status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Friday, June 10, 2011

BerZikirlah akhowat wa IKhwan

salam 'alaik....
semoga allah merahmati semua umat islam didunia ini.....
sesungguhnya allah maha pelindung lagi maha pengasih...

malam ni ,umai nak kongsi ilmu sikit dri seorang tinta yang hebat...
insyaallah kita dapat manfaatnya... BIIZNILLAH..

"Perbanyakkanlah solat taubat berbanding solat hajat, lebihkan solat taubat berbanding solat hajat."

Manusia yang hebat adalah manusia yang sentiasa merasai kehadiran Allah dalam setiap apa yang dilakukannya. Di dalam al-Quran, Allah ada menyatakan "dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang"... apa yang orang selalu faham ialah berzikir maka akan tenang namun berapa ramai orang yang melazimi zikir sehingga tangan tidak melepaskan tasbih tetapi hatinya tetap juga tidak merasai nikmat ketenangan?

Berapa ramai manusia yang berzikir di kala hati dilanda kegelisahan namun hatinya tetap juga berombak kencang? Ketenangan itu dari Allah, kalau mahukan ketenangan maka pohonlah dari Allah. Benar, zikrullah adalah salah satu cara mendidik nafsu supaya tidak buas dan akhirnya menjadikan ketenangan buat hati... namun ramai orang yang berzikir tetapi tidak juga ketemu dengan ketenangan yang dicari... :)

Ini adalah kerana, orang memahami konsep "mengingati" Allah hanyalah dengan zikrullah sedangkan apa yang dimaksudkan dengan "mengingati Allah jiwa akan tenang" <-- sila perhatikan, Allah MENJANJIKAN ketenangan bagi mereka yang mengingati Allah namun ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. jadi, adakah Allah tidak menepati janji? Bukan... bukan Allah tidak menunaikan janji kepada hamba sebaliknya kita yang tidak memahami konsep tersebut :)

Maksud mengingati Allah ialah dalam setiap perbuatan kita, kita akan sentiasa merasai kehadiran Allah. Apabila kita tidak mampu untuk merasai kehadiran Allah, kita tetap yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita bahkan ciri-ciri orang yang bertaqwa adalah mereka yang beriman kepada hari AKHIRAT. Kenapa? Kita yakin setiap perbuatan baik/buruk ada implikasinya kepada kehidupan kita di akhirat maka sebaik mungkin kita menjaga diri dari menjerumuskan diri melakukan perkara yang Allah cegah.

Bila nak berbohong, kita tahu azab menanti di akhirat sangat pedih maka kita akan sentiasa benar dalam bicara.

Bila nak marah, kita tahu bahawa syaitan mengapi-apikan kita supaya terus hilang kewarasan yang memungkinkan kita menggunakan lidah untuk menyakitkan hati saudara seislam kita, sedangkan hak seorang saudara islam ialah kita menjaga kebajikannya dan menjaganya dari kezaliman lidah, tangan kaki dan sebagainya. Orang yang meyakini adanya hari akhirat akan sangat menjaga lidahnya dari dikuasai amarah :)

Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam gerak geri dan perilaku akan sentiasa tenang kerana yakin dengan segala percaturan Allah.

*perkongsian ilmu dari si tinta yang hebat....*

4 comments:

muz said...

thx untuk peringatan ye... semoga allah memberkati hidup awak...

afiqah umairah said...

syukran akhi... menziarahi blog ini... harap kita semua dpt manfaatnya..... walaupun sedikit =)

Nazihah@Jiha said...

Dengan mengingati Allah,jiwa kita menjadi tenang :)

afiqah umairah said...

ukhti nazihah... yup ! saya setuju... syukran ukhti ziarah teratak saya yg x seberapa ini... yb msih bru dlm dunia bloger =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...