status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Monday, May 20, 2013

11 things about me ... tag by farah .

baca dulu syarat-syarat ini .... 


Assalamualaikum ikhawan yang hensem dan akhowat yang comel. mula mula nak minta maaf kepada sahabat maya yang tag diri ini, maaf sangat-sangat lambat . maaf farah. ok jom masa untuk meriahkan permainan ini . let's start !

 first ! i will follow rules of this game !
11 things about myself , jom taaruf  !
  1. suka memasak walau tak sedap =) suka mencuba memasak , resepi senang , layan !
  2. suka ramaikan ukhwah, walaupun dalam alam maya. kita kan saudara islam ! diri ini asal terengganu !
  3. suka ice blend ! perisa tegar : latte (^___^")
  4. sukakan usrah ! bulatan gembira.
  5. suka menge-post entry jika lapang dan sertai segmen jika syarat senang dan osem !
  6. suka cerita korea tapi bukan tegar sangat, setakat ni yang tengok dari episod pertama dan terakhir cerita Jewel In The Palace ! sebab berkisar tentang dapur istana ! masak lagi ! 
  7. tak suka lipas. waaaa... tak boleh. hehe
  8. sensitif sikit # hal-hal tertentu sahaja. ikut situasi. hehe
  9. tak tau macam mana nak kongsi masalah , lebih memilih untuk ber-tafakur sendirian sebab semua masalah datang dari diri sendiri. but i will face it and will not give up ! in shaa Allah .
  10. tak suka paksa sahabat-sahabat blogger follow blog ini, sikit tak terasa sebab lebih suka jika ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel, diri sendiri nak follow, jika singgah dan pergi ... it's okay . ! cheer !
  11. seorang yang selalu berusaha bersangka baik walaupun susah, jika mencuba, tak salah, hati tenang jiwa aman... senyum sikit (^____^)
11 questions from farah , jom ! jawab !


1. What is your dream job?
- fuhh... ikut kos nak sambung belajar 9 jun nanti, i dream wanna be "ustazah engin" yang berjaya . aamiin !
tapi dalam masa yang sama kepingin nak buka "bakery"  # tembakan doa sahabat, Allah yang tahu #

2. Your english favourite songs? 
- english ? hurmm... setakat untuk bulan ni , cis macam banyak je selama ni, i will choose this song ,
shine your way by yuna

3. Buku/novel yang selalu re-read?
- re-read ? hurmm suka baca novel tapi tak ada koleksi tapi setakat ni kalau dah baca satu, lepas tu tak baca dah... hehe... # p/s : jangan buat camni dekat ayat al-quran , tak best nanti ^__^ selalulah re-read !

4. Are you so happy today? why?
- happy ? alhamdulillah sebab masih diberi peluang untuk berusaha lebih baik dari semalam,
masih allah beri peluang untuk bertaubat !

5. When you are not in a good mood, what will you do?
- i will sleep, be silent person .

6. Pandangan anda tentang couple? 
- pandangan ? i will not support this way. if couple after akad !
 i will support more than 100 % you !

7. Barang yg sangat anda hargai and boleh membangkitkan kemarahan if benda tu hilang?
- benda ? telefon maybe sebab banyak benda maklumat dalam tu, tapi selepas tu reda la. bila tahu hilang tu angin la juga kan.. # nak cuba hilangkan marah, ingat, rezeki dari allah, dan tiba masa Allah tarik balik dengan cara benda tu hilang. 

8. What motivate you to wake up when you're down?
- remember this : allah tidak menguji kamu melainkan kesanggupanmu.
terbukti, setiap ujian yang datang , Allah beri ikut kemampuan kita. jadi kita boleh hadapi !


9. Banyak habiskan duit untuk...?
- untuk beli barang-barang yang sangat perlu seperti untuk menjayakan misi resepi baru, fuhh  ,sedap ambil masuk dalam troli sedar-sedar, dahsyat ! terbang je duit... hehe 

10. Berapa lama korang siapkan this 'game'?
- ada la dalam 1 jam hehe....  nak susun ayat , nak fikir , ingat balik.. hehe bdaway, it's fun !

11. Your comment bout my blog. thank you :)
- blog farah ? suka suka sebab loading laju dan colour blog tenang, damai. teruskan bertinta !

 11 question from me for those person "yang kena tag"
  1. jika sakit, apa yang menguatkan semangat untuk lawan balik sakit tu ?
  2. apa pendapat kalian tentang kartun upin ipin ?  suka ? alasan ? tak suka ? alasan ?
  3.  zaman sekolah,kerja sekolah subjek apa yang awak siapkan dahulu. ? sebab ?
  4. suka warna apa ?
  5. anda ada sakit tetap ? asthma ke ? 
  6. pernah belajar bahasa arab ? teringin nak belajar ?
  7. cita-cita anda ? wanna be ?
  8. jika sedih , cara anda atasi ?
  9. asal mana ?  
  10. macam mana nak yakinkan hati anda yang sahabat alam maya tu boleh bawa berbincang,
    sedangkan anda tak kenal pun dia ? caranya ?
  11. apa pendapat anda tentang blog yang ciput ini ? ada yang kena tambah ? ada yang kena buang ?
    it's okay,  jika kritik yang membina , apa salahnya? tuan blog tak tahu dan tak nampak mana salahnya. mohon... tegur . syukran.
11 person tagged 
  1. ukhti izzah haneefa
  2. ukhti nadhirah
  3. ukhti nadia @ nana
  4. ukhti yura
  5. ukhti lily
  6. ukhti maizatul
  7. ukhti afiqah alias
  8. ukhti saida
  9. ukhti asmar
  10. ukhti atikah
  11. ukhti tengku butang
 selamat menjawab soalan ^___^ nanti dah jawab tinggal kat chatbox, perlukan masa ? it' okay !
wallahu'alam. uhibbukifillah ! saranghae !






Sunday, May 19, 2013

mahu itu ! Allah beri yang perlu ~


Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel ! Alhamdulillah syukur nikmat yang Allah beri ! hatta sakit perut pun juga nikmat ! baik atau buruk itu nikmat, nikmat itu pemberian daripada Allah, jadi bersyukurlah jika nikmat itu perit ! Allah ~

move on . betullah, rezeki Allah itu melata, diri ini tidak jangka semua yg dimohon, dapat tapi apa yang ana mahu, Allah beri yang perlu, ana nak masuk situ, UNISZA, ana dapat, tapi dalam masa yang sama , seorang lelaki yang berusia 52 tahun gigih menyelesaikan urusan ke UNIKL, ayah ana ! bermula, hati ana berbelah bahagi, ana tak jangka rezeki datang dan ana tidak mengharap kerana keputusan SPM tidak sehebat sahabat-sahabat yang lain, jujur ana dapat 2A 3B+ 3B 1C+ 2C. ana dapat 2 A ! yang ana A , math dan quran sunnah .

ana tak hebat, ini memang ujian. ujian tika dua bulan yang lalu. jika tiada ujian, hidup ini tidak seronok, ujian itu mendekatkan diri ini dengan Allah, keluh - kesah , sedih semua bercampur baur dua bulan yang lalu, hati ini redha dengan keputusan SPM tapi hati ini sedih melihat ibu dan ayah risau anak tak dapat sambung belajar. lagi.... lagi diri ini merasa sangat sedih dengan keadaan perasaan ibu dan ayah sebegitu. masa memerlukan diri ini bertafakur, apa yang silap . jujur, diri ini banyak silap, memang ada, kembali kepada Allah.
sejarah lalu,
hari jumaat selepas ambil keputusan SPM , ana bangun pagi terus nekad ! tidak ada sedih-sedih, sebab apa? sebab ana kena kuat ! kalau ana merana macam dunia dah berakhir, ibu dan ayah yang lihat, macam mana nanti ? lagi mereka sedih kan ? ana akan berusaha. setelah itu hari makin berlalu , bersilih ganti dan tibalah membuat semakan matrikulasi, alhamdulillah ana dapat ! ana khabarkan berita ini kepada ibu dahulu, kenapa ? sebab utamakan ibu ! ibuku gembira ! tersenyum ! diri ini berasa, Allah itu mengetahui ! Allah itu pemberi rezeki ! rezeki Allah melata !

aku bersyukur ! bibirku mengukir senyum, hatiku sayu dan syahdu melihat ibu gembira. syukur ! bagi ana itu rezeki untuk gembirakan hati ibu, berlalu hari lagi, setelah itu ibu bertanya, UPU bila keluar ? ana bagitahu in shaa Allah jumaat , 17 MEI . hari jumaat tersebut, ana cuba buat semakan ! ana terkejut, Allah ! ini rezeki ! rezeki untuk gembirakan ibu . ana sampaikan berita, ibu ! kak yang dapat UNISZA. setelah ana lafaz ayat itu, ibu ana gembira ! ana yang sebagai anak lagi berasa senang hati. syukur ~ semua nikmat rezeki di luar jangkaan !

hari ini. 

ana nekad ! melaka ! ana datang ke sana ! UniKL MICET ! setelah semua berlaku, diri ini bertanya kepada pemberi rezeki, ALLAH, dalam doa  serta sujud ! aku hamba, tidak tahu mana yang terbaik. Alhamdulillah ! petunjuk diri ini disana ! melaka ! bukan disini, UNISZA. moga diri ini belajar dengan tekad yang satu ! belajar dengan semangat untuk ummah ! belajar untuk teguh sebagai rantai perjuangan islam !

wallahu'alam. pen off.

p/s :  islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya ! takhbir ! Allahuakhbar !


 berharap ! mampir ke sana lagi (^____^")



jika laluan menuju matlamat itu tiada ujian, kuranglah ummmphhh ! kurang osem !

Wednesday, May 15, 2013

Berita : untuk lepasan SPM 2012 yang nak masuk belajar uni / kolej under mara


  
* tekan gambar ini untuk ke laman web *

 * jika tak berminat , sila tekan pangkah *
Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel . ok. satu lagi post tentang ilmu. berita buat lepasan SPM yang bakal masuk belajar di uni atau kolej bawah MARA . Anda yang nak masuk tu boleh la memohon e-pendahuluan dulu . skim ni macam nak bantu pelajar yang memerlukan bantuan . jadi , peluang ada ni. grab it !

rezeki dapat atau tidak itu lain . kita usaha dulu , dapat atau tidak , Allah yang tentu. selepas isi , tu berdoa la banyak - banyak . jom baca lagi. cara-cara prosedurnya. oh ye ! ni pengalaman ana sendiri , nak kongsi sini untuk membantu sahabat-sahabat yang memerlukan sahaja. tak memerlukan, silap tekan tab X kat hujung kanan wall ye ! >____<
sambung lagi.. baca !

  1. bukan link e-pendahuluan mara * atau tekan gambar kat atas tu terus ke link tersebut.*
  2. lepas tu baca la syarat-syarat dan semuanya dan tekan la permohonan.
  3. print borang permohonan tersebut  **


** ok. ni pengalaman nak dikongsi, moga manfaat. borang tu boleh print setelah mara terima permohonan anda. caranya , mara akan emailkan atau anda buat semakan permohonan di link tersebut. proses dalam masa dua atau tiga hari setelah anda buat permohonan tersebut. 

contoh : jika anda buat permohonan online tu hari ini 15 May 2013 , anda semak la permohonan tu 16 may 2013 atau 17 may 2013. cenggitu. faham ? ? ?

p/s : setakat ini saja. jika terkasar bahasa mohon maaf. tak faham boleh terus telefon pejabat mara. ini sekadar perkongsian untuk memudahkan. wallahu'alam. fi hifzillah !

cara nak buat akaun bsn ^___^


Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel . Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, 2 hari yang lalu, ana buat permohonan buka akuan baru, sebab nak masuk belajar kan. ehh kenapa ? perlu ke tulis dalam blog ? perlu untuk yang pergi sendirian ke BSN . ohh ana pergi sendirian masuk Bank dekat kuala terenngganu kat bandar sebab ayah ada kerja sekejap. ayah akan datang dekat bank tu lepas siap urusan. jadi berjalan kaki la diri ini dari tanah parking kereta kat bandar. ok. jom layan. 

masa dalam perjalanan tu, dah cuak . lepas tu sedang fikir, susah kalau hidup bergantung kepada mak ayah seratus peratus.serius. cheewahh. ehh memang la kita anak mak ayah kita tapi, bila sendiri ni rasa macam tak mampu. well. pengalaman mematangkan kita kan ? adoi. 
sambung lagi.
lepas itu masuk je bank, cari kerusi sebab nak tenangkan hati yang terumbang ambing sendirian. ok masa ni tak ingat ayah dah. automatik ingat Allah. sebab Allah lagi berkuasa untuk menenangkan hati ini. Alhamdulillah, Allah hadirkan seorang mak cik untuk diri ini bertanya. see ! Allah itu maha berkuasa untuk hadirkan sesiapa untuk menolong diri ini. ana yakin , ini pertolongan daripada Allah. lepas tanya itu ini. tahu la camna ... hehe senyum sendirian. hanya Allah dan diri ini yang tahu ! yakin . jomm cara cara atau tips jika sendirian.

  1. pergi kaunter perkhidmatan.
  2. minta borang nak buka akuan.
  3. sebelum itu tanya dulu yang dekat kaunter tu, jika ada tak faham
  4. jangan lupa tau ! tanya , lepas siap ni kena ambil nombor atau tidak.
  5. faham. 

ok. Alhamdulillah. siap ! seharian saja terus dapat kad giro dan ohh... sekarang dah tak pakai buku akaun bagi yang ada kad giro. hehe... kad tu jaga elok-elok la. dunia sekarang maju betul.
kesimpulan
 kalau kita bergantung kepada Allah . lepas itu yakin Allah akan tolong. in shaa Allah dengan izinNYA Allah tolong !  wallahu'alam. moga dapat sesuatu . saranghae ! Allah yubarik !

Tuesday, May 14, 2013

why ? wanna to know ? read my post # tiada paksaan #

Assalamualaikum ikhwan hensem dan akhowat comel ^___^

apsal tajuk why ? sebab....

mungkin ada tertanya, kenapa ? ikhwan ? kenapa akhowat ? 

ikhwan tu maksudnya saudara lelaki perkataan tu dari bahasa arab ^___^ "
akhowat pula saudara perempuan juga dalam bahasa arab ^___^ "
* nak semarak bahasa arab sebenarnya, caranya , kita sebar !

ehhh ada lagi soalan yang bermain....

lepas tu kenapa tukang taip letak ikhwan dulu baru akhowat ? 

sebab ikhwan ni la pemimpin negara,  kan rasulullah pemimpin negara ... lelaki !
ana nak bagitahu yang pemuda ini kena bangkit ! 

nak rempit boleh, solat 5 waktu tok sah la tinggal ye ! solat tiang hati nurani . 

akhowat pula penyokong ! 
seperti isteri-isteri rasulullah yang menjadi penguat semangat semasa baginda ber-jihad , semasa diuji ! 
yang pasti dua-dua saling memerlukan untuk jalan kebaikan . jalan jihad fisabillillah ! perjuangkan agama Allah ! ISLAM !
yang saling memerlukan untuk " couple " tu lain cerita tu. yang tu salah. 
couple before nikah, tak tahu penghujungnya apa . yang pasti " couple " cintan cintun sebelum akad nikah ni memang patut dijauhi , atau jangan kita menghampirinya .

andai ter-couple juga. jalan kembali kepada jalan yang lurus masih terbentang luas ! yakin. ini ujian ! ujian itu berhikmah dari Allah !

p/s : jelas kan ? jadi ! bangkitlah ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel ! wallahu'alam.


 

credit : ini

Shaqzspixca First GiveAway (GA) untuk 10 pemenang bertuah!

Assalamualaikum muslimin yang hensem muslimat yang comel ^___^
 say Alhamdulillah in your mind, your heart and your mouth (^_____^")
tertarik dengan giveaway ni sebab hantar link penyertaan di email ... 
ohhh first time. biasa di komen entry. jommmm zassssssssssssssss.... jOIn !
* berkenan dengan lampu ! hehe *



nak jOIn  ? tekan ini atau banner yg kotak kat atas ni tau !


http://umiyumi2.blogspot.com.au/
wallahu'alam.

Monday, May 13, 2013

moga bukan istidhraj !

credit : here
Assalamualaikum ya sohabat !

bingkisan seciput ^____^ "
istidhraj maksudnya, nikmat yang Allah beri untuk sesatkan lagi kita, atau erti kata lain Allah beri nikmat kat kita tapi untuk tambahkan kelalaian kita ! cenggitu ! 

contohnya : situasi

A : ko ni aku tengok tunggang terbalik solat, pergi surau apa semua tu tapi ko punya result tetap biasa je.tak meningkat pun.
B : hurmmm... 
A : aku ni solat pun entah kemana... kadang-kadang tak solat. tapi result aku naik dan tip top, biasiswa still ada... 
awas ! jika si A ini tak sedar , nampak situ, Allah beri nikmat kejayaan kepada dia tapi dalam masa sama dia tak solat, nampak tak situ, kelalaian berlaku.

atau contoh : 
kisah Allah kurniakan kekayaan dan kekuasaan kepada firaun tapi akhirnya firaun dilaknat !
jika nak jelas lagi : klik link ini dan  sini

sedikit bingkisan ilmu dari tajuk buku quran sunnah tingkatan empat bahagian ulum quran.

p/s : ku rindu belajar agama dengan ustaz dan ustazah. Quran Sunnah ! love it ! 
 p/ss : ana cadang semua sekolah yang ada murid tingkatan  4 wajib ambil subjek ini. pandangan ana la sebab mungkin mendalam lagi. tak susah pun . macam subjek pendidikan islam juga cuma lebih tahu dan menarik tentang bab-bab yang berkaitan dengan Al-Quran . wallahu'alam



credit : here  

''Segmen : Saya Blogger Tegar by Ina''

Assalamualaikum ! lagi segmen ? kita sertai dan beri sokongan !
Allah yubarik ya sohabat muslimin dan muslimat !

tekan banner ! kasi gempak !

p/s : selamat buat adik ina yang bakal menghadapi peperiksaan PPT ! selamat ! (^____^")

Sunday, May 12, 2013

" Segmen Bloglist by WanMuna "

Alhamdulillah ! Allah yubarik ya sohabat muslimin muslimat sekalian ..
saranghae ! wallahu'alam



 

tekan banner ! kasi gempak ! (^_____^")

deadline : 13.05.2013 jam 11 malam

jom jadi baik ^____^


 

credit : sini
Alhamdulillah, Assalamaualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel ! nak tulis seciput , mungkin membantu :

setiap manusia mempunyai masa silam termasuk ana sendiri, cop ! nasihat untuk diri sendiri juga, andai jatuh, bangun, bangkit ! dalam kepala macam-macam kita rancang tapi jadi atau tidak itu kerja Allah . kita hamba yang lemah kepada pencipta kita ,teruskan berdoa + sabar + solat ! in shaa Allah ! Allah beri yang terbaik untuk kita !
 p/s : jika ada la yang baca post ini , mula-mula terima kasih, moga Allah pelihara kalian, Alhamdulillah, sampaikan walau satu ayat, tapi jika ada yang suara sumbang atau negatif bagitahu macam ini dalam hati :
eleh ko tulis macam la ko buat, bersyarah bagai... 

duhai insan yang bersuara negatif, ini blog tuan umair, jadi ini peringatan untuk diri ini juga , apa-apa yang di taip ini akan di-soal di akhirat kelak, adakah mesej itu disampai untuk kebaikan mahupun keburukan , jika salah inti pati blog ini , mohon ditegur dengan ber-hikmah !  kita tidak tahu penghujung hidup kita dalam keadaan baik atau sebaliknya tapi kita boleh berusaha tanpa lengah dan putus asa.



credit : sini
 p/ss : rindu itu rahmat !sahabat ! princess aurora, butterfly !
wallahu'alam ! fi hifzillah ! 

 

Saturday, May 11, 2013

mega giveaway : santai banyak banyak by EM

 Alhamdulillah, jom meriah ! Assalamualaikum !


tekan banner !



syuh syuh.... pi jauh jauh ~

Assalamualaikum ya sohabat ! Alhamdulillah, jatuh bangun jatuh bangun lagi.. sikit lagi.. sikit lagi hoooreeeyyy ! dapat ! fuhhhh..  semangat bangkit kembali ! sekarang masa duduk kat rumah lagi 3 minggu setelah ditolak tambah, sekejap je masa , minggu ni nak beli barang masuk belajar, ehh cop ! tuan blog masih belajar ! kalau diikutkan macam-macam rasa yang dialami, urghh rasa cuak je, nebes tu satu hal , persiapan untuk rohani , mental , fizikal ni camna ? Allah !

masa mula-mula isi borang tu terus je cari kos tu , masa tu tak selidik habis lagi pasal kos tu tapi nama kos tu yang menarik dan terus cakap ehh cam menarik je kos ni dan terus apply ! setelah itu buka internet apa bagai... kita zasssssssssss google... ting tong.. biology must credit. ehhh biology ? camna ni ? masa belajar form 4 dan  form 5 mana ada ambil subjek tu ? memang cari nahas ke ni ? masa tu dah tak keruan dah , ingat lagi , bila tahu je terus mesej ke abang sulung, camni ayatnya : 
along ! bahaya tak kalau ambil kos sekian tapi tak ada asas bio sedangkan tadi surf, kos ni kena credit bio.. waaaa... kang ter-kandas camna ? *masa ni memang rasa sangat bersalah sebab pilih kos sebab macam menarik , bukan sebab ikut kemampuan diri ini dalam subjek yang tertentu... 
lepas tu , beransur lama... hingga sekarang, cepat je masa, dialog dalam hati :

tak akan aku nak give up camtu je, yes ! memang ko tak blaja bio tapi dalam kos ni bukan blaja full bio yang nak jadi doktor maira ! ni blaja bio yang kait dengan vitamin, fangus, apa lagi ? yang pasti tajuk tulang-tulang tu tak belajar kak weh ! itu untuk doktor saja, kos awak ni kait dengan makanan so, kalau makanan memang blaja la bio tu atau erti kata lain subjek sains... cenggitu ! please set in your mind ! nak blaja kan, in shaa Allah, Allah permudah ! nak belajar sebab nak tahu . memang belajar tu susah tapi kalau kita terus positive dan enjoy belajar sains ni kan seronok !  well, dear my mind ! aku sahut cabaran ! belajar dalam masa 3 tahun ! yeah , i will register on 9 jun 2013 soon !  

satu rama-rama yang sedang sakan berpusing dalam kepala ni  *hiperbola* , dalam subjek ni kena minat kimia, okay ! memang minat kimia tapi rezeki Spm cukup-cukup makan, result kimia, C+ , mungkin ini terbaik , diri ni terima seadanya, cuma kesian ke guru kimia yang ajar habis tenaga dan jangka diri ini akan dapat A . ohhh ! dengan ini subjek kimia, nak tebus balik. nak buat terbaik dalam jurusan chemical engineering ini ! mana tahu lepas diploma jurusan ni, apply degree sebagai guru kimia ! who knows ? Allah know the best for me and us !  

stop for this story. fullstop !
negatif ! syuh syuh... pi jauh - jauh ~ 
 
now, i want to plan something before leave my hOme ! what ? urghh.... wish it smooth and happen ! ok ! think positive ! do positive ! be positive !
 

sumber : ini

Friday, May 10, 2013

welcome ! Rejab !

Assalamualaikum !
Bismillahirahmanirahim. just wanna share this :



sumber : from facebook (^_____^)"




sumber : umair's blog ! kuatkan semangat ! ganbatte ! 

Allah yubarikkum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel (^______^")


wallahu'alam !

p/s : counting days ! selamat mendapat title " a student " soon ! ganbatte !

Thursday, May 9, 2013

nak ber-tanya... betul ke bohong ? haishh

 

sumber : sini
Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel ! Alhamdulillah post untuk kali ke-dua untuk malam yang hening ini ... hurm... nak ber-tanya... betul ke bohong ? haishh .... bukan tak percaya cuma cam... ye ke? cop ! post ini bukan nak bongkak cuma nak ber-tanya betul ke sourced tu ? dulu tak camni, akhir-akhir bulan 4 ni cam ramai luar negara tu singgah sini... hurmmm... betul ke traffic ni, baru-baru ni ada la ana check traffic source yang kat wall blog ana ni, cam ter-kejut visited from moscow... apa ? russia... haish betul ke ni ? by the way whos? anon or senior-senior ana ? haish.... macam kena intip je (=______=") kadang - kadang naik risau ...

ye la manusia ni macam-macam , moga Allah pelihara dan rahmati pen-baca tegar dari moscow itu, yang singgah sini ^____^ aamiin ya rabbal'alamin. dan moga dapat sedikit yang manfaat di blog yang seciput ini. walau apa pun dan siapa pun kalian, Allah akan menjaga diri kita semua selagi diri ini bernafas... aamiin ! welcome here ! and saranghae lillahita'ala ! wallahu'alam .
terima kasih . thanks . syukran mampir di-sini !
p/s : ada printscreen sikit sebagai bukti =)


*tekan gambar untuk jelas* 
  

 *tekan gambar untuk jelas*

28 atau 29 hari ber-cinta ? asyik !





Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah ! Salam'alaik ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel, opsss... maksud ikhwan tu saudara lelaki, akhowat pula saudara perempuan, kita sebar sikit-sikit bahasa arab ni, sedapp tau ! seronok ! osem tau ! wauuuu ! promote-promote... lala ok penaip sebenarnya nak meluahkan sikit la curahan hati, tapi sepatutnya tak payah la kan sebab sepatutnya curahan hati pada pencipta kita tapi ana nak ber-kongsi dengan blog sebagai kenangan dan mengambil ibrah atau iktibar walaupun sedikit, cenggitu ^____^  in shaa Allah ada ter-selit ibrah ter-sebut, fuhhhh.... semangat nak taip sebab 9 may bakal menjelma kan ?  

orhhhh... tadi kan ana ter-tengok satu rancangan kat tv, maaf , lupa siaran mana sebab pakat tibai je tadi.. tekan-tekan terus tengok, ehhh menarik ! layannnn zasssssssssss..... intipati siaran tersebut : kita ni memang tak tahu mati bila tapi mati itu pasti kerana setiap yang hidup akan mati, okeh.. bawa bersabar post masih panjang ... senyum sikit =) pastu sambung yang siaran tadi, ada pesanan , kita jangan hitung bila kiamat tapi kita hitung amalan kita ini cukup atau tidak untuk hadapi kiamat ! orhhhh cenggitu !

pastu ana yang duk tengok ni ter-fikir, hurmmm.... camna ni ? amalan sikit aje boleh ke masuk sorga Allah ? dushhh ? nampak tak situ bila kita mikir, jadi ter-henti semua benda, sebab ingat kiamat atau akhirat ! Allah, kita masuk sorga bukan sebab amalan kita tapi dengan rahmat Allah, ingat rahmat Allah ni kita kena cari, erti kata lain berusaha, jatuh? bangkit ! bangkit lagi !

ok, nak rahmat , tak kan kita nak buat perkara yang rosakkan diri, ehh tok sah berangan la noooo, kita buat kebaikan dengan niat kerana Allah, hatta nak gosok gigi pun kerana Allah ! ok? paham ? ke serabut? agak serabut inti pati kali ini, cehh... baru perasan setelah dibaca semula. stop ! mukadimah.... ya Allah, tak kait dengan tajuk post  ? sabar , ni dia yang ber-kait :

ana bukan tak berusaha tapi ana ikut dan buat yang terbaik untuk menyenangkan hati ayah, haishh... kenape ? apa yang berlaku, ohh .. masih ingat post yang pasal unikl tu ? nak tahu ? tekan sini dan sini... ok teruskan, ikut offer letter 9 jun 2013 daftar , that means, mungkin berbaki 29 atau 28 hari ber-cinta , asyik ! hehe maksudnya, berada di rumah. ehhh, lebih kurang la kan,

cop ! tok sah sedih-sedih tau, pastu dalam masa yang masih berbaki, ana ter-tanya dah bersedia ke? haishh dari segi mental, fizikal, emosi aduiii, emosi ni tak tahu la dulu duk asrama dungun sekarang MElaka tau ! nungg "dekat" fuhhh ! ana terengganuians (^___^)  tu je yang kait dengan tajuk tapi ayat-ayat kata atas tu minta ber-lapang dada membaca dengan mata hati... hehe mata hati ? boleh la kan ? moga yang membaca, teruskan berusaha ! ehh... tetibe, maafkan ana, saranghae ! wallahu'alam. uhibbukifillah !

p/s : tapi mak bagitahu kalau dapat jurusan agama yang isi UpU tu, ibu nak ana ambil pastu duit pendaftaran yang Rm 1135 tu ibu ganti bagi kat abah... ana cam "ehhhh" baiknya ibu ! hehehe yang pasti aturan Allah itu terbaik, ehhh masa masih ada untuk isthikarah, masih sempat ! selamat isthikarah sahabat yang lepasan Spm 2012 .. peace no war !
 

Monday, May 6, 2013

kita kena husnUdszOn... # hati-hati #


Andai bayi yang tak tahu apa-apa pun boleh ter-senyum bila di- acah, ini kan kita manusia yang tengah baca post ini.... senyum. senyum itu pengubat jiwa, akan tenang ! in shaa Allah, dengan izin Allah !

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah. Assalamualaikum muslimin yang hensem, muslimat yang comel, moga-moga Allah permudah urusan sahabat-sahabat seperjuangan mata rantai rasulullah sollallahu'alaihiwassalam... # jom selawat jap neh # jujur, hidup kita kalau suka ber-dengki hancus lunyaii wehhh ! kenapa camtu? ok , sebelum kita ber-laku jujur untuk nampak lebih terang dan bersuluh , mari kita hayati kisah yang seciput ini, jujur, mungkin kita pernah hadapi termasuk ana yang semangat nak taip nih ^____^ alkisah zaman kaduk serba moden. woooohoooo.... baca... zassssssssssss... layannnn ~

suatu ketika, kita ni tengah hayati iaitu menonton television kan, pastu tetiba aje dengan selamba umpama makan kek coklat yang ter-moist tu , hayati la katakan, tetiba anda terhidu bau yang kurang sedap.. ok ok.. kita dah mula nak musykil dah, cuba bau-bau kut-kut kita yang ter-kentut ke.. hehe... ehhh normal la kan tapi mungkin memerlukan adab baru canteekk ! ! ! pastu kita pun tahu yang kentut tu adik - beradik kita.. terus kita serbu.. hehe... adik - beradik ok juga, jikalau situasi kentut tu, jiran yang ber-sebelahan dalam bas yang serba air-cond ? camna ? aduhhh...
konfirm memang kita tak tahan dan terus menabur kata-kata yang agak kurang manis gitu... hehe... lumrah hidup tapi jangan biasakan , kelak kita yang kena nanti .. BEware ! jadi kalau kita husnudzon yang ter-kentut tu memang tak tahan dah pastu kut-kut mana ter-lepas jua , mesti kita berasa lega sebab benda tu tak besar pun , yang besar kalau kita duk cari siapa yang ter-kentut tu, nampak tak ? jika kita tak sibuk nak " Judge " siapa dan siapa mesti hati jiwa raga akal otak kita tenang lega... Alhamdulillah.... fuhhhh harap-harap alkisah ni kena dengan tajuk.. wallahu'alam. p/s : husnudszOn means bersangka baik ^___^ maaf lupa nak bagitahu awal-awal.  jadi kita ni kena amalkan husnudszOn ni, kesannya hati kita tenang dan baran kita pun under control.
p/s : tapi atas situasi la nak bersangka baik, jika anda nampak benda yang dah terang dan tok sah lampu nak di-suluh, cegahlah... jangan buat tak tahu dan kita ucap kubur masing-masing, memang kubur kita lain-lain tapi kita tak tegur tu, kat akhirat nanti kat padang mahsyar , depa pula yang salahkan kita pasai pa tak tolong tegur dia, manusia ni memang seorang yang pelupa , kita kan insan, jadi kena banyak ber-tegur ni, tegur ada cara, jangan masuk ting tong  terus lebur ayat tu, memang kena maki la jawabnya, ada cara, islam ini indah kenapa kita nak keruhkan ? ? ?

di situ hikmah Allah cipta kita ni ramai atas muka bumi, kita duduk dalam masyarakat, tunjuk Islam tu baik, jangan kita men-cemarkannya, islam tu nak tunjuk ada sesuatu yang lebih baik untuk kita ... teruskan legasi islam dalam diri masing-masing termasuk kau, umair ! okeh, dah banyak dan ber-jela rasanya, cukup untuk malam ni, mohon maaf, saranghae lillahita'ala ! bangkit ! #PRU14 jika masih panjang umur ! #

islamic-art-and-quotes:

What Islam is About

Islam is not about “we’re better than you” Islam is about “let me show you something that is better for you”
(Nouman Ali Khan)

Sunday, May 5, 2013

Alhamdulillah, dok sia-sia * tak sia-sia ^____^

  
Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah... Assalamualaikum ! warga bloggers sekalian ... akhirnya ! apa yang di cari jumpa dan memang menjadi, ehhh.. bawa ber-sabar belaka deh, orhh sebenarnya, penaip terengganuianss.... jadi mohon maaf kalau ter-sasul bahasa loghat , kadang-kadang rasa berdosa sebab tak meng-hiraukan insan-insan yang ber-tanya, duhai insan-insan yang cakna akan diri ini, bukan tak ber-syukur tapi diri ini insan biasa yang memerlukan bersendirian untuk ber-tafakur, meng-insafi diri dan ber-muhasabah , mohon maaf jika menyusahkan hati dan jiwa serta otak insan yang cakna akan tuan blog , ana hargai. Alhamdulillah, apa yang dicari ana jumpa dan ana harap, sama-sama kita berusaha ke arah kebaikan selalu tau...

wahhhhhhhhhhhhh.... topik lain pula, sekarang duk heboh dekat laman maya, bangla masuk negara malaysia untuk undi, edeh seminggu sebelum undi dah ter-sebar, tapi kita husnudzon lagi, nak melawat mungkin, *biar dalam kepala dah detect depa nak buat kerja penipuan.. hehehe..* sekarang ambik kauu... bangla-bangla kena cekup dekat pusat-pusat ngundi.. adooo camna tuuu.. haish.,.. terang lagi ber-suluh dah... Allah !

kut-kut mana pun hang lepas tapi Allah tetap nak tunjuk yang ada pihak duk seludup encik-encik bangla tu masuk untuk melawat di pusat-pusat mengundi. mungkin... hehe tok sah nak nipu lagi la... tuan blog pun terkejut tapi nak buat macam mana, kalau dah salah tu tetap salah, kalau betul encik-encik bangla nak undi, balik la negara masing-masing , undi kalian di sana, bukan di malaysia ! orhhh makin hangat PRU 13 ni, moga yang telus amanah menang ! ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA !

moga-moga yang benar itu menang ! ini kalilah ! jika Allah takdir tak menang, kita patut ber-syukur sebab dalam musim PRU ni, Allah tunjukkan yang mana salahguna kuasa tu... nampak tak kat situ ,ibrah musim pru ni ? ? ?

cik kiah ke cik mona ke atau cik mana-mana la , bawa ber-tenang, jangan duk kepoh nak meng-iya-kan isu semasa yang tak tahu sohih ke idak... moga selamat belaka ! ! *bahaya dunia television sekarang, kalau berita itu betul takpa la kan? tapi kalau salah ? bawa ke dosa !

haishh... pasal kat mesir tu pun bahaya juga kalau yang dengar dan tengok tv tu percaya 100%. moga semua umat islam dalam lindungan Allah, jujur, berita dari umair's blog ! saranghae ! kalau salah , mohon teguran anda yang membaca post dan ziarah blog ini amat ber-guna ! 
p/s : maafkan hamba yang lemah ini, umair ^___^

Saturday, May 4, 2013

dah ter-sungkur....? bangunlah ^___^

 

Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah, jom kita bersyukur ! say in your mind now ! and when we set in our mind, automatically our heart too.... praise to Allah ! Alhamdulillah ! so, why happened to you . dear owner ? ehhh... i'm okay and "muhasabah" what , why. this happened to me,, ehh... actually, in fact every problem we face, it is of our own mistaken... orhhh.. need to go.... saranghae !

Friday, May 3, 2013

buat sementara ^____^

 
  
Bismillahirahmanirahim... buat sementara, asif jiddan 'ala kulli hal .
yang mencari, maafkan ana, tembakan doa kalian hanya Allah yang tahu...  bukan putus harap tapi ber-musafir dan muhasabah .. buat yang dapat mengundi ! selamat ! bawa ber-tenang !
p/s : jangan bersedih, doakan semua baik-baik dalam lindungan Allah ! selamat beramal ! sumber gambar : web 

wahhh.... panasnyee.... PRU 13 !

  
sumber : web
jihad itu penuh mehnah kerana jalan ke sorga bukan hamparan karpet merah yang indah tapi penuh duri yang menyakitkan... machine gun ! ALLAHUAKHABAR !
Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah.... lagi muncul diri... nak bertukang ke? salah ! nak menge-post info terbaru.. haish... ada yang baca ke? in syaa Allah, dari ramai-ramai mesti ada yang tergerak hati ke blog yang seciput ini.... ok , stop ! teruskan ke agenda hari ini, oppss sila sabar dan pegang laptop anda dengan cermat... *diharap duduk depan kipas, kan ada yang terbakar... wahhh panasnyeee.... * dah mukadimah pun cam apa aja... jujur, ok start ke serius.

sebenarnya tadi balik dari konferens riang dengan keluarga.. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk kami berkumpul bersama... pastu makin ligat abang ana yang sulung tu duk tembak machine gun ... melampau.. sumpah ! haha... tung tang tung tang... nah ! siap je semua balik, sampai umah... abang ana pun tetiba, 
dialog :
 abang,
 ana 
ehh, nak tengok flashmob dok ?
huh ? nape flashmob ? jujur dalam ketidak-tahuan ana ,* flash bukan ke cahaya... hehe... apa   punya singkat betul ditukarkan perkataan tu (=___=") dalam hati je ni, kalau mengutarakan pula, mau kena ketawa nanti... kih kih...*
 flashmob ni macam video tak ada suara tapi ada alunan muzik gitu, pastu cara nak sampaikan mesej tu, guna perkataan atas kertas supaya dibaca.. cenggitu la.. can u all got it ? pastu masa flashmob tu, ada tulis kalau sokong, bunyikan hon kenderaan anda, gamat suasana ni .
 orhhh.... doh pasang ah , nok tengok ni, menarik ! opsss... memang menarik sebab pasal ini kalilah ! p/s : dah ! tok sah nak marah  ,panas ke? pasang kipas tu laju-laju sikit . tak setuju dengan ayat ana ? silakan baca habis ... hehe..

pastu selepas dilihat dengan penuh asyik dan tenang... wahhh... osem... ok, video ni sahabat abang ana yang sulung buat... wahhh jujur , meriah tau ! student iium gombak ! nah dah kantoi, ehh vid ini di- post dekat fb lagi tau... jadi sila-sila lihat dan cari... rupa-rupanya, maju juga anak-anak muda nih ehh... salah, generasi AL-Fateh !

Alhamdulillah, moga PRU kali ini tenang dan bersih dari rasuah.. aamiin ! 
p/s : ikhwan hensem dan akhowat comel, means bloggers yang singgah ! undilah dengan jujur dan yakin ! undi kita untuk ISLAM, camna tuu... calon yang nak naikkan ISLAM, kalian undi, bereh ? ana bukan tak nak pangkah , tapi umur masih belum cukup, atau erti kata tak layak, tapi jangan risau, ana sokong yang telus lagi damai... fikir-fikirlah, 
 p/s : salahkah ana nak lontar pendapat? maaf ye ! kita adalah generasi AL-FATEH ! Bangkitlah !  
 
sumber : web 

doakan untuk saudara muslim kita yang sedang berperang ! syria, gaza , palestin dan semua umat islam atas muka bumi termasuk tanah air kita ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...