status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Saturday, March 23, 2013

public but for me ! read it !

Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim...
dah dua hari berlalu, sekejap je masa, khamis, 21 mac 2013 dah sejarah ! ! sejarah untuk diri ini dan sahabat-sahabat spm ^_^ i must be strong ! try be strong ! dan muhasabah balik, mesti ada yang tak kena ni, dan memang ada, berbalik kepada Allah semula sebab ujian dari Allah dan diri kita pun Allah yang cipta ! jadi konklusi, Allah tahu yang terbaik untuk kita so, layan gambar di bawah,














that all, SPM is history 
history make me want revenged ! ! !


 # mabruk = tahniah kepada semua calon SPM 2012 #

buat pembaca blog ini, cukuplah doakan penaip senyap ini,
tabah dan kuat untuk berusaha !
yakin dengan janji Allah ! spread ISLAM with you # me and us !#
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.

(QS. Ali 'Imran : 110)










eX- sPm 2012... ^_^

   
senja akan berlalu dengan malam menjelma dan bumi akan berputar dan siang akan menyinari dengan cahaya matahari panas dan menghangatkan ...

shine your way !

Alhamdulillah... saya lulus dengan cemerlang ! !
baca molek tu, LULUS ! ! !

jadi, rezeki Allah tu melata dan banyak atas muka bumi ini,
jangan give-up ! kita bangkit kembali !
shine ! yes we will be shineeeeeeeeeee.....
shine your way !
p/s : nak kongsi dekat blog apa yang diri ini rasai.. tapi sebagai pengajaran dan kisah itu menjadi pembakar semangat ana untuk berubah ! berubah ? berubah dan berusaha !
p/ss : diri ini kena " be strong" for ? for my beloved parents ! bila anak kuat ! mak ayah mesti lega !
tak nak sedih-sedih.. masa masih panjang dan Allah uji sebab sayangkan HambaNYA !
firman Allah : Allah tidak akan menguji hambanyaa melainkan kesanggupannya !
termaktub yang Allah uji memang kuat ! ! be strong ! be positive ! revenged ! ! !

Segmen Sabtu by Pn.Qalesyha & Emas Putih


Assalamualaikum




Alhamdulillah ! jom join segmen... semarakkan dunia blog , mungkin ? ? ^_^

tekan  > sini < deadline : 24 MAC 2013 # 11.59 PM

Monday, March 18, 2013

CerPen : lega ~ enti dan ana

 
 
assalamualaikum !
  

Alhamdulillah ! Lega ! !  aik? result tak keluar dah lega ?  ? mana ada ! ! ni tak ada kaitan dengan keputusan SPM =)  jom baca kisah enti dan ana ! ! moga cerita ini memberi manfaat bersama ! !

suatu petang yang damai, enti bertemu dengan ana, lama merancang.. lama ber'chatting' di laman terkemuka itu,Facebook... akhirnya Allah aturkan kami berjumpa ! dia lain, lain sangat-sangat ! ! ! mungkin lama tak berjumpa jadi lain dari biasa yang dulu 5 tahun bersama.... dirinya tegas tapi lembut... mula-mula kenal macam, haish ! bekengnya, garangnya tapi itu mula-mula sekarang, lama-lama =) oh ye ! suatu hari....





 Part 1 # enti dan ana #

Masa itu dalam lebih kurang sebelum zohor,nampak enti dalam kelam kabut, macam ada nak selesaikan sesuatu, ana terus menggerakkan kaki, kepingin nak tahu, enti tu macam memerlukan seseorang tapi mungkin enti malu nak meminta, jadi ana menawarkan diri dengan bertanya :
"enti ! kenapa ni ? nak ke mana ? ana boleh aje nak ikut =) dalam hati memang nak ikut sebab mana tahu selepas ni dah tak ada ruang untuk ana mengenali dia ^_^" 

dia sebenarnya nak ke pejabat untuk menguruskan sesuatu urusan tapi segan sebab dia seorang je muslimah, dekat pejabat tu suasananya muslimin kebanyakkan, tanpa dia sempat bertanya, ana pun terus berkata :
nak ikut enti ! nak teman, jom minta izin dengan amirah kita !
oh ye ! sebagai adab, kita sebagai pekerja yang mempunyai ketua, jadi kena minta izinlah ! baru erat hubungan antara pekerja dan ketua ! ! #sedikit petua untuk mendapat keberkatan melakukan kerja ^_^ #

akhirnya, ketua ana memahami dan mengizinkan enti dan ana pergi ! Alhamdulillah ! dapat lampu hijau ! apa lagi terus laju je kaki-kaki kami memakai capal masing-masing,bukan gaduh nak sampai kat pejabat tu tapi kami ada destinasi dan kerja yang belum beres sebenarnya jadi sedaya upaya kami hayunkan kaki ke sana !

bersyukur ! di bawah cahaya mentari yang terik ! kami sampai, tak lama, sekejap je sebab jarak pejabat dengan tempat kami tadi tak jauh, berlalulah kami dengan sabar ke pejabat tersebut, alhamdulillah, Allah permudah urusan enti tadi, sampai je, terus puan yang bertugas tu panggil enti dan masuklah dia ke dalam pejabatnya ! agak selesa di dalam pejabat tu, aircond, sejuk, semua baru.. dulu tak macam ini =)
semakin maju tempat ini ! tahun depan macam mana pula ? ?  dalam hati ana sementara menunggu enti berurusan di dalam bilik puan tersebut, ohhh.. ana tunggu di luar bilik sebab tak ada kerusi nak duduk lagipun enti tengah menyelesaikan masalahnya jadi baik ana tunggu diluar . dialog hati ana :
" wahhh ! besar juga pejabat ini, dulu tak ada semua ni, sekarang dah maju, siap ade bilik rehat, set meja dan kerusi lagi ^_^ memang maju, rezeki Allah bagi ! ! "
 tiba-tiba, tuan HEM menyapa ana yang sedang berdialog sendiri , :
"ada apa-apa yang nak tambah ? semua ok ? kalau ada baik bagitahu sekarang ! aduhh ! tuan, ana ni mana tahu bab-bab tambah-menambah, tu la tak ambil tahu sangat, kang tak tahu nak jawab apa... diam... lama tu dapat satu idea, enti ! nak tambah apa-apa tak? tuan tanya ni.. #dalam hati, ya Allah, permudahlah kami ! # "
satu kesalahan ana : tak ambil tahu semua perkara yang dirancang ! iktibar, selepas ini ke tahu semua atau erti kata lain kena tahu dari A sampai Z !


part 2 # enti dan ana #

alhamdulillah ! enti pandai menambah dan akhirnya keluarlah cerita pasal air mineral =)
akhirnya dapatlah rezeki ! sekotak air mineral, mabruk enti ! usai enti siap dengan jayanya ! kami pun bergerak hendak meninggalkan pejabat ! tapi dalam hati ana, aduhh... kena angkat sekotak air mineral ? ?
ana minta cadangan dari enti : "enti ! nak minta tolong muslimin angkat ? panas ni. berat pula tu.."
tiba-tiba, enti jawab tak apa, kita boleh ! ! ! Allah ! sahabat ana memang yakin! lalu ana angkat keluar dari pejabat dengan kudrat yang ada sebagai muslimah ^_~.... sambil berjalan tu, ana bertanya pada enti, macam mana urusan tadi ? ok? beres ? Alhamdulillah, enti jawab, beres !


Berlalulah enti dan ana ke destionasi kami yang tergendala sebentar tadi , kami menuju secepat mungkin untuk bekerja, almaklumlah kami bekerja ada ketua ! jadi kena cepat-cepat sampai ke sana, tiba-tiba dalam perjalanan tu, enti pun bersuara, meh ana bawa kotak ni ! haishh, takpe lah ana bawa ! nak sampai dah ni..enti tetap berkeras nak bawa ! ini dialog kami :

meh ah, kekgi enti sakit kang, enti kang lelah ! ! !
adoiii ! ! angkat kotak mana ada dapat lelah tu semua.. 
mari la ana bawa, meh la ! #berharap muka enti merayu !#
enti
ana 

jadi, ana pun bagilah kotak tu dan enti yang bawa ! ana tetiba terfikir dalam hati , ya Allah ! baiknya sahabat ana, caring ! sayang ! ye ! sayang sahabat lagi sweet dari "couple" jujur, ana tak pernah merasai alam "couple" dan seangkatan dengannya dan mohon Allah jaga diri ana dan kaum hawa yang lain ! dan akhirnya ana merasai nikmat kasih sayang sahabat ! lillahita'ala ! biiznillah ! uhibbukifillah ! ana memang memaksudkannya *mendalam !*


Alhamdulillah ! kami sampai dan berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sedang bekerja dengan senyuman mekar, mungkin kerana urusan kami selesai dan dapat menolong sahabat-sahabat kami dan mungkin juga sebab dapat air mineral sekotak ! ! seronok ! terasa saat tu taknak berpisah ! mahu masa berhenti dan sentiasa bersama, aduhh ! ! jauh dah ana tersasar ! kerja, kerja .. kerja...jadikanlah kerja kamu ini ibadah ! in shaa Allah, ganjaran yang tak disangka-sangka akan datang dari Allah iaitu Maha Pemberi Rezeki !

Konklusi :

 
seiring sehaluan !

inilah saat indah enti dan ana ! moga kita dapat bekerja lagi untuk agama ! moga Allah redha kaki-kaki kita melangkah dalam menjadi rantai perjuangan kekasih Allah, sollu'ala nabi ! ! !


lega~ enti dan ana

 hak cipta ingatan umair !
moga dapat pengajaran dari cerita ini,
"lega ~ enti dan ana"
 









Friday, March 15, 2013

kita berakal ? alhamdulillah, tapi...

 Assalamualaikum ! ! !
 
 
 

Maksud firman Allah :
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal

sambungan ayat :



Maksud firman Allah :

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Bismillahirahmanirrahim... Alhamdulillah ! ! bersyukur kita ada akal tapi....
 
Dalam kalam Allah ini termaktub maksud "orang yang berakal" iaitu :
  • orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk
  • dan semasa mereka berbaring
# sabar ! baca ayat al-quran ini, jangan mengeluh lagi =) #


 
Allah ! Allah ! ini maksud orang yang berakal ! sejujurnya kita memang Hamba yang lemah lagi Hina tapi itu bukan penghalang kepada diri kita dan ana sendiri untuk berusaha melakukan kebaikan dan beramal secara beransur-ansur atau erti kata lain, paksa diri buat sesuatu kebaikan atau amalan, dengan izin Allah kita akan berterusan melakukannya, yakin ! ! ! Allah akan tolong kita ! ! ! dengan itu kita akan dapat merealisasikan maksud orang yang berakal dalam kalamullah ini ,dan allah tidak akan sia-sia usaha kita, hambanya ^_^ 
 # sabar ! baca ayat al-quran ini, jangan mengeluh lagi =) #

maksud firman Allah surah Ali Imran ayat 195 :

 Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, - (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain, maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan (Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal salih".

Kesimpulan : 
Bersyukurlah kita dengan nikmat ini ! nikmat yang Allah makhtubkan dalam Al-quran yang Allah tak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal ! ! ! maka bersyukurlah kita dengan nikmat ini !

 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 

 firman Allah : ayat 13 surah Ar-Rahman

wallahu'alam

p/s : sekadar post apa yang ditaddabur dengan kefahaman ana sendiri, dari tafsir al-quran
p/ss : moga manfaat untuk mengisi hati-hati kita yang dahagakan tazkiyyah ^_^
p/sss : jika salah, mohon perbetul ! sesungguhnya penaip juga seorang HAMBA ! !




   

Sunday, March 10, 2013

perjalanan ini ibarat naik bas? why? baca !

 
Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah.. bersyukur masih diberi peluang untuk menyampaikan walau satu ayat, Allahumma yassir wala tu 'assir... maksudnya = ya Allah permudahkan dan jangan susahkan.
apa yang penaip nak bagitahu ni? tak faham ? sabar ! isbir ! bertenang, pejam mata dan buka mata perlahan =) jom baca kisah ini,






kenapa dengan bas? suatu hari si gadis berbaju purple mahu sangat naik bas tapi ditegah oleh ibubapa yang sangat menyayanginya... ingat tu ! sangat sayang ... suatu hari si gadis nak balik rumah, lalu dia menghantar mesej kepada ayahnya,dalam hati si gadis mahu sangat belajar naik bas dan berharap ayahnya izinkan.. tiba-tiba, mesej daripada ayahnya : 'naik bas, ayah tunggu kat stesen bas '









si gadis yang baca terkejut dan berasa berdebar pula, mana taknya, dulu minta izin tak bagi tapi sekarang boleh ?  si gadis resah dan berharap semoga perjalanan dia Allah permudah ! ya ! Allah maha mendengar hanbanya, usai solat asar si gadis terus terusan berdoa agar Allah permudah urusannya, jujur si gadis sangat takut sebab pertama kali dan bersendirian. tapi si gadis tetap ingat , perjuangan bukan mudah jadi kena hadapi dengan sabar dan yakin diri kita boleh ! ! ! lalu berangkatlah si gadis tersebut dengan macam-macam berkemungkinan, lalu dalam bas untuk menenangkan hati si gadis tersebut baca al-mathurat yang dirakamnya sendiri melalui alat selularnya iaitu 'handphone', oh ye ! sekarang teknologi sangat canggih jadi kalau tak bawa buku al-mathurat, boleh dengar rakaman suara kita.
 

“Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. (Surah Al-Ra’d 13:28)
 nah ! terbukti dengan firman Allah ini, memang si gadis merasai ketenangan dan rasa debaran naik bas bersendirian terbang berlalu,terasa seakan-akan ada yang melindungi ! ! jujur ini yang dirasai.alhamdulillah ! Allah makhbul dengan memberi ketenangan.Lalu si gadis terfikir hidup ini macam naik bas.




konklusinya,
Hidup kita ada matlamat, macam cerita si gadis ni, matlamat dia nak pulang ke rumah. jadi dia akan berusaha untuk naik bas walaupun dia tak tahu apa kan berlaku, samada dia naik bas atau terlepas bas, jom kita kaitkan dengan hidup kita, ye ! hidup sebagai seorang muslim, hidup kita ni satu perjuangan, jadi natijahnya kita tak tahu tapi kita boleh berusaha untuk mendapat natijah yang baik,iaitu redha daripada Allah.




wallahu'alam

p/s : ana merindui 4 hari 3 malam yang lalu.. kita semua bercinta kerana Allah, uhibbukifillah ! !

Wednesday, March 6, 2013

tips berdoa ! ! ! #

 
 
 
Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillah.... 
moga esok dipermudah hingga sabtu..
 
2 days 2 weekss....
 
allahumma yassir ! ! !

Monday, March 4, 2013

qoutes#yaumul isnaini


 
 
 Bismillahirahmanirrahim... aktiviti biasa...
 buka mozilla -> taip facebook -> log in -> buka group yang biasa dilawati....
jumpa la.. status sahabat ! ! tetiba....
 
 sedebuk jatuh...
#bukan badan tuan blog ni jatuh, tapi hati tuan nih rasa jatuh =) #
Allah ! ! ! aku camna ?
 

 
wallahu'alam..
 
p/s : yang baik kita ambil, amalkan... yang buruk kita berusaha elak dan jangan DEKAT ! ! !
p/ss : debaran makin terasa 2 weeks coming soon... doakan tuan blog tenang ambil result =.=""

Sunday, March 3, 2013

qouteS#yauMul ahad

Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah.... Assalamualaikum....
buat masa ni ini sahaja yang dapat di post...
moga manfaat ! ! ! hayatilah dengan lensa hatimu.. 
jom gunakan nikmat mata dan hati itu ke arah yang baik
 
 
sumber : here
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
wallahu'alam
p/s : moga manfaat dengan membaca gambar di atas =)
p/ss : sedap jugak jika makan kek pelangi =)
p/sss : tertanya.. betul ke jordanians mari lawat blog ana ? ? - - > segan ! !
 curious... if true, please leave your sweet smile here ....

Thursday, February 28, 2013

dakwah itu meluas ^_^ #part 2#

credit : here 
assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim... alhamdulillah... apa khabar yang sedang membaca ?  sambungan dari post ini..> tekan < mohon sihat di bawah rahmatnya.. aamiin.... mari kita baca dan hayati ayat ini :
Dan katakanlah (Muhammad) , jika kamu mencintai ALLAH ikutilah aku, nescaya allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, allah maha pengampun lagi maha penyayang..
surah al-imran ayat 31






    
nah ! terbukti allah telah berfirman dalam kitab al quran yang kita sedia maklum mukjizat ini kekal hingga kiamat ! ! dan al quran bersifat annur = cahaya , al huda = petunjuk , al mubin = menerangkan !
jadi tunggu apa lagi ? ikutilah akhlak rasulullah sollallahu'alahiwassalam  berusahalah kita ke arah itu ! allah akan menolong hambanya yang berusaha... ye ! jom berusaha ke arah kebaikan sebab..?







sebab setiap orang ada jahiliyyah masing-masing termasuk diri ini sendiri ! sebab apa? sebab kita HAMBA ! ! ! seorang hamba sangat bergantung kepada tuannya untuk memohon pertolongan dan kita ? kita hamba kepada pencipta kita iaitu yang ESA ! ALLAH S.W.T. bergantung haraplah kepada allah.. berusahalah... sesungguhnya jangan kamu putus asa ! ! ! ayuh ! bangkitlah... 





salah satu sunnah terbesar baginda kekasih allah adalah : DAKWAH !
DAKWAH bila disebut semua orang macam pelik... haish... kenapa nak pelik... dengan dakwah rasulullah la kita dapat rasa nikmat islam sekarang... islam sampai kepada kita ! jangan bimbang ! dakwah itu meluas ^_^ terkena tepat pada tajuk post ~




banyak cara kita nak berdakwah... dakwah bil hal = dakwah dengan perbuatan , dakwah bil katibu = dakwah dengan menulis... betul ke katibu ? #jika salah tegurlah ! mohon # meluas... jadi tolonglah manusia yang menghirup oksigen yang allah beri... bersyukurlah golongan ini masih wujud ! dan kita mesti ingat ! umat nabi muhammad adalah rantai perjuangan dakwah baginda ! ! !


wallahu'alam.... 
p/s : sama-sama kita menyeru dan baiki diri !

Tuesday, February 26, 2013

wasilah dakwah meluas part 1



# credit to here #

Bismillahirahmanirrahim...
just wanna share that photo ...

ayuh ! jadikan blog sebagai wasilah untuk berdakwah..
kita ummah nabi muhammad sollallahualaihi wassalam...
rantai perjuangan islam...

wallahu'alam..

p/s : in shaa allah part 2 akan menyusul =)

Saturday, February 23, 2013

pukulan itu mesra :)



Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim... alhamdulillah... kita diuji.. allah bagi petunjuk yang kita kena berubah.. yup ! hatta dengan penulisan mungkin kita akan terpukul.. sejujurnya, ana akan terkesan dengan kata-kata penulisan jika ianya membabitkan diri ini... sesungguhnya imanku turun naik... bila turun.. rasa down.. rasa jauh.. tapi allah maha penyayang sebab dia tidak akan tinggalkan hambaNYA yang berusaha ...









believe it  ! allah give the way... follow and you will be safe... yes ! safe journey.... diri ini bersyukur dicampakkan di sekolah agama... dikelilingi dengan sahabat yang memang menitikberatkan keredhaan allah.. jangan ingat benda ni temeh... atau buat pandang sebelah mata... ini penting !!!







diri ini bukan sempurna tapi... berusaha... jatuh.. berusaha.. jatuh.. berusaha lagii.... matlamat satu..
redha allah.... moga kita bertemu di jannah !!! moga allah bukakan pintu hati kita.... yakinlah allah sedang tunggu kita... bertaubat ! ! !






tadi dengar ceramah kat tv al hijrah sambil tunggu adik mandi tu, slot maghrib la kira...
ustaz yang bagi ceramah beri kata-katanya :

kita ummat nabi muhammad sallahu'alaihiwassalam... jadi kita kena ikut akhlak baginda...
diri ini yang kerdil terfikir.... ikut ke aku ? ? ? sama-sama muhasabah....







wallahu'alam.... 

p/s : bersahabatlah kamu dengan sahabat apabila terpandang wajahnya, mengingatkan kita pada ALLAH... terima kasih sahabat  ! ! ! hatta dengan penulisan ku merasa pukulan itu mesra =) sesuai dengan tajuk ini.... penulisan ini : warkah cinta

Friday, February 22, 2013

apa beza blog dan tumblr ? ?

credit to > sini <

Bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum....
silent readers  !!!!

apa beza blog dan tumblr ? 

# tuan blog faham yang bezanya nama lain-lain =) smile... #

pada pandangan anda yang hebat-hebat ni,

memerlukan pandangan kalian ^_^

apa kelebihan tumblr daripada blog ? ?

p/s :

tinggalkan komen anda... need help :)

Thursday, February 21, 2013

doa isthikharah :


thanks tumblr


Assalamualaikum....Bismillahirahmanirahim ... alhamdulillah.. sedikit perkongsian.. untuk diri ana dan semua... in shaa allah.. dipermudah urusan semua dengan izin ALLAH... aamiin... ya rabb ! diri ini sedang mencari dan akhirnya allah permudah dan gerakkan hati untuk menemuinya... alahmdulillah.... ayuh ! berserahlah kepada allah... allah akan tolong !!

Panduan doa seusai solat isthikarah ^_^

Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW: 

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan.....) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

p/s : sumber disini >medan ilmu<

p/ss :soalan : betul ke syaitan boleh menganggu isthikarah kita ? ?

jawapannya disini > tekan <

p/sss : moga dapat membantu ! ! ayuh... yakinlah dengan ALLAH ...


sehangat PRU ! ! ! mesti baca ! !


JOM TONTON VIDEO NI :



p/s :
Bismillahirahmanirrahim.... sekadar menyampaikan berita.... malaysia sekarang sibuk dengan menghangatkan kempen untuk unit masing-masing tapi tak dilupakan...
warga JORDAN juga sedang hangat berkempen juga...
semoga kepimpinan yang terpilih menjayakan manifesto masing-masing =)




Wednesday, February 20, 2013

Famous aMos @ umair

Bismillahirahmanirahim... alhamdulillah... berdasarkan tajuk di atas sudah maklum macam nak kongsi resepi... ^_^ ohhh.... resepi di "google" saja kemudian dibuat di rumah penaip pagi tadi.... tapi bakar doh adunan tu petang sebab doh adunan simpan dalam peti sejuk dulu .... jom tengok gambar + resepi yang diadun oleh tuan blog.... senang je bahan-bahan nya... sambungan post petang tadi > sini <
Bahan A :
  • 1 cawan-gula kastor # p/s : buat 1/2 cawan dah jadi sebab....#
  • 1 cawan-gula perang # p/s : sebab dah ada gula perang =) manis kan susah pula #
  • 1 cawan-mentega # p/s : sama dengan 150 gram but umair guna buttercup, untuk sedapkan lagi #
  • 1 cawan-minyak # nak sedap guna la minyak jagung, ibu umair kata untuk sedapkan lagi biskut..#
  • 1 biji telur # p/s : kuning telur dan putih telur tu sekali dalam adunan, maknanya tak separated la #
tambahan yang dibuat oleh tuan blog dalam adunan :
  • 2 sudu besar susu tepung # p/s : umair letak susu tepung dutchlady choc sebab biskut ni khas buat adik-adik jadi hasilnya rasa susu tu ada la =) tapi atas kalian mahu letak atau idak =)  #
  • 2 susu besar milo =) sebab nak biskut warna coklat sikit =)
Bahan B :
  • 4 cawan-tepung gandum #umair gorengkan tepung gandum untuk bagi hasilkan biskut rangup#
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 cubit atau 1/2 sudu teh -soda bikarbonat # yang ni kena agak la ye ! kalau banyak sangat kembang la biskut tu nanti =)
  • 1 sudu teh cuka # p/s : ganti cream of tartar ,beli yang dalam bentuk serbuk in shaa allah ada di bahagian bahan-bahan buat kek ataupun kedai yang jual barang-barang bakery =) #
  • 1/2 cawan chocolate chip - - - > ni wajib ada 
  • 1/2 cawan badam kisar - - - > ni bahan yang ana tambah sendiri sebab nak habiskan stok yang raya tahun 2012 =)
  • 1/2 cawan badam serbuk - - - >  ni bahan yang ana tambah sendiri sebab nak habiskan stok yang raya tahun 2012 =)
cara-cara :

  1. Satukan bahan A yang pasti, umair putarkan semua bahan A tu, kalau ikut resepi yang ada di alam maya ni, suruh putarkan telur dengan gula supaya kembang, yang pasti atas diri masing-masing, tadi ana putar semua bahan A serentak.. hehe sebab tak expert bab-bab buat adunan.. first time kut ~ guna mixer lagi senang sebab putar je bahan-bahan dan sebati =)
  2. Masukkan bahan B yang bahan ni kena hati-hati terutama sekali bila nak masukkan tepung gandum tu sebab kalau gaduh-gaduh letak semua, nanti sembur habis kat badan kita je ==" sebab penangan angin mixer yang berputar kan =) hehe... dan masukkan semua bahan B, mixer dengan tahap maximun pun boleh supaya kembang dan sebati =)
  3. Bahan A + Bahan B dah siap sebati semua, masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam supaya senang nak bentukkan biskut nanti =)
here some photos :


ni dah siap masuk bekas... besar tuu... 


ni gambar sebelum masuk oven


dah siap dibakar =)


makan dengan aiskrim =) kemaiin hias...


p/s : ayat post ini ikut rentak tuan blog drops.alive =) tapi sejujurnya mereka yang sifu :
semua resepi ini ana lihat disini : > kak rai < dan > ibu mithali <

p/ss : buat sahabat ana, hanya kiriman gambar biskut dan resepi kukirimkan disini =)

p/sss : hasilnya ada la ala-ala famous amos jugak... hehe... tapi nak jadi sebijik cam famous amos tu tak la... yang pasti ayah makan suku tabung biskut ni... ok la kan ? daripada makan satu biji biskut je =)








biskut famous amos umair !!

assalamualaikum.... bismillahirahmanirahim...
semoga semua sihat-sihat di bawah rahmat allah amin...
sekarang umair sedang menunggu biskut famous amos masak...
fuuuhhh...... perhatian ini bukan di kedai famous amos tapi di rumah tuan blog ! !
nantikan post seterusnya....
gambar biskut + cara nak buat + dan tunggu ye ! !
p/s : mood memasak kembali :)

Tuesday, February 19, 2013

muhasabah@photo

Bismillahirahmanirahim...

assalamualaikum.... 
mungkin sekeping gambar membantu yang membaca disni...
moga allah permudahkan urusan semua umat islam...
allah yubarikkum=semoga allah berkahi kalian



p/s : rindu itu anugerah... bersyukurlah :)

kaspersky security ...Virus ? trojan... ? membahayakan ?

Bismillahirahmanirrahim....sesiapa perlukan security laptop ? ?
lindungilah laptop anda daripada virus ! ! !
in shaa allah ! sini ada penyelesaiannya...
blog ini sekadar menyebar sahaja.... 
tapi jika ada yang berminat ingin 
membeli penyelamat laptop anda .
 boleh contact tuan blog di FB..
atau call atau mesej ke no. yang tertera.... terima kasih..

jom baca :
Assalamualaikum Warga pembeli 
Laptop atau Pc rumah di serang virus?
Kebanyakkan Files hilang dek Virus?
Selalu "Hang" ?
Trojan, Worm attack?
InsyaAllah, kami ade penyelesaian nye..
Muat turun software percuma di laman sesawang
dan aktif kan dengan key kami.
Ini bukan pirate key atau mane2 key try and error
Hanya ORIGINAL KEY sahaja..
1 unit 1 user rm30
1 unit 3 user rm50
Pm @ sms @ call
Bro Irfan: 0145325570
Sis Nadia: 0145112797


p/s : sesiapa nak beli contact no bro irfan atau sis nadia ye !!
p/ss : nak komen dekat post ni pun boleh.... :)

Monday, February 18, 2013

yang dulu akan kembali ^_~








Bismillahirahmanirahim..... menge"post" lagi.... tetibe teringat nak baca post yang dulu-dulu...
yes ! ! ! ana sedang berdebar dengan A RED LETTER DAY... sebab takut keputusan itu membuat ibu dan abah sedih... tapi takpelah.... kita kena yakin... ana kena yakin yang allah tak akan sia-sia kan usaha hamba-hambanya kan ? ? seperti kata dalam novel VT karya hilal asyraf... takdir itu di hujung usaha...
smile and be cool.....


dulu... seminggu sebelum result pmr keluar , ana akan kira bilangan hari hinggalah penghujungnya... buktinya,  seperti post ni : tekan...
yang dulu akan kembali lagi.... moga keputusanku yang terbaik... amin.... 
p/s : allah itu maha pemberi rezeki.. walau sedikit mungkin disitu berkatNYA.... yakin ! !

Sunday, February 17, 2013

seruan sampai ^_^

#sumber gambar sini#








Bismillahirahmanirrahim.... alhamdulillah.... masih segar untuk menge"ping" post terbaru... tadi dah post pasal maha penyembuh kan ? sekarang nak cerita yang allah maha pemberi rezeki... rezeki ? apa tu ?
rezeki tu kalau yang ana faham hadiah dari allah buat hamba-hambaNYA... mungkin dari segi duit, makanan, baju serta nafas juga adalah rezeki yang allah beri tau... take note ! ! ! jadi kita kan hamba, tugas kita adalah bersyukur dengan nikmat rezeki yang diberi.. jangan mengeluh jika sedikit, mungkin sedikit itu berkat. who knows ? ? ALLAH knows the best for us.... yakin ! !








now, berbalik kepada tajuk di atas... kenapa seruan sampai ? seruan apa ? seruan baitul muslim ? ehhh... tidakkk..... bukan..bukan... bukan tu tau... ni seruan menyambut panggilan ilahi ke tanah suci.. allah yubarik ya ukhti farha basri... ada sesiapa rakan bloggers kenal dengan nama ini ?  ? jika ada jom kita taaruf.. kut-kut anda adalah rakan sepupu ana... hehe...






sumber gambar sini




semoga suatu hari nanti, mukaku mencium lantai dan bersujud dihadapan kaabah... amin..amin






alhamdulillah... sepupu ana akan berangkat ke tanah suci pada esok petang waktu malaysia dari KLIA...
moga allah permudah urusannya dengan keluarga tercinta.... sebenarnya dulu ana ada post pasal sepupu ana ni.. dia sekarang seorang doktor di salah sebuah klinik kerajaan di pulau pinang... dia antara sepupu yang amat rapat dalam kalangan sepupu yang lain... beza umur kami dalam 7 atau 8 tahun camtu.. hehe mungkin sebab faktor dulu dia spm kat negeri terengganu darul iman... dulu spm dia di KIST atau sekarang dikenali sebagai imtiaz kuala berang.... alhamdulillah.... for me.. memang dia juga pembakar semangat ana.. aduihh... dah bertaaruf dengan sepupu ana la pula... ana cerita sedikit saja sebagai panduan, kut-kut ada rakan blogger yang kenal... fine





hanya dengan selular sahaja penghubung antara ana dengan dia... sebab ikut plan nak pergi jumpa dia sebelum berangkat.. tapi allah dah atur yang palan tak jadi... tak apa.. semua kejadian ada hikmah.. mungkin tak nampak sekarang kan ?  ? sedih sebab tak dapat jumpa... hanya kiriman doaku mohon dia titipkan sampai di hadapan kaabah nanti.... # mood sedih sambil taipkan post :( #





moga kak ngah dan keluarga selamat pergi dan kembali ... amin ya rabb.... bila seruan ku sampai ?
in shaa allah... belajar rajin-rajin dan dah ada rezeki... ana akan berangkat juga... kuberharap diriku juga sempat membawa ibu dan abah ke sana dengan hasil duitku sendiri seperti sepupuku yang bekerja sebagai doktor..... moga-moga allah makhbul.. amin..amin....




wallahu'alam.... sekian



p/s: tadi telefon sepupu... tetiba sebak... mungkin rapat sangat....
p/ss : rancangan nak ambil lesen belum beritahu kepada abah lagi... moga allah permudah....
p/sss : # a red letter day.... berdebar la pula...#

allah itu maha penyembuh ! !



sumber gambar sini





Bismillahirahmanirahim... alhamdulillah.... bersyukur diberi nikmat untuk terus hidup dan dapat tulis post buat kalai ini.. hari ini.... guyys?? terpikat dengan tajuk di atas ? ? kita ni hamba jadi sebagai hamba kepada pencipta langit dan bumi sekalian alam... maksud firman allah : segala puji-pujian bagi allah tuhan sekalian alam # surah al-fatihah ayat 2 #




nah ! terbukti dalam ayat cinta allah ada menyebutkannya... memang kepada allah lah kita memuji dan kita kena yakin ada adalah pencipta kita... kut-kut mana pun kita... kita tetap menyembah kepadanya dengan rasa rendah diri kerana kita HAMBA !





konklusi, jangan kita sombong lagi bongkak dengan allah... berserahlah pada ALLAH !
allah maha mengetahui segala ciptaan nya... termasuk diri yang sedang menulis ini....
dan berdasarkan firman tersebut kita kena yakin dengan semua asma'ul husna ALLAH.. 
termasuklah MAHA PENYEMBUH..... berbaliklah kepadaNYA andai kita senang dan gembira..
sesungguhnya segala nikmat dari allah jua...


wallahu'alam....

p/s : muhasabah untuk tuan blog juga.. smile because allah beside you  ^_^
p/ss : siapa pernah menghidap penyakit lelah atau asthma atau ade saudara bloggers yg menghidapnya ke? ada cadangan ubat untuk mengurangkan serangannya ?  ? 




Friday, February 15, 2013

segmen saya nak menang oleh aimi dan maria

Bismillahirahmanirahim.... alhamdulillah... lagi segmen...
selepas ni dah takde dah nak join sebab nak terjah blog pula... 
jom... kita join ! !
p/s : meriahkan segmen... jom... mood sertai datang ! !  deadline : 28 FEB 2013
# tekan banner dan ikut syarat-syarat yang ditetapkan #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...