status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Thursday, January 10, 2013

resepi : jemput bebola roti goreng...

sumber google 
gambar yang sudah masak ... x sempat nak snap sebab... bagi family makan..
Bismillahirahmanirahim....
alhamdulillah.... petang ini.. sambil menunggu berbuka puasa...
ana cuba satu resepi yang baru.... ana pantang kalau jumpa benda baru
pastu bahan-bahan yang diperlukan ada di rumah...
apa lagi... jom masuk dapur...
memasak ni tak sampai pun 30 min... huhu
cara-cara : diambil dari blog seorang ibu yang hebat !
 yang rajin memasak ni...
si rajin masak < - - - tekan la sini...


Ingredients:-
  • 14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)

  • 3 batang cili merah (potong kecil2)
  • 1 biji bawang besar (dadu halus2)
  • sedikit daun sup/bawang (hiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis -(used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit)
  • minyak utk menumis
Method:-

Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.
p/s : sebenarnya.. umai buat 8 keping roti = sebiji telur .... no bad la... pastu umai letak udang kering... pastu letak daun kari kasi wangi... hehe... dari apa yang umai buat tu... ana ambil iktibar yang ni kalau nak buat.. bilis tu jangan banyak sangat , pandai-pandai anda agak tau ! hehe
first try no bad ! haha... ayah telan 2 biji tuu... lebih dari satu.. ok la kan ? abang pulak telan lebih dari lima campur adik saya fatihah lebih dari 4 biji....puas ! suka tengok orang makan makanan yang kita masak ! rasa macam bahagia.... itulah ana jatuh cinta dengan bidang memasak ni.... hehehe..
nak try rasa sekarang .. tapi tunggu maghrib dulu la... sabar ~
apa-apa pun selamat mencuba ! tak rugi mencuba ! senang ~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...