status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Sunday, April 21, 2013

kenapa nama pro pic blog UMAIR ?


 

Alhamdulillah, bersyukurlah kita atas nikmat yang ALLAH beri, jangan kufur nikmat pula, nauzubillah.. bersyukurlah, nak bersyukur kita tengok orang yang bawah kita dan nak tingkatkan amal tengok orang atas kita ... wallahu'alam... sekarang isu hangat , semuanya hangat sehingga pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di luar negara, maksudnya, luar negara malaysia iaitu senior-senior ana pun mengikut perkembangan tanah air tercinta.... SubhanALLAH.... mereka  pun sokong dan memberi ke-hangatan tersebut. Alhamdulillah, moga ISLAM tertegak...


Entah kenapa diri ini berasa bergetar bila melihat gambar-gambar kebangkitan ISLAM tersebut iaitu hari ini, ALLAH, diri ini masih bawah umur untuk mengundi tapi itu tidak menghalang untuk diri ini menilai yang mana buruk yang mana baik, jadi warga yang di-LULUS-kan mengundi, mengundilah dengan berharap undian kita itu ibadah , undi kita untuk ISLAM. moga Allah redha ... aamiin ya rabbal'alamin... # ini mukadimah je baru, apa yang nak dikupas dengan tajuk post tak masuk lagi, maafkan ana , pardon me @_@
kenapa ? ohhh setakat ni tak ada yang bertanya tapi post ini anggaplah kita nak mengenal nama disebalik nama itu " UMAIR " Alhamdulillah, nama ana memang ada nama tu, jujur nama ana UMAIRah... hehe... tapi ana nak bagitahu kat wall post ini, ana sangat mengkagumi kisah disebalik sahabat nabi MUHAMMAD SOLLALLAHU'ALAIHIWASSALAM, iaitu : MUS'AB BIN UMAIR :) 

ana mula-mula ingat pasal kisah sahabat baginda ini dengan kisah seorang sahabat yang ditugaskan untuk memegang panji ISLAM  ! ! kerana panji ISLAM ini melambangkan darjat, kemuliaan agama ALLAH ini...


" Sebelah tangan memegang bendera, sementara sebelah lagi menghunuskan pedang menangkis serangan musuh, sambil melaungkan: "Muhammad itu adalah Rasul, dan sebelumnya telah diutuskan rasul-rasul lain"
Menyedari kehadiran Mus'ab, sebahagian tentera-tentera musyrikin yang asalnya menghala serangan ke arah Rasulullah beralih arah dengan meluru ke arahnya. Antaranya, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah yang menyerbu ke arah Mus'ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam.
Mus'ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus'ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan lehernya dan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. 

Maka gugurlah Mus'ab sebagai syuhada' Uhud. "

nak tahu maklumat lebih mendalam banyak link tentang mus'ab bin umair ni antaranya :             laman ini  bacalah, berbaloi jika kita tahu tentang kisah para sahabat ini, membakar semangat kita untuk berjuang menegakkan agama Allah dari setiap penjuru.


Allah ! betapa hebatnya penangan sahabat-sahabat baginda zaman dulu, jika nak ambil iktibar dari kisah ini, berjuanglah habis-habisan demi agama ISLAM, kamu akan berasa kuat jika kamu sangat-sangat cintakan agama Allah ini, dan bila kita yakin Allah ada dan bersama kita, maka kita akan berasa satu kuasa yang luar biasa yang Allah anugerah kepada kita untuk berjuang ! ! ! ALLAHUAKHBAR ! !

sesungguhnya, perjuangan ini belum selesai ...

wallahu'alam .. pen off








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...