* tekan gambar ini untuk ke laman web *
* jika tak berminat , sila tekan pangkah *
Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel . ok. satu lagi post tentang ilmu. berita buat lepasan SPM yang bakal masuk belajar di uni atau kolej bawah MARA . Anda yang nak masuk tu boleh la memohon e-pendahuluan dulu . skim ni macam nak bantu pelajar yang memerlukan bantuan . jadi , peluang ada ni. grab it !
rezeki dapat atau tidak itu lain . kita usaha dulu , dapat atau tidak , Allah yang tentu. selepas isi , tu berdoa la banyak - banyak . jom baca lagi. cara-cara prosedurnya. oh ye ! ni pengalaman ana sendiri , nak kongsi sini untuk membantu sahabat-sahabat yang memerlukan sahaja. tak memerlukan, silap tekan tab X kat hujung kanan wall ye ! >____<
sambung lagi.. baca !
- bukan link e-pendahuluan mara * atau tekan gambar kat atas tu terus ke link tersebut.*
- lepas tu baca la syarat-syarat dan semuanya dan tekan la permohonan.
- print borang permohonan tersebut **
** ok. ni pengalaman nak dikongsi, moga manfaat. borang tu boleh print setelah mara terima permohonan anda. caranya , mara akan emailkan atau anda buat semakan permohonan di link tersebut. proses dalam masa dua atau tiga hari setelah anda buat permohonan tersebut.
contoh : jika anda buat permohonan online tu hari ini 15 May 2013 , anda semak la permohonan tu 16 may 2013 atau 17 may 2013. cenggitu. faham ? ? ?
p/s : setakat ini saja. jika terkasar bahasa mohon maaf. tak faham boleh terus telefon pejabat mara. ini sekadar perkongsian untuk memudahkan. wallahu'alam. fi hifzillah !

No comments:
Post a Comment