status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Monday, March 13, 2017

Blog tercatat dalam posting BEN ASHAARI FAMOUS !

Bismillah,
Assalamalaikum ! hai !
pertamanya, terima kasih Blogger BenAshaari sudi listkan link blog aku yang serba lama menyepi,

serius tak jangka dan berasa nak lompat bintang ! 
siapa blogger dia tahu macam mana perasaan tuh. kan kan? 
jom taaruf ! namaku afiqah umairah. senyum.
selamat datang ke blog aku yang baru nak hidupkan balik, lama sangat menyepi sejak masuk belajar tiga tahun yang lalu. 
nanti sudi sudi jenguk lagi dan komen supaya mairah boleh terjah anda !
yes ! anda blogger yang membaca posting saya ! 
okay bai ! esok kerja ! tolong doakan saya jadi teacher yang kurang bekeng keh !

jadi teacher apa ? alaa tu nanti aku post, sebab dunia baru sangat-sangat dari bidang belajar dulu, hahaha dan dia kena lama sikit baru aku boleh berkongsi apa perasaaan aku sendiri !

nantikan post aku sebagai 'teacher', cheewah !
woihhh, terharunya En Ben ! lama dah tak rasa macam nih.. terima kasih sangat-sangat !

Wednesday, March 8, 2017

Random wordless

Assalam and hai,
bonjour! 
Random wordless in the morning here. 
i am just a little bit shocked, haha 
wehh ! is that u my friend? 
visitor from France?
my stats on blog stated that there are have an audience or someone from France, and usually that traffic source cannot mistake. I soo touched if u still read my post here. as this blog not really fresh as before, for now traffic post here not really keep constant new. haha..

i am just clueless, speechless if that person is you?. 

hope u will be fine there.
Finish your studies and come back Malaysia safely. 
if there is you, may Allah bless us.
sincerely for u.

Friday, March 3, 2017

Kenapa aku pilih TYZARA ???

Aku cuba google produk TYZARA nih, testimoni dia wow wow. Alhamdulillah feedback positif !
aku pertama kali dengar nama produk nih, serius jadi aku kira ni langkah terbaik untuk luaskan nama TYZARA. bagi member-member mairah kenal banyak pasal produk nih. 
Kenapa aku pilih Tyzara?
- sejujurnya mairah baru pertama kali dengar, dan alangkah untung jika mairah dapat hadiah berupa produk Tyzara supaya boleh jadi testimoni. sebab sekarang pun kulit kepala ada masalah seperti alahan dengan makanan, mana tahu jika guna Tyzara Shampoo, makin baik? Kita usaha dan Allah yang sembuhkan. InsyaAllah.

Tapi, mari kita kenal apa itu Tyzara Shampoo. Jom!
  • Tyzara Shampoo adalah satu bahan cucian rambut yang kelebihannya adalah merawat rambut rambut gugur pastu dapat merawat rambut gugur lepas bersalin pastu juga dapat merawat rambut rosak/bercabang pastu gatal kulit kepala dan kelemumur. Shampoo ini dikenali sebagai syampoo soya. wow kan? sangat wow. soya pon boleh rawat rambut. Kena cuba nih... 
Info penting yg lain boleh di dapati di sini:-
Hotline : 019-5767697

p/s : Jom bloggers kita bersaing sihat dalam contest ini, JOM ! mana tahu rezeki, dapat hadiah. dan kita sama-sama sebarkan berita shampoo yang dapat merawat rambut ini.
hai, nama saya afiqah umairah. 
[image%255B6%255D.png]

tekan gambar untuk ke blog famous amos kita En Ben Ashaari . JOM!

Wednesday, March 1, 2017

rezeki ku dalam rahsia Allah

Bismillah,

Sungguh macam-macam aku rancang untuk dapatkan duit poket.
Yerlahh kan, takkan nak tanam anggur saja. hehe

Tapi kadang apa aku nak mungkin tak boleh buat masa sekarang sebab Allah tahu aku tak sedia.

sungguh rezeki ku dalam rahsia Allah.

sumber gambar : google

Thursday, February 23, 2017

Jangan membenci.

Bismillah,
Allahu..
Sudah lama aku tidak marah semarah ini.
Memang tak boleh lupa apa diorang buat tapi entahla,
Aku geram bila diorang tak matang dan tak serius.
Akhirnya, walau macam-mana,
aku kena maafkan diorang,
sebab itu lebih menenangkan hati ini, 
dan memudahkan aku untuk fokus benda lagi penting.  
Mungkin diluar sedar mereka.
Ampunilah kami ya Allah.



ahlan adik-adikku, jamilah :)
point ketiga. 
isi borang BM
point keempat
baiki diri 

point kelima
perancangan masterplan hidup.
point keenam

Thursday, February 9, 2017

Baitul Muslim ? Bagaimanakah ?


Image result for rahmati kami
credit : google


Assalamualaikum,

tajuk sangat panas, kalau dikalangan sahabat-sahabat, dapat soalan pandangan baitul muslim, mesti main pass kepada sahabat lain.Sebab tak bersedia nak bagi jawapan. huhu
Bagaimana mairah? pandangan mairah? 
sekadar pandangan aku yang dhoif tapi nak kongsi juga sebab mana tahu jumpa sesuatu, kalau jumpa Alhamdulillah. 
Pertama, apa-apa yang kita nak buat, niat kita sebenarnya, apakah yang kita niatkan? fahamkah kita dengan tangga maratib amal? kalau faham, kita tidak akan main-main dengan isu baitul muslim ini. Sebab apa? sebab kita paham dan kita nak menjadi sebahagian penyambung untuk merealisasikan daulah islamiyah. 
Dan kalau faham, kita akan menuju ke arah golongan yang faham. Aduh penaip, taip macam dah faham. ehem. Aku sekarang dalam fasa berusaha faham sebab bukan perkara mudah baitul muslim ini. Okay seterusnya, point kedua kita.

Kedua, ilmu. Benar, apa-apa kita nak, kena ada ilmu. Bagaimana ilmu kita untuk menjadikan apa yang kita faham itu tercapai? Aiseh penaip, 'nervous' kita yang baca. Kalau 'nervous' baguslah sebab anda masih punya jiwa. eheh ~ rasa degupan jantung, ucap Alhamdulillah ~
Dulu Ustazah Asma ada bagitahu ilmu ni penting sebab dengan ilmu kita akan tahu mana yang batil dan mana yang hak ! fuhh aku semangat betul nih. Sungguh aura Ustazah Asma aku rindu ~ Moga Allah merahmati Ustazah sekeluarga dalam memberi ilmu islam untuk ummah islam.

Berbalik kepada point kedua, ilmu baitul muslim ini kita kena faham sebelum, semasa, selepas iaitu tak lain tak bukan, alam kubur sana dan juga akhirat sana. Alam baitul muslim bukan semudah makan pizza domino begitu sahaja. Tapi susah. Aduh, penaip, macam pernah rasa. sungguh aku belum merasai cuma aku risau kes cerai banyak sekarang hatta Ustazah Asma sendiri pernah beritahu bahawa banyak pasangan kahwin yang jumpa ustazah minta pandangan kerana sudah tidak sefahaman sedangkan baru lagi usia kahwin tersebut. Nah, tidakkah kita sama-sama risau ? Dimana silapnya? Jika salah satunya kurang ilmu? Moga Allah rahmati kita semua..

Ketiga, setelah niat, dan juga ilmu. ada lagi bagi aku benda ni mesti buat.. apakah?...
kita sambung part kedua pula ya..  insyaAllah  
 


Thursday, January 26, 2017

Perancangan masa depan

Tajuk sudah gempak.
aisehh, afiqah. 
Bismillah,
Assalamualaikum w.b.t.
sudah lama aku tidak menaip serancak dulu, hampir nak masuk tujuh tahun. insyaAllah kembali rancak menaip, memandangkan Allah bagi rezeki begini. Alhamdulillah. 
Kita sebagai hamba kena selalu bersangka baik dengan Allah kan? 
Jika tidak kita, siapa lagi?
Moga Allah mudahkan perancangan masa depan ini.
Sudah bersediakah afiqah untuk masuk alam kerja?
Cari duit untuk mudah gerak kerja islam. Bantu keluarga. Tak banyak, sikit pun cukup dan kalau cukup maknanya insyaAllah akan ada keberkatan. aamin.

Setelah aku berkira-kira, aku rasa sekarang fokus lesen, muet, cari kerja sementara. sambung belajar? tunggu dulu. Sebab kalau kewangan dari kerja sementara ni akan memberi kepada kerja tetap, maka aku teruskan kerja tetap.Sebab aku ada terfikir, kerja sambil belajar, tak salahkan?  huhu
Cuma fokus aku sekarang, kerja sementara mesti dirumah sendiri atau sekitar rumah aku sebab kekangan dengan Ujian MUET Feb-Mac ini, dan juga selesaikan lesen kereta sehabis baik mungkin.   
Tapi aku merancang dan Allah juga merancang lagi indah.
Dalam masa sama, aku terus berdoa supaya Allah bagi aku kemudahan, petunjuk dan kemampuan.

Moga sukses afiqah.
ohya! aku dapat anak manakan baru, anak sepupu sebelah ibu, dan dia adalah puteri mujahidah. status aunty afiqah umairah. haha..
moga solehah anakanda saudaraku. 
Aku doakan kamu bakal menjadi pejuang agama Allah. 

sekian.

ty-mairah



Tuesday, January 24, 2017

Friday, July 22, 2016

SOAL JAWAB NAK BUAT BUKU BSN DAN FOOD TECHNO


TENTANG UNIKL MICET 2016

Assalam and hai,


how micet now?
alhamdulillah perjalanan sepanjang tiga tahun kat sini, memang best !
diploma is the best. seriously tak tipu.

for any enquiry,
emel: umairafiqah@gmail.com
fb: Afiqah Umairah
instagram: _afiqah.umairahmsw
twitter : @afiqah umairah

Tuesday, May 3, 2016

aku bakal rindu ini part 1.0

Bismillah.
segala syukur ke atas mu ya Allah.

lama dah tak menaip... rindunya sama kamu blog!

hanya yang menaip suka menaip. ehh

rasa sekejap masa tahun nih, rasanya tiada langsung posting sem nih..

allahurobbi.

sungguh final year project sem nih penuh bantuan Allah..

sujud syukur ya Allah...

nanges aku mengenangkan betapa Allah sangat baik...

sangat membantu aku..

Allahu robbi..


aku yakin ini keberkatan kita tolong mak ayah...


allahu..... 

alhamdulillah..

alhamdulillah

alhamdulillah 









Thursday, March 3, 2016

refresh for 5 weeks here. alone



Assalam,
long time no blogging.

just wanna said,
if something wrong with you and manusia 
do our assignment and lab report did well?
please check it back about how your relationship with Allah..
do we pray earlier and on time?
do we recite quran ?
do we sedekah ?
do we fasting? 
do we improve our solah?
do we perform solat taubah and solat tahajud for kekuatan dalaman?

nanges...
takpe afiqah.. masih punya masa untuk berubah.
bangkit afiqah!! 
 

Saturday, December 26, 2015

Bakal dirindui..


setiap hari aku hitung,
berapa hari lagi masa aku dengan mereka semua, 
sedih. sangat sedih. 
sebab tu study week aku tetap dirumah, 
tidak mahu berganjak walau sejenak. 
sebab aku tahu, 2016, 
mereka dah tiada bersama dalam rumah tn6 ini,
ya Allah kuatkan aku semester depan


emosi tiba-tiba,
angin, bawalah air mata ini pergi,keringlah wahai air mata. 


isnin ni insyaAllah bakal final, 
moga kuat mairah. pastikan terbaik dan lebih baik keputusan kali ini.
sem lepas dah cun!, kali ni kena banyak cun ! 
berusahalah bersungguh. 
 petang yang hening, bunyi angin kipas sayap tiga.
maira




 

Saturday, December 5, 2015

mana masa mu?




mana pergi masa 24 jam nih?

-lemah rasanya..

moga masa itu berlalu dengan kebaikan dan Allah redha..

pesan dia,

-isbiruu
-wa sobiruu
-wa robituu..
panas pipi, bergenang mata, 

lupakah aku, semua ini milik tuhan..

ampunilah dosa kami Allah.

credit : RuuhulHubbi


road to mini project,
road to test 2
road to final 


afiqah umairah

Saturday, November 7, 2015

semboyan merah mairah

continues...


cukup kisah afiqah..

okay for personal mairah,

last few weeks..

someone ask me, 
-dah berpunya ke?

tersedak sis..

apa ke soalan tu..

sis rasa tak perlu jawab kut,

sebab dah jelas tang tang sis masih berbaki belajar, bukan degree tapi diploma sis..

maka aku biarkan soalan tu berlalu tanpa jawapan,

sampai masa kita jawab.

-sis tunggu sesiapa ke?


entah, sampai masa, sis hebahkan walimah k..



doa doa kan baik...

jujurnya, sis tak puas lagi berkecimpung dengan dunia belajar secara bebas seorang diri.maka izinkan sis merasainya sebelum umur 25 okay? 

diri aku ini milik Allah,
aku kalau boleh nak habiskan infak segala tenaga dan semuanya untuk ISLAM. 

buat masa nih, let's forget,fokus untuk kampus dulu jom! komitmen kampus sis tak habis lagi, sis suka dengan cara begini, sis suka buat kerja kampus, kampus dan lab report best ! berpisah tiada.


baby white, 
rehat lah. dah tiba masa dah, dari akhir form 3 sampai oktober 2015 yang lalu...
baby red coming...
moga lebih gagah nak menaip lepas nih...
ahlan wasahlan baby red ! 
semboyan merah!
nafas baru! 
sekian, 
bebelan mairah.


 
 credit: sumber

 
 

Cara nak membalas cinta.

Bismillah!

alhamdulillah, bernafas lagi afiqah untuk kali ini. 

maka nikmat mana yang afiqah dustakan?

Allah, 

moga sakit ini makin dekat dengan Allah,

sungguh aku takut sakit ini menjauhkan aku dariNYA 

wa nauzubillahi min zalik.


maka apakah celoteh afiqah kali ini?

pejam celik dah minggu 8 berlalu, 

maka masih berbaki  6 minggu nak sem 4 habis,

sem 4 ini bagi afiqah agak hectic, 

afiqah tak tahu hectic atau exhausted dari segi mane tapi afiqah merasainya, 

dan dia perlahan-lahan pujuk hati supaya bersabar dan banyak berdoa dan solat.

apa-apa yang datang semua dari Allah,

sungguh, masa dan tenaga ku milik Allah setelah terpatri ikatan dari sekolah tarbiah kuala abang akhir tahun tingkatan empat mulia bestari tiga.


ingin aku petik kata-kata daripada adikku di unikl micet;

kak maira, azie ingat satu ja yang ayat ni sentuh hati azie selepas dari kejadian di Johor itu;

"setelah kita berikat, maka masa kita bukan milik kita tapi milik Allah"

lalu mengalir airmata afiqah, adik ini lebih hebat dan lebih semangat,
maka atas sebab apa afiqah nak mengalah ?

atas sebab apa afiqah mahu berputus asa.

sungguh afiqah sangat kena bersyukur dikelilingi adik adik yang kuat semangat dalam jiwa mereka ini...


nanges di sudut hati afiqah.....

Allah, aku rindu mereka,

mereka adik jika diukur usia, 

tapi masa aku di semester nih banyak dengan mereka,

aku sudah anggap mereka sahabat.

ehh malu pulak afiqah nak mengaku tapi itu hakikatnya..

masyaAllah ! hebat aturan Allah untuk dia yang bernama Afiqah Umairah ini.


Allah summa Alhamdulillah..

nanges lagi...
Duhai, 
adik-adik, jika suatu hari nanti adik baca picisan ini,

maka berbanggalah kerna berjaya masuk dalam hati afiqah umairah,

dimana afiqah umairah berasa dia sendirian,

tapi Allah hadirkan adik-adik untuk melengkapi afiqah umairah..

wahwah, ayat akak afiqah umairah nih kemain..

maka bakal bermulalah sis afiqah kena siapkan mental dan rohani untuk sem hadapan tanpa sahabat seumur roomate dia yang dia sayang dan sahabat satu batch yang lain..
kuatkan aku ya Allah ~ 
maka ada satu sahaja cara nak membalas cinta mereka ini, 
aku hanya mampu terus-terusan berdoa untuk mereka. 
kan itu lebih dekat dan meresap dalam hati.
dalam rabitah ku menyebut namamu..
nanges. 
 jiwa hijau semangat merah.
ruhul_jadidah 
 
credit : sumber

Monday, September 21, 2015

nafas baru afiqah.

Assalamualaikum and hai !


lama masa berlalu, sekejap je dah masuk minggu ketiga. 

jadi masih berbaki 11 minggu kan?

haha..

dah menghitung hari nampaknya..

semalam terkeluar dari mulut yang akan tamat diploma
dalam masa lebih kurang 6 bulan camtuh.


haih.. 

masa cepat berlalu,

dah nak habis, sikit je lagi, kena kuat mental, fizikal dan rohani.

sem ni dah masuk kos yang dinanti iaitu makanan, mohon ya ni bukan masak masak okay, ni ilmu biology tau sikit sikit... Allah permudahkan aku untuk menuntut ilmu baru ini.. mana nak dapat ilmu lukisan kejuteraan dalam ilmu biology nih.. Allah...


nanti sambung balik.

insyaAllah.


p/s :  saja update sebab tahu ada yang stalker. kehkeh... 

fi amanillah sahabat sana !

Saturday, August 22, 2015

le family MSW

Assalamualaikum, again meet on post.
yeahh currently ,
i am  little bit busy dan membusykan diri tapi takda la sampai takdak masa untuk myselft right?
i am just thinking about titik pertemuan,
this is aisyah rashid told me about 3 month a go... lama kan ?
hehe.. well apa apa yang penting ni sis ingat..

moga kamu membacanya, tak sekarang tapi mungkin suatu hari nanti. right?

kadang aku terfikir, biarlah penat lelah ni Allah kira, kira untuk manfaat mak ayah aku yang hantar aku ke SMKAKA dan UNIKL MICET, moga Allah limpah rahmat dan pahala dengan segala apa kebaikan yang aku lakukan. hanya itu. dah cukup. bahagia.

ok let pic show right?


teha dan adik mira


dari kanan, iqbal, imran, ilmee dan irfan

dari kanan, haihh.. iqbal, abah, cikgu mohamed, afiqah dan fatihah

garang kan abah? tapi baik. serius !

dari kanan, imran dan ibu, cik zalikha

sis letak sebab cun ! hahaha

last one, ilmam.. complete seven siblings.

ada aku kesah... haha.. adik oi, jadi la gambar nih..
ni adik tau tapi macam abang jugak sebab selalu bawak aku ke mana mana, thanks adik !


tamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...