status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Wednesday, February 20, 2013

Famous aMos @ umair

Bismillahirahmanirahim... alhamdulillah... berdasarkan tajuk di atas sudah maklum macam nak kongsi resepi... ^_^ ohhh.... resepi di "google" saja kemudian dibuat di rumah penaip pagi tadi.... tapi bakar doh adunan tu petang sebab doh adunan simpan dalam peti sejuk dulu .... jom tengok gambar + resepi yang diadun oleh tuan blog.... senang je bahan-bahan nya... sambungan post petang tadi > sini <
Bahan A :
  • 1 cawan-gula kastor # p/s : buat 1/2 cawan dah jadi sebab....#
  • 1 cawan-gula perang # p/s : sebab dah ada gula perang =) manis kan susah pula #
  • 1 cawan-mentega # p/s : sama dengan 150 gram but umair guna buttercup, untuk sedapkan lagi #
  • 1 cawan-minyak # nak sedap guna la minyak jagung, ibu umair kata untuk sedapkan lagi biskut..#
  • 1 biji telur # p/s : kuning telur dan putih telur tu sekali dalam adunan, maknanya tak separated la #
tambahan yang dibuat oleh tuan blog dalam adunan :
  • 2 sudu besar susu tepung # p/s : umair letak susu tepung dutchlady choc sebab biskut ni khas buat adik-adik jadi hasilnya rasa susu tu ada la =) tapi atas kalian mahu letak atau idak =)  #
  • 2 susu besar milo =) sebab nak biskut warna coklat sikit =)
Bahan B :
  • 4 cawan-tepung gandum #umair gorengkan tepung gandum untuk bagi hasilkan biskut rangup#
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 cubit atau 1/2 sudu teh -soda bikarbonat # yang ni kena agak la ye ! kalau banyak sangat kembang la biskut tu nanti =)
  • 1 sudu teh cuka # p/s : ganti cream of tartar ,beli yang dalam bentuk serbuk in shaa allah ada di bahagian bahan-bahan buat kek ataupun kedai yang jual barang-barang bakery =) #
  • 1/2 cawan chocolate chip - - - > ni wajib ada 
  • 1/2 cawan badam kisar - - - > ni bahan yang ana tambah sendiri sebab nak habiskan stok yang raya tahun 2012 =)
  • 1/2 cawan badam serbuk - - - >  ni bahan yang ana tambah sendiri sebab nak habiskan stok yang raya tahun 2012 =)
cara-cara :

  1. Satukan bahan A yang pasti, umair putarkan semua bahan A tu, kalau ikut resepi yang ada di alam maya ni, suruh putarkan telur dengan gula supaya kembang, yang pasti atas diri masing-masing, tadi ana putar semua bahan A serentak.. hehe sebab tak expert bab-bab buat adunan.. first time kut ~ guna mixer lagi senang sebab putar je bahan-bahan dan sebati =)
  2. Masukkan bahan B yang bahan ni kena hati-hati terutama sekali bila nak masukkan tepung gandum tu sebab kalau gaduh-gaduh letak semua, nanti sembur habis kat badan kita je ==" sebab penangan angin mixer yang berputar kan =) hehe... dan masukkan semua bahan B, mixer dengan tahap maximun pun boleh supaya kembang dan sebati =)
  3. Bahan A + Bahan B dah siap sebati semua, masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam supaya senang nak bentukkan biskut nanti =)
here some photos :


ni dah siap masuk bekas... besar tuu... 


ni gambar sebelum masuk oven


dah siap dibakar =)


makan dengan aiskrim =) kemaiin hias...


p/s : ayat post ini ikut rentak tuan blog drops.alive =) tapi sejujurnya mereka yang sifu :
semua resepi ini ana lihat disini : > kak rai < dan > ibu mithali <

p/ss : buat sahabat ana, hanya kiriman gambar biskut dan resepi kukirimkan disini =)

p/sss : hasilnya ada la ala-ala famous amos jugak... hehe... tapi nak jadi sebijik cam famous amos tu tak la... yang pasti ayah makan suku tabung biskut ni... ok la kan ? daripada makan satu biji biskut je =)








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...