status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Sunday, April 7, 2013

ada baiknya kita membawa diri sendiri :)

* sumber tumblr *



 
 
sumber tumblr
aku nak menyendiri la sekejap, 
menyendiri ? maksudnya ?
aku nak bawa diri aku, bukan menjauh tapi mendekatkan.
moga hajat kamu Allah makhbul !
 *dialog :
hati
jiwa

Allah ! andai ini jalannya, diri ini akur. sudah tertampar terjatuh, terkejut dan ter-SEDAR !
mungkin perlu kuatkan azam dan niat yang betul keranaMU,
ada baiknya kita membawa diri :)
menyepikan diri bukan bermakna putus harap tapi mungkin mencari kekuatan


moga Allah makhbul usaha ini !

sumber tumblr

wallahu'alam.

Saturday, April 6, 2013

kita bukan sendirian tapi. ^_^

* sumber tumblr *

  
 
Alhamdulillah... why that title ? ? ? something happened ? ? eheh ! ada cerita disebalik cerita... akan dicerita untuk manfaat semua.. mungkin membantu tapi buat masa ini, tuan blog post je dulu kata-kata semangat ... ok ? boleh la... skop dakwah itu luas , negara kita malaysia bahkan kita umat islam... islam mengajar kita menghormati agama lain... jika tidak, manakan jadi perjanjian aqabah pertama dan aqabah ke dua...dan juga perjanjian hudaibiyah ? Allah..Allah !


* sumber tumblr *

Sesungguhnya , kekasih Allah sendiri yang mendamaikan konflik dua kaum pada zaman nabi dahulu... Allahurobbi ! sama-sama menghormati dan contohi OUR PROPHET, NABI MUHAMMAD SALLALLAHU'ALAIHI WASSALAM !  !  ! 

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus... surah Al-Fatihah ayat 6" 


* sumber tumblr * 

wallahu'alam

p/s : 
terima kasih buat novelis yang follow... siap masuk bloglist lagi... terkejut dan terus buka tab kat blog izzah yg " Hasil Beranganu :D " sebab rasa macam tak percaya :) hehe
Allah ! diri ini sama umur rupanya dengan izzah haneefa... selamat maju jaya !
ayuh berganding bahu ! salam ukhwah lillahita'ala.. biiznillah !!!



Friday, April 5, 2013

"Birthday Giveaway Nur Alja"

 

Photobucket

Assalamualaikum.... Bismillahirahmanirahim...

macam menarik ! jom  meriah...

sempat lagi ni rasanya...

tekan banner ! kasi gempak !

* jom baca ini ! ! - - -  > tekan  *








Thursday, April 4, 2013

yang diminta tak dapat sebab ada yang lebih baik..

 
 

* sumber tumblr  *


Assalamualaikum.... Alhamdulillah... ohhh... kita patut bersykur di atas apa yang berlaku, ahhh.. tipu jika kata kita tak sedih tapi kan.. sedih tu boleh tapi jangan la sedih sampai rasa dunia ni dah berakhir... aduhh... kemaaain.. cakap macam ada pengalaman... oh memang ada, semua dan setiap yang membaca ini akan ada masalah walaupun sekali dalam sehari, dan jangan ingat masa hidup je ada masalah tapi bila dah meninggal pun masih ada masalah... hurmm.... ada yang berbunyi,


kita ni hidup memang susah, nanti mati pun susah, aik? mati pon susah ? kenape? iye lah ingat senang ke , hamba-hamba Allah yang dah termaktub akan menguruskan  jenazah si mati itu , mestilah yang nak menguruskan jenazah tu bagi yang terbaik untuk si mati. iaitu memandikan kita, mengkafankan kita dan seterusnya menyembahyangkan kita.... hurmmmm..... berfikir sejenak....


ohh... ada betulnya... jadi kita ni jangan lah mengeluh .. terus dan teruslah  berdoa agar dimatikan dalam keadaan beriman dan Allah rahmati hidup kita, dan bertaubatlah dengan dosa-dosa yang lalu, Allah kan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang , moga kita berjumpa di jannah dengan  wajah yang berseri-seri..... aamiin ya rabb ! ! !

Allah ! tertampar... aduhhh.... besarnya harapan sahabat - sahabat seusrah tatkala mengatakan ayat ini : "moga kita berjumpa dan berkumpul di Jannah Allah " .... menitik airmata... aku hamba yang lemah, berjayakah aku ? sama-sama kita berfikir dan terus berfikir.... dan peganglah dengan ayat ini :

" yang diminta tak dapat sebab ada yang lebih baik "


wallahu'alam

p/s : selamat berbuka buat yang berpuasa hari ini. khamis.
p/ss : ayuh ! jihad !   


blog sedang dibaikpulih.


*sumber tumblr *


Assalamualaikum... Bismillahirahmanirahim... akhirnya,
BERTUKAR ! ! !

aik? macam cerita "Kamen Rider"  la pula.
 maaf, blog sedang baikpulih, jadi sebarang masalah teknikal, mohon maafkan =)
p/s : selamat buat yang puasa sunat khamis, hari ini. Allah yubarik !

Monday, April 1, 2013

taksub sangat ke ?

 
*lihatlah apa yang Allah cipta, sesungguhnya hati yang gundah akan hilang dan kamu akan berfikir, hebatnya Allah ! gundah pun Allah yang hadirkan, berbaliklah kepadanya.. wallahu'alam*
 
 
 

Bismillahirahmanirahim.alhamdulillah ! dapat lagi kita hirup udara segar dan berdoalah agar malam ni kita  wafat sughra dalam jagaan Allah ^_^  ! ! !

Dulu, kita duk jenguk-jenguk blog yang ade tuto tuu.. adduuhhh ! maju dan rajin mujahid yang hensem dan mujahidah yang comey tu... mahir dalam bidang blogger la katakan, kita nih, pemilik drops.alive tak mahir bab - bab menyelongkar dan menambah blog bagai =_= " kita cuma survey dan belajar dari tuto mereka semua... jadi maknanya, perkongsian ilmu berlaku ! oh itu salah satu matlamat ada blog ni :) itu sudah bagus ! hehe... alhamdulillah !

taksub sangat ke ? haish mana ade, ni nak log out blog pastu terperasan, apsal nombor camtu ? ke mata salah tengok ? pastu berhenti jap ! dan tengok leklok =_= " haish  ~ nak buat kenangan la, terus di-print screen-kan >_<  saja nak buat tentang ni, unik ? mungkin ~
JOM LAYAN GAMBAR YE !


12345 pageviews ^_^ moga pageviews ni manfaat untuk semua !

333 posts ^_~ , moga apa yang di-post ini membina !

wallahu'alam


 

ada caranya ~ HLife

 
 

Bismillahirahmanirahim....
mungkin inilah caranya, ada caranya...
 
sudah lama duk survey dan baca blog kak rai !
memang menarik minat !
syukran ! terima kasih !
*dalam russia bahasa apa untuk thank you ?*

kena ikut cakap coach !
jangan pakat tibai je =_= "

esok ! bermula suatu pengembaraan !

moga selepas ini mengurangkan penyakit asthma dan resdung !
 
wallahu'alam 
 
p/s : tahniah buat sahabat-sahabat yang dah dapat offer letter masuk universiti ^_~ !

 
 


Alhamdulillah ! rezeki menang !

 
 
 
 # blog S Y I E R A #
  
 
 
* setelah di " print screen  " *
Alhamdulillah, rezeki ! mungkin pertama kali ! oh ye ! dah lama sebenarnya, tapi masa tu tuan blog " DroPs.AlivE " sibuk rasanya , jadi tak ingat nak buat post pasal pemilihan ini semua, ana asif jiddan! bukan tak kenang budi tapi baru sekarang ada masa , terima kasih kepada tuan blog  " S Y I E R A" kerana memilih blog yang serba serbi berusaha menyampaikan untuk manfaat semua , melalui cara menaip ini dapat tuan blog menyampaikan ilmu walau satu ayat !

opssss ! ilmu untuk disebar dan ini salah satu , dan mungkin ini salah satu wasilah untuk kita laksanakan amar ma'aruf nahi mungkar ! mungkin melalui penulisan laman maya ini lebih menyentuh hati , sebab, kebiasannya termasuk mata tukang taip ini sendiri akan membaca dengan penuh perhatian dan menutup semua lagu yang berkumandang !

*jap ! jika lagu yang memang auto-play,  macam blog ana sendiri !, ana akan off-kan sound laptop  >_< sebab nak hayati bait-bait das-das tembakan tuu ~ lalalala *
dan jujur, ana pernah tertampar dengan post- post yang sarat dengan peluru - peluru untuk kita berasa hati , yesss berasa hati yang baik ! no problem , mata hati ini masih boleh berfikir mana yang baik, mana yang buruk, biiznillah !

wallahu'alam.

p/s : terima kasih sebab memilih blog ini , moga Allah permudah urusan tuan blog syiera ^_~
p/ss : terima kasih kerana sudi memberi teguran, teguran ini membina sebenarnya, bukan menjatuhkan !
p/sss : nanti sudi - sudi jejak post di sini ye  > hot <


hOt tajuk nih.. baca jap !

 
# tekan gambar ini terus ke blog mujahid yang awesome # 
*tuan blog ini melepas nak letak link sebab dah TAMAT =_=" *
*Pinjam gambar ni ye tuan Fizgraphic*

 

Alhamdulillah ! kemaiin lagi sekarang ! segmen blogger muslimah ! aduh.. mendalam sebenarnya maksud "BLOGGER MUSLIMAH" tu, orhhh.. minum kopi panas pastu pekena pula dengan jemput-jemput bawang yang sedap pasti asyiik ! ! !


oh ye ! terlupa, dalam arus moden ini jangan dilupa , kita mulia kerana islam ! islam datang dalam keadaan asing semasa ZAMAN JAHILLIYAH ! tapi sekarang zaman maju tapi....


*sendiri jawab la dan berfikir apa yang sepatutnya berlaku dan apa yang sedang berlaku pada muslimah yang Allah cipta sekarang, patuhkah kita dengan suruhannya ! takutkah kita dengan larangannya ? Alllahurobbi ! Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang !*

konklusi :
Duhai kaum hawa, andai terdetik dalam hati mu untuk berubah ! yakinlah Allah ada untuk menguatkanmu untuk berubah ! kembalilah dalam keadaan asing !

*asing disini bermaksud, jika ramai yang tudung serba singkat dan up-to-date, kita labuhkan menutupi dada, dan tutuplah aurat kerana dirimu begitu berharga di sisi Allah ! bukan ke termaktub dalam Al-Quran surah tentang perempuan? iaitu Surah An-Nisa' ^_^

wallahu'alam... 

 meriahkan segmen !


Sunday, March 31, 2013

" Mini Giveaway Aisyah Humaira' "

 
 
deadline : 31/3/13
 
 
hari ni tamat ? tapi try je la... lama dah bersarang dalam draft .
apsal tak post awal-awal ? sebab ade masalah teknikal !...
buat kak niera dan para sponsor, mohon maaf jika menyusahkan.
JOin !


Saturday, March 30, 2013

waaaa...... ini tak mungkin berlaku !



 

"Boleh ke tak ni ? haish ini tak mungkin berlaku ! " *macam tajuk post =_=,*
"Yakin Allah tolong ! benda baik, takkan tak yakin ? so please, try dulu..... dalam kepala berfikir , dan terus berfikir , so guys should i ? yes ! u should ! hurmm otak hati jiwa bercampur menjadi satu untuk menggerap langkah seterusnya ! yakin ! niat baik , Allah tolong ! ! ! !  "
*dialog hati, fikiran, jiwa =_="
dialog negatif 
dialog positif

Alhamdulillah ! gaya penulisan ? adooooo... mungkin ini perlu ! zaman makin maju hatta manusia boleh cipta robot yang menyerupai manusia sendiri... oh ! tidakkk ! nak cipta manusia hanya Allah yang maha Pencipta termasuklah otak yang non-muslim ! ! ! jangan kita nak fikir zat Allah iaitu cara Allah cipta ! tapi kita fikir apa yang Allah cipta ! can u all get it ?








maksudnya jangan fikir macam mana Allah buat tapi kita fikir ciptaan Allah itu... sebab ilmu kita terbatas, ilmu Allah itu meluas jadi yang cerdik tu hanya pinjaman dan yang kurang cerdik tidak ada sebenarnya sebab kita umat manusia yang terbaik ! ! ! umat baginda rasulullah sallallahu'alaihiwassalam ! nak bukti ? ok, sekejap nak surf tafsir ! ! ! nah ambil lah dan baca !  *tekan sini *:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.

(QS. Ali 'Imran : 110)



oh ! dah tersasul ke lain pula, asif ! berbalik kepada tajuk post ini, apa yang nak dirungkai ? kalau baca sekilas mesti ingat sesuatu yang menarik ! maybe ^_^ tapi kalau dua tiga kali baca tajuk , baca tajuk ye ! mesti kita akan berfikir, haish negatif betul tajuk ni, kenapa mesti negatif, be positive please ! ! ! 




dalam hiruk pikuk kota, aduhhh aisehmenn.... hiruk pikuk kota tu sekadar cetakan di wall ini saja, sejujurnya diri ini pon tiada idea, ada benda nak kongsi dan taip tapi, mungkin memerlukan masa nak refresh balik semua tu.. adoooooo.. penaip sakit ke? ohhh tidak ! alhamdulillah sihat dengan senyuman lagi.. cheewahhh ! 



konklusi :

jadi, moga post kali ini dapat mengubat jiwa dan hati pembaca walaupun sikit ! sampaikan walau satu ayat !
mohon maaf jika ada tersasul tertaip perkataan yang tidak sepatutnya ditaip ! mohon teguran jika salah !

p/s : * buat sahabat yang peka akan diri tuan blog ini, terima kasih dari ana  >_<
p/ss : *moga post ini mengubat mata sahabat yang menanti ! syukran
p/sss : * asif = maaf dalam bahasa arab !

tinta  kasih dari ,
umair





Monday, March 25, 2013

mohon pandangan ! tolong ! !

 
 
 
 
 
 
Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillah dapat lagi nak mengePOST !

sekadar berkongsi, serius. mohon saudara-saudara seummah, seislam sekalian,
baik muslimin mahupun muslimat ! semua hebat , diri ini baru nak menyelongkar duni luar sana ! !
doakan penaip selamat dan boleh bawa diri untuk mencapai redha Allah dan membawa imej ISLAM !
kita mulia kerana ISLAM ! remember iT !

di sini ana ingin menyebar apa yang ditemui di laman facebook, mohon beri pendapat !

Matrik
Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
Nak masuk susah (Contra)
Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
Kurang praktikal (Contra)
Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Asasi / Foundation
Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
Nak masuk susah (Contra)
Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
Kurang praktikal (Contra)
Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Diploma
Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
Pembelajaran lebih relax. (Pro)
Mungkin melekakan. (Contra)
Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.

Tahmidi (USIM)
Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Aku pun tak berapa tahu. Tapi apa yang aku tahu, ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
Perlu power bahasa arab.

Form 6
Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
Korang score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure korang boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).

p/s : kalau form 5 spm 2012 pon boleh bagi pendapat ! mohon .
p/ss : ini dikira diskusi juga ^_^

Saturday, March 23, 2013

public but for me ! read it !

Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim...
dah dua hari berlalu, sekejap je masa, khamis, 21 mac 2013 dah sejarah ! ! sejarah untuk diri ini dan sahabat-sahabat spm ^_^ i must be strong ! try be strong ! dan muhasabah balik, mesti ada yang tak kena ni, dan memang ada, berbalik kepada Allah semula sebab ujian dari Allah dan diri kita pun Allah yang cipta ! jadi konklusi, Allah tahu yang terbaik untuk kita so, layan gambar di bawah,














that all, SPM is history 
history make me want revenged ! ! !


 # mabruk = tahniah kepada semua calon SPM 2012 #

buat pembaca blog ini, cukuplah doakan penaip senyap ini,
tabah dan kuat untuk berusaha !
yakin dengan janji Allah ! spread ISLAM with you # me and us !#
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.

(QS. Ali 'Imran : 110)










eX- sPm 2012... ^_^

   
senja akan berlalu dengan malam menjelma dan bumi akan berputar dan siang akan menyinari dengan cahaya matahari panas dan menghangatkan ...

shine your way !

Alhamdulillah... saya lulus dengan cemerlang ! !
baca molek tu, LULUS ! ! !

jadi, rezeki Allah tu melata dan banyak atas muka bumi ini,
jangan give-up ! kita bangkit kembali !
shine ! yes we will be shineeeeeeeeeee.....
shine your way !
p/s : nak kongsi dekat blog apa yang diri ini rasai.. tapi sebagai pengajaran dan kisah itu menjadi pembakar semangat ana untuk berubah ! berubah ? berubah dan berusaha !
p/ss : diri ini kena " be strong" for ? for my beloved parents ! bila anak kuat ! mak ayah mesti lega !
tak nak sedih-sedih.. masa masih panjang dan Allah uji sebab sayangkan HambaNYA !
firman Allah : Allah tidak akan menguji hambanyaa melainkan kesanggupannya !
termaktub yang Allah uji memang kuat ! ! be strong ! be positive ! revenged ! ! !

Segmen Sabtu by Pn.Qalesyha & Emas Putih


Assalamualaikum




Alhamdulillah ! jom join segmen... semarakkan dunia blog , mungkin ? ? ^_^

tekan  > sini < deadline : 24 MAC 2013 # 11.59 PM

Monday, March 18, 2013

CerPen : lega ~ enti dan ana

 
 
assalamualaikum !
  

Alhamdulillah ! Lega ! !  aik? result tak keluar dah lega ?  ? mana ada ! ! ni tak ada kaitan dengan keputusan SPM =)  jom baca kisah enti dan ana ! ! moga cerita ini memberi manfaat bersama ! !

suatu petang yang damai, enti bertemu dengan ana, lama merancang.. lama ber'chatting' di laman terkemuka itu,Facebook... akhirnya Allah aturkan kami berjumpa ! dia lain, lain sangat-sangat ! ! ! mungkin lama tak berjumpa jadi lain dari biasa yang dulu 5 tahun bersama.... dirinya tegas tapi lembut... mula-mula kenal macam, haish ! bekengnya, garangnya tapi itu mula-mula sekarang, lama-lama =) oh ye ! suatu hari....





 Part 1 # enti dan ana #

Masa itu dalam lebih kurang sebelum zohor,nampak enti dalam kelam kabut, macam ada nak selesaikan sesuatu, ana terus menggerakkan kaki, kepingin nak tahu, enti tu macam memerlukan seseorang tapi mungkin enti malu nak meminta, jadi ana menawarkan diri dengan bertanya :
"enti ! kenapa ni ? nak ke mana ? ana boleh aje nak ikut =) dalam hati memang nak ikut sebab mana tahu selepas ni dah tak ada ruang untuk ana mengenali dia ^_^" 

dia sebenarnya nak ke pejabat untuk menguruskan sesuatu urusan tapi segan sebab dia seorang je muslimah, dekat pejabat tu suasananya muslimin kebanyakkan, tanpa dia sempat bertanya, ana pun terus berkata :
nak ikut enti ! nak teman, jom minta izin dengan amirah kita !
oh ye ! sebagai adab, kita sebagai pekerja yang mempunyai ketua, jadi kena minta izinlah ! baru erat hubungan antara pekerja dan ketua ! ! #sedikit petua untuk mendapat keberkatan melakukan kerja ^_^ #

akhirnya, ketua ana memahami dan mengizinkan enti dan ana pergi ! Alhamdulillah ! dapat lampu hijau ! apa lagi terus laju je kaki-kaki kami memakai capal masing-masing,bukan gaduh nak sampai kat pejabat tu tapi kami ada destinasi dan kerja yang belum beres sebenarnya jadi sedaya upaya kami hayunkan kaki ke sana !

bersyukur ! di bawah cahaya mentari yang terik ! kami sampai, tak lama, sekejap je sebab jarak pejabat dengan tempat kami tadi tak jauh, berlalulah kami dengan sabar ke pejabat tersebut, alhamdulillah, Allah permudah urusan enti tadi, sampai je, terus puan yang bertugas tu panggil enti dan masuklah dia ke dalam pejabatnya ! agak selesa di dalam pejabat tu, aircond, sejuk, semua baru.. dulu tak macam ini =)
semakin maju tempat ini ! tahun depan macam mana pula ? ?  dalam hati ana sementara menunggu enti berurusan di dalam bilik puan tersebut, ohhh.. ana tunggu di luar bilik sebab tak ada kerusi nak duduk lagipun enti tengah menyelesaikan masalahnya jadi baik ana tunggu diluar . dialog hati ana :
" wahhh ! besar juga pejabat ini, dulu tak ada semua ni, sekarang dah maju, siap ade bilik rehat, set meja dan kerusi lagi ^_^ memang maju, rezeki Allah bagi ! ! "
 tiba-tiba, tuan HEM menyapa ana yang sedang berdialog sendiri , :
"ada apa-apa yang nak tambah ? semua ok ? kalau ada baik bagitahu sekarang ! aduhh ! tuan, ana ni mana tahu bab-bab tambah-menambah, tu la tak ambil tahu sangat, kang tak tahu nak jawab apa... diam... lama tu dapat satu idea, enti ! nak tambah apa-apa tak? tuan tanya ni.. #dalam hati, ya Allah, permudahlah kami ! # "
satu kesalahan ana : tak ambil tahu semua perkara yang dirancang ! iktibar, selepas ini ke tahu semua atau erti kata lain kena tahu dari A sampai Z !


part 2 # enti dan ana #

alhamdulillah ! enti pandai menambah dan akhirnya keluarlah cerita pasal air mineral =)
akhirnya dapatlah rezeki ! sekotak air mineral, mabruk enti ! usai enti siap dengan jayanya ! kami pun bergerak hendak meninggalkan pejabat ! tapi dalam hati ana, aduhh... kena angkat sekotak air mineral ? ?
ana minta cadangan dari enti : "enti ! nak minta tolong muslimin angkat ? panas ni. berat pula tu.."
tiba-tiba, enti jawab tak apa, kita boleh ! ! ! Allah ! sahabat ana memang yakin! lalu ana angkat keluar dari pejabat dengan kudrat yang ada sebagai muslimah ^_~.... sambil berjalan tu, ana bertanya pada enti, macam mana urusan tadi ? ok? beres ? Alhamdulillah, enti jawab, beres !


Berlalulah enti dan ana ke destionasi kami yang tergendala sebentar tadi , kami menuju secepat mungkin untuk bekerja, almaklumlah kami bekerja ada ketua ! jadi kena cepat-cepat sampai ke sana, tiba-tiba dalam perjalanan tu, enti pun bersuara, meh ana bawa kotak ni ! haishh, takpe lah ana bawa ! nak sampai dah ni..enti tetap berkeras nak bawa ! ini dialog kami :

meh ah, kekgi enti sakit kang, enti kang lelah ! ! !
adoiii ! ! angkat kotak mana ada dapat lelah tu semua.. 
mari la ana bawa, meh la ! #berharap muka enti merayu !#
enti
ana 

jadi, ana pun bagilah kotak tu dan enti yang bawa ! ana tetiba terfikir dalam hati , ya Allah ! baiknya sahabat ana, caring ! sayang ! ye ! sayang sahabat lagi sweet dari "couple" jujur, ana tak pernah merasai alam "couple" dan seangkatan dengannya dan mohon Allah jaga diri ana dan kaum hawa yang lain ! dan akhirnya ana merasai nikmat kasih sayang sahabat ! lillahita'ala ! biiznillah ! uhibbukifillah ! ana memang memaksudkannya *mendalam !*


Alhamdulillah ! kami sampai dan berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sedang bekerja dengan senyuman mekar, mungkin kerana urusan kami selesai dan dapat menolong sahabat-sahabat kami dan mungkin juga sebab dapat air mineral sekotak ! ! seronok ! terasa saat tu taknak berpisah ! mahu masa berhenti dan sentiasa bersama, aduhh ! ! jauh dah ana tersasar ! kerja, kerja .. kerja...jadikanlah kerja kamu ini ibadah ! in shaa Allah, ganjaran yang tak disangka-sangka akan datang dari Allah iaitu Maha Pemberi Rezeki !

Konklusi :

 
seiring sehaluan !

inilah saat indah enti dan ana ! moga kita dapat bekerja lagi untuk agama ! moga Allah redha kaki-kaki kita melangkah dalam menjadi rantai perjuangan kekasih Allah, sollu'ala nabi ! ! !


lega~ enti dan ana

 hak cipta ingatan umair !
moga dapat pengajaran dari cerita ini,
"lega ~ enti dan ana"
 









Friday, March 15, 2013

kita berakal ? alhamdulillah, tapi...

 Assalamualaikum ! ! !
 
 
 

Maksud firman Allah :
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal

sambungan ayat :



Maksud firman Allah :

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Bismillahirahmanirrahim... Alhamdulillah ! ! bersyukur kita ada akal tapi....
 
Dalam kalam Allah ini termaktub maksud "orang yang berakal" iaitu :
  • orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk
  • dan semasa mereka berbaring
# sabar ! baca ayat al-quran ini, jangan mengeluh lagi =) #


 
Allah ! Allah ! ini maksud orang yang berakal ! sejujurnya kita memang Hamba yang lemah lagi Hina tapi itu bukan penghalang kepada diri kita dan ana sendiri untuk berusaha melakukan kebaikan dan beramal secara beransur-ansur atau erti kata lain, paksa diri buat sesuatu kebaikan atau amalan, dengan izin Allah kita akan berterusan melakukannya, yakin ! ! ! Allah akan tolong kita ! ! ! dengan itu kita akan dapat merealisasikan maksud orang yang berakal dalam kalamullah ini ,dan allah tidak akan sia-sia usaha kita, hambanya ^_^ 
 # sabar ! baca ayat al-quran ini, jangan mengeluh lagi =) #

maksud firman Allah surah Ali Imran ayat 195 :

 Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, - (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain, maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan (Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal salih".

Kesimpulan : 
Bersyukurlah kita dengan nikmat ini ! nikmat yang Allah makhtubkan dalam Al-quran yang Allah tak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal ! ! ! maka bersyukurlah kita dengan nikmat ini !

 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 

 firman Allah : ayat 13 surah Ar-Rahman

wallahu'alam

p/s : sekadar post apa yang ditaddabur dengan kefahaman ana sendiri, dari tafsir al-quran
p/ss : moga manfaat untuk mengisi hati-hati kita yang dahagakan tazkiyyah ^_^
p/sss : jika salah, mohon perbetul ! sesungguhnya penaip juga seorang HAMBA ! !




   

Sunday, March 10, 2013

perjalanan ini ibarat naik bas? why? baca !

 
Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah.. bersyukur masih diberi peluang untuk menyampaikan walau satu ayat, Allahumma yassir wala tu 'assir... maksudnya = ya Allah permudahkan dan jangan susahkan.
apa yang penaip nak bagitahu ni? tak faham ? sabar ! isbir ! bertenang, pejam mata dan buka mata perlahan =) jom baca kisah ini,






kenapa dengan bas? suatu hari si gadis berbaju purple mahu sangat naik bas tapi ditegah oleh ibubapa yang sangat menyayanginya... ingat tu ! sangat sayang ... suatu hari si gadis nak balik rumah, lalu dia menghantar mesej kepada ayahnya,dalam hati si gadis mahu sangat belajar naik bas dan berharap ayahnya izinkan.. tiba-tiba, mesej daripada ayahnya : 'naik bas, ayah tunggu kat stesen bas '









si gadis yang baca terkejut dan berasa berdebar pula, mana taknya, dulu minta izin tak bagi tapi sekarang boleh ?  si gadis resah dan berharap semoga perjalanan dia Allah permudah ! ya ! Allah maha mendengar hanbanya, usai solat asar si gadis terus terusan berdoa agar Allah permudah urusannya, jujur si gadis sangat takut sebab pertama kali dan bersendirian. tapi si gadis tetap ingat , perjuangan bukan mudah jadi kena hadapi dengan sabar dan yakin diri kita boleh ! ! ! lalu berangkatlah si gadis tersebut dengan macam-macam berkemungkinan, lalu dalam bas untuk menenangkan hati si gadis tersebut baca al-mathurat yang dirakamnya sendiri melalui alat selularnya iaitu 'handphone', oh ye ! sekarang teknologi sangat canggih jadi kalau tak bawa buku al-mathurat, boleh dengar rakaman suara kita.
 

“Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. (Surah Al-Ra’d 13:28)
 nah ! terbukti dengan firman Allah ini, memang si gadis merasai ketenangan dan rasa debaran naik bas bersendirian terbang berlalu,terasa seakan-akan ada yang melindungi ! ! jujur ini yang dirasai.alhamdulillah ! Allah makhbul dengan memberi ketenangan.Lalu si gadis terfikir hidup ini macam naik bas.




konklusinya,
Hidup kita ada matlamat, macam cerita si gadis ni, matlamat dia nak pulang ke rumah. jadi dia akan berusaha untuk naik bas walaupun dia tak tahu apa kan berlaku, samada dia naik bas atau terlepas bas, jom kita kaitkan dengan hidup kita, ye ! hidup sebagai seorang muslim, hidup kita ni satu perjuangan, jadi natijahnya kita tak tahu tapi kita boleh berusaha untuk mendapat natijah yang baik,iaitu redha daripada Allah.




wallahu'alam

p/s : ana merindui 4 hari 3 malam yang lalu.. kita semua bercinta kerana Allah, uhibbukifillah ! !

Wednesday, March 6, 2013

tips berdoa ! ! ! #

 
 
 
Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillah.... 
moga esok dipermudah hingga sabtu..
 
2 days 2 weekss....
 
allahumma yassir ! ! !

Monday, March 4, 2013

qoutes#yaumul isnaini


 
 
 Bismillahirahmanirrahim... aktiviti biasa...
 buka mozilla -> taip facebook -> log in -> buka group yang biasa dilawati....
jumpa la.. status sahabat ! ! tetiba....
 
 sedebuk jatuh...
#bukan badan tuan blog ni jatuh, tapi hati tuan nih rasa jatuh =) #
Allah ! ! ! aku camna ?
 

 
wallahu'alam..
 
p/s : yang baik kita ambil, amalkan... yang buruk kita berusaha elak dan jangan DEKAT ! ! !
p/ss : debaran makin terasa 2 weeks coming soon... doakan tuan blog tenang ambil result =.=""

Sunday, March 3, 2013

qouteS#yauMul ahad

Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah.... Assalamualaikum....
buat masa ni ini sahaja yang dapat di post...
moga manfaat ! ! ! hayatilah dengan lensa hatimu.. 
jom gunakan nikmat mata dan hati itu ke arah yang baik
 
 
sumber : here
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
wallahu'alam
p/s : moga manfaat dengan membaca gambar di atas =)
p/ss : sedap jugak jika makan kek pelangi =)
p/sss : tertanya.. betul ke jordanians mari lawat blog ana ? ? - - > segan ! !
 curious... if true, please leave your sweet smile here ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...