status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Sunday, May 19, 2013

mahu itu ! Allah beri yang perlu ~


Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel ! Alhamdulillah syukur nikmat yang Allah beri ! hatta sakit perut pun juga nikmat ! baik atau buruk itu nikmat, nikmat itu pemberian daripada Allah, jadi bersyukurlah jika nikmat itu perit ! Allah ~

move on . betullah, rezeki Allah itu melata, diri ini tidak jangka semua yg dimohon, dapat tapi apa yang ana mahu, Allah beri yang perlu, ana nak masuk situ, UNISZA, ana dapat, tapi dalam masa yang sama , seorang lelaki yang berusia 52 tahun gigih menyelesaikan urusan ke UNIKL, ayah ana ! bermula, hati ana berbelah bahagi, ana tak jangka rezeki datang dan ana tidak mengharap kerana keputusan SPM tidak sehebat sahabat-sahabat yang lain, jujur ana dapat 2A 3B+ 3B 1C+ 2C. ana dapat 2 A ! yang ana A , math dan quran sunnah .

ana tak hebat, ini memang ujian. ujian tika dua bulan yang lalu. jika tiada ujian, hidup ini tidak seronok, ujian itu mendekatkan diri ini dengan Allah, keluh - kesah , sedih semua bercampur baur dua bulan yang lalu, hati ini redha dengan keputusan SPM tapi hati ini sedih melihat ibu dan ayah risau anak tak dapat sambung belajar. lagi.... lagi diri ini merasa sangat sedih dengan keadaan perasaan ibu dan ayah sebegitu. masa memerlukan diri ini bertafakur, apa yang silap . jujur, diri ini banyak silap, memang ada, kembali kepada Allah.
sejarah lalu,
hari jumaat selepas ambil keputusan SPM , ana bangun pagi terus nekad ! tidak ada sedih-sedih, sebab apa? sebab ana kena kuat ! kalau ana merana macam dunia dah berakhir, ibu dan ayah yang lihat, macam mana nanti ? lagi mereka sedih kan ? ana akan berusaha. setelah itu hari makin berlalu , bersilih ganti dan tibalah membuat semakan matrikulasi, alhamdulillah ana dapat ! ana khabarkan berita ini kepada ibu dahulu, kenapa ? sebab utamakan ibu ! ibuku gembira ! tersenyum ! diri ini berasa, Allah itu mengetahui ! Allah itu pemberi rezeki ! rezeki Allah melata !

aku bersyukur ! bibirku mengukir senyum, hatiku sayu dan syahdu melihat ibu gembira. syukur ! bagi ana itu rezeki untuk gembirakan hati ibu, berlalu hari lagi, setelah itu ibu bertanya, UPU bila keluar ? ana bagitahu in shaa Allah jumaat , 17 MEI . hari jumaat tersebut, ana cuba buat semakan ! ana terkejut, Allah ! ini rezeki ! rezeki untuk gembirakan ibu . ana sampaikan berita, ibu ! kak yang dapat UNISZA. setelah ana lafaz ayat itu, ibu ana gembira ! ana yang sebagai anak lagi berasa senang hati. syukur ~ semua nikmat rezeki di luar jangkaan !

hari ini. 

ana nekad ! melaka ! ana datang ke sana ! UniKL MICET ! setelah semua berlaku, diri ini bertanya kepada pemberi rezeki, ALLAH, dalam doa  serta sujud ! aku hamba, tidak tahu mana yang terbaik. Alhamdulillah ! petunjuk diri ini disana ! melaka ! bukan disini, UNISZA. moga diri ini belajar dengan tekad yang satu ! belajar dengan semangat untuk ummah ! belajar untuk teguh sebagai rantai perjuangan islam !

wallahu'alam. pen off.

p/s :  islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya ! takhbir ! Allahuakhbar !


 berharap ! mampir ke sana lagi (^____^")



jika laluan menuju matlamat itu tiada ujian, kuranglah ummmphhh ! kurang osem !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...