO whatapps for now. i felt like heaven ! seriously tau ! 

-nikmat masa lapang itu ujian right?

u may contact me at telegram as u know telegram can install at laptop. smile.

u also may contact me at facebook, just direct message me. smile.

u also may contact me through twitter - @afiqahumairah

u also may contact me at my active mail - umairafiqah@gmail.com

lastly, u may comment at my post. on this blog ok? i will check it !

mucho gracias sistaa and brotarr... 

ilal liqa


i cannot wait see u may little cousin, muhammad zaidi. insyaAllah will raya at perak !







Wednesday, June 17, 2015

tips ramadhan ! ! enjoy it ! !


credit : hamba

ramadhan coming !


 
credit : tumblr



credit : tumblr


credit : google


Summa Alhamdulillah.
ramadhan bakal menjelma lagi berapa jam.
maghrib ni terawih kan?

moga unibessiti ramadhan kali ini lebih cemerlang !

aku rindu umairah yang dulu.
aku rindu afiqah yang dulu.

mana pergi semangat mu?

kembali lah bersujud.
kembali lah kepada Allah.

setiap detik hidupmu Allah sayang.
Allah sayang kamu wahai afiqah umairah ~





adakah perlu ? entah ~


credit : tumblr


kadang aku rasa nak berhenti..
semakin lama aku baca imbasan lama post..
aku rasa macam tak berguna.


mungkin aku perlu berhenti menulis.
kerna apa yang aku taip..
akan berlaku kepada aku..


tapi kalau berhenti..
siapa yang mahu menyebarkan amar maaruf nahi mungkar ?


aku runsing.
dunia ni sakit.
dunia ni masalah.

aku lelah.
aku penat.


moga kuat sri kandi muslimat tangkas~

Sunday, June 14, 2015

i am back ! !

Assalamualaikum..
haii ! lamanyaaa tak blogging ~ 
banyak benda nak settle.

many things to do for this 2 months holiday.
yang pasti before return back to micet.
spend good time with le family :)

bdway,

tahniah adik2 spm 14 yang dapat sambung belajar mana-mana sekalipun.
ingat, ini permulaan baharu. betul niat dan selamat menempuh dengan kuat dan tangkas ~ 


banyak benda nak ceghite.. pasai micet ade, pasai sahabat ade, pasai adik-adik usrah ade, pasai family besar micet ade, pasai housemate ade.. haihhh kita kumpul simpan kat draft..after that baru release post. 

doakan sis berjaya ye ! 


lillahi.

umairahmsw.

pss :

counting ramadhan.

marhaban ya ramadhan... marhaban ya ramadhan.

throwback for this sem until mid sem. 
next post insyaAllah half mid sem left.  


before start for new sem JAN 15
got WARDED for 5 days in HSNZ..




opening new sem with daurah.
refresh about tajuk-tajuk usrah after 3 weeks holidays.




usrah with intake Jan 15.
with fresh naqibah. pilot and co-pilot there :)




akaks fyp degree



one of my lovely ninja. eheh.
date while have a little time before return back from midsem.


getting new akak ipar on my cousin's wedding



this legend photo while form 4.
lawatan Badar Dan Kerohanian SMKAKA



Thursday, January 29, 2015

bermulanya sem baru

Assalam !
hai !

kemain rancak :)

hurmmn...

sem depan merupakan banyak berubah,
tak banyak masa dengan wifi,
banyak dengan buku rasanya,
eheh ! melampau tu mairah.. kekeke,

aku cuba sem depan limitkan apa yang banyak ambik masa aku nih,
dan sem depan duduk rumah sewa,
ibu dan abah dah risau,
mana taknya,
anaknya masuk ward sebab asthma,
sapa nak nengok anak diorang nih, eheh..

insyaAllah abah ibu,
kakyang jaga diri sepanjang sem hadapan,
kalau sakit pon, kakyang usaha kuat ! !
well i am nur afiqah umairah right ? anak cikgu mat !
hahahha



moga esok pagi permulaan baru.
moga esok Allah permudah aku berada di sana.
moga mereka yang aku sayang, Allah jaga.
moga kamu yang diuji, tabahlah, kuatlah.
moga kucing yang dirumah, behave sikit, jangan nak buang merata, sian abg emi nak bersih.
moga makanan kat rumah tak banyak membazir, sebab tong makanan dah balik melaka :) ehehe...



saya balik dulu

Assalam ! 
hai !

masanya dah tiba,
saya balik melaka dulu.

nekad, malam ni jam 2100 naik bas.
sebab rasanya memang kena balik malam ni jugak.

minta maaf,
doakan aku sihat sepanjang sem baru nii,
ohh ya Allah, beri aku kekuatan.

bismillah.
aku tak tahu apa yang akan berlaku di hadapan,
tapi aku yakin, setiap apa yang berlaku,
aku kena tenang, sebab boleh jadi itu adalah silap aku yang dulu.
dan aku kena yakin yang Allah sayang aku,
susunan hidup tak pernah salah,
walau sedikit.




Monday, January 12, 2015

Last Paper ! !

hai ! Assalam soleh dan solehah sekalian.. * wink wink
seperti tajuk tertera, 12/JAN/2015 jam 9 pagi sampai 11 pagi.
last paper for this second semester, FLUID MECHANICS ( 3 CREDIT )
p/s : if you read my post, please pray for me, as i know that doa sahabat untuk sahabat, Allah dengar, malaikat mencatat dan moga kebaikan doa itu kembali kepadamu. You may pray towards Allah for make my mind, my heart, my soul patiently war with that paper and ease to remember what i studied as long in semester 2. mucho gracias ! jazakumullah khaira jaza' 

[ credit : tumblr  ]

my feeling right now ! ! isbir mairahhhhh...


[ credit : tumblr ]

about this bed, menarik kan ??? fuhhh... i adore this design ! 



ohhh maii, i lovess make it ! ohhh maiii... wait me my dear stove, ahah !


ohhh maii, ni kuala ibai, fuhhh.... wait mairah ! !


i am not sure where i captured this, either kuala dungun or paka... 
i forgot, pardon me.

p/s : lot to-do this short mid sem summer sweet break at terengganu... 
may Allah ease what we had planned !

tatata,,,, see u son, with Allah permission. 

luv u lillahi ibu abah, along, angah, uda, teh, achik, ucu, and 
my sohabah :)

 
 

Friday, January 2, 2015

UPDATE 2014

Hai !
Assalamualaikum.. haii awak semua.. *acah-acah ramai yang baca.. takpe la sebab aku tahu ada yang stalker aku dalam diam-diam.. haha.. kamu la yang baca sekarang.. opsss... kantoi eh? takpe antara kamu dan Allah sahaja, Harapnya banyak manfaat yang dapat. okay okay.. our main point today is about update. eheh.. speaking bhai.. *pengsan...

maka aku lipat dan gulung dan kumpul semua memori 2014.
sebab tarikh post ni dah tahun 2015.
semalam nak update tapi ambe ade kijo sikit.
kijonya.. satgi ambe update neh.. sila rujuk nombor update kat bawah..
dah macam kerja apa jeh.. kalian kena tahu dan ambil yang baik sahaja. jomm...


 
  1. JAN 2014, alhamdulillah,  mesti dan pasti semua ada matlamat untuk buat sem seterusnya dengan lebih baik. maka masa ni bermulanya cuti yang sangat panjang.. sangat sangat... tapi masa JAN 2014 ni tengah final exam kalau tak silap. maka tak ingat sangat cite yang tu.. jadi tak ada apa yang perlu diingat mungkin. ewaah. pada FEB 2014, ok masa bulan ni bermula cuti lama iaitu cuti dari belajar hampir 8 bulan jika tak silap. lama kan... cuti rehat bersama keluarga. tenangkan fikiran, hati, jiwa dan semualah... lalalala..... nak cerita kah ? hurm... point dia 17/2/2014 ankle patah. dan kaki simen dan balik terengganu dan berehat sepenuhnya... nak tahu lagi..kaki part yang patah tu, boleh rujuk gambar bawah tau.. haa.. part tu la.. nama dia lateral malleolus. mungkin perlu sertakan link post yang lepas.. jimat sikit masa...heee *jimat masa untuk diri ini menaip. gituh. maka terus masuk september punya cerita laa.. advance sikit. eceh.
                  post pasal bulan JAN kat sini

SEPT 2014

Maka selepas berehat yang agak lama, maka umairah diberi kekuatan untuk sambung belajar semula. dan masa awal sem september, dia sangat fobia dengan tangga, fobia sangat sampaikan dia akan naik dan turun dengan langkah yang sangat perlahan, maksudnya jika sebelum ni dia punya kaki melangkah dalam kuasa voltan sepuluh, maka kali ini voltan dia tiga atau lima. gituhh... nampak tak tahap fobia.

pastu dia mula la drama tak yakin sem ni boleh bawak ke tidak sebabnya semua rakan satu batch dah takde dah, tinggal dia dan lagi dua orang yang sama rezeki dengan umairah juga. iaitu cuti sakit yang lama. nama kawan yang lagi dua tu, nik siti hajar nabihah binti zainuddin dan muhammad farid fitri binti kamaronzaman. nampak tak kami rapat? sebab kami bertiga je sama subjek untuk semua sem. insyaAllah. panjang umur, sampai grad kat PICC nanti. amin.


  • pastu, umairah pun tinggal di hostel dengan adik junior sebab semua rakan rapat dia duduk luar, yang part ni umairah sumpah sedih dalam minggu pertama dan kedua, minggu ketiga dah baik dah, dah sado hati dan jiwanya.. eheh. tak leh blah ayat... ampunkan patik.
  • sem ni diberi amanat yang tinggi sebagai pengerusi HELWA ICC, dan agak berat jawatan ni sebab pertama kali dan serius tiada pengalaman camna nak handle. tapi takpe, umairah ade lagi empat orang kuat ICC iaitu sahabat umairah sendiri yang mengemudi kapal ICC. ayat... mesti nak gambar kan.. kejap lagi umairah sertakan.

  • pastu, banyak sangat belajar bila dah satu sem ni dikatakan seorang diri. okay sangat banyak. Alhamdulillah, umairah kuat dan sekarang dia sedang menghadapi final. doakan dia dilapangkan hati untuk belajar dan peroleh masa yang berkah. sesungguhnya rasa sedih itu ada tapi benda tu kecik dan boleh ditepis letak kat tepi dulu. masa sekarang tumpu untuk buat terbaik. walau ku sendiri, tapi diri ini beruntung dikurniakan keluarga dan adik-beradik dan sahabat yang dekat mahupun yang jauh untuk terus sokong. move on mairah :) maka aku percaya diri ini duji dengan kemampuan. sungguh umairah kena bersyukur, dalam ramai manusia, dia yang terpilih untuk berasa Allah sayang dia. berasa menjadi insan dipilih. sayangkan Allah kepada dia. nanges.. Alhamdulillah.
  • Maka penutup segala kisah tahun 2014, semalam umairah pergi menyambut ambang tahun baru di mahkota parade dan dataran pahlawan. kemain umairah... opsss.. kami pergi bawah GAMIS MELAKA, maka aku beruntung dikurniakan rezeki ini, mana tidaknya, ini program "STREET DAKWAH AMBANG TAHUN BARU". Alhamdulillah, banyak sangat belajar, antaranya,
    - pertama, inilah ummat islam sekarang, sungguh bunyi yang bingit, pasangan yang umairah sendiri tidak tahu tahap husnuzon dia kemana, Allah, sedih. maka aku gigihkan juga dengan sahabat lain mengedar flyers. dan iye, edar risalah sahaja. Umairah berasa sangat berdebar, sejak bermula langkah dia melangkah naik kereta sampai lah ke helaian risalah terakhir.

    - maka helaian terakhir itu dia dapat sesuatu. sungguh umat islam perlukan orang yang diberi rezeki untuk faham islam. umairah bukanlah hebat dalam memahami tapi dia insan yang Allah pilih untuk berada dalam zon memahami. Allah... sedih sungguh bila kita menghulurkan perkara baik tapi ditolak kertas risalah, malah penerima itu tak sambut pun risalah tu dengan jelingan mata tajam. Jauh sudut hati, aku berasa sangat semalam. Berasa sangat yang comfort zone sangat bahaya. Zon yang selesa buat kita tak alert pasal ummah islam sekarang. Allah. sedih aku semalam. meemikirkan apa yang dapat aku sumbang ? ummah islam saudaraku, maka mana usaha aku untuk pulihkan? sedih.. nanges.
    - sila sediakan tisu .. lupa nak pesan awal-awal.eheh..

    - Alhamdulillah, jumpa senior kaka dulu, kak amirah omar. ohh dia ingat namaku. dan abg helmi abdullah. hebat hebat mereka. aku salute ! nak tahu lanjut pasal program ni, maka sila LIKE page FACEBOOK GAMIS MELAKA. maka akan ada barangkali muka umairah. eheh.

    last word,
    Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain.
    ''Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT.
    [al-Baqarah : 45]
    Selamat menghadapi 2015 dengan SABAR, REDHA, SYUKUR, KAYA dan
    BERJAYA .
    Selamat menyambut Maulidul Rasul. Allahumma solli a'la Muhammad.. 

    credit this post from my akak naqibah :) found it while scroll my timeline.

Friday, December 12, 2014

hanya yang merasai dapat merasai apa yang dirasa

jarang untuk bercerita pasal diri sendiri,
tapi moga-moga ada la manfaat walau sedikit,
dulu,
tak kenal. 
langsung tak attract nak tegur,
tapi kini,
dia dah balik ke negeri asal,
aku rasa,
rasa rindu.
walau sekejap cuma,
 insyaAllah ade berkat :)
dia tu special 
dia, kak naqibahku.
- hanya yang merasai dapat merasai apa yang dirasa

Tuesday, November 18, 2014

hujan tetap di Melaka, kerna...

Hai !
ehh, Assalamualaikum,
fuhh lamanya tak update, last sekali pon dulu.. yang awal muharram.(27/10/2014)

kemain lama menyepi mairah... well i am engineer to be.. ecehh.. ye ke ?
kemana masamu dihabiskan ? sia-sia atau manfaat?

moga amalanku diterima, berharap ~

hurm.. nak cerita ni,

rabu yang lalu, ada talk daripada mualaf iaitu Bro Lim, and he told us that he don't want to change his name as he want the others non-muslim knows that ISLAM is not religion that push to change real name after inverse to ISLAM. i am soo impress... said SubhanaAllah...

betullah mualaf lebih memahami.. jatuh air mata.. Bro Lim knows more than i, Allahu.. hari tu dan malam tu, aku bungkam dan mengalir air mata... as i know i more touched when talked about islam. urghh.. again i am cried. so how about you? my dear friends? do you felt like me ? if yes, Alhamdulillah, masih punya iman untuk menyesal....


next story,

Bismillahirahmanirrahim
tahniah dan takziah mairah, diberi takhlifan, maka di akhirat kelak bakal ditanya, apa yang kamu lakukan dengan kuasa yang ada ? yess.. we must think more to futher or our hereafter soon. moga husnulkhotimah.

next stories,
Last friday, i had organized LADIES NIGHT UNIKL MICET with my team members of ISLAMIC CIVILIZATION CLUB or as known as ICC :)  this event also collaborated with other active clubs such as KLKM, GPMS, QASIDAH, WATANIAH and UPMC. fuhh what i can said, i had learned more almost 3 months. what i can told here, as muslim, we must more patient with people that we cooperated. Alhamdulillah my event going well with our panel, DAI NOR ADIBAH ROZAIN. She did well that night ! I think my objective goal that night although there have some problems while handling that event. 

Now, after 4 days, i can said HAZA MIN FADHLI RABBI.


my note for you  :
 if you want to know how i got sponsored and how i cooperated with kak adibah, you may send email to me, umairafiqah@gmail.com. with Allah permission, i will help as i can. :) if you want to know how i deal with yatt hamzah, diana amir and ustazah fatimah syarha. you may ask me. insyaAllah i will reply as i can. don't worry, i am happy to help those are needed.


next storiess,

summa Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk berceloteh dari bumi melaka, dah ada sahabat yang rindu maka aku penuhi hajatnya, aku pernah mendengar, jika kita penuhi hajat sahabat kita... *opss.. aku lupa apa sambungannya, jika sahabat al; faqir lillah tahu, maka aku mohon sambungkan ayat itu di ruangan komen nanti ye ! berharap**


so, hikmah tu rahsia Allah kan?
suka aku nak berkongsi dengan sahabat semua,
malam ladies night aku jemput Dai Adibah untuk sesi majlis ilmu. Tajuk malam tu adalah kesopanan. Aku sengaja bertanya, bagaimana cara jika kita terdetik nak terap sopan dalam diri ?

ustazah jawab macam ni,

- "first, kita kena berdoa, doa itu yang menguatkan kita untuk berubah" 

maka tetiba aku terfikir, hebatnya doa ! MasyaAllah !

lalu, ustazah bagitahu

" orang sekeliling kita memainkan peranan, iaitu hak hablum minannas, kita kena fokus juga kepada hak orang lain, contohnya parking kereta, kita start parking senget atau erti kata lain kita parking ikut suka hati, and yes ! kita selesa sebab ada kereta kita dah parking, tapi orang lain ? how? kita penuhkan hak kita tapi dalam masa sama, kita tak bertanggungjawab untuk penuhkan hak orang lain, maka dimana nilai kesopanan dalam situasi ini ? "


panas hati... tiba-tiba senyap seisi dewan... fuhh..

ustazah adibah pesan lagi,

" wanita ni punya daya tarikan yang sangat kuat dalam kaum lelaki, sebab tu kita kena terap sopan dalam diri, caranya jika situasi kita kena pakai pakaian yang menyakinkan untuk present sebab ada markah untuk carry mark, kan kita student kan...kak adibah pesan, berdoalah kepada Allah untuk elokkan pakaian kita "

 yakinlah Allah akan mudahkan urusan kita, sebab Allah yang pegang hati manusia hatta hati pensyarah kita yang suka berhias sekalipun. hebat kan Allah ? do you agree with kak adibah advised ? i am !

cara pakaian kita,

"-kita nih dah menarik dan tertarik jadi kurangkan pakai pakaian yang mengancam, yang mengguris nafsu lelaki, dan sebagai wanita banyak benda kita kena menjaga, maka berbahagialah"

dupp ! mengguris nafsu tu bahaya rupanya.. Allah.. lepas ni kita perlahan-lahan memakai yang menjaga hati lelaki. kita kan nak yang terbaik, maka kita kena berusaha menjadi terbaik. dengan izin Allah.

lagi ayat ustazah adibah
"taqwa ni umpama berjalan di jalan yang ada duri, sentiasa ehh,, ehh,, *berhati-hati maksudnya. hebatkan metafora syair dulu..."
wallahualam.. 

"semua ayat ini adalah olahan saya tapi apa yang disampaikan oleh kak adibah ada dalam ayat di atas.. jujurnya saya rakam slot malam tu dengan rakaman simpanan suara telefon saya.. serius best Dai Adibah menyampaikan sesuatu. senyum."



akhir kalam,

hujan tetap di melaka kerna kita dibawah langit yang sama dan menghirup udara yang dibekalkan oleh Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah. masa aku menaip ini, Melaka mendung dan sejuk. senyum. salam kasih jiwa hijau semangat merah.

[credit : hamba allah]









Monday, October 27, 2014

muharram 1436H

andai ini permulaannya, 
maka kuatkan aku.

andai demam kifarah dosa untuk permulaan ini,
maka jadikanlah aku hamba yang bersyukur.

beruntunglah kamu mairah, 
baru permulaan dah nak selsema, batuk, dan akhir akhir ni panas kat dahi..

ampunilah ku Allah,

moga ruhul jadidah . senyum.


[credit : hamba Allah] 
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
duhai sahabat, isbir , aku tahu kamu kuat ! 
menangis kan memberi kita kekuatan. senyum.
[credit : baik hati]

Thursday, October 23, 2014

cukup dia yang satu,


kerna kamu memang kena sangkar , 
maka bersabarlah, moga Allah bantu kita kuatkan hati untuk menyangkar :)

[credit : insan baik ]

Bismillah.

uhuk-uhuk...
batuk eden dengan laman blog nih, ohh lamanyaaa tak di-update !

Alhamdulillah, masih sihat walau batuk sikit dan selsema.
i am happy at micet. that's it !
dan jujur la, merasa kesedihan menghadapi sem nih tanpa sahabiah satu batch agak terasa,
cukup lah minggu pertama aku menangis, yes i am. i am human, natural human.
kadang bila sedih je terus nangis.
tak de nya nak sorok tapi kali ni agak  kena berusaha kuat nak hadapi,
memacam berlaku.. perlu ke cerita disini?
 tak pe laa simpan dan lepaskan pergi .
 Allah kan ada.
akan ku simpan kenangan itu dalam jagaan Allah. 

rasa nak kongsi satu benda la pulak,
camni, nak bagitahu kat sini,
tegas dan garang ada beza tau,
tegas dalam diri perempuan adalah senjata dia,
tegas tak bermaksud perempuan tu tak peramah,

come on lahh... u can judge me, but please " taaruf " lebih sikit :)

sampai sekarang..
i still remembered what you said towards me in library !


huh sentap kejap  when si fulan tu bagitau aku ni garang, bekeng ~
wahai fulan, garang aku pun, aku buat kerja.
amanah itu aku galas selagi aku waras.
senyum :)

kadang ada hikmah tegas ini.
terima kasih si fulan kerna ingatkan aku untuk terus ber-muka garang.
at least kamu si fulan tak naik kepala, right ?

credit : [ insan baik] 
before that, did you know that a girl must protect herself like a rose ? ahah ! 

sejak tu, i noticed something, that what si fulan said is true.
moga Allah jaga aku walau aku banyak dosa.
harapan itu aku harap menggunung.
yes.. mati dalam husnul khotimah.
tiada yang lain.
nak kubur wangi.

cukup dia yang satu, Allah 


salam sayang,
jiwa hijau semangat merah 

Tuesday, September 2, 2014

UNIKL MICET GEMPAK 001

Bismillah.


Alhamdulillah. dah sehari berada kat micet nih, hurm.. everything going well as Allah planned it for me.
there's no word i can describe. just Alhamdulillah. sujud syukur atas segala limpah permudah Allah ini.
kadang tanpa sedar, Allah sayang setiap detik langkah kita. cuma.. yess manusia... okay bertenang..

Alhamdulillah, semua benda baru.. baik dari bilik, katil, almari, dan meja.. err.. benda lain?
yes, blok asrama lain dah sekarang... soo, mairah please be more matured to handle your life,
be carefull please dear. sabar, slow but smooth ~ ohhhyeeahh..


malam nih, malam perkenal fasi untuk MSR SEPTEMBER 2014,
terasa macam as student baru... sebab lama dah tinggal micet, mcm nak dekat setahun.. kihkih..
but boleh la... dalam 7 bulan camtu kat umah... yess.. aku manusia, aku memang excited dengan benda yang memberi semangat ! such as lagu. yess.. lagu unikl kali ni dah improve ! makin rancak ! dan aku tetiba terasa macam.. mairah behave ! and yes love micet sooo much. 


pesan abah : hormat lecture, ikut cara dia mengajar sebab kita nak ilmu. ilmu tu nak berkat.
 

abah,walau abah garang, tapi jauh sudut hati, kakyang sayang abah. setiap kali teringat setiap malam ada picit kaki abah. setiap kali tu kakyang doa.. moga Allah beri kesihatan yang baik pada abah. moga Allah berkahi abah. itu lah doaku setiap kali picit tapak kaki. haishh... empangan mata berendam la pulak.. dah stop ! 





welcome back mairah !
let's start new life mairah ! 


love, mairah

Tuesday, August 26, 2014

kadang...

kali ni sahaja,
menangis,
come on mairah ! 
ini baru permulaan, janganlah...
banyaknya benda nak selesai,
kadang sampai satu saat,
pipi panas,
air mata keluar.
fullstop.
JAM 2335
260814

qowiy mairah ! ! ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...