semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya kepada penulis... amin
haiyya jihad !
fii aman allah.....
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.[ Imam Hassan al Basri ]
yup.. semalam kita terawih.. malam ni terawih lagi..... seronok la pulak bila terawih dekat masjid ni.. macam-macam ragam ada... terutama adik-adik kecil ni.... hurmmm.... yang paling seronok bila sudah saja terawih badan rasa segar... subhanallah..... hikmah solat terawih..."Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya: 'Kenapa denganmu? Adakah kamu sedang 'uzur'?' 'Ya.'. Lalu baginda memujuk: "Inilah hakikat yang Allah telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." [HR al-Bukhari]
"Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya: 'Kenapa denganmu? Adakah kamu sedang 'uzur'?' 'Ya.'. Lalu baginda memujuk: "Inilah hakikat yang Allah telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." [HR al-Bukhari]
"Apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir, Allah tulis siap-siap pahala amalannya seperti mana yang dia lakukan ketika sihat & bermukim." [HR al-Bukhari]
Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita daripada melakukan ibadah rutinnya termasuklah berpuasa di bulan Ramadan. Sekiranya beliau sememangnya komited dengan ibadah ketika sihat (suci), pahala amalannya tetap berterusan walaupun ketika dia sedang 'uzur'.
TIPS Ibadah Wanita 'Uzur' Di Bulan Ramadan.
1) Menjawab azan bagi setiap solat & berdoa selepas azan.
2) Banyakkan berdoa & memohon keampunan (selepas membaca doa selepas azan) di antara waktu selepas azan & iqomah kerana waktu tersebut adalah waktu mustajab untuk berdoa, insyaAllah.Disebutkan di dalam hadis;
"Doa di antara azan & iqomah tidak ditolak." [HR at-Tirmidzi]
3) Membantu, menggalakkan & mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal ibadah di bulan Ramadan. Antaranya;
i) Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau bersolat subuh berjemaah.ii) Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.iii) Mempersiapkan pakaian solat mereka.iv) Nasihati mereka supaya giatkan amalan.
Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." [HR Muslim]
4) Berzikir & berselawat dari semasa ke semasa. Membaca al-matsurat pagi & petang.
5) Berdoa & beristighfar.
6) Mendengar bacaan al-Quran (di radio, mp3, bacaan live ahli keluarga dan sebagainya.)
7) Menuntut ilmu samada dengan mendengar di televisyen, radio atau menelaah dari pembacaan buku ilmiah.
8) Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas & gembira.Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa..." [HR at-Tirmidzi]
9) Jaga hati, iman, akhlak, tutur kata & aurat.








Dari ‘Aisyah R.Anha , beliau berkata : “Rasulullah SAW menerima hadiah dan membalasnya.”
Dan di dalam Ash Shahihain (Shahih Al Bukhari dan Shahih Muslim) dari hadith Abu Hurairah R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW apabila diberi makanan, beliau bertanya tentang makanan tersebut, “Apakah ini hadiah atau shadaqah?” Apabila dikatakan, “Shadaqah” maka beliau berkata kepada para shahabatnya, “Makanlah!” Sedangkan beliau tidak makan. Dan apabila dikatakan “Hadiah”, beliau mengisyaratkan dengan tangannya (tanda penerimaan baginda). Lalu beliau makan bersama mereka. (HR. Al Bukhari [2576] dan Muslim [1077])
“Hendaknya kalian saling memberi hadiah, niscaya kalian akan saling mencintai.” (HR. Al Bukhari dalam Adabul Mufrad, lihat Shahihul Jami’ [3004] dan Al Irwa’ [1601])
sama-samalah kita saling menghargai sahabat kita dengan memberi hadiah... walaupun sekadar senyuman manis untuk sahabat kita.... kita bertemu kerana allah dan berpisah kerana allah juga...“Penuhilah undangan, jangan menolak hadiah, dan janganlah menganiaya kaum muslimin.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, Al Bukhari dalam Adabul Mufrad dan Shahihul Jami’ Ash Shaghir [158])
i.“Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu” – hadis ini Dha’if.
ii. “Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan” – hadis ini Dha;if.
iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :
:”Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku” – Hadis ini palsu.


