status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Sunday, April 21, 2013

kenapa nama pro pic blog UMAIR ?


 

Alhamdulillah, bersyukurlah kita atas nikmat yang ALLAH beri, jangan kufur nikmat pula, nauzubillah.. bersyukurlah, nak bersyukur kita tengok orang yang bawah kita dan nak tingkatkan amal tengok orang atas kita ... wallahu'alam... sekarang isu hangat , semuanya hangat sehingga pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di luar negara, maksudnya, luar negara malaysia iaitu senior-senior ana pun mengikut perkembangan tanah air tercinta.... SubhanALLAH.... mereka  pun sokong dan memberi ke-hangatan tersebut. Alhamdulillah, moga ISLAM tertegak...


Entah kenapa diri ini berasa bergetar bila melihat gambar-gambar kebangkitan ISLAM tersebut iaitu hari ini, ALLAH, diri ini masih bawah umur untuk mengundi tapi itu tidak menghalang untuk diri ini menilai yang mana buruk yang mana baik, jadi warga yang di-LULUS-kan mengundi, mengundilah dengan berharap undian kita itu ibadah , undi kita untuk ISLAM. moga Allah redha ... aamiin ya rabbal'alamin... # ini mukadimah je baru, apa yang nak dikupas dengan tajuk post tak masuk lagi, maafkan ana , pardon me @_@
kenapa ? ohhh setakat ni tak ada yang bertanya tapi post ini anggaplah kita nak mengenal nama disebalik nama itu " UMAIR " Alhamdulillah, nama ana memang ada nama tu, jujur nama ana UMAIRah... hehe... tapi ana nak bagitahu kat wall post ini, ana sangat mengkagumi kisah disebalik sahabat nabi MUHAMMAD SOLLALLAHU'ALAIHIWASSALAM, iaitu : MUS'AB BIN UMAIR :) 

ana mula-mula ingat pasal kisah sahabat baginda ini dengan kisah seorang sahabat yang ditugaskan untuk memegang panji ISLAM  ! ! kerana panji ISLAM ini melambangkan darjat, kemuliaan agama ALLAH ini...


" Sebelah tangan memegang bendera, sementara sebelah lagi menghunuskan pedang menangkis serangan musuh, sambil melaungkan: "Muhammad itu adalah Rasul, dan sebelumnya telah diutuskan rasul-rasul lain"
Menyedari kehadiran Mus'ab, sebahagian tentera-tentera musyrikin yang asalnya menghala serangan ke arah Rasulullah beralih arah dengan meluru ke arahnya. Antaranya, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah yang menyerbu ke arah Mus'ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam.
Mus'ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus'ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan lehernya dan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. 

Maka gugurlah Mus'ab sebagai syuhada' Uhud. "

nak tahu maklumat lebih mendalam banyak link tentang mus'ab bin umair ni antaranya :             laman ini  bacalah, berbaloi jika kita tahu tentang kisah para sahabat ini, membakar semangat kita untuk berjuang menegakkan agama Allah dari setiap penjuru.


Allah ! betapa hebatnya penangan sahabat-sahabat baginda zaman dulu, jika nak ambil iktibar dari kisah ini, berjuanglah habis-habisan demi agama ISLAM, kamu akan berasa kuat jika kamu sangat-sangat cintakan agama Allah ini, dan bila kita yakin Allah ada dan bersama kita, maka kita akan berasa satu kuasa yang luar biasa yang Allah anugerah kepada kita untuk berjuang ! ! ! ALLAHUAKHBAR ! !

sesungguhnya, perjuangan ini belum selesai ...

wallahu'alam .. pen off








Segmen template paling cantik , kemas dan ringan 2013

 jomm..... selawat dulu.... allahumma solli'ala muhammad !



tekan banner ni dan baca syarat-syarat

done !
jom meriahkan :) ada rezeki Alhamdulillah !

Saturday, April 20, 2013

Mini GA 2




tekan banner ni dan baca syarat-syarat :)

#meriahkan, lebarkan sayap ber-blogging.. #

hidup tak selalu senang ~



ciptaan Allah tiada tandingan, walau kita yang baja tanaman bunga tersebut namun Allah yang tetap meng-indahkannya ... SubhanAllah ! ! ! ... pink ~ flower ~

Assalamualaikum... Alhamdulillah , bersyukur nikmat yang ada, yang sakit makan ubat , nak cegah tapi kalau dah sakit ambil ubat la untuk sihat kembali ! ! Allah, cepat masa berlalu dulu PMR, lepas itu SPM dan seterusnya kehidupan selepas SPM dan sekarang zaman masuk ke alam universiti , pergghhhh... mukadimah pun cam apa aje kan ? sekejap je masa berlalu. dunia akhir zaman... Allah, bersediakah aku? cukup ke amal bekalsn amalan ni? terpesong , terkoyak tertampal. dan semua terrr...... T_T..... Allah ! ! ! 

 


sijil SPM atau keputusannya tak layak dinilai untuk merentas titian sirat nanti ! Allah !

ISU SEMASA : sekarang hangat dan terus bikin kerusi pun hangat ! apa tu... debaran makin terasa. mungkin . PRU 13 # INIKALILAH ~
 
 bukan nak promote ke apa, diri memang tak capai umur nak mengundi tapi, diri ini tetap ada hak untuk memilih apa yang sedia ada, tak kisah la apa-apa persatuan atau parti janji, diri ini sokong yang bawa ISLAM tinggi ! hah ! dah dapat apa yang ana sokong ? kalau dah dapat catch up tu ... mantoopplah ! stopppp.. isu semasa :) moga islam naik ! ayuhlah kita umat islam berdoa untuk yang terbaik ! aamiin ya rabb !


mana isu yang berkait dengan tajuk di atas ? gulllpppp... #tak masuk lagi ke ? hehe, pardon me! maaf , isu hangat sekarang jadi semua benda hangat ... nasi yang dimasak pun konfirm hangat juga ! >_< jom masuk !

hidup ini tak selalu senang, iye la kan, nak duduk, kena bersih tempat nak duduk tu kan , nak belajar kena pastikan tempat belajar selamat  hatta nak tidur pun kena pastikan selamat, ini kan semua hal yang berkait dengan kita, dalam erti kata lain 24 jam kita, opssss... nak solat kena pastikan bersih dari hadas kecil dan hadas besar... nak jumpa pencipta kita , ALLAH :) jadi hidup kita tak selalu senang tapi kita jangan susahkan , semua hidup kita jika ikut panduan dan garisan Al-Quran dan As-Sunnah, in shaa Allah ! selamat ! biasalah ujian akan datang. sentiasa. 


 wallahu'alam.

 

 





 


Thursday, April 18, 2013

Alhamdulillah ! ! ! after this... peace =)

 

sumber tumblr



sumber tumblr

wallahu'alam.
p/s : Allah will show us... put your trust to Allah ... in shaa Allah ! ! !

Saturday, April 13, 2013

Alhamdulillah ! dapat tawaran ! tapi...

 

* sumber sini *



Bismillahirahmanirahim... sepatutnya laman blog jadi tempat kita sebar ilmu dan apa-apa yang manfaat, sini penaip nak kongsi satu perkara, ok.. be cool.. jangan pengsan tau... baca molek-molek, kalau yang baca la, tak nak baca tak apa, mungkin masa mencemburui yang tak nak baca tu, fuhhh.. husnuszon tu penting ! eratkan ukhwah :) haishhh.. tak masuk cerita ikut tajuk lagi ni, baru mukadimah , maaf.



*sumber tumblr *

Rupa-rupanya, ada rezeki dapat " offer letter ", terkejut jugak sebab pagi tadi buka, tapi " in progress " aduhh.... takpe sabar, lambat lagi la, selepas isyak, siap solat apa semua tu, dengan lafaz bismillahirahmanirahim.. taip no ic dan..... tahniah ! anda berjaya ! ! ! shocked dan terharu dannnnnn..... saya sujud syukur, ada juga perkara yang menggembirakan ibu dan abah saya...

Alhamdulillah ! bersyukur sebab ada juga universiti menerima penaip.... Allah, ku tenung surat tawaran tersebut, ohhhh setelah tahu dapat, ibu suruh print sebab tak nampak tulisan dalam laptop ni.. apa lagi, terus pergi mengerjakan surat tu dan print....taaaddddaaaaaa.....

Alhamdulillah ! syukur, moga berita ini dapat menyejukkan hati ibu yang risaukan anak dia ini,risau takut tak dapat sambung belajar :)  hurmm... tapi..... * kenapa mesti ada tapi ? why my heart ? why ? sungguh ini ujian dari Allah * diri ini berasa tak tenang dengan offer ini, kenapa? jujur masih mengharap keputusan KPM iaitu yang semua lepasan SPM 201 isi tu... borang UPU :) bukan tak bersyukur tapi ada suatu benda yang buat debar dan resah, sedangkan ini berita gembira, adakah petanda  ? ? ? ? pembaca yang membaca post  ini, mohon, doakan nur afiqah umairah  iaitu pemilik blog ini di-campakkan ke universiti yang menenangkan hati dan di-tendang *hiperbola la pula* ke tempat itu dengan rahmat Allah... aamiin ya rabbal'alamin.



* sumber tumblr *

pesan ibu kepada diri ini, *tak masuk lagi uni, tak daftar lagi, sayangnya ibu kita kepada kita :)*

" Kat sana tu, jaga diri la, kita dulu sekolah agama , sana bukan macam sekolah dulu, pergaulan mungkin bebas, tak macam sekolah agama . "


*Dalam hati je (-_-")*


Allah ! tunjuk aku jalan yang benar, tiba-tiba resah. memikirkan diri ini mungkin terkejut nanti, atau macam mana ? ? ? Allah, tenangkan hati ini.

pesanan dari senior-senior usrah :


" dimana pun kita dicampak , kebergantungan kepada Allah tu kena tinggi, jangan suasana yang ubah kita biar kita ubah suasana "
aduhh ! ! biar kita ubah suasana? mendalam ayat ini. Allah ! Allah !
sebenarnya, tertanya, boleh ke diri ini kuat tanpa usrah.. diberi tarbiyah, usrah ini umpama sumber kekuatan antara kita dengan manusia sekeliling, bersahabat kerana Allah, berdiskusi berkaitan islam, bercanda kerana Allah, sayang kerana Allah, tengok muka sahabat yang  seusrah umpama memberi aura ! ! ! tapi hakikat, boleh ke tanpa usrah ? ? ? ada tak usrah kat unikl ? Allahurobbi, engkau lebih tahu , hamba yakin engkau tetapkan yang terbaik ! !

pen off. wallahu'alam.

p/s : sesiapa dapat tawaran temuduga mara, boleh la blog ini membantu > tekan <
p/ss : doa kalian merupakan tembakan yang hanya Allah tahu  :) terima kasih, aligator, syukran lillahita'ala !

Segmen Blogwalking 24 Jam by Emas Putih

  
 
* tekan banner terus ke blog emas putih :) *

meriahkan

resepi : baked sandwich



Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillah, dapat juga nak post pasal resepi yang terpampang di atas :) . harap maklum. jadi, jumpa resepi ini, tengok gambar senang je, ade semua bahan-bahan dan apa lagi, baca molek-molek bahan-bahan, cara-cara dan angkat kaki pergi dapur cari bahan :) fuhhhhh..... bersilat dan macam-macam nak ke jadi sebab first time cuba , apa lagi, malas nak taip yang bukan-bukan jom baca hikayat resepi ini dari A sampai Z ye ! ! ! 

seperti sedia maklum , ana ada post pasal "review blog masakan" jadi boleh la nak tahu, tekan >sini< Alhamdulillah ! resepi memang mudah dan sedap .


Sumber Resepi oleh laman Naz
Dibuat oleh : umair
*cara-cara dan bahan-bahan copy dari blog kak Naz*
BAHAN KULIT/ CASING :
  • Roti gardenia secukupnya

BAHAN-BAHAN INTI :
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1/2 camca serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram (yang ni skip sebab bahan tak ada, cuma guna sos cili saja :) )
  • 1 sudu besar sos tomato (umair x  tambah sos ni sebab tak ada)
  • 200 gm - 300 gm isi ayam - dipotong halus (umair guna 3 batang sosej yang dihiris-hiris)
  • 5 biji cendawan butang dlm tin - dipotong halus (yang ini tak letak sebab tak ada bahan ini)
  • 1 biji telur (yang ni pon umair skip, hehe sebab terlupa)
  • Garam secukup rasa
  • Keju secukupnya - boleh guna keju parut atau slice cheese
Kaedah penyediaan inti :
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan lada hitam.
  2. Masukkan ayam dan cendawan. Tumis hingga masak. Sekiranya perlu, masukkan sedikit air supaya ayam betul-betul masak.
  3. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kering.

    tambahan : umair gune suhu 170 dalam masa 10 min untuk baked roti .

antara gambar yang sempat di-snap-kan oleh hasil kerja umair  :)




roti kena lenyek dengan penggolek tu , kalau tak ada penggolek tu, guna botol pun boleh !yang pasti permukaan licin la, baru lancar ~



setelah dilenyek , umai potong bentuk empat segi, maksudnya, sekeping roti tu potong kepada separuh dan dari separuh potong lagi, agak-agak sama saiz sebab acuan tu kecil macam gambar kat atas ni :) # sekeping roti potong 4 bahagian :) # bersedia untuk dimasukkan ke dalam oven , bagi kulit roti tu keras sikit :)
gune suhu 170 dalam masa 10 minit.
 
 
setelah roti tu garing, kita masukkan pula bahan-bahan yang ditumis tadi ^_~ camni la rupanya,macam bunga mekar je...

 Alhamdulillah ! ini hasilnya :)

selepas siap baked dalam oven, baunya sama macam bau pizza, adik panggil roti pizza mini !  mungkin sebab tabur cheese atau memang bau sosej tu camtu, hehe... yang pasti sedap dan mudah ! terima kasih kepada kak Naz yg sebarkan idea yang mudah ini . guna roti, dan jadi ! ! !
p/s : tunggu apa lagi, yang singgah baca boleh cuba ! ! senang ! 


Friday, April 12, 2013

review blog masakan :).. mantop ! two thumbsup ! ! !




Bismillahirahmanirahim.... wahhh... jommm.. jemput singgah ! memang menarik... uhhh... sekarang ana nak review blog masakan.. aduhhh.. sedap ke? mesti la sedap jika kita buat ikut resepi mereka kan kan kan... masakan di-review, resepi senang saje, alhamdulillah, hari ini ana buat makanan tu dan jadi wooo.... adooiiii benda ada kat rumah jadi senang la nak buat kalau tak ada agak susah la kan ? ?
ok.. sekarang kite terjah blog rajin ini ye ! ! ! jommm... dijemput singgah :)

oh ye ! rasa-rasanya blog Naz ini memang hot ! sentiasa diterjah gitu.... manfaatkan dunia blog, ini pun dikira ilmu juga kan ^_^ ilmu masakan :)

* terjah ? tekan gambar. terus ke blog tuan yang rajin masak ini :) *


* terjah ? tekan gambar. terus ke blog ibu yang rajin ini :) *


ok. itu saja tentang review blog masakan nantikan post resepi yang dicuba hari ini, ana jamin, kalian yang lama tak masak akan rasa nak buat sebab, senang sangat-sangat.


wallahu'alam.

Wednesday, April 10, 2013

.:: silap kita, akuilah ::.

 
sumber tumblr

Bismillahirahmanirahim... sekarang nak cerita pasal pengalaman kita, kita? opss... kita tu maknanya lebih dari seorang kan? atau erti kata lain saya dan awak.. atau awak dan saya... cheeewahh... kemain kite berdua  je ke ? ohh tidak, penulis yakin ramai mengalaminya.. berikut adalah pengalaman diri ini, maaf bukan di sini nak membuka aib diri sendiri tapi sama - sama kita muhasabah dan sama - sama kita membetulkannya... ayuh ! ! baca :)

dulu kita mungkin camni :
situasi terlanggar :) 
adoi... apsal ko tolak aku ahh? takde mata ke? ke mata letak kat lutut ? lain kali jalan tu tengok la wehh...
ohh.. maaf.. maaf ... tak sengaja... saya nak cepat pastu terlanggar awak.. maafkan saya

situasi marah  :
urggghhh ! !  mana pergi fail aku ni? ? ? tadi rasa letak kat sini, tetibe hilang pulak ? ni mesti ada orang ambil nih... haishhh.. tak boleh jadi.... urggghhh... 

Alhamdulillah, banyak lagi nak digambarkan peristiwa sekian.. sekian tapi ini lah yang boleh penulis gambarkan... hurmm... kalau hayati situasi di atas, mungkin kita pernah alami.. adoii.. penulis pun pernah juga, biasalah, tidak ada Allah beri ujian melainkan kesanggupan kita... am i right ? ? ? *opssss.... hang speakingg pulak (-_-") *

apa kata kita renung ayat ini dulu dan baru kita buat konklusi : 
وَمَن يَكْسِبْ إِثْماً فَإِنَّمَا يَكْسِبُهُ عَلَى نَفْسِهِ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً

maksudnya :

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
ayat 111 surah An-Nisa'
kalau kita sedar akan ayat ini mesti kita terkejut.... fahamkah kita maksud ayat yang penulis "merahkan" itu ? aduhhh.... Allah.... astaghfirullah.... istighfarlah kita... 
dari apa yang penulis faham kat sini, pasal situasi terlanggar tadi tu, mungkin silap kita juga, mana tahu kita pun tak sedar dan tak nampak orang yang langgar kita tu tengah "rushinggg" jadi dia yang "rushingg" pun terlanggar kita, dan seeloknya kita janganlah menghambur kata-kata yang kurang enak itu, eloknya kita minta maaf juga... silap kita... akuilah * dushhh ! kena tembakan post :) *
situasi yang kedua pula marah sebab fail tak jumpa apabila dicari, ohh.. masa ni la syaitan mencucuk jarum ke telinga agar api dalam diri kita yang sedang membara makin kuat meletus... sepatut kita yang kena cekap bab-bab mengurus diri jangan kita bersangka buruk kepada orang lain, kalau tak jumpa sekali pun , Allah kan ada, Allah Maha Mengetahui kan ? ?  ? mungkin salah kita letak kat tempat lain tapi cari kat lain pastu tak ingat :) ya Allah ! ! !  silap kita... akuilah * dushhh ! kena tembakan post :) sekali lagi !

tapi jangan bimbang ! Allah Maha Pengasih kepada hambanya :)  sebab sebelum ayat 111 surah An-Nisa' iaitu ayat 110 , Allah dah peringatkan hambanya yang Allah Maha Pengampun..... baiknya Allah kepada kita, HAMBA ^_^

وَمَن يَعْمَلْ سُوءاً أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللّهَ يَجِدِ اللّهَ غَفُوراً رَّحِيماً


maksudnya :

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
surah An-Nisa' ayat 110


Konklusi :

bahawa semua ini salah dari kita sendiri, dan banyak-banyak kita istighfar dan berdoa agar Allah ampunkan dosa kita dan agar diri kita tidak mengulanginya...

akhir kalam, silap kita... akuilah :)


sumber wordpress

wallahu'alam
p/s : jika salah anda wajib menegur, menegur biar sopan lah, kita kan umat islam :)
p/ss : sapa nak tambah pon... komen ye ! kalau nak share pun boleh ! ! ! ilmu kan Allah punya :)





Tuesday, April 9, 2013

manfaat bersama :) eratkan tali ini...

 




that's all..

assalamualaikum !

wallahu'alam :)



.: Lauching Giveaway by Ruang Muslimah :. :)

Assalamualaikum !


jom semarak dan sebar tentang ruang muslimah :)



tekan banner utk maklumat dan syarat :)
deadline ? : 5 Mei 2013

kata - kata manis ?
Alhamdulillah ! ehh macam pemilik blog " drops alive " yang buat segmen ni :) semoga maju untuk perniagaan atas talian atau online :) wahhh.... nampak je giveaway untuk muslimah, tertarik sebab tertanya apa sebenarnya segmen ni... ye laa sekarang kan banyak segmen dan macam-macam yang menarik, dan tak salah kita menyemarakkan untuk segmen muslimah, sekarang zaman maju tapi menutup aurat tetap wajib ! dan menjadi tanggungjawab saya sebagai muslimah tetap akan sokong segmen macam ni dengan cara meriahkan segmen , mudah - mudahan , mungkin membantu muslimah-muslimah di dunia maya untuk membuat kiriman, tak mustahil . sekarang ni pun tak banyak kedai yang menjual barang muslimah sebab.... tettttt..... sedih la juga bila ditanya kepada penjual..
akak ! tudung labuh ade  jual tak ? yang camni *tunjuk yang diri ini pakai* 
oh... maaf dik, tak ada lah sebab sekarang trend tudung camni je * yang labuh tu tak ada yang nak beli....  *tudung yang terus serkup tuu.... ala tudung yang express tuu... * 
@_@ "   terkesima.... sebab trend. mungkin. aduhh... memang susah nak jumpa . 
 jadi , buat blog "Ruang Muslimah" , yakinlah usaha anda ini Allah permudah. Dengan izin Allah... sekarang zaman kembali asing *. In shaa allah, Allah permudahkan usaha kalian :)
* asing disini bermaksud sekarang muslimah yang pakai tudung labuh di anggap pelik sedangkan yang free hair dianggap kebiasaan, jadi tugas kita adalah menyenangkan muslimah yang berkeinginan ke arah itu . moga Allah permudah urusan perniagaan ini :) 
buat kaum hawa, hati mu lembut dan mudah terikut, jika dalam hati kalian ter-jentik, ter-sentap atau ter-tampar dan terasa untuk melabuhkan tudung dan janganlah ragu-ragu untuk berubah kerana berasa "jelik" dengan fesyen sebegitu kerana dirimu begitu berharga di sisi Allah.... renungkanlah :) selamat beramal !
 wallahu'alam :)














.: MeGa TopUp GiveAway :.

Assalamualaikum ! wahh... kemaiin laju je kalau segmen :)
meriahkan dan masuk !
 
tekan banner utk maklumat dan syarat :)
deadline :  13 April 2013 
mencari 70 pemenang !

Monday, April 8, 2013

doa untuk bercinta !


Assalamualaikum !

Bismillahirahmanirahim...  Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

mafhumnya :

Dan katakanlah (Muhammad) , ya Tuhanku masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolong-(Ku)*
*huraian dari tafsiran ini :  Memohon kepada Allah agar kita memasuki suatu ibadah dan selesai daripadanya dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan serta bersih dari ria dan dari sesuatu yang merosakkan pahala. Ayat ini juga mengisyaratkan kepada Nabi agar berhijrah dari Mekkah ke Madinah. Dan ada juga yang menafsirkan memohon kepada Allah agar memasuki kubur dengan baik dan keluar hari berbangkit dengan baik pula

surah Al-Isra, ayat 80 

aduhh.... aisehhmenn.... ini ke dikatakan doa untuk bercinta ? yup ! kenapa ? terkejut? maaflah inilah doanya ... doa ini sahabat ana iaitu najwani yang post , sahabat kata doa ni baca masa sujud terakhir dalam solat sunat tahajjud ! *bacalah untuk mendapat petunjuk *

inilah ayat cinta dari Allah untuk kita dan lebih tepat untuk tajuk post ini iaitu doa untuk bercinta juga :) kenapa? bercinta dengan Allah kan bagus... elak dari fitnah lagi :)

berdasarkan gambar bagi post kali ini :
The du'a make at tahajjud is like an arrow which does not miss its target 
by Imam As-Shafi'i 

wallahu'alam.
p/s : moga manfaat untuk semua :)
p/ss : readers yang ada nak tambah, komen post ini ye ! :)

 
 
.

 
 

Sunday, April 7, 2013

ada baiknya kita membawa diri sendiri :)

* sumber tumblr *



 
 
sumber tumblr
aku nak menyendiri la sekejap, 
menyendiri ? maksudnya ?
aku nak bawa diri aku, bukan menjauh tapi mendekatkan.
moga hajat kamu Allah makhbul !
 *dialog :
hati
jiwa

Allah ! andai ini jalannya, diri ini akur. sudah tertampar terjatuh, terkejut dan ter-SEDAR !
mungkin perlu kuatkan azam dan niat yang betul keranaMU,
ada baiknya kita membawa diri :)
menyepikan diri bukan bermakna putus harap tapi mungkin mencari kekuatan


moga Allah makhbul usaha ini !

sumber tumblr

wallahu'alam.

Saturday, April 6, 2013

kita bukan sendirian tapi. ^_^

* sumber tumblr *

  
 
Alhamdulillah... why that title ? ? ? something happened ? ? eheh ! ada cerita disebalik cerita... akan dicerita untuk manfaat semua.. mungkin membantu tapi buat masa ini, tuan blog post je dulu kata-kata semangat ... ok ? boleh la... skop dakwah itu luas , negara kita malaysia bahkan kita umat islam... islam mengajar kita menghormati agama lain... jika tidak, manakan jadi perjanjian aqabah pertama dan aqabah ke dua...dan juga perjanjian hudaibiyah ? Allah..Allah !


* sumber tumblr *

Sesungguhnya , kekasih Allah sendiri yang mendamaikan konflik dua kaum pada zaman nabi dahulu... Allahurobbi ! sama-sama menghormati dan contohi OUR PROPHET, NABI MUHAMMAD SALLALLAHU'ALAIHI WASSALAM !  !  ! 

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus... surah Al-Fatihah ayat 6" 


* sumber tumblr * 

wallahu'alam

p/s : 
terima kasih buat novelis yang follow... siap masuk bloglist lagi... terkejut dan terus buka tab kat blog izzah yg " Hasil Beranganu :D " sebab rasa macam tak percaya :) hehe
Allah ! diri ini sama umur rupanya dengan izzah haneefa... selamat maju jaya !
ayuh berganding bahu ! salam ukhwah lillahita'ala.. biiznillah !!!



Friday, April 5, 2013

"Birthday Giveaway Nur Alja"

 

Photobucket

Assalamualaikum.... Bismillahirahmanirahim...

macam menarik ! jom  meriah...

sempat lagi ni rasanya...

tekan banner ! kasi gempak !

* jom baca ini ! ! - - -  > tekan  *








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...