
sumber tumblr

sumber tumblr
p/s : Allah will show us... put your trust to Allah ... in shaa Allah ! ! !
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.[ Imam Hassan al Basri ]
Bismillahirahmanirahim... sepatutnya laman blog jadi tempat kita sebar ilmu dan apa-apa yang manfaat, sini penaip nak kongsi satu perkara, ok.. be cool.. jangan pengsan tau... baca molek-molek, kalau yang baca la, tak nak baca tak apa, mungkin masa mencemburui yang tak nak baca tu, fuhhh.. husnuszon tu penting ! eratkan ukhwah :) haishhh.. tak masuk cerita ikut tajuk lagi ni, baru mukadimah , maaf.
Rupa-rupanya, ada rezeki dapat " offer letter ", terkejut jugak sebab pagi tadi buka, tapi " in progress " aduhh.... takpe sabar, lambat lagi la, selepas isyak, siap solat apa semua tu, dengan lafaz bismillahirahmanirahim.. taip no ic dan..... tahniah ! anda berjaya ! ! ! shocked dan terharu dannnnnn..... saya sujud syukur, ada juga perkara yang menggembirakan ibu dan abah saya...
Alhamdulillah ! bersyukur sebab ada juga universiti menerima penaip.... Allah, ku tenung surat tawaran tersebut, ohhhh setelah tahu dapat, ibu suruh print sebab tak nampak tulisan dalam laptop ni.. apa lagi, terus pergi mengerjakan surat tu dan print....taaaddddaaaaaa.....
Alhamdulillah ! syukur, moga berita ini dapat menyejukkan hati ibu yang risaukan anak dia ini,risau takut tak dapat sambung belajar :) hurmm... tapi..... * kenapa mesti ada tapi ? why my heart ? why ? sungguh ini ujian dari Allah * diri ini berasa tak tenang dengan offer ini, kenapa? jujur masih mengharap keputusan KPM iaitu yang semua lepasan SPM 201 isi tu... borang UPU :) bukan tak bersyukur tapi ada suatu benda yang buat debar dan resah, sedangkan ini berita gembira, adakah petanda ? ? ? ? pembaca yang membaca post ini, mohon, doakan nur afiqah umairah iaitu pemilik blog ini di-campakkan ke universiti yang menenangkan hati dan di-tendang *hiperbola la pula* ke tempat itu dengan rahmat Allah... aamiin ya rabbal'alamin.
pesan ibu kepada diri ini, *tak masuk lagi uni, tak daftar lagi, sayangnya ibu kita kepada kita :)*
" Kat sana tu, jaga diri la, kita dulu sekolah agama , sana bukan macam sekolah dulu, pergaulan mungkin bebas, tak macam sekolah agama . "
*Dalam hati je (-_-")*
Allah ! tunjuk aku jalan yang benar, tiba-tiba resah. memikirkan diri ini mungkin terkejut nanti, atau macam mana ? ? ? Allah, tenangkan hati ini.
pesanan dari senior-senior usrah :
" dimana pun kita dicampak , kebergantungan kepada Allah tu kena tinggi, jangan suasana yang ubah kita biar kita ubah suasana " aduhh ! ! biar kita ubah suasana? mendalam ayat ini. Allah ! Allah !
sebenarnya, tertanya, boleh ke diri ini kuat tanpa usrah.. diberi tarbiyah, usrah ini umpama sumber kekuatan antara kita dengan manusia sekeliling, bersahabat kerana Allah, berdiskusi berkaitan islam, bercanda kerana Allah, sayang kerana Allah, tengok muka sahabat yang seusrah umpama memberi aura ! ! ! tapi hakikat, boleh ke tanpa usrah ? ? ? ada tak usrah kat unikl ? Allahurobbi, engkau lebih tahu , hamba yakin engkau tetapkan yang terbaik ! !
pen off. wallahu'alam.
p/s : sesiapa dapat tawaran temuduga mara, boleh la blog ini membantu > tekan <
p/ss : doa kalian merupakan tembakan yang hanya Allah tahu :) terima kasih, aligator, syukran lillahita'ala !
Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillah, dapat juga nak post pasal resepi yang terpampang di atas :) . harap maklum. jadi, jumpa resepi ini, tengok gambar senang je, ade semua bahan-bahan dan apa lagi, baca molek-molek bahan-bahan, cara-cara dan angkat kaki pergi dapur cari bahan :) fuhhhhh..... bersilat dan macam-macam nak ke jadi sebab first time cuba , apa lagi, malas nak taip yang bukan-bukan jom baca hikayat resepi ini dari A sampai Z ye ! ! !
seperti sedia maklum , ana ada post pasal "review blog masakan" jadi boleh la nak tahu, tekan >sini< Alhamdulillah ! resepi memang mudah dan sedap .
Sumber Resepi oleh laman Naz
Dibuat oleh : umair
*cara-cara dan bahan-bahan copy dari blog kak Naz*
BAHAN KULIT/ CASING :
- Roti gardenia secukupnya
BAHAN-BAHAN INTI :
- 1 biji bawang besar - dicincang
- 2 biji bawang putih - dicincang
- 1/2 camca serbuk lada hitam
- 1 sudu besar sos tiram (yang ni skip sebab bahan tak ada, cuma guna sos cili saja :) )
- 1 sudu besar sos tomato (umair x tambah sos ni sebab tak ada)
- 200 gm - 300 gm isi ayam - dipotong halus (umair guna 3 batang sosej yang dihiris-hiris)
- 5 biji cendawan butang dlm tin - dipotong halus (yang ini tak letak sebab tak ada bahan ini)
- 1 biji telur (yang ni pon umair skip, hehe sebab terlupa)
- Garam secukup rasa
- Keju secukupnya - boleh guna keju parut atau slice cheese
Kaedah penyediaan inti :
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan lada hitam.
- Masukkan ayam dan cendawan. Tumis hingga masak. Sekiranya perlu, masukkan sedikit air supaya ayam betul-betul masak.
- Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
- Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kering.
tambahan : umair gune suhu 170 dalam masa 10 min untuk baked roti .antara gambar yang sempat di-snap-kan oleh hasil kerja umair :)roti kena lenyek dengan penggolek tu , kalau tak ada penggolek tu, guna botol pun boleh !yang pasti permukaan licin la, baru lancar ~setelah dilenyek , umai potong bentuk empat segi, maksudnya, sekeping roti tu potong kepada separuh dan dari separuh potong lagi, agak-agak sama saiz sebab acuan tu kecil macam gambar kat atas ni :) # sekeping roti potong 4 bahagian :) # bersedia untuk dimasukkan ke dalam oven , bagi kulit roti tu keras sikit :)
gune suhu 170 dalam masa 10 minit.
setelah roti tu garing, kita masukkan pula bahan-bahan yang ditumis tadi ^_~ camni la rupanya,macam bunga mekar je...
p/s : tunggu apa lagi, yang singgah baca boleh cuba ! ! senang !Alhamdulillah ! ini hasilnya :)selepas siap baked dalam oven, baunya sama macam bau pizza, adik panggil roti pizza mini ! mungkin sebab tabur cheese atau memang bau sosej tu camtu, hehe... yang pasti sedap dan mudah ! terima kasih kepada kak Naz yg sebarkan idea yang mudah ini . guna roti, dan jadi ! ! !
Bismillahirahmanirahim.... wahhh... jommm.. jemput singgah ! memang menarik... uhhh... sekarang ana nak review blog masakan.. aduhhh.. sedap ke? mesti la sedap jika kita buat ikut resepi mereka kan kan kan... masakan di-review, resepi senang saje, alhamdulillah, hari ini ana buat makanan tu dan jadi wooo.... adooiiii benda ada kat rumah jadi senang la nak buat kalau tak ada agak susah la kan ? ?
ok.. sekarang kite terjah blog rajin ini ye ! ! ! jommm... dijemput singgah :)
oh ye ! rasa-rasanya blog Naz ini memang hot ! sentiasa diterjah gitu.... manfaatkan dunia blog, ini pun dikira ilmu juga kan ^_^ ilmu masakan :)


Bismillahirahmanirahim... sekarang nak cerita pasal pengalaman kita, kita? opss... kita tu maknanya lebih dari seorang kan? atau erti kata lain saya dan awak.. atau awak dan saya... cheeewahh... kemain kite berdua je ke ? ohh tidak, penulis yakin ramai mengalaminya.. berikut adalah pengalaman diri ini, maaf bukan di sini nak membuka aib diri sendiri tapi sama - sama kita muhasabah dan sama - sama kita membetulkannya... ayuh ! ! baca :)
dulu kita mungkin camni :
situasi terlanggar :)
adoi... apsal ko tolak aku ahh? takde mata ke? ke mata letak kat lutut ? lain kali jalan tu tengok la wehh...
ohh.. maaf.. maaf ... tak sengaja... saya nak cepat pastu terlanggar awak.. maafkan saya
situasi marah :
urggghhh ! ! mana pergi fail aku ni? ? ? tadi rasa letak kat sini, tetibe hilang pulak ? ni mesti ada orang ambil nih... haishhh.. tak boleh jadi.... urggghhh...
Alhamdulillah, banyak lagi nak digambarkan peristiwa sekian.. sekian tapi ini lah yang boleh penulis gambarkan... hurmm... kalau hayati situasi di atas, mungkin kita pernah alami.. adoii.. penulis pun pernah juga, biasalah, tidak ada Allah beri ujian melainkan kesanggupan kita... am i right ? ? ? *opssss.... hang speakingg pulak (-_-") *
apa kata kita renung ayat ini dulu dan baru kita buat konklusi :
kalau kita sedar akan ayat ini mesti kita terkejut.... fahamkah kita maksud ayat yang penulis "merahkan" itu ? aduhhh.... Allah.... astaghfirullah.... istighfarlah kita...
dari apa yang penulis faham kat sini, pasal situasi terlanggar tadi tu, mungkin silap kita juga, mana tahu kita pun tak sedar dan tak nampak orang yang langgar kita tu tengah "rushinggg" jadi dia yang "rushingg" pun terlanggar kita, dan seeloknya kita janganlah menghambur kata-kata yang kurang enak itu, eloknya kita minta maaf juga... silap kita... akuilah * dushhh ! kena tembakan post :) *
situasi yang kedua pula marah sebab fail tak jumpa apabila dicari, ohh.. masa ni la syaitan mencucuk jarum ke telinga agar api dalam diri kita yang sedang membara makin kuat meletus... sepatut kita yang kena cekap bab-bab mengurus diri jangan kita bersangka buruk kepada orang lain, kalau tak jumpa sekali pun , Allah kan ada, Allah Maha Mengetahui kan ? ? ? mungkin salah kita letak kat tempat lain tapi cari kat lain pastu tak ingat :) ya Allah ! ! ! silap kita... akuilah * dushhh ! kena tembakan post :) sekali lagi !

kata - kata manis ?
Alhamdulillah ! ehh macam pemilik blog " drops alive " yang buat segmen ni :) semoga maju untuk perniagaan atas talian atau online :) wahhh.... nampak je giveaway untuk muslimah, tertarik sebab tertanya apa sebenarnya segmen ni... ye laa sekarang kan banyak segmen dan macam-macam yang menarik, dan tak salah kita menyemarakkan untuk segmen muslimah, sekarang zaman maju tapi menutup aurat tetap wajib ! dan menjadi tanggungjawab saya sebagai muslimah tetap akan sokong segmen macam ni dengan cara meriahkan segmen , mudah - mudahan , mungkin membantu muslimah-muslimah di dunia maya untuk membuat kiriman, tak mustahil . sekarang ni pun tak banyak kedai yang menjual barang muslimah sebab.... tettttt..... sedih la juga bila ditanya kepada penjual..
akak ! tudung labuh ade jual tak ? yang camni *tunjuk yang diri ini pakai*
oh... maaf dik, tak ada lah sebab sekarang trend tudung camni je * yang labuh tu tak ada yang nak beli.... *tudung yang terus serkup tuu.... ala tudung yang express tuu... *
@_@ " terkesima.... sebab trend. mungkin. aduhh... memang susah nak jumpa .
jadi , buat blog "Ruang Muslimah" , yakinlah usaha anda ini Allah permudah. Dengan izin Allah... sekarang zaman kembali asing *. In shaa allah, Allah permudahkan usaha kalian :)
* asing disini bermaksud sekarang muslimah yang pakai tudung labuh di anggap pelik sedangkan yang free hair dianggap kebiasaan, jadi tugas kita adalah menyenangkan muslimah yang berkeinginan ke arah itu . moga Allah permudah urusan perniagaan ini :)
buat kaum hawa, hati mu lembut dan mudah terikut, jika dalam hati kalian ter-jentik, ter-sentap atau ter-tampar dan terasa untuk melabuhkan tudung dan janganlah ragu-ragu untuk berubah kerana berasa "jelik" dengan fesyen sebegitu kerana dirimu begitu berharga di sisi Allah.... renungkanlah :) selamat beramal !
wallahu'alam :)

Dan katakanlah (Muhammad) , ya Tuhanku masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolong-(Ku)*
*huraian dari tafsiran ini : Memohon kepada Allah agar kita memasuki suatu ibadah dan selesai daripadanya dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan serta bersih dari ria dan dari sesuatu yang merosakkan pahala. Ayat ini juga mengisyaratkan kepada Nabi agar berhijrah dari Mekkah ke Madinah. Dan ada juga yang menafsirkan memohon kepada Allah agar memasuki kubur dengan baik dan keluar hari berbangkit dengan baik pula
aduhh.... aisehhmenn.... ini ke dikatakan doa untuk bercinta ? yup ! kenapa ? terkejut? maaflah inilah doanya ... doa ini sahabat ana iaitu najwani yang post , sahabat kata doa ni baca masa sujud terakhir dalam solat sunat tahajjud ! *bacalah untuk mendapat petunjuk *
inilah ayat cinta dari Allah untuk kita dan lebih tepat untuk tajuk post ini iaitu doa untuk bercinta juga :) kenapa? bercinta dengan Allah kan bagus... elak dari fitnah lagi :)
berdasarkan gambar bagi post kali ini :
The du'a make at tahajjud is like an arrow which does not miss its target
by Imam As-Shafi'i
.
aku nak menyendiri la sekejap,
menyendiri ? maksudnya ?
aku nak bawa diri aku, bukan menjauh tapi mendekatkan.
moga hajat kamu Allah makhbul !*dialog :
Allah ! andai ini jalannya, diri ini akur. sudah tertampar terjatuh, terkejut dan ter-SEDAR !
mungkin perlu kuatkan azam dan niat yang betul keranaMU,
ada baiknya kita membawa diri :)
menyepikan diri bukan bermakna putus harap tapi mungkin mencari kekuatan
moga Allah makhbul usaha ini !

Alhamdulillah... why that title ? ? ? something happened ? ? eheh ! ada cerita disebalik cerita... akan dicerita untuk manfaat semua.. mungkin membantu tapi buat masa ini, tuan blog post je dulu kata-kata semangat ... ok ? boleh la... skop dakwah itu luas , negara kita malaysia bahkan kita umat islam... islam mengajar kita menghormati agama lain... jika tidak, manakan jadi perjanjian aqabah pertama dan aqabah ke dua...dan juga perjanjian hudaibiyah ? Allah..Allah !

Sesungguhnya , kekasih Allah sendiri yang mendamaikan konflik dua kaum pada zaman nabi dahulu... Allahurobbi ! sama-sama menghormati dan contohi OUR PROPHET, NABI MUHAMMAD SALLALLAHU'ALAIHI WASSALAM ! ! !
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus... surah Al-Fatihah ayat 6"

Assalamualaikum.... Alhamdulillah... ohhh... kita patut bersykur di atas apa yang berlaku, ahhh.. tipu jika kata kita tak sedih tapi kan.. sedih tu boleh tapi jangan la sedih sampai rasa dunia ni dah berakhir... aduhh... kemaaain.. cakap macam ada pengalaman... oh memang ada, semua dan setiap yang membaca ini akan ada masalah walaupun sekali dalam sehari, dan jangan ingat masa hidup je ada masalah tapi bila dah meninggal pun masih ada masalah... hurmm.... ada yang berbunyi,
kita ni hidup memang susah, nanti mati pun susah, aik? mati pon susah ? kenape? iye lah ingat senang ke , hamba-hamba Allah yang dah termaktub akan menguruskan jenazah si mati itu , mestilah yang nak menguruskan jenazah tu bagi yang terbaik untuk si mati. iaitu memandikan kita, mengkafankan kita dan seterusnya menyembahyangkan kita.... hurmmmm..... berfikir sejenak....
ohh... ada betulnya... jadi kita ni jangan lah mengeluh .. terus dan teruslah berdoa agar dimatikan dalam keadaan beriman dan Allah rahmati hidup kita, dan bertaubatlah dengan dosa-dosa yang lalu, Allah kan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang , moga kita berjumpa di jannah dengan wajah yang berseri-seri..... aamiin ya rabb ! ! !
Allah ! tertampar... aduhhh.... besarnya harapan sahabat - sahabat seusrah tatkala mengatakan ayat ini : "moga kita berjumpa dan berkumpul di Jannah Allah " .... menitik airmata... aku hamba yang lemah, berjayakah aku ? sama-sama kita berfikir dan terus berfikir.... dan peganglah dengan ayat ini :
Assalamualaikum... Bismillahirahmanirahim... akhirnya,
BERTUKAR ! ! !
aik? macam cerita "Kamen Rider" la pula.
maaf, blog sedang baikpulih, jadi sebarang masalah teknikal, mohon maafkan =)
p/s : selamat buat yang puasa sunat khamis, hari ini. Allah yubarik !
*lihatlah apa yang Allah cipta, sesungguhnya hati yang gundah akan hilang dan kamu akan berfikir, hebatnya Allah ! gundah pun Allah yang hadirkan, berbaliklah kepadanya.. wallahu'alam*
Bismillahirahmanirahim.alhamdulillah ! dapat lagi kita hirup udara segar dan berdoalah agar malam ni kita wafat sughra dalam jagaan Allah ^_^ ! ! !
Dulu, kita duk jenguk-jenguk blog yang ade tuto tuu.. adduuhhh ! maju dan rajin mujahid yang hensem dan mujahidah yang comey tu... mahir dalam bidang blogger la katakan, kita nih, pemilik drops.alive tak mahir bab - bab menyelongkar dan menambah blog bagai =_= " kita cuma survey dan belajar dari tuto mereka semua... jadi maknanya, perkongsian ilmu berlaku ! oh itu salah satu matlamat ada blog ni :) itu sudah bagus ! hehe... alhamdulillah !
taksub sangat ke ? haish mana ade, ni nak log out blog pastu terperasan, apsal nombor camtu ? ke mata salah tengok ? pastu berhenti jap ! dan tengok leklok =_= " haish ~ nak buat kenangan la, terus di-print screen-kan >_< saja nak buat tentang ni, unik ? mungkin ~

Alhamdulillah, rezeki ! mungkin pertama kali ! oh ye ! dah lama sebenarnya, tapi masa tu tuan blog " DroPs.AlivE " sibuk rasanya , jadi tak ingat nak buat post pasal pemilihan ini semua, ana asif jiddan! bukan tak kenang budi tapi baru sekarang ada masa , terima kasih kepada tuan blog " S Y I E R A" kerana memilih blog yang serba serbi berusaha menyampaikan untuk manfaat semua , melalui cara menaip ini dapat tuan blog menyampaikan ilmu walau satu ayat !
opssss ! ilmu untuk disebar dan ini salah satu , dan mungkin ini salah satu wasilah untuk kita laksanakan amar ma'aruf nahi mungkar ! mungkin melalui penulisan laman maya ini lebih menyentuh hati , sebab, kebiasannya termasuk mata tukang taip ini sendiri akan membaca dengan penuh perhatian dan menutup semua lagu yang berkumandang !
*jap ! jika lagu yang memang auto-play, macam blog ana sendiri !, ana akan off-kan sound laptop >_< sebab nak hayati bait-bait das-das tembakan tuu ~ lalalala *
dan jujur, ana pernah tertampar dengan post- post yang sarat dengan peluru - peluru untuk kita berasa hati , yesss berasa hati yang baik ! no problem , mata hati ini masih boleh berfikir mana yang baik, mana yang buruk, biiznillah !
Alhamdulillah ! kemaiin lagi sekarang ! segmen blogger muslimah ! aduh.. mendalam sebenarnya maksud "BLOGGER MUSLIMAH" tu, orhhh.. minum kopi panas pastu pekena pula dengan jemput-jemput bawang yang sedap pasti asyiik ! ! !
oh ye ! terlupa, dalam arus moden ini jangan dilupa , kita mulia kerana islam ! islam datang dalam keadaan asing semasa ZAMAN JAHILLIYAH ! tapi sekarang zaman maju tapi....
*sendiri jawab la dan berfikir apa yang sepatutnya berlaku dan apa yang sedang berlaku pada muslimah yang Allah cipta sekarang, patuhkah kita dengan suruhannya ! takutkah kita dengan larangannya ? Alllahurobbi ! Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang !*
Duhai kaum hawa, andai terdetik dalam hati mu untuk berubah ! yakinlah Allah ada untuk menguatkanmu untuk berubah ! kembalilah dalam keadaan asing !
*asing disini bermaksud, jika ramai yang tudung serba singkat dan up-to-date, kita labuhkan menutupi dada, dan tutuplah aurat kerana dirimu begitu berharga di sisi Allah ! bukan ke termaktub dalam Al-Quran surah tentang perempuan? iaitu Surah An-Nisa' ^_^