status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Thursday, April 25, 2013

cintakan agama Allah memang penuh mehnah, sabarlah ~




sumber tumblr

Alhamdulillah, ana nak kongsi satu benda untuk semua, kemaaiin penaip , ingat ada yang baca ke? hurmm... bukan nak angkuh, tapi follower ana 224, memang semua 224 tak baca tapi ana yakin dalam 224 akan ada seorang hamba Allah yang akan dan sudi baca .. Allah.. ana juga hamba lemah, lagi hina, menyampaikan sekadar termampu..... 
mungkin bukan sekarang ana untuk bergiat kesana kesini dengan konferens riang, mungkin akan datang, aturan Allah terbaik, ana berkecamuk nak ikut serta ! !  ana nak jaga hati ibu dan abah, ana nak terus berada dalam sehati sejiwa " zuhrah " , ana turut apa yang baik, ana tahu semua tu ujian orang yang berjuang , ana tak nafikan, ayat itu sering mengingatkan ana, kita kan berjuang sama - sama , jadi bila lemah ada yang mengingatkan dengan janji-janji Allah , tapi dalam masa sama ana berbelah bahagi, setiap kali mengutarakan kehendak.. ehhh bukan kehendak tapi keperluan......

keperluan ana nak konferens, pasti situasi yang lembut umpama disapa angin bayu, aduhh.. akan bertukar hangat dan tegang, bukan tak usaha, tapi ana berfikir daripada tegang baik ana turut kata ibu dan abah, wahai sahabat ampunkan khilafku. bukan sekarang masanya, andai maut yang menjemput, doakan ana tenang ... ana usaha tapi mungkin ada silap, ana... hati ana berbisik :

" wahai insan yang bertuah dan senang untuk membolosi dengan penuh riang dan tawa dan sakan ke sana ke sini, bersyukurlah kalian, kerana ada peluang, jangan disia-siakan, ingatlah kita menuju matlamat yang satu tapi setiap seorang ujian lain-lain, maafkan ana. ana hargai semua yang prihatin dan bersyukur Allah pertemukan kita di taman tarbiah selama 5 tahun, "

in shaa Allah, ana dah mengikat janji, iaitu janji ana akan berjuang ! macam mana ana mengikat janji ? ? ? kalian yang membaca pasti tertanya.... bukan ke Allah berfirman yang kita umat nabi Muhammad umat yang terbaik, kenapa macam tu ? ?  sebab Al-quran dan ayat ayat suci al-quran diturunkan pada zaman nabi Muhammad iaitu nabi yang terakhir , nabi yang sangat sayangkan umatnya, siapa kita nak menafikan, aduhhhh... mutiara jernih menurut laju menurun di curam pipi ..... Allah ! ! ! sollu'ala nabi ! !
Menurut firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 110:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Siapakah umat terbaik?
Mereka yang bertakwa dan beriman kepada Allah; yang lebih baik adalah Ahli Kitab yang beriman (mereka yang memahami Al-Quran dan mengamalkannya).

Kenapa begitu ya?!!
- Kerana dengan memahami Al-Quran, barulah merasai apakah iman itu. ayuhlah kita memahami ayat al-quran, daripada kita berkobar-kobar nak kejar khatamkan al-quran dengan cepat tanpa tadabbur, kan lebih elok kita tadabbur satu ayat suci Allah dengan terperinci. bila kita tadabbur satu-persatu ayat tu dan faham, mungkin mendekatkan kita kepada Allah. # tadi ada kuliah solat masa asar dekat tv al-hijrah. ringankan diri mendengar tau ! ana petik daripada rancangan tersebut !





 sumber tumblr 

 Wahai pembaca nukilan ana yang seciput ini, bukan ke termaktub dalam Al-Quran yang kita merupakan umat terbaik dan sebahagian menjalan amar ma'ruf nahi mungkar ... ana tetap akan perjuangkan amar ma'ruf nahi mungkar ! in shaa Allah !dan amatlah beruntung jika Allah membeli kita untuk berjuang atas jalan yang benar ! jalan yang memang penuh mehnah,, arghhhhhh ! ana meronta nak pergi ....................................

sesungguhnya cintakan agama Allah memang penuh mehnah, sabarlah ~
p/s : hidup ini tanpa ujian ibarat tak ada ummphhhhh ~ tak asyik kata orang !
p/ss : sapa paham kenapa tajuk camtu ? hurmmm.... tembakan doa kalian Allah yang dengar !
 Allah yubarikkum ! ! !



3 comments:

naj_berrygurl said...

i like!

حميده بنت عبد اللطيف said...

umair....we try our best...inshaallah pertolonganNYA bersama umair...memang pahit...kita teroka kmbali kisah SAAD BIN WAQAS...bagaimana dia sanggup berjihad...walau ibu mengugut xmahu makan....MUS'AB bin umair...beliau tetap masuk ISLAM walau ibu xbg..dihalau keluarga..wallahualam...

Nur Fahz said...

Setiap amal; meliputi kepercayaan, tutur kata dan perbuatan, ada balasan yang sesuai dengannya, samada baik atau sebaliknya ; dan segala kesenangan serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat adalah hasil dari kepatuhan ( Islam ) yang sempurna dalam mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...