status ?


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampau batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
[ Imam Hassan al Basri ]

Friday, June 28, 2013

ehh ! new post from malaka-ians (^____^)



Alhamdulillah... hari ini hari jumaat ! hari barakah.... lama dah diri ini tak bercinta dengan konferens riang... biarlah ... itu rahsia Allah dengan hambaNYA ini... apa khabar sahabat - sahabat maya sekalian ? sihat ? atau sebaliknya ? moga Allah sembuhkan kalian yang diuji (^____^)  hakikatnya setiap nikmat, hatta kalian membaca post ini pun dikira nikmat ! bersyukurlah.. dan bersangka baiklah dengan Allah.. Allah yang susun segalanya untuk kita . cuma kita tak sedar kut =_=" * gulp ! sentap ~  hakikatnya jerebu yang berlalu pergi pun kita kena ambil ibrah juga, jika jerebu pun kena ambil ibrah juga,

ya Allah.. 3 minggu dah di dunia MICET !
serius macam tak percaya, macam baru semalam mendaftarkan diri.... sekejap je masa.
sebenarnya ada saja masa untuk meng-update tapi... ana tunggu masa yang sesuai dan ternyata dengan ter-postnya kali ini maka ini adalah post yang terbaru selama 3 minggu di medan ilmu ini. Sejujurnya, sangkaan pada MICET jauh meleset sama sekali .Kat sana sangat titik berat pasal aurat , ye laa as i know micet is under mara sooo, takut la juga kan . Alhamdulillah, senior kami sangat menjaga kami walaupun minggu silaturahim dah habis atau kami panggil " MSR "


moga perjalanan di bumi MICET hingga ke graduasi .....


PICC ..... wait me ! ! ! !


p/s : post yang agak serabut tapi boleh baca kan...
p/ss : lama tak blogging... eceh ~
p/sss : semoga Allah permudah urusan umat islam... ehh doakan saudara islam yang sedang bergolak dan berperang.... syria.. gaza.. palestin serta malaysia ^___^
p/ssss : rindu ~  saranghae !

Saturday, June 8, 2013

sambungan ! nak baca ? sila sila, done !


 

note : ini sambungan post sini  < - - -  tekan !
Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah. nak post ringkas dan padat.. eheh ! cuba, walau hakikat terlebih dari karangan zaman SPM dulu (^____^")  tadi dah post , ingat nak sambung tapi tak apa lah, buat post yang terbaru ! jom ! baca.. ehhh stop ! tolong tengok tangan kanan anda ! tengok. tengok ! wahh ! tahniah dan bersyukurlah mata anda masih berfungsi untuk membaca hikayat yang cacamarba ini... <  - - -  betul ke ni ? bantai laa...  lepas tu otak masih waras untuk mengarah mata melihat tangan kanan anda dan alhamdulillah tangan kanan anda masih berfungsi ! jika tidak masakan kalian baca post ni.. hehehe... selingan semata-mata tapi ada suatu yang ana sampaikan iaitu bersyukur ! ucaplah Alhamdulillah ! ! !  mukadimah dah berapa patah cik maira weh...  # asif ! jom masuk ke alam maya ini dan bacalah dengan nama Allah ! Basmallah ~
Alhamdulillah, barang dah siap " packing " ... esok perjalanan bermula ! negeri parameswara. hamba datang =_=" hehe...
sebenarnya, perasaan bercampur baur, macam nak pergi oversea :P hehe, padahal tak pun.. in-malaysia only ^^V.... jujur,  rasa excited nak pergi tu kurang sikit sebab sedih tetiba .... hurmm... mungkin sebab lama sangat duk rumah, ada la dalam 5 bulan tanpa cuti.. hua hua hua... ehh control sikit ketawa tu =,= " ... kurang sopan. okay, jadi untuk makluman sekalian yang hadir ke blog ini. mungkin blog jarang di-update. Serius nak tumpu betul betul ! doakan tuan umair ni ! tembakan doa kalian Allah dengar sebab Allah kan Maha Mendengar ! am i right ? , doakanlah diri ini kuat ! dugaan Allah itu rahsia tapi yang pasti dugaan itu ikut kemampuan kita ! kenapa ? bukti ? jap ! sabar ! nah :
”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(QS Al Baqarah [2] : 286)
.
tak tahu nak post apa, okay ! di bawah, ana sertakan link untuk zaman dulu dulu... tak pun, cuma nak kongsi, liku liku nak masuk ke universiti sana ^^V :

link lamaran di hantar ke umair : sini
link dilema ... runsing : sini
link mengira hari ada di rumah : sini
link sejarah spm 2012 ^___^ : sini
link aduhh... jatuh .. gedebuk ! : sini 

p/s : ada surat untuk yang terjah ke sini ^^V sini

p/ss : selamat buat form 5 yang akan trial ! buat molek ! kalian hebat ! yakinlah !

p/sss : welcome here kakarians ^^V

p/ssss : long journey , my life as uni student begins .. Allahumma yassir wala tu'assir ! Aamiin !



 

Friday, June 7, 2013

tak selesai lagi ^^V, nak baca ? silakan ! tafaddol !


Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah. Allahumman yassir wala tu'assir . Aamiin ya rabbal'alamin. Allah , lama tak post something dekat blog. bukan lupa, ingat tapi masaku suntuk. eceh ! suntuk sangat la. hurmm.. kalau hitung balik, tak tahu mana perginya, tapi harap dan moga Allah ampun dosaku dan Allah redhai segala tindak tanduk, bergolek , duduk, baring dan semuanya. Allah. apa nak bagi tajuk untuk blog ? nanti dah siap semua bait - bait curhat di sini, ana akan namakan post (^____^") # tak tahu tajuk sesuai bagi post kali ini.Agak lambat nak memutar idea untuk tajuk. gulpp.. sabar ! ! jom baca habis dulu. zasss.. layan ! !  # mulakan dengan senyuman =)

Dulu :

jom flashback semula. hehe.. ana pun tak ingat, slow slow untuk ingat. masa tu tak tahu pergi ke idak. Sebab banyak konflik yang berlaku. Hok aloh, konflik tu gimik saja , konflik apa ? banyak la juga, seperti susah tak bidang tu ? kimia tu , tak sama dengan kimia zaman sekolah. eheh. dah, keputusan muktamad, segala hal yang berkaitan dengannya Allah permudah.Ini salah satu petanda ! Apakah  ? wallahu'alam. tapi diri ini yakin ini satu petunjuk.


# nanti sambung balik ! tunggu ^^V

Sunday, June 2, 2013

kasih Allah tiada tandingan.

 islamic-art-and-quotes:

Sheikh Zulfiqar Ahmad on Refraining from Sins

“Whenever a time comes in your life when you have the opportunity to commit a sin and you refrain due to fear of Allah, at that very moment, make a du’a to Allah and Allah will Insha’Allah, accept your du’a at that very moment.” — Shaykh Zulfiqar Ahmad [in his book “Du’a - The Essence of Worship”]

www.IslamicArtDB.com

 

credit : insan tumblr
Bismillahirahmanirahim, dengan namamu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mencoret di laman yang senyap ini, moga manfaat buat penaip dan pembaca , in shaa Allah ! biiznillah !sudah bergolek , meloncat ala ala gaya nak smash bola tangkis gitu.. fuhhh exercise juga badan yang serba naik ini (^____^") adoii ~ tapi hati macam mana ? ada juga exercise-nya.. ting tong, tumpang lalu jap.. layannn.. baca ~ zasssss

suatu hari,posto posto.... Anda diminta bersabar !  tiba - tiba, tanpa diminta, ujian itu tidak datang seperti ketuk pintu rumah iaitu minta izin nak masuk atau minta izin nak mampir di hati manusia, memang betoi , manusia mudah lupa dan manusia juga menzalimi diri sendiri termasuk diri yang sedang syok menaip ini..

edehh.. parah parah parah.. mana mahuku cari ubat  ? hati dah bergelumang dengan dosa =,=" hati sibuk mengatakan dah jauh ni, kembalilah kepada Allah, namun gerak tubuh dan badan, <  - - -  # ehh bukan sama ke maksud tu ? # biorr je, layan dan terus baca ! hati kata dosa tapi badan tak berfungsi. Allah ! macam mana tu ?

ingatlah ! Pesanan Imam al-Ghazali : carilah hatimu di tiga tempat iaitu

  • pertama bangun membaca al-quran,jika tak ditemui juga,

  • cara kedua ketika mengerjakan solat, jika tidak ditemui jua,

  • cara ketiga ketika duduk tafakur mengingati mati .
dan jika tidak engkau temui hati itu maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana pada hakikatnya pada ketika itu engkau tidak mempunyai hati !

ayuh ! hatimu itu lembut, dan  mudah dilentur hakikatnya ! berusahalah duhai hati , tadabbur ayat suci Allah, ayuh, cuba anda cari ayat ini, surah Al-An'am ayat 125 :

a'uzubillahi minasyaithonir rajim ..

maksudnya : Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

wallahu'alam.

p/s : yakinlah Allah bersama kita, sangat dekat ! terbukti dalam surah qaf ayat 16

http://25.media.tumblr.com/d69dac89aec799ec65125e5e220c9e54/tumblr_mnpzxnILb91r5rma5o1_500.gif 

credit : insan tumblr
 
 

Sosej ialah produk makanan yang disedia biasanya diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan adakalanya ramaun lain seperti herba, dan biasanya dibungkuskan dalam selongsong. Pembuatan sosej ialah sejenis teknik pengawetan makanan yang amat lama.
Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti disalut dalam usus babi adalah

Gourmessa
• Muller’s Haus
• Dew Fresh
• Puteri
• Miami Butcher House
• Maspac
 


Gourmessa
• Muller’s Haus
• Dew Fresh
• Puteri
• Miami Butcher House
• Maspac
Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;
• Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
• German Delicatessen – Subang (Muller’s Haus dan Dew Fresh)
• Puteri Pan Pacific (Puteri)
• MiamiButcher House – Batu Feringgi (MiamiButcher House)
• Omcorp Sdn Bhd – Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
• Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)

Friday, May 31, 2013

tutorial : Cara nak letak button share . senang !


Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah . Assalamualaikum ! jom masa untuk buat sesuatu yang baru dan memudahkan pembaca blog anda ! apa lagi. jom baca yang seterusnya (^____^")
 jom belajar macam mana nak letak , jom ! beware ! tak payah nak sign in tau !
1. pertama, tekan link yang dah diberi dibawah ini 
  • link button  <  - - - tekan sini 
2. kedua,scroll ke bawah web tersebut . dan cari kotak yang bertulis macam ini :
 


 3. tekan kotak tersebut ! lepas itu , akan keluar camni :

4. lepas tu tekan yang dah dibulatkan itu , yang warna merah tu tau ! seterusnya, tekan step 2, tekan style, dan  tekan step 3, customization .. ok, pilihan di tangan masing-masing. yang best, kalau tak berkenan dengan pilihan kita tu, boleh undo semula .

5. dah siap ketiga-tiga step tersebut , scroll ke bawah sikit dan akan jumpa perkataan ini : FINISH : GET THE CODE   <  - -  tekan perkataan tu ! dan akan keluar tab macam kat bawah ini : scroll ke bawah cari sampai jumpa code macam ini :


6. lepas itu, yang code berbintang satu warna coklat gelap tu , letak code dalam add gadget HTML . # pergi dekat LAYOUT dan tekan add gadget. cari HTML

7. yang code berbintang dua warna kuning tu , letak code dalam edit html blog anda, dan tekan Ctrl F , cari kod head  dan paste code tersebut dekat last sekali perkataan head.
8. tekan preview , sabar la sekejap, biasalah loading lambat =_="
dah selesai ! tahniah ! berjaya !

p/s : jika berjaya, sila komen ! jika ada masalah boleh bertanya kepada tuan umair ! adioos. wallahu'alam. saranghae ! ilmu milik Allah, sebar !

jom ! sesuatu berlaku di blog ^___^

Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah . Assalamualaikum ! jom masa untuk buat sesuatu yang baru dan memudahkan pembaca blog anda ! apa lagi. jom baca yang seterusnya (^____^")

seperti yang sedia maklum, siapa yang rajin - rajin singgah sini mesti akan perasan sesuatu telah berlaku dalam blog ini, tahniah ! dan anda boleh perasan akan hal tersebut, seperti gambar yang tertera , nah ambik kauuu ! sila sila la jenguk gambar tu :




p/s : nak jelas, tekan gambar ^___^ yang kelainan tu, yang dalam kotak merah tu... 
p/ss : nantikan tutorial untuk buat macam ini. senang ! tutorial nanti akan ada banyak gambar , sebab nak mudahkan bloggers semua . in shaa Allah. akan di-post !



Tuesday, May 28, 2013

pengalaman (^____^") , pernah alami ? Alhamdulillah, diberi peluang !


Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah. Assalamualaikum, ya ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel. terasa nak update post malam ni, ohh ye ! masa yang ada ini kita post la, nanti dah sibuk belajar, ehh belajar nombor satu tapi dakwah bukan nombor dua , rajin-rajinlah nak lawat blog ini pun, atau tembakan doa pun tak apa ... be cool !

jom, sedikit perkongsian pengalaman tuan blog yang tak seberapa ini, ini hanyalah pengalaman tapi jika pernah alami, biasalah, kita kan manusia, sering diuji ! ujian itu mematangkan kita. yuuhuuu... jom layann .. zassss :

masing-masing ada zaman jahiliyyah ... ehh maksudnya zaman gelap. ehh maksud lagi terang dan bersuluh lagi, ada zaman yg nakal-nakal.. rehatlah, sabar ^^V

" andai diri si fulanah itu lain gaya membalas mesej atau IM di facebook, atau gaya balasan di mesej tu tak se-rancak dolu dolu... atau erti lain, sepatah tanya, sepatah jawab, =_="... "

itu tanda si fulanah nak berusaha untuk menghindar dari si fulan, bukan nak menjauh tapi elakkan, sahabat tetap sahabat, tapi walau kut kut mana pun syaitan tak duk diam ... ^^V ,

bukan sombong tapi kita elak , boleh elak, kita elak, nak senang, berterus teranglah jika si fulan bertanya kenapa dah tak macam dulu-dulu bila balas mesej, mungkin si fulan lupa, kita kan insan ... in shaa Allah, mereka akan faham. biiznillah ^^V
wallahu'alam. pengalaman mematangkan kita .. adioosss
wallahu'alam. picisan ini untuk semua dan jika ada pendapat boleh kita kongsi-kongsi .



p/s : doakan untuk umat islam yang sedang berperang dan semua umat islam atas muka bumi . senjata kita DOA !

bukan larikan diri, tapi elakkan ^___^


Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah, Assalamualaikum ya sohabat !  ruangan kali ini lebih ke arah pengalaman penaip sendiri, yang baik ambil, yang negatif, buruk dan seangkatan dengannya, abaikan ! 

Alhamdulillah, kenal dengan kamu, buat diri ini senang, dan selesa, kita kan kawan, sahabat perjuangan dalam dakwah ! ! ! sama - sama berganding bahu, sama tolong menolong masa zaman sekolah dulu, tolong ajar math dan sewaktu dengannya, kimia dan so onn. syukur sangat - sangat. dan akhirnya ada hidup masing - masing. Dulu, kita tak terjebak dengan konferens riang jadi agaklah jahil bab-bab muamalat ! muamalat tu apa? nak senang faham pergaulan seorang insan dengan insan yang lain, camtu (^______^")

tapi Alhamdulillah, diri ini sedar itu salah, tak boleh macam itu, salah caranya. diri ini memang lain dan berusaha untuk lain agar syaitan tidak bersuka ria lagi, berusaha untuk elakkannya, maafkan salah silap diri ini. Masa masih panjang. Berjuanglah di sana . Dan sama-sama berjuang !

yang pasti diri ini dalam proses berusaha baiki diri, perbetulkan yang salah dan gunakan cara yang betul lagi lurus, agama islam kan senang, ikut cara betul, in shaa Allah, dengan izin Allah, hati jiwa tenang . hati ini tidak tenteram bila ikut cara yang salah dulu. bukan larikan diri tapi elakkan. kita nasihat dulu diri kita baru kita boleh tarik sahabat - sahabat lain . andai diri kita tak betul, macam mana tu. Ustaz K , mohon maaf dan harap terima . wallahu'alam.

p/s : andai ustaz baca, harap faham  =____= "
p/ss : waktu makin singkat berada di rumah .
p/sss : muhasabah itu perlu, andai salah guna, perbaikilah, kita manusia, pernah jatuh, bangunlah !

Monday, May 27, 2013

masa makin suntuk =_="

 
 
 


Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah, betul tak anda baca mukadimah Basmallah dan Alhamdallah yang ana tulis tuu  ? ? Alhamdulillah baca, hatta dengan baca dengan mata hati ! moga Allah beri berkat ! ! !
  • diri ini mahu mohon ampun dan maaf , terutama sekali kepada batch 0812 kakarians. mohon halal semua dan ana sentiasa maafkan salah dan silap, andai kemaafan itu boleh menenangkan hati dan jiwa, kenapa nak nafikan hati kita untuk memaafkan. 
  • masa makin suntuk, masa dan bilangan hari berada di rumah dalam tempoh 7 hari lagi, moga Allah permudah urusan untuk kita sama-sama berubah, 
  • jOm ! kita audit diri, jika kita nak Allah ! Allah akan permudah dan datang kepada kita , yakin ! Allahurobbi ! moga hati ini Allah lindung ! moga hamba ini dan sahabat - sahabat yang ustaz ustazah , ana gelar mereka , tidak terpengaruh dan senantiasa dengan tarbiah cahaya agama islam. aamiin !  

  • allah yuabarikkum ya muslimin wa muslimat !

p/s : selamat sambung belajar buat yang pra universiti, matrikulasi dan seterusnya ke ipta dan ipts ! ! naikkan islam bersamamu dan dalam hati mu ! saranghae ! wallahu'alam.


sumber gambar pompuan ini , milik tuan blog (^___^")


' 1st Double Giveaway by AinMfna '



nak jOIN ? tekan sini !

p/s : tak reti nak follow blog sponsor nurri akmal ^___^ help me

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2





Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.





.

Sunday, May 26, 2013

"Oh My Giveaway"

Alhamdulillah, Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel...
meriahkan giveaway !

 
tekan sini untuk jOin  ! ^____^

done for rules ^___^  #dapat bookmark tu pun okay ! hehe menarik !

tolong ! ! please !

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum ikhwan yang hensem-hensem sekalian, dan akhowat yang comel - comel sekalian ...Alhamdulillah !
  • rushing for something .. hope smooth.. Aamiin !
  • so many things must be settle.
  • wanna be better then yesterday ... Allah... if not, i am a LOSER ! fight  nafsu ! @_@
  • May Allah make it easy all things espeacially both my parents, banyak sungguh pengorbanan mak ayah ... 
  • 9 jun will coming ! this is the best way, hopefully ! i don't want to disappoint my lovely parents .
  • that 's all.
  • alhamdulillah, medical checkup done for today ... 
  • muhasabah diri, teruskan berusaha untuk lebih baik, dekatkan diri dengan benda baik-baik, jauhkan dari perkara yang Allah mungkar 
  • p/s : tolong ! ! please ! tembakan doa dari yang sudi ziarah sini ^___^ in shaa Allah, Allah makhbul ! moga Allah berkahi semua umat islam atas muka bumi ini ! aamiin ya robbal'alamin ! ! !                                                                          

     
hebat kan Allah ?? the best is from Allah !
credit : insan mulia


                                                                 

Friday, May 24, 2013

ujian itu menguatkan dan semakin kukuh !

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah, bersyukur segala nikmat hatta menaip untuk laman blog ini sendiri , moga Allah redha dan permudah niat murni setiap bloggers ! hai ! kaifahal * ?
*kaifahal = apa khabar ?  # kaifahal dalam bahasa arab (^_____^)
sedih ? gembira ?  bersyukurlah, boleh jadi apa yang kamu suka, buruk untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu benci baik untuk mu. wallahu'alam, sedikit olahan ayat dari tuan blog ini, umair.
a'uzubillahi minasy syaithonirajim.. bismillahirahmanirahim...
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

kadang, diri ini berasa elok jika diuji kesedihan selalu, bila sedih automatik ingat Allah, ibu dan ayah automatik diketepikan, sebab apa begitu ? sebab itu fitrah ! fitrah manusia yang Allah cipta dalam rahim ibu , mak , umi , mama atau apa -apa panggilan.

Dan memang hakikat ! manusia dicipta dan ditiupkan roh dalam rahim ibu tanpa izin ibu dan ayah kita yang Allah tetapkan .. Allah, betapa aku kerdil...  Allah lagi berkuasa ! Allah yang Maha Pencipta ! Allahurobbi !


p/s : jalan dakwah itu bukan senang , hatta rasulullah sollallahu 'alahai wassalam sendiri banyak ujian ini kan kita hamba Allah lemah dan banyak dosa serta umat baginda ! kuatkan semangat wahai mujahid dan mujahidah yang Allah pilih sebagai pendokong agama ! ingat ! ujian itu menguatkan dan semakin kukuh . Allah. wallahu'alam.
p/ss : andai ujian ke usrah menitiskan air mata, aku ingin begini selalu ! ini juga ujian tarbiah.

 

sumber :  sini

Monday, May 20, 2013

berharap ~

   jika berharap, berharaplah kepada ALLAH,
 
tiada yang rugi, tak salah lagi tenang hati 
 
 
 
sumber sini



11 things about me ... tag by farah .

baca dulu syarat-syarat ini .... 


Assalamualaikum ikhawan yang hensem dan akhowat yang comel. mula mula nak minta maaf kepada sahabat maya yang tag diri ini, maaf sangat-sangat lambat . maaf farah. ok jom masa untuk meriahkan permainan ini . let's start !

 first ! i will follow rules of this game !
11 things about myself , jom taaruf  !
  1. suka memasak walau tak sedap =) suka mencuba memasak , resepi senang , layan !
  2. suka ramaikan ukhwah, walaupun dalam alam maya. kita kan saudara islam ! diri ini asal terengganu !
  3. suka ice blend ! perisa tegar : latte (^___^")
  4. sukakan usrah ! bulatan gembira.
  5. suka menge-post entry jika lapang dan sertai segmen jika syarat senang dan osem !
  6. suka cerita korea tapi bukan tegar sangat, setakat ni yang tengok dari episod pertama dan terakhir cerita Jewel In The Palace ! sebab berkisar tentang dapur istana ! masak lagi ! 
  7. tak suka lipas. waaaa... tak boleh. hehe
  8. sensitif sikit # hal-hal tertentu sahaja. ikut situasi. hehe
  9. tak tau macam mana nak kongsi masalah , lebih memilih untuk ber-tafakur sendirian sebab semua masalah datang dari diri sendiri. but i will face it and will not give up ! in shaa Allah .
  10. tak suka paksa sahabat-sahabat blogger follow blog ini, sikit tak terasa sebab lebih suka jika ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel, diri sendiri nak follow, jika singgah dan pergi ... it's okay . ! cheer !
  11. seorang yang selalu berusaha bersangka baik walaupun susah, jika mencuba, tak salah, hati tenang jiwa aman... senyum sikit (^____^)
11 questions from farah , jom ! jawab !


1. What is your dream job?
- fuhh... ikut kos nak sambung belajar 9 jun nanti, i dream wanna be "ustazah engin" yang berjaya . aamiin !
tapi dalam masa yang sama kepingin nak buka "bakery"  # tembakan doa sahabat, Allah yang tahu #

2. Your english favourite songs? 
- english ? hurmm... setakat untuk bulan ni , cis macam banyak je selama ni, i will choose this song ,
shine your way by yuna

3. Buku/novel yang selalu re-read?
- re-read ? hurmm suka baca novel tapi tak ada koleksi tapi setakat ni kalau dah baca satu, lepas tu tak baca dah... hehe... # p/s : jangan buat camni dekat ayat al-quran , tak best nanti ^__^ selalulah re-read !

4. Are you so happy today? why?
- happy ? alhamdulillah sebab masih diberi peluang untuk berusaha lebih baik dari semalam,
masih allah beri peluang untuk bertaubat !

5. When you are not in a good mood, what will you do?
- i will sleep, be silent person .

6. Pandangan anda tentang couple? 
- pandangan ? i will not support this way. if couple after akad !
 i will support more than 100 % you !

7. Barang yg sangat anda hargai and boleh membangkitkan kemarahan if benda tu hilang?
- benda ? telefon maybe sebab banyak benda maklumat dalam tu, tapi selepas tu reda la. bila tahu hilang tu angin la juga kan.. # nak cuba hilangkan marah, ingat, rezeki dari allah, dan tiba masa Allah tarik balik dengan cara benda tu hilang. 

8. What motivate you to wake up when you're down?
- remember this : allah tidak menguji kamu melainkan kesanggupanmu.
terbukti, setiap ujian yang datang , Allah beri ikut kemampuan kita. jadi kita boleh hadapi !


9. Banyak habiskan duit untuk...?
- untuk beli barang-barang yang sangat perlu seperti untuk menjayakan misi resepi baru, fuhh  ,sedap ambil masuk dalam troli sedar-sedar, dahsyat ! terbang je duit... hehe 

10. Berapa lama korang siapkan this 'game'?
- ada la dalam 1 jam hehe....  nak susun ayat , nak fikir , ingat balik.. hehe bdaway, it's fun !

11. Your comment bout my blog. thank you :)
- blog farah ? suka suka sebab loading laju dan colour blog tenang, damai. teruskan bertinta !

 11 question from me for those person "yang kena tag"
  1. jika sakit, apa yang menguatkan semangat untuk lawan balik sakit tu ?
  2. apa pendapat kalian tentang kartun upin ipin ?  suka ? alasan ? tak suka ? alasan ?
  3.  zaman sekolah,kerja sekolah subjek apa yang awak siapkan dahulu. ? sebab ?
  4. suka warna apa ?
  5. anda ada sakit tetap ? asthma ke ? 
  6. pernah belajar bahasa arab ? teringin nak belajar ?
  7. cita-cita anda ? wanna be ?
  8. jika sedih , cara anda atasi ?
  9. asal mana ?  
  10. macam mana nak yakinkan hati anda yang sahabat alam maya tu boleh bawa berbincang,
    sedangkan anda tak kenal pun dia ? caranya ?
  11. apa pendapat anda tentang blog yang ciput ini ? ada yang kena tambah ? ada yang kena buang ?
    it's okay,  jika kritik yang membina , apa salahnya? tuan blog tak tahu dan tak nampak mana salahnya. mohon... tegur . syukran.
11 person tagged 
  1. ukhti izzah haneefa
  2. ukhti nadhirah
  3. ukhti nadia @ nana
  4. ukhti yura
  5. ukhti lily
  6. ukhti maizatul
  7. ukhti afiqah alias
  8. ukhti saida
  9. ukhti asmar
  10. ukhti atikah
  11. ukhti tengku butang
 selamat menjawab soalan ^___^ nanti dah jawab tinggal kat chatbox, perlukan masa ? it' okay !
wallahu'alam. uhibbukifillah ! saranghae !






Sunday, May 19, 2013

mahu itu ! Allah beri yang perlu ~


Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel ! Alhamdulillah syukur nikmat yang Allah beri ! hatta sakit perut pun juga nikmat ! baik atau buruk itu nikmat, nikmat itu pemberian daripada Allah, jadi bersyukurlah jika nikmat itu perit ! Allah ~

move on . betullah, rezeki Allah itu melata, diri ini tidak jangka semua yg dimohon, dapat tapi apa yang ana mahu, Allah beri yang perlu, ana nak masuk situ, UNISZA, ana dapat, tapi dalam masa yang sama , seorang lelaki yang berusia 52 tahun gigih menyelesaikan urusan ke UNIKL, ayah ana ! bermula, hati ana berbelah bahagi, ana tak jangka rezeki datang dan ana tidak mengharap kerana keputusan SPM tidak sehebat sahabat-sahabat yang lain, jujur ana dapat 2A 3B+ 3B 1C+ 2C. ana dapat 2 A ! yang ana A , math dan quran sunnah .

ana tak hebat, ini memang ujian. ujian tika dua bulan yang lalu. jika tiada ujian, hidup ini tidak seronok, ujian itu mendekatkan diri ini dengan Allah, keluh - kesah , sedih semua bercampur baur dua bulan yang lalu, hati ini redha dengan keputusan SPM tapi hati ini sedih melihat ibu dan ayah risau anak tak dapat sambung belajar. lagi.... lagi diri ini merasa sangat sedih dengan keadaan perasaan ibu dan ayah sebegitu. masa memerlukan diri ini bertafakur, apa yang silap . jujur, diri ini banyak silap, memang ada, kembali kepada Allah.
sejarah lalu,
hari jumaat selepas ambil keputusan SPM , ana bangun pagi terus nekad ! tidak ada sedih-sedih, sebab apa? sebab ana kena kuat ! kalau ana merana macam dunia dah berakhir, ibu dan ayah yang lihat, macam mana nanti ? lagi mereka sedih kan ? ana akan berusaha. setelah itu hari makin berlalu , bersilih ganti dan tibalah membuat semakan matrikulasi, alhamdulillah ana dapat ! ana khabarkan berita ini kepada ibu dahulu, kenapa ? sebab utamakan ibu ! ibuku gembira ! tersenyum ! diri ini berasa, Allah itu mengetahui ! Allah itu pemberi rezeki ! rezeki Allah melata !

aku bersyukur ! bibirku mengukir senyum, hatiku sayu dan syahdu melihat ibu gembira. syukur ! bagi ana itu rezeki untuk gembirakan hati ibu, berlalu hari lagi, setelah itu ibu bertanya, UPU bila keluar ? ana bagitahu in shaa Allah jumaat , 17 MEI . hari jumaat tersebut, ana cuba buat semakan ! ana terkejut, Allah ! ini rezeki ! rezeki untuk gembirakan ibu . ana sampaikan berita, ibu ! kak yang dapat UNISZA. setelah ana lafaz ayat itu, ibu ana gembira ! ana yang sebagai anak lagi berasa senang hati. syukur ~ semua nikmat rezeki di luar jangkaan !

hari ini. 

ana nekad ! melaka ! ana datang ke sana ! UniKL MICET ! setelah semua berlaku, diri ini bertanya kepada pemberi rezeki, ALLAH, dalam doa  serta sujud ! aku hamba, tidak tahu mana yang terbaik. Alhamdulillah ! petunjuk diri ini disana ! melaka ! bukan disini, UNISZA. moga diri ini belajar dengan tekad yang satu ! belajar dengan semangat untuk ummah ! belajar untuk teguh sebagai rantai perjuangan islam !

wallahu'alam. pen off.

p/s :  islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya ! takhbir ! Allahuakhbar !


 berharap ! mampir ke sana lagi (^____^")



jika laluan menuju matlamat itu tiada ujian, kuranglah ummmphhh ! kurang osem !

Wednesday, May 15, 2013

Berita : untuk lepasan SPM 2012 yang nak masuk belajar uni / kolej under mara


  
* tekan gambar ini untuk ke laman web *

 * jika tak berminat , sila tekan pangkah *
Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel . ok. satu lagi post tentang ilmu. berita buat lepasan SPM yang bakal masuk belajar di uni atau kolej bawah MARA . Anda yang nak masuk tu boleh la memohon e-pendahuluan dulu . skim ni macam nak bantu pelajar yang memerlukan bantuan . jadi , peluang ada ni. grab it !

rezeki dapat atau tidak itu lain . kita usaha dulu , dapat atau tidak , Allah yang tentu. selepas isi , tu berdoa la banyak - banyak . jom baca lagi. cara-cara prosedurnya. oh ye ! ni pengalaman ana sendiri , nak kongsi sini untuk membantu sahabat-sahabat yang memerlukan sahaja. tak memerlukan, silap tekan tab X kat hujung kanan wall ye ! >____<
sambung lagi.. baca !

  1. bukan link e-pendahuluan mara * atau tekan gambar kat atas tu terus ke link tersebut.*
  2. lepas tu baca la syarat-syarat dan semuanya dan tekan la permohonan.
  3. print borang permohonan tersebut  **


** ok. ni pengalaman nak dikongsi, moga manfaat. borang tu boleh print setelah mara terima permohonan anda. caranya , mara akan emailkan atau anda buat semakan permohonan di link tersebut. proses dalam masa dua atau tiga hari setelah anda buat permohonan tersebut. 

contoh : jika anda buat permohonan online tu hari ini 15 May 2013 , anda semak la permohonan tu 16 may 2013 atau 17 may 2013. cenggitu. faham ? ? ?

p/s : setakat ini saja. jika terkasar bahasa mohon maaf. tak faham boleh terus telefon pejabat mara. ini sekadar perkongsian untuk memudahkan. wallahu'alam. fi hifzillah !

cara nak buat akaun bsn ^___^


Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel . Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, 2 hari yang lalu, ana buat permohonan buka akuan baru, sebab nak masuk belajar kan. ehh kenapa ? perlu ke tulis dalam blog ? perlu untuk yang pergi sendirian ke BSN . ohh ana pergi sendirian masuk Bank dekat kuala terenngganu kat bandar sebab ayah ada kerja sekejap. ayah akan datang dekat bank tu lepas siap urusan. jadi berjalan kaki la diri ini dari tanah parking kereta kat bandar. ok. jom layan. 

masa dalam perjalanan tu, dah cuak . lepas tu sedang fikir, susah kalau hidup bergantung kepada mak ayah seratus peratus.serius. cheewahh. ehh memang la kita anak mak ayah kita tapi, bila sendiri ni rasa macam tak mampu. well. pengalaman mematangkan kita kan ? adoi. 
sambung lagi.
lepas itu masuk je bank, cari kerusi sebab nak tenangkan hati yang terumbang ambing sendirian. ok masa ni tak ingat ayah dah. automatik ingat Allah. sebab Allah lagi berkuasa untuk menenangkan hati ini. Alhamdulillah, Allah hadirkan seorang mak cik untuk diri ini bertanya. see ! Allah itu maha berkuasa untuk hadirkan sesiapa untuk menolong diri ini. ana yakin , ini pertolongan daripada Allah. lepas tanya itu ini. tahu la camna ... hehe senyum sendirian. hanya Allah dan diri ini yang tahu ! yakin . jomm cara cara atau tips jika sendirian.

  1. pergi kaunter perkhidmatan.
  2. minta borang nak buka akuan.
  3. sebelum itu tanya dulu yang dekat kaunter tu, jika ada tak faham
  4. jangan lupa tau ! tanya , lepas siap ni kena ambil nombor atau tidak.
  5. faham. 

ok. Alhamdulillah. siap ! seharian saja terus dapat kad giro dan ohh... sekarang dah tak pakai buku akaun bagi yang ada kad giro. hehe... kad tu jaga elok-elok la. dunia sekarang maju betul.
kesimpulan
 kalau kita bergantung kepada Allah . lepas itu yakin Allah akan tolong. in shaa Allah dengan izinNYA Allah tolong !  wallahu'alam. moga dapat sesuatu . saranghae ! Allah yubarik !

Tuesday, May 14, 2013

why ? wanna to know ? read my post # tiada paksaan #

Assalamualaikum ikhwan hensem dan akhowat comel ^___^

apsal tajuk why ? sebab....

mungkin ada tertanya, kenapa ? ikhwan ? kenapa akhowat ? 

ikhwan tu maksudnya saudara lelaki perkataan tu dari bahasa arab ^___^ "
akhowat pula saudara perempuan juga dalam bahasa arab ^___^ "
* nak semarak bahasa arab sebenarnya, caranya , kita sebar !

ehhh ada lagi soalan yang bermain....

lepas tu kenapa tukang taip letak ikhwan dulu baru akhowat ? 

sebab ikhwan ni la pemimpin negara,  kan rasulullah pemimpin negara ... lelaki !
ana nak bagitahu yang pemuda ini kena bangkit ! 

nak rempit boleh, solat 5 waktu tok sah la tinggal ye ! solat tiang hati nurani . 

akhowat pula penyokong ! 
seperti isteri-isteri rasulullah yang menjadi penguat semangat semasa baginda ber-jihad , semasa diuji ! 
yang pasti dua-dua saling memerlukan untuk jalan kebaikan . jalan jihad fisabillillah ! perjuangkan agama Allah ! ISLAM !
yang saling memerlukan untuk " couple " tu lain cerita tu. yang tu salah. 
couple before nikah, tak tahu penghujungnya apa . yang pasti " couple " cintan cintun sebelum akad nikah ni memang patut dijauhi , atau jangan kita menghampirinya .

andai ter-couple juga. jalan kembali kepada jalan yang lurus masih terbentang luas ! yakin. ini ujian ! ujian itu berhikmah dari Allah !

p/s : jelas kan ? jadi ! bangkitlah ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel ! wallahu'alam.


 

credit : ini

Shaqzspixca First GiveAway (GA) untuk 10 pemenang bertuah!

Assalamualaikum muslimin yang hensem muslimat yang comel ^___^
 say Alhamdulillah in your mind, your heart and your mouth (^_____^")
tertarik dengan giveaway ni sebab hantar link penyertaan di email ... 
ohhh first time. biasa di komen entry. jommmm zassssssssssssssss.... jOIn !
* berkenan dengan lampu ! hehe *



nak jOIn  ? tekan ini atau banner yg kotak kat atas ni tau !


http://umiyumi2.blogspot.com.au/
wallahu'alam.

Monday, May 13, 2013

moga bukan istidhraj !

credit : here
Assalamualaikum ya sohabat !

bingkisan seciput ^____^ "
istidhraj maksudnya, nikmat yang Allah beri untuk sesatkan lagi kita, atau erti kata lain Allah beri nikmat kat kita tapi untuk tambahkan kelalaian kita ! cenggitu ! 

contohnya : situasi

A : ko ni aku tengok tunggang terbalik solat, pergi surau apa semua tu tapi ko punya result tetap biasa je.tak meningkat pun.
B : hurmmm... 
A : aku ni solat pun entah kemana... kadang-kadang tak solat. tapi result aku naik dan tip top, biasiswa still ada... 
awas ! jika si A ini tak sedar , nampak situ, Allah beri nikmat kejayaan kepada dia tapi dalam masa sama dia tak solat, nampak tak situ, kelalaian berlaku.

atau contoh : 
kisah Allah kurniakan kekayaan dan kekuasaan kepada firaun tapi akhirnya firaun dilaknat !
jika nak jelas lagi : klik link ini dan  sini

sedikit bingkisan ilmu dari tajuk buku quran sunnah tingkatan empat bahagian ulum quran.

p/s : ku rindu belajar agama dengan ustaz dan ustazah. Quran Sunnah ! love it ! 
 p/ss : ana cadang semua sekolah yang ada murid tingkatan  4 wajib ambil subjek ini. pandangan ana la sebab mungkin mendalam lagi. tak susah pun . macam subjek pendidikan islam juga cuma lebih tahu dan menarik tentang bab-bab yang berkaitan dengan Al-Quran . wallahu'alam



credit : here  

''Segmen : Saya Blogger Tegar by Ina''

Assalamualaikum ! lagi segmen ? kita sertai dan beri sokongan !
Allah yubarik ya sohabat muslimin dan muslimat !

tekan banner ! kasi gempak !

p/s : selamat buat adik ina yang bakal menghadapi peperiksaan PPT ! selamat ! (^____^")

Sunday, May 12, 2013

" Segmen Bloglist by WanMuna "

Alhamdulillah ! Allah yubarik ya sohabat muslimin muslimat sekalian ..
saranghae ! wallahu'alam



 

tekan banner ! kasi gempak ! (^_____^")

deadline : 13.05.2013 jam 11 malam

jom jadi baik ^____^


 

credit : sini
Alhamdulillah, Assalamaualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel ! nak tulis seciput , mungkin membantu :

setiap manusia mempunyai masa silam termasuk ana sendiri, cop ! nasihat untuk diri sendiri juga, andai jatuh, bangun, bangkit ! dalam kepala macam-macam kita rancang tapi jadi atau tidak itu kerja Allah . kita hamba yang lemah kepada pencipta kita ,teruskan berdoa + sabar + solat ! in shaa Allah ! Allah beri yang terbaik untuk kita !
 p/s : jika ada la yang baca post ini , mula-mula terima kasih, moga Allah pelihara kalian, Alhamdulillah, sampaikan walau satu ayat, tapi jika ada yang suara sumbang atau negatif bagitahu macam ini dalam hati :
eleh ko tulis macam la ko buat, bersyarah bagai... 

duhai insan yang bersuara negatif, ini blog tuan umair, jadi ini peringatan untuk diri ini juga , apa-apa yang di taip ini akan di-soal di akhirat kelak, adakah mesej itu disampai untuk kebaikan mahupun keburukan , jika salah inti pati blog ini , mohon ditegur dengan ber-hikmah !  kita tidak tahu penghujung hidup kita dalam keadaan baik atau sebaliknya tapi kita boleh berusaha tanpa lengah dan putus asa.



credit : sini
 p/ss : rindu itu rahmat !sahabat ! princess aurora, butterfly !
wallahu'alam ! fi hifzillah ! 

 

Saturday, May 11, 2013

mega giveaway : santai banyak banyak by EM

 Alhamdulillah, jom meriah ! Assalamualaikum !


tekan banner !



syuh syuh.... pi jauh jauh ~

Assalamualaikum ya sohabat ! Alhamdulillah, jatuh bangun jatuh bangun lagi.. sikit lagi.. sikit lagi hoooreeeyyy ! dapat ! fuhhhh..  semangat bangkit kembali ! sekarang masa duduk kat rumah lagi 3 minggu setelah ditolak tambah, sekejap je masa , minggu ni nak beli barang masuk belajar, ehh cop ! tuan blog masih belajar ! kalau diikutkan macam-macam rasa yang dialami, urghh rasa cuak je, nebes tu satu hal , persiapan untuk rohani , mental , fizikal ni camna ? Allah !

masa mula-mula isi borang tu terus je cari kos tu , masa tu tak selidik habis lagi pasal kos tu tapi nama kos tu yang menarik dan terus cakap ehh cam menarik je kos ni dan terus apply ! setelah itu buka internet apa bagai... kita zasssssssssss google... ting tong.. biology must credit. ehhh biology ? camna ni ? masa belajar form 4 dan  form 5 mana ada ambil subjek tu ? memang cari nahas ke ni ? masa tu dah tak keruan dah , ingat lagi , bila tahu je terus mesej ke abang sulung, camni ayatnya : 
along ! bahaya tak kalau ambil kos sekian tapi tak ada asas bio sedangkan tadi surf, kos ni kena credit bio.. waaaa... kang ter-kandas camna ? *masa ni memang rasa sangat bersalah sebab pilih kos sebab macam menarik , bukan sebab ikut kemampuan diri ini dalam subjek yang tertentu... 
lepas tu , beransur lama... hingga sekarang, cepat je masa, dialog dalam hati :

tak akan aku nak give up camtu je, yes ! memang ko tak blaja bio tapi dalam kos ni bukan blaja full bio yang nak jadi doktor maira ! ni blaja bio yang kait dengan vitamin, fangus, apa lagi ? yang pasti tajuk tulang-tulang tu tak belajar kak weh ! itu untuk doktor saja, kos awak ni kait dengan makanan so, kalau makanan memang blaja la bio tu atau erti kata lain subjek sains... cenggitu ! please set in your mind ! nak blaja kan, in shaa Allah, Allah permudah ! nak belajar sebab nak tahu . memang belajar tu susah tapi kalau kita terus positive dan enjoy belajar sains ni kan seronok !  well, dear my mind ! aku sahut cabaran ! belajar dalam masa 3 tahun ! yeah , i will register on 9 jun 2013 soon !  

satu rama-rama yang sedang sakan berpusing dalam kepala ni  *hiperbola* , dalam subjek ni kena minat kimia, okay ! memang minat kimia tapi rezeki Spm cukup-cukup makan, result kimia, C+ , mungkin ini terbaik , diri ni terima seadanya, cuma kesian ke guru kimia yang ajar habis tenaga dan jangka diri ini akan dapat A . ohhh ! dengan ini subjek kimia, nak tebus balik. nak buat terbaik dalam jurusan chemical engineering ini ! mana tahu lepas diploma jurusan ni, apply degree sebagai guru kimia ! who knows ? Allah know the best for me and us !  

stop for this story. fullstop !
negatif ! syuh syuh... pi jauh - jauh ~ 
 
now, i want to plan something before leave my hOme ! what ? urghh.... wish it smooth and happen ! ok ! think positive ! do positive ! be positive !
 

sumber : ini

Friday, May 10, 2013

welcome ! Rejab !

Assalamualaikum !
Bismillahirahmanirahim. just wanna share this :



sumber : from facebook (^_____^)"




sumber : umair's blog ! kuatkan semangat ! ganbatte ! 

Allah yubarikkum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel (^______^")


wallahu'alam !

p/s : counting days ! selamat mendapat title " a student " soon ! ganbatte !

Thursday, May 9, 2013

nak ber-tanya... betul ke bohong ? haishh

 

sumber : sini
Assalamualaikum ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel ! Alhamdulillah post untuk kali ke-dua untuk malam yang hening ini ... hurm... nak ber-tanya... betul ke bohong ? haishh .... bukan tak percaya cuma cam... ye ke? cop ! post ini bukan nak bongkak cuma nak ber-tanya betul ke sourced tu ? dulu tak camni, akhir-akhir bulan 4 ni cam ramai luar negara tu singgah sini... hurmmm... betul ke traffic ni, baru-baru ni ada la ana check traffic source yang kat wall blog ana ni, cam ter-kejut visited from moscow... apa ? russia... haish betul ke ni ? by the way whos? anon or senior-senior ana ? haish.... macam kena intip je (=______=") kadang - kadang naik risau ...

ye la manusia ni macam-macam , moga Allah pelihara dan rahmati pen-baca tegar dari moscow itu, yang singgah sini ^____^ aamiin ya rabbal'alamin. dan moga dapat sedikit yang manfaat di blog yang seciput ini. walau apa pun dan siapa pun kalian, Allah akan menjaga diri kita semua selagi diri ini bernafas... aamiin ! welcome here ! and saranghae lillahita'ala ! wallahu'alam .
terima kasih . thanks . syukran mampir di-sini !
p/s : ada printscreen sikit sebagai bukti =)


*tekan gambar untuk jelas* 
  

 *tekan gambar untuk jelas*

28 atau 29 hari ber-cinta ? asyik !





Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah ! Salam'alaik ikhwan yang hensem dan akhowat yang comel, opsss... maksud ikhwan tu saudara lelaki, akhowat pula saudara perempuan, kita sebar sikit-sikit bahasa arab ni, sedapp tau ! seronok ! osem tau ! wauuuu ! promote-promote... lala ok penaip sebenarnya nak meluahkan sikit la curahan hati, tapi sepatutnya tak payah la kan sebab sepatutnya curahan hati pada pencipta kita tapi ana nak ber-kongsi dengan blog sebagai kenangan dan mengambil ibrah atau iktibar walaupun sedikit, cenggitu ^____^  in shaa Allah ada ter-selit ibrah ter-sebut, fuhhhh.... semangat nak taip sebab 9 may bakal menjelma kan ?  

orhhhh... tadi kan ana ter-tengok satu rancangan kat tv, maaf , lupa siaran mana sebab pakat tibai je tadi.. tekan-tekan terus tengok, ehhh menarik ! layannnn zasssssssssss..... intipati siaran tersebut : kita ni memang tak tahu mati bila tapi mati itu pasti kerana setiap yang hidup akan mati, okeh.. bawa bersabar post masih panjang ... senyum sikit =) pastu sambung yang siaran tadi, ada pesanan , kita jangan hitung bila kiamat tapi kita hitung amalan kita ini cukup atau tidak untuk hadapi kiamat ! orhhhh cenggitu !

pastu ana yang duk tengok ni ter-fikir, hurmmm.... camna ni ? amalan sikit aje boleh ke masuk sorga Allah ? dushhh ? nampak tak situ bila kita mikir, jadi ter-henti semua benda, sebab ingat kiamat atau akhirat ! Allah, kita masuk sorga bukan sebab amalan kita tapi dengan rahmat Allah, ingat rahmat Allah ni kita kena cari, erti kata lain berusaha, jatuh? bangkit ! bangkit lagi !

ok, nak rahmat , tak kan kita nak buat perkara yang rosakkan diri, ehh tok sah berangan la noooo, kita buat kebaikan dengan niat kerana Allah, hatta nak gosok gigi pun kerana Allah ! ok? paham ? ke serabut? agak serabut inti pati kali ini, cehh... baru perasan setelah dibaca semula. stop ! mukadimah.... ya Allah, tak kait dengan tajuk post  ? sabar , ni dia yang ber-kait :

ana bukan tak berusaha tapi ana ikut dan buat yang terbaik untuk menyenangkan hati ayah, haishh... kenape ? apa yang berlaku, ohh .. masih ingat post yang pasal unikl tu ? nak tahu ? tekan sini dan sini... ok teruskan, ikut offer letter 9 jun 2013 daftar , that means, mungkin berbaki 29 atau 28 hari ber-cinta , asyik ! hehe maksudnya, berada di rumah. ehhh, lebih kurang la kan,

cop ! tok sah sedih-sedih tau, pastu dalam masa yang masih berbaki, ana ter-tanya dah bersedia ke? haishh dari segi mental, fizikal, emosi aduiii, emosi ni tak tahu la dulu duk asrama dungun sekarang MElaka tau ! nungg "dekat" fuhhh ! ana terengganuians (^___^)  tu je yang kait dengan tajuk tapi ayat-ayat kata atas tu minta ber-lapang dada membaca dengan mata hati... hehe mata hati ? boleh la kan ? moga yang membaca, teruskan berusaha ! ehh... tetibe, maafkan ana, saranghae ! wallahu'alam. uhibbukifillah !

p/s : tapi mak bagitahu kalau dapat jurusan agama yang isi UpU tu, ibu nak ana ambil pastu duit pendaftaran yang Rm 1135 tu ibu ganti bagi kat abah... ana cam "ehhhh" baiknya ibu ! hehehe yang pasti aturan Allah itu terbaik, ehhh masa masih ada untuk isthikarah, masih sempat ! selamat isthikarah sahabat yang lepasan Spm 2012 .. peace no war !
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...