Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillah, dapat juga nak post pasal resepi yang terpampang di atas :) . harap maklum. jadi, jumpa resepi ini, tengok gambar senang je, ade semua bahan-bahan dan apa lagi, baca molek-molek bahan-bahan, cara-cara dan angkat kaki pergi dapur cari bahan :) fuhhhhh..... bersilat dan macam-macam nak ke jadi sebab first time cuba , apa lagi, malas nak taip yang bukan-bukan jom baca hikayat resepi ini dari A sampai Z ye ! ! !
seperti sedia maklum , ana ada post pasal "review blog masakan" jadi boleh la nak tahu, tekan >sini< Alhamdulillah ! resepi memang mudah dan sedap .
Sumber Resepi oleh laman Naz
Dibuat oleh : umair
*cara-cara dan bahan-bahan copy dari blog kak Naz*
BAHAN KULIT/ CASING :
- Roti gardenia secukupnya
BAHAN-BAHAN INTI :
- 1 biji bawang besar - dicincang
- 2 biji bawang putih - dicincang
- 1/2 camca serbuk lada hitam
- 1 sudu besar sos tiram (yang ni skip sebab bahan tak ada, cuma guna sos cili saja :) )
- 1 sudu besar sos tomato (umair x tambah sos ni sebab tak ada)
- 200 gm - 300 gm isi ayam - dipotong halus (umair guna 3 batang sosej yang dihiris-hiris)
- 5 biji cendawan butang dlm tin - dipotong halus (yang ini tak letak sebab tak ada bahan ini)
- 1 biji telur (yang ni pon umair skip, hehe sebab terlupa)
- Garam secukup rasa
- Keju secukupnya - boleh guna keju parut atau slice cheese
Kaedah penyediaan inti :
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan lada hitam.
- Masukkan ayam dan cendawan. Tumis hingga masak. Sekiranya perlu, masukkan sedikit air supaya ayam betul-betul masak.
- Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
- Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kering.
tambahan : umair gune suhu 170 dalam masa 10 min untuk baked roti .antara gambar yang sempat di-snap-kan oleh hasil kerja umair :)roti kena lenyek dengan penggolek tu , kalau tak ada penggolek tu, guna botol pun boleh !yang pasti permukaan licin la, baru lancar ~setelah dilenyek , umai potong bentuk empat segi, maksudnya, sekeping roti tu potong kepada separuh dan dari separuh potong lagi, agak-agak sama saiz sebab acuan tu kecil macam gambar kat atas ni :) # sekeping roti potong 4 bahagian :) # bersedia untuk dimasukkan ke dalam oven , bagi kulit roti tu keras sikit :)
gune suhu 170 dalam masa 10 minit.
setelah roti tu garing, kita masukkan pula bahan-bahan yang ditumis tadi ^_~ camni la rupanya,macam bunga mekar je...
p/s : tunggu apa lagi, yang singgah baca boleh cuba ! ! senang !Alhamdulillah ! ini hasilnya :)selepas siap baked dalam oven, baunya sama macam bau pizza, adik panggil roti pizza mini ! mungkin sebab tabur cheese atau memang bau sosej tu camtu, hehe... yang pasti sedap dan mudah ! terima kasih kepada kak Naz yg sebarkan idea yang mudah ini . guna roti, dan jadi ! ! !
2 comments:
wawawa.. rajin laa mera. tema bhn2 nk buat mcm2 bnde ad lake kt rmh, tp mls nk bt..hehe.
Alhamdulillah.. lama tak bersilat kat dapur :)
hehehe... tema rajin la..
hehehe :)
Post a Comment