Assalam ! hai ! kemain rancak :) hurmmn... sem depan merupakan banyak berubah, tak banyak masa dengan wifi, banyak dengan buku rasanya, eheh ! melampau tu mairah.. kekeke, aku cuba sem depan limitkan apa yang banyak ambik masa aku nih, dan sem depan duduk rumah sewa, ibu dan abah dah risau, mana taknya, anaknya masuk ward sebab asthma, sapa nak nengok anak diorang nih, eheh.. insyaAllah abah ibu, kakyang jaga diri sepanjang sem hadapan, kalau sakit pon, kakyang usaha kuat ! ! well i am nur afiqah umairah right ? anak cikgu mat ! hahahha moga esok pagi permulaan baru. moga esok Allah permudah aku berada di sana. moga mereka yang aku sayang, Allah jaga. moga kamu yang diuji, tabahlah, kuatlah. moga kucing yang dirumah, behave sikit, jangan nak buang merata, sian abg emi nak bersih. moga makanan kat rumah tak banyak membazir, sebab tong makanan dah balik melaka :) ehehe...
status ?
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.[ Imam Hassan al Basri ]
Thursday, January 29, 2015
bermulanya sem baru
saya balik dulu
Assalam ! hai ! masanya dah tiba, saya balik melaka dulu. nekad, malam ni jam 2100 naik bas. sebab rasanya memang kena balik malam ni jugak. minta maaf, doakan aku sihat sepanjang sem baru nii, ohh ya Allah, beri aku kekuatan. bismillah.
aku tak tahu apa yang akan berlaku di hadapan,
tapi aku yakin, setiap apa yang berlaku,
aku kena tenang, sebab boleh jadi itu adalah silap aku yang dulu.
dan aku kena yakin yang Allah sayang aku,
susunan hidup tak pernah salah,
walau sedikit.
Monday, January 12, 2015
Last Paper ! !
hai ! Assalam soleh dan solehah sekalian.. * wink wink
seperti tajuk tertera, 12/JAN/2015 jam 9 pagi sampai 11 pagi.
last paper for this second semester, FLUID MECHANICS ( 3 CREDIT )
p/s : if you read my post, please pray for me, as i know that doa sahabat untuk sahabat, Allah dengar, malaikat mencatat dan moga kebaikan doa itu kembali kepadamu. You may pray towards Allah for make my mind, my heart, my soul patiently war with that paper and ease to remember what i studied as long in semester 2. mucho gracias ! jazakumullah khaira jaza'
[ credit : tumblr ]
my feeling right now ! ! isbir mairahhhhh...

[ credit : tumblr ]
about this bed, menarik kan ??? fuhhh... i adore this design !
ohhh maii, i lovess make it ! ohhh maiii... wait me my dear stove, ahah !
ohhh maii, ni kuala ibai, fuhhh.... wait mairah ! !
i am not sure where i captured this, either kuala dungun or paka...
i forgot, pardon me.
p/s : lot to-do this short mid sem summer sweet break at terengganu...
may Allah ease what we had planned !
tatata,,,, see u son, with Allah permission.
luv u lillahi ibu abah, along, angah, uda, teh, achik, ucu, and
my sohabah :)
Friday, January 2, 2015
UPDATE 2014
Hai !
Assalamualaikum.. haii awak semua.. *acah-acah ramai yang baca.. takpe la sebab aku tahu ada yang stalker aku dalam diam-diam.. haha.. kamu la yang baca sekarang.. opsss... kantoi eh? takpe antara kamu dan Allah sahaja, Harapnya banyak manfaat yang dapat. okay okay.. our main point today is about update. eheh.. speaking bhai.. *pengsan...
maka aku lipat dan gulung dan kumpul semua memori 2014.
sebab tarikh post ni dah tahun 2015.
semalam nak update tapi ambe ade kijo sikit.
kijonya.. satgi ambe update neh.. sila rujuk nombor update kat bawah..
dah macam kerja apa jeh.. kalian kena tahu dan ambil yang baik sahaja. jomm...
post pasal bulan JAN kat sini
- JAN 2014, alhamdulillah, mesti dan pasti semua ada matlamat untuk buat sem seterusnya dengan lebih baik. maka masa ni bermulanya cuti yang sangat panjang.. sangat sangat... tapi masa JAN 2014 ni tengah final exam kalau tak silap. maka tak ingat sangat cite yang tu.. jadi tak ada apa yang perlu diingat mungkin. ewaah. pada FEB 2014, ok masa bulan ni bermula cuti lama iaitu cuti dari belajar hampir 8 bulan jika tak silap. lama kan... cuti rehat bersama keluarga. tenangkan fikiran, hati, jiwa dan semualah... lalalala..... nak cerita kah ? hurm... point dia 17/2/2014 ankle patah. dan kaki simen dan balik terengganu dan berehat sepenuhnya... nak tahu lagi..kaki part yang patah tu, boleh rujuk gambar bawah tau.. haa.. part tu la.. nama dia lateral malleolus. mungkin perlu sertakan link post yang lepas.. jimat sikit masa...heee *jimat masa untuk diri ini menaip. gituh. maka terus masuk september punya cerita laa.. advance sikit. eceh.
SEPT 2014
Maka selepas berehat yang agak lama, maka umairah diberi kekuatan untuk sambung belajar semula. dan masa awal sem september, dia sangat fobia dengan tangga, fobia sangat sampaikan dia akan naik dan turun dengan langkah yang sangat perlahan, maksudnya jika sebelum ni dia punya kaki melangkah dalam kuasa voltan sepuluh, maka kali ini voltan dia tiga atau lima. gituhh... nampak tak tahap fobia.
pastu dia mula la drama tak yakin sem ni boleh bawak ke tidak sebabnya semua rakan satu batch dah takde dah, tinggal dia dan lagi dua orang yang sama rezeki dengan umairah juga. iaitu cuti sakit yang lama. nama kawan yang lagi dua tu, nik siti hajar nabihah binti zainuddin dan muhammad farid fitri binti kamaronzaman. nampak tak kami rapat? sebab kami bertiga je sama subjek untuk semua sem. insyaAllah. panjang umur, sampai grad kat PICC nanti. amin.
- pastu, umairah pun tinggal di hostel dengan adik junior sebab semua rakan rapat dia duduk luar, yang part ni umairah sumpah sedih dalam minggu pertama dan kedua, minggu ketiga dah baik dah, dah sado hati dan jiwanya.. eheh. tak leh blah ayat... ampunkan patik.
- sem ni diberi amanat yang tinggi sebagai pengerusi HELWA ICC, dan agak berat jawatan ni sebab pertama kali dan serius tiada pengalaman camna nak handle. tapi takpe, umairah ade lagi empat orang kuat ICC iaitu sahabat umairah sendiri yang mengemudi kapal ICC. ayat... mesti nak gambar kan.. kejap lagi umairah sertakan.
- pastu, banyak sangat belajar bila dah satu sem ni dikatakan seorang diri. okay sangat banyak. Alhamdulillah, umairah kuat dan sekarang dia sedang menghadapi final. doakan dia dilapangkan hati untuk belajar dan peroleh masa yang berkah. sesungguhnya rasa sedih itu ada tapi benda tu kecik dan boleh ditepis letak kat tepi dulu. masa sekarang tumpu untuk buat terbaik. walau ku sendiri, tapi diri ini beruntung dikurniakan keluarga dan adik-beradik dan sahabat yang dekat mahupun yang jauh untuk terus sokong. move on mairah :) maka aku percaya diri ini duji dengan kemampuan. sungguh umairah kena bersyukur, dalam ramai manusia, dia yang terpilih untuk berasa Allah sayang dia. berasa menjadi insan dipilih. sayangkan Allah kepada dia. nanges.. Alhamdulillah.
- Maka penutup segala kisah tahun 2014, semalam umairah pergi menyambut ambang tahun baru di mahkota parade dan dataran pahlawan. kemain umairah... opsss.. kami pergi bawah GAMIS MELAKA, maka aku beruntung dikurniakan rezeki ini, mana tidaknya, ini program "STREET DAKWAH AMBANG TAHUN BARU". Alhamdulillah, banyak sangat belajar, antaranya,
- pertama, inilah ummat islam sekarang, sungguh bunyi yang bingit, pasangan yang umairah sendiri tidak tahu tahap husnuzon dia kemana, Allah, sedih. maka aku gigihkan juga dengan sahabat lain mengedar flyers. dan iye, edar risalah sahaja. Umairah berasa sangat berdebar, sejak bermula langkah dia melangkah naik kereta sampai lah ke helaian risalah terakhir.
- maka helaian terakhir itu dia dapat sesuatu. sungguh umat islam perlukan orang yang diberi rezeki untuk faham islam. umairah bukanlah hebat dalam memahami tapi dia insan yang Allah pilih untuk berada dalam zon memahami. Allah... sedih sungguh bila kita menghulurkan perkara baik tapi ditolak kertas risalah, malah penerima itu tak sambut pun risalah tu dengan jelingan mata tajam. Jauh sudut hati, aku berasa sangat semalam. Berasa sangat yang comfort zone sangat bahaya. Zon yang selesa buat kita tak alert pasal ummah islam sekarang. Allah. sedih aku semalam. meemikirkan apa yang dapat aku sumbang ? ummah islam saudaraku, maka mana usaha aku untuk pulihkan? sedih.. nanges.
- sila sediakan tisu .. lupa nak pesan awal-awal.eheh..
- Alhamdulillah, jumpa senior kaka dulu, kak amirah omar. ohh dia ingat namaku. dan abg helmi abdullah. hebat hebat mereka. aku salute ! nak tahu lanjut pasal program ni, maka sila LIKE page FACEBOOK GAMIS MELAKA. maka akan ada barangkali muka umairah. eheh.
last word,Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain.''Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT.
[al-Baqarah : 45]Selamat menghadapi 2015 dengan SABAR, REDHA, SYUKUR, KAYA danSelamat menyambut Maulidul Rasul. Allahumma solli a'la Muhammad..
BERJAYA .
credit this post from my akak naqibah :) found it while scroll my timeline.
Friday, December 12, 2014
hanya yang merasai dapat merasai apa yang dirasa
Tuesday, November 18, 2014
hujan tetap di Melaka, kerna...
ehh, Assalamualaikum,
kemain lama menyepi mairah... well i am engineer to be.. ecehh.. ye ke ? kemana masamu dihabiskan ? sia-sia atau manfaat? moga amalanku diterima, berharap ~ hurm.. nak cerita ni, rabu yang lalu, ada talk daripada mualaf iaitu Bro Lim, and he told us that he don't want to change his name as he want the others non-muslim knows that ISLAM is not religion that push to change real name after inverse to ISLAM. i am soo impress... said SubhanaAllah... betullah mualaf lebih memahami.. jatuh air mata.. Bro Lim knows more than i, Allahu.. hari tu dan malam tu, aku bungkam dan mengalir air mata... as i know i more touched when talked about islam. urghh.. again i am cried. so how about you? my dear friends? do you felt like me ? if yes, Alhamdulillah, masih punya iman untuk menyesal....
tahniah dan takziah mairah, diberi takhlifan, maka di akhirat kelak bakal ditanya, apa yang kamu lakukan dengan kuasa yang ada ? yess.. we must think more to futher or our hereafter soon. moga husnulkhotimah. next stories, Last friday, i had organized LADIES NIGHT UNIKL MICET with my team members of ISLAMIC CIVILIZATION CLUB or as known as ICC :) this event also collaborated with other active clubs such as KLKM, GPMS, QASIDAH, WATANIAH and UPMC. fuhh what i can said, i had learned more almost 3 months. what i can told here, as muslim, we must more patient with people that we cooperated. Alhamdulillah my event going well with our panel, DAI NOR ADIBAH ROZAIN. She did well that night ! I think my objective goal that night although there have some problems while handling that event.
if you want to know how i got sponsored and how i cooperated with kak adibah, you may send email to me, umairafiqah@gmail.com. with Allah permission, i will help as i can. :) if you want to know how i deal with yatt hamzah, diana amir and ustazah fatimah syarha. you may ask me. insyaAllah i will reply as i can. don't worry, i am happy to help those are needed.
summa Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk berceloteh dari bumi melaka, dah ada sahabat yang rindu maka aku penuhi hajatnya, aku pernah mendengar, jika kita penuhi hajat sahabat kita... *opss.. aku lupa apa sambungannya, jika sahabat al; faqir lillah tahu, maka aku mohon sambungkan ayat itu di ruangan komen nanti ye ! berharap**
so, hikmah tu rahsia Allah kan? suka aku nak berkongsi dengan sahabat semua, malam ladies night aku jemput Dai Adibah untuk sesi majlis ilmu. Tajuk malam tu adalah kesopanan. Aku sengaja bertanya, bagaimana cara jika kita terdetik nak terap sopan dalam diri ?
- "first, kita kena berdoa, doa itu yang menguatkan kita untuk berubah"
" orang sekeliling kita memainkan peranan, iaitu hak hablum minannas, kita kena fokus juga kepada hak orang lain, contohnya parking kereta, kita start parking senget atau erti kata lain kita parking ikut suka hati, and yes ! kita selesa sebab ada kereta kita dah parking, tapi orang lain ? how? kita penuhkan hak kita tapi dalam masa sama, kita tak bertanggungjawab untuk penuhkan hak orang lain, maka dimana nilai kesopanan dalam situasi ini ? "
" wanita ni punya daya tarikan yang sangat kuat dalam kaum lelaki, sebab tu kita kena terap sopan dalam diri, caranya jika situasi kita kena pakai pakaian yang menyakinkan untuk present sebab ada markah untuk carry mark, kan kita student kan...kak adibah pesan, berdoalah kepada Allah untuk elokkan pakaian kita "
"taqwa ni umpama berjalan di jalan yang ada duri, sentiasa ehh,, ehh,, *berhati-hati maksudnya. hebatkan metafora syair dulu..."
hujan tetap di melaka kerna kita dibawah langit yang sama dan menghirup udara yang dibekalkan oleh Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah. masa aku menaip ini, Melaka mendung dan sejuk. senyum. salam kasih jiwa hijau semangat merah.

Monday, October 27, 2014
muharram 1436H
andai ini permulaannya, maka kuatkan aku. andai demam kifarah dosa untuk permulaan ini, maka jadikanlah aku hamba yang bersyukur. beruntunglah kamu mairah, baru permulaan dah nak selsema, batuk, dan akhir akhir ni panas kat dahi.. ampunilah ku Allah, moga ruhul jadidah . senyum.

[credit : hamba Allah]

Thursday, October 23, 2014
cukup dia yang satu,
kerna kamu memang kena sangkar ,
maka bersabarlah, moga Allah bantu kita kuatkan hati untuk menyangkar :)
[credit : insan baik ]
Bismillah.
uhuk-uhuk...
batuk eden dengan laman blog nih, ohh lamanyaaa tak di-update !
Alhamdulillah, masih sihat walau batuk sikit dan selsema.
i am happy at micet. that's it !
dan jujur la, merasa kesedihan menghadapi sem nih tanpa sahabiah satu batch agak terasa,
cukup lah minggu pertama aku menangis, yes i am. i am human, natural human.
kadang bila sedih je terus nangis.
tak de nya nak sorok tapi kali ni agak kena berusaha kuat nak hadapi,
memacam berlaku.. perlu ke cerita disini?
tak pe laa simpan dan lepaskan pergi .
Allah kan ada.
akan ku simpan kenangan itu dalam jagaan Allah.
rasa nak kongsi satu benda la pulak,
camni, nak bagitahu kat sini,
tegas dan garang ada beza tau,
tegas dalam diri perempuan adalah senjata dia,
tegas tak bermaksud perempuan tu tak peramah,
come on lahh... u can judge me, but please " taaruf " lebih sikit :)
sampai sekarang..
i still remembered what you said towards me in library !
huh sentap kejap when si fulan tu bagitau aku ni garang, bekeng ~
wahai fulan, garang aku pun, aku buat kerja.
amanah itu aku galas selagi aku waras.
senyum :)
kadang ada hikmah tegas ini.
terima kasih si fulan kerna ingatkan aku untuk terus ber-muka garang.
at least kamu si fulan tak naik kepala, right ?

credit : [ insan baik]
before that, did you know that a girl must protect herself like a rose ? ahah !
sejak tu, i noticed something, that what si fulan said is true.
moga Allah jaga aku walau aku banyak dosa.
harapan itu aku harap menggunung.
yes.. mati dalam husnul khotimah.
tiada yang lain.
nak kubur wangi.
cukup dia yang satu, Allah
salam sayang,
jiwa hijau semangat merah
Tuesday, September 2, 2014
UNIKL MICET GEMPAK 001
Alhamdulillah. dah sehari berada kat micet nih, hurm.. everything going well as Allah planned it for me. there's no word i can describe. just Alhamdulillah. sujud syukur atas segala limpah permudah Allah ini. kadang tanpa sedar, Allah sayang setiap detik langkah kita. cuma.. yess manusia... okay bertenang.. Alhamdulillah, semua benda baru.. baik dari bilik, katil, almari, dan meja.. err.. benda lain? yes, blok asrama lain dah sekarang... soo, mairah please be more matured to handle your life, be carefull please dear. sabar, slow but smooth ~ ohhhyeeahh..
malam nih, malam perkenal fasi untuk MSR SEPTEMBER 2014, terasa macam as student baru... sebab lama dah tinggal micet, mcm nak dekat setahun.. kihkih.. but boleh la... dalam 7 bulan camtu kat umah... yess.. aku manusia, aku memang excited dengan benda yang memberi semangat ! such as lagu. yess.. lagu unikl kali ni dah improve ! makin rancak ! dan aku tetiba terasa macam.. mairah behave ! and yes love micet sooo much. pesan abah : hormat lecture, ikut cara dia mengajar sebab kita nak ilmu. ilmu tu nak berkat.
abah,walau abah garang, tapi jauh sudut hati, kakyang sayang abah. setiap kali teringat setiap malam ada picit kaki abah. setiap kali tu kakyang doa.. moga Allah beri kesihatan yang baik pada abah. moga Allah berkahi abah. itu lah doaku setiap kali picit tapak kaki. haishh... empangan mata berendam la pulak.. dah stop !
Tuesday, August 26, 2014
kadang...
Sunday, August 24, 2014
listed 24082014
![]() |
yes.post ni kena ringaks dan padat, Allah.. masa makin mampir untuk pulang ke micet. bukan tak suka cuma ... ahhhhh... tak suka perasaan ini. iaitu sedih. sedih nak tinggalkan rumah. pastu dengan perasaan bertarung nak masuk belajar balik. iye saya tahu kita nak pergi buat benda baik. kenapa nak takut... fuhh peluh dahi* tapi aku manusia biasa, kadang teguh, kadang lembik semacam... *emo ke mairah ? ehh takk ! jujur jauh dari sudut hati 360 darjah aku eager be at micet ! tapii... ada juga tapi nih... mairah ! please, masalah kamu jika besar sekalipun tapi kamu punya Allah yang Maha Besar kan ? lupakah ?
- kemaskini modul strawberry gundah ceria *penting tau !
- update email with those...
- urusan mara tu semua,
- kemaskini barang keperluan bukan kehendak *harapnya tak banyak !
- sediakan mental dan fizikal... ohh dan rohani mairah ! lagi penting !
- astaghfirullah... kerja tu tak siap lagi... dah baca cuma soalan tak jawab. sila jawab mairah !
- banyakkan berdoa supaya Allah permudah urusanmu, hadapi dengan tabah, senyum :)
- target habiskan sebelum 18 pergi. yes, i almost 19 soon. makin dekat dengan mati.
- ...................cukup lah..
okay, arasso ! till we meet again, insyaAllah, ada post untuk terakhir kali sebelum pulang ke micet ! doakan kami, kami minta maaf sepanjang kenal. dan kami mohon halal semua neh. kami maafkan semua yang kenal mahupun tak kenal. dan kami halal semua.
jiwa yang memberi lebih tenang, jadi memberilah ! - by ruhul_jadidah
![]() |
| ingat tu ! kami manusia biasa tau |
ilal liqa'
loves, afiqah umairah.
24/08/2014
JAM 1633
Monday, August 18, 2014
throwback part two :)

Assalamualaikum ! Alhamdulillah, kita bertemu lagi :) kali ni tetap untuk lontar balik, ini dikira yang ke dua la pulakss. ohye, sahabat semua, pernah ta picit kaki ayah awak semua ? hari tu, adalah ayah penaip minta tolong, tiba tiba, penaip pipi panas bila melihat kaki ayah, mana taknya, kaki inilah yang mencari mencukupkan keperluan dan kehendak keluarga, ya, ayahku dah berusia 50 an dah meningkat ke arah kurang sihat, tak gagah dah, nak agnkat benda berat dah tak lalu, ohh, panasnya pipi ! moga kita dapat berbakti dan selalu doakan ibu dan ayah kita. itu sahaja kali ini . till meet again. arasso !
lupa, kami nak kirim gambar raya 1435 Hijrah
ni ayah dengan anak lelaki, masa ni kamera shot banyak kali dan abang sulong tu pose kemain ~
ni lah puan zalikha dan encik miohamed :)
abah jarang nak senyum :) part ni memamg kena rakam.. abaikan gambar yang berayuh tuh, ohh iye, itu tuan punya blog.. rare ~
sekian.
Thursday, August 14, 2014
throwback part one :)
Assalamualaikum ! hai bloggers *lambai tangan sikit.. apa khabar semua ?
even blog ini agak senyap, pastu tetiba meriah, dan senyap balik, tapi nevermind, penulis tegar blog tidak kisah, if ada yang benefit, maka ambillah, maka copy and paste ! ehh, bolehkah ? ini semua milik Allah, tapi if penulis ada buat gambar yang kawai dan doodles superb tuh, credit lah sikit, niat credit itu untuk mudah tersebar, biar lagi ramai yang guna dan manfaat tu tersebar... hatta sampai brunei, finland dan juga cordoba ! ewaahh...
actually, tak tahu la nak lontar balik apa ? sebenarnya 8 bulan kat rumah itu sekejap, nikmat sakit 4 bulan itu sekejap. nikmat sihat banyak tahun itu sekejap. namun jangan disia-siakan hatta jika sakit.
jika tangguh semester belajar pun , jangan sedih umpama air mata darah. tak boleh.. tak boleh.. kena bangkit balik. kena yakin balik, Allah yang atur hidup ini. sejak dari azali lagi. Allah dah susun.
bawak bersabar. ewahh.. sabar susah laa broo !
ada broo bilang sabar itu senang ? -tersedak ! @#$%^&
sabar je kunci nak berjaya. eeceewahh...
tak percaya ? cubalah sabar. tak menjadi cuba lagi dan lagiiii ! insyaAllah Allah tolong. tapi, sabar sabar pon, bawak bersolat. bawak semayang orang kata. atau bahasa best, bawak bersujud. sujudlah kepada Allah. menangislah dalam sujud, seusai kamu bangkit dari sujud dengan kehangatan dari air mata. kamu akan rasa semangat baru... percayaalahhh...
tetiba penaip merindui saat kaki disimen, nak tahu cerita tu, klik tab memories sebelah kiri blog, bawah tab gegula hangat :) masih ada masa jika ingin nak tahu. yang bulan mac punya post ! okeh. malas cakap banyak, tahu.. dah bosan baca.eheh..
p/s : doakan kami tau, kami nak masuk belajar dah. kami tahu kami kuat sebab tu kami diuji oleh Allah tapi kami ini manusia yang punya hati yang punya sudut 360 tepat, kami punya perasaan risau. kami tahu kami lemah tapi kami akan berusaha kuat lillahitaala :)
![]() |
| senja di unikl micet |
wallahualam
tulus kasih,
kami sudut 360 tepat !
Wednesday, July 23, 2014
CERPEN : BANGKITLAH WAHAI HATI 001
dua tiga hari ni agak bercelaru fikiran dia, bukan apa, memikirkan, adakah masih ada harapan? kadang si dia menangis sendiri, terkenang dosa lalu, memikirkan adakah selama ni tipu semata-mata? atau memang niat lillahi?
nak teriak kuat tapi perlu ke? bukan ke itu lagi menyakitkan? bukan ke dengan cara berteriak akan buat tekak sakit? eheh...-_-"
tatkala lemah, dia sujud jua, masa tu, saat itu, air mata merembes keluar, lagi, makin laju jatuh... bersungguh-sungguh dia memohon ampun, dia sangat berharap sebelum kembali kepada fitrah nanti, dia punya suatu perubahan, tak banyak yang diharap, sikit dah memandai, dah melegakan hati.
moga kembali dengan senyum .
berusaha untuk menjadi wangi
till continued :) arasso !
rise up !
apa khabar semuanya, ya Allah. lamanya tak post sesuatu, post yang terakhir mengenai kematian kan ? benar, sejak post yang terakhir diri ini macam kurang semangat nak buka blog dan log-in serta menembak sakan, idea ada, cuma bila nak coret tu masalah, tidak tahu mana nak mula, nak berkisar tentang apa, haishh... tarik nafas sekejap... alhamdulillah. adakah post kali ni masih sama ? harapnya tidak ! masih berbaki dalam 4 hari lagi bulan puasa, moga dapatku langsai apa yang tertangguh.
Thursday, June 26, 2014
kerna kamu yang paling wangi

Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah,nampaknya mahu sahaja aku nukilkan apa yang terlintas dalam kepala ini, kenapa kamu berani bertinta dari meluahkan dengan suara ? Aku pun kadang takut, jika apa yang di-tinta ini aku tak lakukan, astaghfirullah... aku takut sekali ! jadi aku kongsikan apa yang aku rasa, apa yang aku lalui, kerna aku akan paksa diri aku untuk tidak mengulanginya lagi. moga kuat ohh maiii rahhh !
aku tak sempurna tapi Allah senantiasa beri peluang, baik kan Allah ?
hurmm,
aku memang akan baca blog sahabatku yang update mahupun tidak, jadi buat sahabat blogger, mohon letak widget history post anda yeh ! kerna aku akan baca , iye la tak banyak tapi sikit terkesan kan dah dapat pahala , right ?
tadi, bacalah blog sahabat yang aku sayang, nama sahabat, maka aku sayang..
yang dialog ayah dan anak pasal kematian,
sejujurnya, ayat itu aku ingat sebab aku pun tak terlintas idea oleh si ayah, wallahualam jika wujud benar dialog itu atau rekaan untuk post kesedaran bersama. tapi aku suka dan aku ingat ayat itu. ayatnya tak banyak, tak panjang, sikit jah...
"kerna yang paling wangi adalah kamu ! kerna itu Allah pilih kamu dulu pergi."
Allahuuu, ayat atas itu olahan aku sendiri tapi itulah benarnya, kerna kamu yang paling wangi, maka Allah jemput kamu dahulu... maka aku belum masih cukup wangi, masih gersang, Allahuu...
terimbau memori dulu pada tanggal 16 MEI 2014,
aku, dilah dan saniah serta batch 0812 SMKAKA dapat berita sahabatku muslimin,
arwah Syed Ahmad Shakir Bin Syakri bersama ayahandanya pergi dulu.
maka hari itu mendung kami disana, kebetulan aku ke micet untuk menguruskan hal aku,
kami bertiga bergenang air mata, terkedu, kelu...
berita ini betulkah ? kami senyap, Allah... kami menangis bertiga , dan antara kami bertiga, aku yang paling mudah sangat air mata nak keluar,
Dilah peluk aku, aku peluk saniah, last sekali kami saling berpeluk....
tak tahu kenapa tapi aku rasa sebab arwah ada menolong kami masa form4 dan form5, memandangkan arwah murid lukisan kejuteraan , walau apa pun, terasa kehilangan itu. mungkin inilah ikatan sesama muslim,
perginya terasa... Allah...
moga kamu tenang disana.
kami tembak doa.
![]() |
| arwah semasa peperiksaan LK 2012 SPM |
ada terselit satu gambar arwah.
menahan, panas pipi aku tatkala menaip post kali ini,
maafkan aku andai kalian yang membaca tak semena-mena mengalir air mata. ayuh sedekahkan al fatihah buat sahabatku ini serta pejuang islam dan muslimin muslimat yang pergi dulu..

[ credit : hamba Allah ]
kerna kamu yang paling wangi.
wallahualam.
Thursday, June 19, 2014
masih berbaki (^__^)
2252190614 Sya'aban 21,1435H Salam'alaik, lama tak berceloteh di laman sendiri, tadi tonton la sekejap television bersama ibunda. tajuknya 'scandal' berkaitan dengan keluarga diraja elizabeth... berkait juga dengan puteri diana. well take as this is news, okay ? seorang pengulas bagitahu diana mati bahana paparazzi ! dahsyat sungguh sampai begitu sekali, dalam kepala hotak duk pikiaq, how could they do ? kesimpulan dari apa yang diri ini dapat adalah jangan kita mencari keaib-ban orang meskipun hasilnya duit yang melimpah. Mungkin berbaloi kat dunia tapi kat akhirat ? oh ye ! jika tahu keaib-ban seseorang, hendaklah kamu rahsiakan . jaga aib dia. bukan menjaja dengan kepoh sekali. take note mairah! take note mairah ! NEXT pastu seterusnya, diri ini tak pasti apa ke nama proses yang berlaku.. hurmm.. korang pernah ke idak, duk baring baring sekejap pastu perut korang bunyi dan macam ade benda golek golek.. eheh. ni kejadian jika anda puasa tau ! yang pasti ada bunyi macam something pecah.. hurmm. tak reti nak jelaskan.. something like that. omputeh dahhh.... ohh maiii rahhhh ! yang pasti selepas je proses tu, tetiba perut rasa tenang tapi ada rasa tegang macam ditarik je perut tu, ohh.. mungkin angin.. mungkin. kebarangkalian itu ada. eeeceewahhh macam doktor pulakss.. banyak hikmah yang Allah beri bila puasa ni. salah satu untuk mengekangkan nafsu kita, bila sebut nafsu, maka semua berkait rapat samaada nafsu baik mahupun buruk.. moga tabah semua, moga semua kuat ber-warming up untuk masuk ramadhan... termasuk kamu ohhh maiii rahhh !
tapi kan serius aku tabik siapa ambil ilmu keDOKTORAN ni.. diorang boleh kaji pasal badan.. hebat kan.. hehehe... well, aku ni bab bukak tutup oven tu pandai laa..eheh. yang pasti dan mesti if nak makan ubat tu pastikan air masak tau, bukan air masak yang sejuk dalam peti.. air masak suhu bilik, gituhh ~ sebab itu lebih baik. if air zamzam lagi baik !
beside
aku punya impian, mahu ke tanah suci sana
tapi, selalu bermain di pikiran ini,
adakah diri ini suci dari dosa ? Allah T_T
jomm ! sama sama mensucikan diri.
walau tak tahu bila, niat ada, insyaAllah akan sampai seru mu wahai mairah !
wallahualam,
tulus kasih :
ruhul jadid
Saturday, June 14, 2014
beruntunglah kamu

JAM 0053 16 Syaaban 1435H 140614
beruntunglah kamu, andai menangis ingat Allah, jangan kamu salahkan apa yang berlaku, jika merasa menyesal, berbaliklah kepada Allah, jangan nafikan yang kamu lemah, sungguh penguat kamu adalah Allah, justeru, aku kadang kadang turut merasa, merasa nanges itu perlu, kerna diri ini terumbang ambing, kemanakah hala tuju akhiratku kelak ? moga dapat berkumpul dengan semua ahli keluargaku di sorga, bahkan dengan sahabat yang banyak mengingatkan aku kepada Tuhan, maka , kuatlah wahai batin, wahai jiwa, wahai roh, kuatkan aku demi Allah, aku mahu kembali dalam wajah yang bersih, wajah bersinar, dalam kubur yang lapang, yang bercahaya, yang wangi.. Allahuu... ampunilah aku. merasa mati itu dekat, sangat buat aku menghargai setiap detik.

Wednesday, June 4, 2014
untuk aku chenta ! kamu harus baca
kerna kamu seorang yang kuat, maka kuatlah, aku hanya perantaraan, selagi mampu aku usaha, selagi boleh, aku usaha bukan apa, kadang aku terfikir, memang Allah jadikan hati aku rapuh rapuh untuk bermurah hati untuk mengasihi. namun serapuh rapuh hatiku, demi Allah, aku kena kuat. begitu juga kamu yang aku sayang. terima kasih hadir, meski kita baru bertatih dulu, namun aku bersyukur mengenal apa itu sayangkan sahabat. mata aku masih jelas, telinga aku masih bisa mendengar. duhai sahabat, aku chenta kamu. mahu aku umpama chenta itu, aku tak mampu tapi aku yakin Allah jaga kamu. tulus ikhlas kasih, : jiwahijausemangatmerah.
credit : [inche gabbana]
Tuesday, May 27, 2014
ini parah...
Salam'alaik buat semua..
Sudah lama aku menyepi, Apakah petanda hati sakit? ini parah ! Moga sirnakan hatimu dengan mahmudah. wallahualam. imtihan. tulus ikhlas kasih, : jiwahijausemangatmerah
Subscribe to:
Posts (Atom)



















