status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Saturday, April 13, 2013

resepi : baked sandwich



Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillah, dapat juga nak post pasal resepi yang terpampang di atas :) . harap maklum. jadi, jumpa resepi ini, tengok gambar senang je, ade semua bahan-bahan dan apa lagi, baca molek-molek bahan-bahan, cara-cara dan angkat kaki pergi dapur cari bahan :) fuhhhhh..... bersilat dan macam-macam nak ke jadi sebab first time cuba , apa lagi, malas nak taip yang bukan-bukan jom baca hikayat resepi ini dari A sampai Z ye ! ! ! 

seperti sedia maklum , ana ada post pasal "review blog masakan" jadi boleh la nak tahu, tekan >sini< Alhamdulillah ! resepi memang mudah dan sedap .


Sumber Resepi oleh laman Naz
Dibuat oleh : umair
*cara-cara dan bahan-bahan copy dari blog kak Naz*
BAHAN KULIT/ CASING :
  • Roti gardenia secukupnya

BAHAN-BAHAN INTI :
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1/2 camca serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram (yang ni skip sebab bahan tak ada, cuma guna sos cili saja :) )
  • 1 sudu besar sos tomato (umair x  tambah sos ni sebab tak ada)
  • 200 gm - 300 gm isi ayam - dipotong halus (umair guna 3 batang sosej yang dihiris-hiris)
  • 5 biji cendawan butang dlm tin - dipotong halus (yang ini tak letak sebab tak ada bahan ini)
  • 1 biji telur (yang ni pon umair skip, hehe sebab terlupa)
  • Garam secukup rasa
  • Keju secukupnya - boleh guna keju parut atau slice cheese
Kaedah penyediaan inti :
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan lada hitam.
  2. Masukkan ayam dan cendawan. Tumis hingga masak. Sekiranya perlu, masukkan sedikit air supaya ayam betul-betul masak.
  3. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kering.

    tambahan : umair gune suhu 170 dalam masa 10 min untuk baked roti .

antara gambar yang sempat di-snap-kan oleh hasil kerja umair  :)




roti kena lenyek dengan penggolek tu , kalau tak ada penggolek tu, guna botol pun boleh !yang pasti permukaan licin la, baru lancar ~



setelah dilenyek , umai potong bentuk empat segi, maksudnya, sekeping roti tu potong kepada separuh dan dari separuh potong lagi, agak-agak sama saiz sebab acuan tu kecil macam gambar kat atas ni :) # sekeping roti potong 4 bahagian :) # bersedia untuk dimasukkan ke dalam oven , bagi kulit roti tu keras sikit :)
gune suhu 170 dalam masa 10 minit.
 
 
setelah roti tu garing, kita masukkan pula bahan-bahan yang ditumis tadi ^_~ camni la rupanya,macam bunga mekar je...

 Alhamdulillah ! ini hasilnya :)

selepas siap baked dalam oven, baunya sama macam bau pizza, adik panggil roti pizza mini !  mungkin sebab tabur cheese atau memang bau sosej tu camtu, hehe... yang pasti sedap dan mudah ! terima kasih kepada kak Naz yg sebarkan idea yang mudah ini . guna roti, dan jadi ! ! !
p/s : tunggu apa lagi, yang singgah baca boleh cuba ! ! senang ! 


2 comments:

Anak Mak Ayah said...

wawawa.. rajin laa mera. tema bhn2 nk buat mcm2 bnde ad lake kt rmh, tp mls nk bt..hehe.

uMair said...

Alhamdulillah.. lama tak bersilat kat dapur :)

hehehe... tema rajin la..

hehehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...