status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Friday, May 24, 2013

ujian itu menguatkan dan semakin kukuh !

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah, bersyukur segala nikmat hatta menaip untuk laman blog ini sendiri , moga Allah redha dan permudah niat murni setiap bloggers ! hai ! kaifahal * ?
*kaifahal = apa khabar ?  # kaifahal dalam bahasa arab (^_____^)
sedih ? gembira ?  bersyukurlah, boleh jadi apa yang kamu suka, buruk untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu benci baik untuk mu. wallahu'alam, sedikit olahan ayat dari tuan blog ini, umair.
a'uzubillahi minasy syaithonirajim.. bismillahirahmanirahim...
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

kadang, diri ini berasa elok jika diuji kesedihan selalu, bila sedih automatik ingat Allah, ibu dan ayah automatik diketepikan, sebab apa begitu ? sebab itu fitrah ! fitrah manusia yang Allah cipta dalam rahim ibu , mak , umi , mama atau apa -apa panggilan.

Dan memang hakikat ! manusia dicipta dan ditiupkan roh dalam rahim ibu tanpa izin ibu dan ayah kita yang Allah tetapkan .. Allah, betapa aku kerdil...  Allah lagi berkuasa ! Allah yang Maha Pencipta ! Allahurobbi !


p/s : jalan dakwah itu bukan senang , hatta rasulullah sollallahu 'alahai wassalam sendiri banyak ujian ini kan kita hamba Allah lemah dan banyak dosa serta umat baginda ! kuatkan semangat wahai mujahid dan mujahidah yang Allah pilih sebagai pendokong agama ! ingat ! ujian itu menguatkan dan semakin kukuh . Allah. wallahu'alam.
p/ss : andai ujian ke usrah menitiskan air mata, aku ingin begini selalu ! ini juga ujian tarbiah.

 

sumber :  sini

1 comment:

Izzah Haneefa said...

terima kasih utk entri ni .
ya, fitrah kita memang menginginkan ALLAH . tpi sayangnya, bila kita 'senang' , perlakuan kita seakan2 kita x memerlukan-NYA . nauzubillah...
semoga kita menjadi hamba yg mengingati ALLAH setiap masa :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...