

p/s : oh kali ini pesanan penaip letak kat atas sekali :
sesiapa yang tak pernah ambil biologi dan ambil bidang ini ? atau sedikit kata-kata semangat... ohh berdebar hanya Allah yang tahu, mana taknya, dulu form 4 dan spm, ambil Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuteraan ... Allah ! tak ada biologi..... gulppp.... @_@
Alhamdulillah, sedikit pengisian tentang diploma kejuteraan kimia teknologi dalam makanan . sesudah meneroka alam maya yang sikit ini.. ohh ilmu Allah lagi luas tau ! inilah hasilnya :
Apakah itu Teknologi Kejuruteraan Kimia Makanan?
Pelajar akan mempelajari tentang pemprosesan makanan, iaitu bagaimana suatu produk makanan dihasilkan dengan bermula dari
bahan mentah yang diproses kepada satu produk makanan yang lengkap dan boleh dipasarkan kepada pengguna & orang ramai.
Disamping itu, pelajar juga akan
mempelajari aspek-aspek penting lain seperti
mikro biologi makanan, biokimia makanan, sifat-sifat kimiawi, makanan analis, pemilaina deria makanan, akta & perundangan makanan termasuklah haram & halal.
Pelajar akan berpeluang mendapat pekerjaan dalam bidang yang berkaitan dengan makanan samada di sektor kerajaan atau swasta. Diantaranya adalah seperti kementerian Kesihatan, MARDI, SIRIM, MPOB, KFC, kilang penghasilan makanan seperti coklat, susu dan sebagainya yang berkaitan dengan Teknologi Makanan.
Syarat-syarat kemasukan bidang ini :
Program Diploma
Lulus SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya lima (5)
Kepujian dalam subjek berikut:
Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan
2 subjek lain SERTA sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris
*Kepujian dalam subjek Kimia adalah diharuskan bagi UniKL MICET
(Bagi Kursus Bioproses atau Teknologi Makanan, sekurang-kurangnya kepujian dalam Biologi dan lulus subjek Kimia)

suatu hari nanti, Allahumma yassir wala tu'assir !